Happy birthday to you....

HAPPY BIRTHDAY JUNG DAEHYUN!!! :)

Aku masuk ke syarikat TS ent, semua orang kelihatan sibuk menyediakan parti hari jadi untuk Daehyun. Kelihatan beberapa orang staff sedang mengankut hadiah daripada peminat Daehyun, terbuntang mata aku melihat hadiah-hadiah itu. Beberapa hadiah berjenama mahal dan ada juga hadiah dari luar negara. Hebatnya...! getus hatiku.

“Hei... Look, who is here?”

Aku tersentak lalu menoleh, Zinger unnie dengan Sunhwa unnie masuk ke dalam bilik yang dipenuhi hadiah Daehyun oppa. Aku tersengih memberi salam dengan sunbae B.A.P, aku dah lama tak jumpa mereka. sewaktu aku selalu berkunjung Daehyun berlatih, mereka sering mengajak aku makan bersama dan mengajar aku menari. Mereka sangat mesra dengan aku dan selalu mengambil berat tentang aku.

“Apa khabar Hye young-ah? Kenapa dah lama tak ke sini?” Soal Sunhwa unnie selepas memeluk aku.

“Er... aku sibuk dengan persediaan exam aku,” kataku, aku menipu lagi. Exam dah lama berlalu dan kini aku sedang cuti semester pertama aku.

“Ow... Ya ke? Aigoo... rupanya dia pun sibuk juga. Rindu pula nak makan kimbab dengan awak,” kata Zinger.

“Unnie sempat lagi nak makan kimbab? Bukan ke unnie kata nak diet?” aku sedikit terkejut. Sunhwa dan Zinger ketawa mendengar kata-kataku dan aku tersengih malu menyedari mereka hanya bergurau rupanya.

“Dah jumpa Daehyun ke?” Zinger mengubah topik, aku terkedu seketika. Aku tidak tahu nak cakap apa, dah berbulan-bulan aku tak jumpa dia selepas dia debut. Zinger unnie dan Sunhwa unnie berpandangan.

“Jangan risau sayang, Daehyun pasti masih sayang akan awak,” mereka memeluk aku membuatkan aku tidak dapat menahan sebak.

“Gomawo unnie,” aku mengesat air mataku.

“Dah, kejap lagi awak akan jumpa dia. Dan ini adalah  tugas kami, betul tak Zinger unnie?” Sunhwa memandang Zinger.

“Of course,” jawab Zinger unnie.

“Tapi, mungkin aku akan berpisah dengan dia unnie.” Kataku meluahkan tujuan aku sebenar. Mereka berdua kelihatan terkejut besar mendengarnya.

“Why? Hye Young, are you kidding me?” Hyosung dan Jieun tiba-tiba masuk dalam bilik itu. Aku terdiam, aku tahu mereka sememangnya menyukai aku dan wajarlah mereka terkejut.

“Honey, aku ingatkan awak faham dengan kerjaya idol ni. Kenapa?” Jieun mengerut.

“Mianhae unnie, aku faham... tapi sampai bila aku harus menahan rindu?” sedih hati aku bila mengata semua ini.

“Wait, kami takkan benarkan awak putuskan hubungan dengan dia sekalipun. Kami akan bantu kau, okey?!” Hyosung menyentuh bahu aku. Tapi aku tak yakin, mungkin hubungan kami tak lagi seperti dulu.

“Aish!!! Daehyun ni nak kena ke? Sampai hati dia lupakan girlfriend dia yang comel ni!” Hyosung mendengus. Aku terdiam.

“Don’t worry too much, hah! Aku ada satu idea!” Jieun tiba-tiba mengangkat tangan dengan yakin sekali. Kami semua memandangnya dengan penuh harapan.

 

 

Aku mendapat keyakinan dari Secret unnie, aku menurut segala rancangan mereka. dahulu mereka pernah mengajar aku menyanyi dan main gitar. Aku mahir sedikit dalam musik dan menyanyi, aku pernah ditawarkan oleh TS ent. Untuk menjadi idol terkenal tapi aku menolaknya. Bukan apa, semua itu bukan minat aku. Aku berada di sebalik tabir, menanti isyarat unnie.

Aku tertanya-tanya, mengapa sepanjang parti hari lahir ini Daehyun langsung tidak menghubungi aku. Adakah dia dah lupakan aku? Aku menggengam gitar di tangan aku. Aku berasa geram dengan sikapnya, tapi aku cuba bertahan dan nak beri kejutan dengannya. Tiba-tiba bunyi telefon bimbit aku berbunyi, kelam kabut aku menyambutnya. ‘Daehyun oppa’ Aku segera menyambutnya.

