*3*

the decision..

 

~~~~~~~~~~~~~~~
 

Sunggyu masuk ke Infinite cafe seperti biasa keesokan harinya tapi kali ini dia disambut oleh sungjong, bukan woohyun. Sunggyu memesan minuman kegemarannya. Dia sedang enak menikmati minuman tersebut tetapi diganggu oleh satu suara.


‘woohyun’. Sunggyu memandang woohyun macam tak percaya. Woohyun kelihatan lebih kemas...dan..handsome. tiada baju pelayan seperti yang woohyun pakai semalam. Hari ini woohyun pakai baju kemeja berseluar slack. Nampak seperti orang berkejaya.

“ehem”woohyun berdehem mematikan lamunan Sunggyu. Sunggyu yang sedar dirinya telah mengelamun segera mengalihkan pandangannya dari woohyun.

“awak dah lama tunggu saya?” soal woohyun selamba. Sunggyu memberi jelingan tanjam kepada woohyun.Woohyun gelak kecil. Woohyun mengambil tempat di hadapan Sunggyu. Sunggyu membesarkan matanya melihat Woohyun yang mengambil tempat di hadapannya.

“hai” tutur woohyun membuka bicara. “hoi..”balas Sunggyu.
“macam marah je awak ni”
“bukan macam.. tapi memang dah marah pun.”
“kenapa nak marah pula. Saya  Cuma tumpang duduk je” Sunggyu mencebik.
“punyalah banyak meja kosong dekat dalam cafe ni meja ni juga yang awak nak duduk. Kenapa?” soal Sunggyu.
“well...mungkin sebab sini ada bunga cantik kut.” Sunggyu mengecilkan matanya memandang disekelilingnya. Pelik. “Mana ada bunga disini”
“awaklah bunga tu...”selamba woohyun membalas. Jarinya menunding kearah Sunggyu.Woohyun meneruskan bicaranya.
“Awak cantik macam bunga. Wangi macam bunga. Comel pun macam bun-.”
“Dah,dah! Cukup. Tak perlu nak puji lebih,” potong Sunggyu laju. Merona merah sedikit mukanya apabila dipuji oleh woohyun.

“saya tak suka awak buat macam ni” ujar Sunggyu. Woohyun tersenyum nipis 
“saya pun tak suka nak buat macam ini”
“habis tu kalau tak suka asal buat juga?”
“Sebab kalau saya tak buat macam ni, sampai bila-bila pun saya takkan dapat makan dengan awak, cakap dengan awak.. date dengan awak...”
“apa? Apa awak cakap? Date” Sunggyu mendapatkan kepastian. Tak mungkin dia tersilap dengar.
woohyun nodded.
“saya tak kenal awak woohyun..”Sunggyu bersuara perlahan.
“sebab itulah saya ajak awak keluar. Sebab saya nak bagi awak kenal saya macam saya kenal awak. Dan mungkin saya dapat kenal awak dengan lebih mendalam lagi.” Terang wooyun.
cakap pasal kenal-kenal ni membuatkan Sunggyu teringat akan janji woohyun semalam. Lantas dia menyoal woohyun


“ woohyun.. ingat janji awak semalam. Boleh cerita macam mana awak tahu mengenai saya?”
woohyun tarik nafas panjang sebelum menghembusnya perlahan.
“Dari Sungjong. Pemilik infinite cafe ini. Sungjong merupakan kawan baik saya. Dialah yang bagi maklumat pasal awak dekat saya” tipu woohyun.
“dan kenapa awak nak tahu pasal saya”
“sebab saya dah jatuh cinta pandang pertama dekat awak.” ‘yang ni betul. saya tak tipu. Saya betul jatuh cinta bila aku tengok gambar awak Sunggyu.’ Woohyun berkata dalam hati.
Jawapan Woohyun membuatkan Sunggyu blushed. Dia tak sangka Woohyun mempunyai perasaan dekat dia.

