2 Hari Lagi

Help Me!

"2 hari lagi..."

 

         Aku terbangun. Aku mencubit pipiku berkali-kali. Memang bukan mimpi! Himchan muncul dalam mimpi aku tadi. Aku berasa sangat takut dan tidak percaya langsung. Mustahil Himchan salah satu daripada diorang. Lagipun, selama ni aku tinggal serumah dengan Himchan. Takde yang pelik pun. Aku mengimbas semula masa kenangan aku bersama Himchan. "Himchan oppa x  pernah rasa letih pun bila lari laju. Malahan, dia x rasa sakit lepas Yongguk oppa pukul dia walaupun teruk berdarah..." Aku terpaku. Air mataku mula meleleh. Aku x dapat percaya bahawa Himchan ialah pembunuh macam diorang yang lain.

 

         Air mataku mengalir makin deras. Walau beberapa kali pun aku kesat, ia masih meleleh. Tiba-tiba, Himchan muncul. Aku menoleh ke arahnya. "Oppa... Jeong... Jeongmalro???" Himchan hanya mendiamkan diri dan dia membawa aku keluar dari bilik tersebut dengan cara menarik tanganku dengan kuat. "Oppa... apa..." Himchan masih tidak mengeluarkan sepatah kata. Dia menyuruhku duduk di atas sebuah kerusi yang kelihatan agak kotor dan berhabuk. Aku hanya akur. Tidak lama kemudian, Yongguk, Daehyun, Youngjae, Jongup dan Zelo muncul.

 

         "Apa korang semua nak buat kat saya???" Aku meronta-ronta meminta dilepaskan selepas Zelo tiba-tiba mengikatku dengan tali. Yongguk tersenyum sinis. "Kau x paham lagi ke? Tahun ni, mangsanya ialah kau! GOO HANA!" Air mataku mengalir. "Saya x nak mati! Jebal... Tolonglah lepaskan saya... Kenapa mesti saya yang awak patut bunuh?!" Aku merayu kepada mereka. Himchan dan Youngjae langsung x hiraukan rayuanku. Aku berasa amat terkilan. Adakah ini sikap sebenar mereka??? "Yongguk hyung! Ingat, dua hari lagi. So, kita x leh bunuh dia hari ni." Tiba-tiba sahaja Daehyun membuka bicara. "Ara! Aku cuma rasa x sabar giler sekarang ni!"

 

          Jantungku berdegup semakin kencang manakala air mataku masih mengalir dengan deras. Mereka semua beredar dari situ kecuali Himchan. Aku berasa amat takut. Manalah tau kalau dia nak bunuh aku sekarang ke... "Oppa... Betul ke oppa dah mati?" Himchan mengangguk kepalanya sedikit. "Bila?" "Masa hari jadi awak dan jugak merupakan hari kematian ibu dan bapa awak." Aku cuba menahan air mataku daripada mengalir. "Wae?" "Masa kemalangan tu, oppa ada bersama ibu dan bapa Hana. Masa tu, oppa dah sediakan hadiah yang sesuai untuk Hana. Tapi semuanya telah terlambat sebab hari tu merupakan hari terakhir oppa menghembuskan nafas."

 

          Aku sudah tidak dapat menahan air mataku lagi. Akhirnya, air mataku mengalir. Aku menangis teresak-esak selepas dapat tahu apa yang terjadi sebenarnya. Himchan mengesat air mataku. Aku masih menangis walaupun Himchan telah mengesat air mataku. Himchan bangun lalu beredar. "Oppa..." Dia berlalu tanpa menoleh ke belakang. Betul ke dia ialah Himchan yang aku kenal sebelum ni? Disebabkan penat menangis, aku tertidur. 

 

**********

 

         Mataku rasa amat sakit kerana satu cahaya terang telah memancar mataku. Aku cuba membuka mataku. Aku lihat Jongup sedang berdiri di depanku sambil mengasah sebilah parang. Aku mula berasa takut. "Ige... mwo... mwoya???" Jongup tersenyum sinis lalu dia perlahan-lahan menuju ke arahku. "2 hari lagi..." Aku berasa semakin takut. Aku tidak dapat menahan lagi air mataku. Aku mula menangis sekuat hati. "Menangis lah kau sampai mata kau tu lebam! Ahahahahahahaha!" Aku menangis makin kuat dan menyebabkan Zelo mula berasa rimas.

 

         "Jongup hyung!!! Kau suruh perempuan tu diam! Memekak betul!" Zelo mula menjerit sekuat hati. "Kau nak dia diam???  Buat sendiri lah!!!" Jongup memarahi Zelo sambil membaling sebuah kerusi yang ada di situ. Kerusi itu patah dengan teruk sekali. Aku x sangka 'roh' sekuat tu. Aku terdiam selepas mendengar bunyi kerusi itu tadi. Zelo berasa amat marah dengan tindakan Jongup. "AISH!!!" Aku yang sedang berada di dalam bilik tersebut mula tertanya-tanya apa yang terjadi diantara Jongup dan Zelo.

 

         Aku tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi petir yang sedang menyambar. Hujan mula turun. Aku dapat dengar bunyi titisan hujan tersebut dengan jelas. Aku berasa amat takut. Sejak dulu lagi, aku amat takut dengan bunyi petir. Aku ingin menutup telingaku tetapi x boleh sebab tanganku telah diikat. Aku cuba memanggil Youngjae dan Himchan. "Himchan oppa! Youngjae-sshi!" Panggilanku tidak dijawab. Bulu romaku mula meremang. Sekali lagi, petir menyambar. "ARGHH!!!!" Aku menjerit sekuat hati. Namun, tiada siapa dapat mendengarnya kerana bunyi hujan terlalu kuat.

 

**********

 

"So, kita nak bunuh dia mcam biasa ke? Atau cara lain?"

 

"Buat macam biasa jelah. Aku dah asah parang tu tadi..."

 

"Arasseo!"

 

"Ingat! Jangan buat apa-apa lagi sebelum semua berkumpul."

 

"Ne!"

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Misaki_Raichii
#1
Meremang bulu rome bile bce ff ni uat kali yg kedue...tp tetap rase sedih~~terbaik aah kak put..klau mcm ni bce bnyk kali pon tk jmu..(nk bce help them laa pulak)..
hyemipark
#2
Chapter 10: Uwahh saya x tau knape saya bace ending nye saya menangis huaaaa ~T_T~~T_T~~T_T~
DAEBAK DAEBAK DAEBAK!!!
Misaki_Raichii
#3
Chapter 10: aaaahhhhh sedihnyeeee menitis air mata tau.....
TashaMeez
#4
Chapter 1: misterius~
24433YG
#5
Chapter 10: woo~~~aku menangis dekat ending citer ni.. T^T kesian gila hana.. patutnya dia pun jadi hantu pastu join geng daehyun tu.. T^T
SchaScha #6
Chapter 10: Buat sambungan ! Sedih tau :'(
lovingjkm
#7
Chapter 10: Woooooo...
Best and I'm speechless
KairaLavender
#8
Chapter 7: BO?!?!?! roh? aku mati2 ingatkn diorg tu manusia or vampire...-_-
mieyhyun
#9
Chapter 10: Gilerlah citer niey...!!!
kimynella
#10
Chapter 10: Buat sambungan laa. Best cite ni..