“Yoboseyo, oppa” aku menjawab, tangan aku mengeletar.

“Baby, awak kat mana?”

“Err... Aku...” Hati aku berdebar-debar mendengar suara Daehyun di hujung talian.

“ Aku rindu sangat dengan awak, aku nak jumpa awak,” kata Daehyun, aku gembira sekali mendengar kata-kata itu. Itulah ayat2 yang aku tunggu selama ini. Mengalir air mataku di pipi, perasaan aku bercampur baur ketika itu. Geram, gembira, terharu dan sebagainya.

“Babe, are you there?”

Aku tersentak, “ Err... Mianhae oppa, aku kena pergi sekarang,” aku segera menutup talian tidak sanggup mendengar ayat seterusnya. Aku cepat-cepat mengesat air mata aku, jika tak make-up aku akan hancur.

“Kenapa ni?” Jieun datang menyedari aku sedang menangis.

“Unnie, aku sangat rindu dia. Aku tak tahu nak buat apa dah...” aku tidak dapat menahan air mata lagi. Jieun segera memeluk aku agar aku bertenang.

“Tenang sayang... kejap lagi kau dah tahu apa yang awak nak buat. Awak beri dia kejutan, biar di terkejut melihat kau di sini,” Jieun menggosok badan aku. Aku mengganguk, Jieun unnie mengesat air mata aku. Kedengaran suara orang ramai di dalam bilik parti itu, aku akan memberi kejutan untuk Daehyun oppa selepas parti itu tamat.

 

 

Daehyun cuba menghubungi Hye Young beberapa kali tetapi gagal. Dia mendengus, dia hairan dengan Hye Young. Adakah teman wanitanya dah melupakan dirinya? Tak mungkin!

“Hei... Daehyun-sii, parti dah habis. Kenapa tak masuk lagi?” Sunhwa menegur Daehyun yang masih di balkoni. Daehyun mengganguk menurut Sunhwa masuk. Hanya tinggal beberapa staff, ahli Secret dan B.A.P dalam bilik itu.

“Rindu dengan sesorang ke?” usik Sunhwa tersenyum nakal. Daehyun tersengih mendengar usikan nunanya. Bilik parti yang baru ditinggalkan tetamu dimatikan lampu.

“What happen?” Zelo mula panik, dia tidak suka keadaan gelap sangat.

“Don’t worry, aku tahu apa yang berlaku sebenarnya,” kata Youngjae tersenyum, dia dapat menghidu rancangan secret sunbae. Zelo tidak faham apa yang dikatakan oleh hyungnya. Lampu dipasang, mereka terkejut melihat Hye Young sedang duduk di atas pentas kecil. Terutamanya Daehyun terkejut melihat Hye Young di depannya.

“Hye Young?”

Hye Young mula memetik gitarnya dan mula menyanyi.

 

When I first met you, I think you are my first love

I started love you as I never say that

But, I’m happy when I know you also love me

I really miss you and want met you again

To say Happy Birthday to You Oppa....

To say Happy Birthday to You Oppa...

Can you hear me even this way far from you

Waiting for reply my message make me hurt

I’m so lonely and trying to be  strong when in front of you

And tired to say miss you, my love but I can’t...

Just saying happy birthday to you oppa...

Hye Young tidak menyedari air matanya mengalir sewaktu menyanyi lagunya sendiri. Semua orang terpaku melihatnya menyanyi lagu itu. Secret sunbae gembira Hye Young berjaya melakukannya. ‘Good Job Honey!’ mereka saling berpandangan antara satu sama lain. Daehyun dan Hye Young bertentang mata, Daehyun masih terpaku mendengar nyanyian merdu Hye Young.

 

 

“Happy birthday, oppa,” ucapku berdiri berdepan dengannya. Semua orang memberi tepukan gemuruh untuk aku.

“Gomawo Hye Young-ah, aku tak sangka awak...” Daehyun masih dalam terkejut. Aku  tersenyum lebar.

“Aku sangat rindu oppa...” akhirnya terluah juga kata2ku ini yang dah lama terpendam.

“Aku juga, aku dah lama tunggu awak.” Daehyun memeluk aku dan aku membalas pelukan hangat.