“Buat pengetahuan awak, woohyun, saya tak berminat nak mempunyai boyfriend buat masa sekarang. Saya hanya mahu tumpukan pada kerjaya saya. Saya harap awak faham” Sunggyu berlalu meninggalkan woohyun yanag dalam terkebil itu.

‘aku akan buat kau jadi milik aku juga Sunggyu.’ Tekad woohyun. Dia mengeluarkan telefon menaip sesuatu sebelum diletakkan telefon di telinganya. Dia tersenyum. “hello..aku nak minta tolong kau sikit.....”

Sunggyu masuk ke dalam perut lif menekan nombor 9 menunjukkan office dia berada. Sunggyu memegang dadanya yang terasa kencang tiba-tiba. ‘asal dengan aku?’gumam Sunggyu.
“ni semua sebab kau woohyun!” sunggyu menumbuk perlahan dinding lif sebelum dia terdengar bunyi lif yang menandakan dia sudah pun sampai ke pejabatnya. Dia menarik nafas panjang sebelum berlalu keluar dari pintu lif.

 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tepat pukul 5 Sunggyu mula kemas meja kerjanya memandangkan semua kerja telah pun dia siapkan.  

Sunggyu berlalu  menuju keretanya. Bulat matanya melihat kedua-dua tayar hadapannya telah pancit. ‘aduh, siapa punya kerja ni’ 'siapa yang tak puas hati dengan aku ni' ingin sahaja dia menjerit menunjukkan rasa ketidakpuasan hatinya.
“argh! Tension!” sunggyu memegang kepalaya menunjukan gaya frustrated.

 ‘pon,poon...’
Sunggyu terdengar hon kereta dihadapannya. Dia memandang empunya tuan kereta. Disaster!

“kenapa dengan kereta awak? Awak okay?” woohyun menyoal.
“tayar kereta saya pancit. Saya tak tahu nak balik dengan apa nanti.”jelas sunggyu.
“masuklah. Saya hantarkan.” Ajak woohyun.
“tak mengapalah. Saya telefon adik saya suruh dia amik saja “
“takkan nak tunggu..hari dah nak hujan ni.Takpelah, saya tumpangkan.” Sunggyu memandang langit yang kelihatan mendung menandakan hujan akan turun sebentar lagi. Sunggyu mengangguk setuju sebelum masuk ke dalam kereta mewah woohyun.

“terima kasih dan sorry jika saya menyusahkan awak” Sunggyu bersuara.
“it’s okay sunggyu. Saya sudahpun habis waktu pekerjaan. Lagipun kalau ini saja cara untuk kenal awak dengan lebih dekat, saya lagi suka.” Terang woohyun.
“awak.. saya taknak awak terlalu berharap. Saya tak mahu awak yang sakit hati akhir nanti. Say-“kata kata sunggyu dipintas oleh Woohyun.
“saya ikhlas nak kenal dengan awak. Jika jodoh kita memang tiada. Itu sudah tertulis buat kita. Buat masa ni boleh awak cuba buka pintu hati awak  buat saya? “  woohyun mengharap dan dia tak sangka bila dia melihat sunggyu mengangguk kepalanya. “betul?” sunggyu angguk lagi sekali.
“kita boleh cubakan. Tapi saya mahu kita kawan dahulu. Saya mahu kenal awak dulu.”
woohyun menyembunyikan senyuman dia. Dia terasa mahu meloncat kegembiraan saat itu tapi dia tahan. Mereka berborak didalam kereta sampai tak sedar mereka sudahpun sampai di rumah sunngyu.

“terima kasih woohyun.” Sunggyu memberikan senyuman ikhlas.
“welcome sunggyu. Lain kali boleh kita berjumpa lagi? I mean..as a friend?” Sunggyu nodded dan memberikan senyuman manis kali ini. Sunggyu ingin menutup pintu kereta tetapi ditahan oleh woohyun.