“Err... Hello? Jangan lupa, kami semua masih wujud,” Hyosung melambai ke arah kami. Daehyun meleraikan pelukan, kami berdua tersengih.

“Amboi... dah tak ingat dunia.” Kata Yongguk mengusik kami.

“Siapa yang rancang semua ni?” Daehyun memandang mereka semua.

“Bukan kami?” Youngjae menggeleng, begitu juga yang lain. Secret sunbae tersengih, Hyosung menghampiri kami dan menarik telinga Daehyun.

“Arghh...Yah, Nuna...!” Daehyun menjerit kesakitan. Aku tertawa kecil.

“Yah! Biarpun sibuk macam mana pun awak tak boleh tinggalkan Hye Young, faham?” marah Hyosung. Semua terdiam.

“You know Daehyun, she actually want to break up with you tonight but we all trying stop her mind,” Zinger mengangkat kening, Daehyun terkejut dan memandang aku.

“Mwo? Hye Young, betul ke ni?”

Aku terdiam dan tunduk.

“Well... Nampaknya mereka berdua ni perlukan ruang. Semua orang kena tinggalkan tempat ni,” kata Hyosung kepada mereka semua. Youngjae menepuk bahu Daehyun. Mereka semua meninggalkan kami. Daehyun melepaskan tangan aku dan berdepan dengan aku dengan serius.

“Betul ke apa yang aku dengar tadi,” Daehyun mengerut meminta penjelasan dari aku. Aku tahu Daehyun akan memarahi aku.

“Ne, aku rasa itu keputusan aku tapi...” aku tergamam, adakah aku sedang bermimpi? Daehyun mengucup bibirku tiba-tiba, aku terkejut rasa nak pitam pun ada. Ini kali kedua dia cium aku selepas dia meluah perasaan pada kali pertama dengan aku.

“You still don’t believe me? Aku takkan berpisah dengan awak, Hye Young!” tegas Daehyun, aku terpaku melihat matanya. Baru aku sedar betapa dalamnya cintanya pada aku, selama ini aku tak sedar kerana kami selalu berjauhan. Betul, semuanya disebabkan aku yang tidak percaya pada Daehyun dan diri sendiri.

“Mianhae, oppa,” aku memeluknya agar bertenang. Daehyun mengeluh cuba menolak aku tetapi aku tetap memeluknya.

“Mianhae, aku salah. Aku tak percaya oppa, tapi aku sangat rindu oppa...” aku menangis dalam pelukannya. Semuanya salah aku, Daehyun mengganguk dan menolak aku perlahan.

“Arasso, tolong jangan buat keputusan bodoh lagi. Hmn...”

Aku mengganguk sambil mengesat air mata. Daehyun tersenyum dengan telatah aku seperti budak kecil.

“Aigoo... tengoklah awak ni. Comel betul.” Daehyun membantu aku mengesat air mata aku. Aku masih sempat tersengih malu.

“Saranghae,” ucap Daehyun, aku mendongak senyum memandangnya.

“Na do, saranghae,” aku pula membalas ciuman untuknya. Hadiah untuk hari jadinya... Aku takkan buat keputusan yang menyakitkan hatinya. Aku bahagia mempunyai teman lelaki sepertinya, biarpun dikelilingi peminat yang sangat ramai. Tapi aku tahu mereka menyayangi Daehyun oppa sama seperti aku menyayanginya. Aku percaya... suatu hari nanti aku akan tampil di depan mereka yang aku ialah teman wanitanya.

 

 

 

 

----------------------------------------------------------------------------------------

Aegyo... Can you imagine that is you?

I put with Secret unnie here, I also fan of them and I made great relations with them.

"Happy birthday~~~" :)

 

 

 

lagu yang dinyanyikan oleh Hye young adalah dicipta oleh aku sendiri. hehe... n... gmbr ni, aku tak tahu siapa punya. BTW, I hope he or she understand why I take this picture.Tq reading this... see you again :)

 

Kya!!! What the hell?!! I such like bad baby, this picture was made by TS ent. How dare I didn't notice that!!! I'm so sorry guys, this is my mistake... T.T

#give comment~~~(at least say a.p bday to him)

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Daevil_1004
#1
Chapter 1: comeynya ^o^
nurulizzahramanlee
#2
Chapter 1: Cute story
put_up
#3
Chapter 1: love this!!!!>.<
put_up
#4
woah~ >.< can't wait for the update