“boleh saya minta nombor telefon awak? Lagi satu nanti saya akan telefon kawan saya suruh dia betulkan tayar kereta awak”
“tak menyusahkan ke?” soal sunggyu.
“tak lagipun kawan saya memang kerja repair kereta. Nanti saya suruh kawan saya bawa kereta awak balik ke sini. Esok awak tak kerja kan.?” Sunggyu angguk kepalanya memandangkan esok hari sabtu.
“boleh kita keluar esok? “soal woohyun.
“erm.. baiklah. “ Sunggyu setuju. Mungkin dengan cara ni dia boleh kenal woohyun dengan lebih rapat lagi.
“okay, see you tomorrow then...and your number please...” Sunggyu chuckled sebelum memasukkan nombor telefonnya dalam telefon bimbit Woohyun.

 

Sunggyu melambaikan tangannya menghantar woohyun pulang dari rumahnya. Dia tersenyum terkenangkan gelagat woohyun. Sunggyu memegang dadanya.
‘did I fall in love?’ sunggyu menggelengkan kepalanya tanda tidak setuju dengan fikirannya.
Dia masuk ke dalam rumah dengan senyuman terhias di mukanya dan semua itu ditegur oleh myungsoo.

“hyung, why are you smiling like an idiot? Did you fall in love” soal Myungsoo yang sedang menonton televisyen ketika itu. Sunggyu gasped. ‘did I?’ Sunggyu berlalu menuju ke biliknya tetapi langkahnya terhenti bila dia mendengar Myungsoo berkata,
“who is he? Is he my soon brother-in-law? He’s handsome. “ Sunggyu memandang Myungsoo yang matanya masih tak lepas dari kaca tv.
“mind your own business myungsoo-ah”. Sunggyu berlari menuju ke biliknya.
Myungsoo geli hati melihat abangnya yang menahan malu.
‘wow, woohyun. Nampaknya kau dah berjaya memikat hati abang aku..’ Myungsoo tersenyum sebelum mengalihkan pandangannya dari kaca tv dan dia mengambil telefon bimbit yang berada di meja depannya..

Woohyun menyanyi dengan riang selepas dia menghantar sunggyu balik. Gembira bila sunggyu tersenyum kepadanya. Gembira dengan jawapan Sunggyu. Gembira dengan persetujuan Sunggyu untuk keluar esok. Semuanya sebab Sunggyu. Dia mengambil telefon bimbitnya bila dia terasa ada gegaran menandakan ada mesej masuk. dia membacanya. 


'Apa kau dah buat dekat abang aku sampai muka dia merah sangat ni?'
'nothing. muka dia merah sebab tak tahan tengok aku hot sangat kot'
balas woohyun. tak sampai seminit mesej dia dibalas.
'wooii..nak muntah aku.. ni semua terjadi sebab pertolongan aku juga. kalau tak takkan nya kau dapat dekat dengan dia.' 
'okok..thank you my brother-in-law. i appreciate it.'
'geli nya aku baca mesej kau ni. dah la malas aku nak layan kau. lagi satu kereta abang aku bawa sini balik!..’ 

'okay-okay. don't worry. aku dah hantar seseorang pergi ambil dah.' balas woohyun lagi.
'good.' mesej terakhir dari myungsoo itu woohyun biarkan saja. Dia malas nak balas.



Sampai saja di biliknya, woohyun terus merebahkan badannya. Dia tersenyum terkenangkan kembali senyuman Sunggyu petang tadi..
'Aduh, cair hati aku.' woohyun memegang dadanya dan tak sampai 10 minit kemudian, dia telah terlena.

 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
kalau cerita ini tak interesting dan tak seperti yang kamu semua harapkan.. 
I'M SORRY!!!! :'(

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Sumayeol #1
Chapter 3: Ini cerita Bagus
gyugyu89
#2
Chapter 2: Mengerti sedikit bahasa malay, berkat ipin upin yang diputar di indonesia.. Woohyun selalu greasy...