*2*

the decision..

~~~~~~~~~~~~~

“kau nampak tak tu? Itu la abang aku” myungsoo berkata sambil menunding jari kearah sunggyu yang sedang minum coffee di infinite cafe.
“sebelum masuk kerja,sunggyu hyung selalu sarapan dekat sini. Hyung masuk kerja pukul lapan keluar pukul lima kalau tiada masalah dekat office. Sunggyu hyung memang tidak suka duduk office lama-lama. Dia lebih suka habiskan masanya di rumah menyiapkan kerja yang tidak selesai di office. Lagi satu hyung memang suka datang ke infinite cafe. Itu memang tempat favourite dialah.  So, kalau kau nak mengurat hyung, pastikan sebelum pukul lapan, dan selepas pukul lima selepas dia habis kerja. Myungsoo menerangkan kepada woohyun yang dari tadi hanya setia mendengar.

woohyun menganggukkan kepalanya. Matanya tidak lepas dari memandang sunggyu. Tiba-tiba di kepalanya terlintas satu idea.
“aku tahu apa nak buat” woohyun bersuara.  “apa? “ woohyun senyum sinis memandang myunsoo sebelum berbisik kepada myungsoo.
“wooo.. ok juga idea kau tu. Tak terfikir pula aku.”
“hey, see the leg la .. “ woohyun bersuara bangga sambil menepuk perlahan kakinya. Myungsoo mula berlalu dari tempat persembunyian mereka malas nak layan karenah woohyun.

~~~~~~~~~~~~~~~
keesokan harinya~

Seperti biasa sunggyu akan pergi ke infinite cafe. Dia disambut seperti biasa oleh pelayan tapi kali ini di perasan pelayan yang menyambutnya merupakan orang baru disitu. Dia melihat tanda nama yang ada pada baju pelayan tersebut.

 ‘Nam Woohyun. Macam pernah dengar nama itu. Aku memandang woohyun dari atas sampai la ke bawah.. perfect. Handsome’.Sunggyu berkata di dalam hati.. ‘aish, apa aku fikir ni.’ Sunggyu menggeleng perlahan kepala dia. Ketika itu juga dia terdengar ketawa kecil dari woohyun sebelum dia bersuara.

“Welcome to infinite cafe”.  Sunggyu membalasnya dengan senyuman. Woohyun membawa Sunggyu ke  meja kosong. “May I have your order,cutie?” Sunggyu blushed. “vanilla la-tte” Sunggyu stuttered. “anything else?” sunggyu menggelengkan kepalanya sebelum woohyun berlalu pergi dari situ. Tak sampai lima minit pesanannya sudahpun sampai.

“here your vanilla latte,cutie” woohyun berkata dengan memberi senyuman lebar. “thank you and don’t call me cutie. You don’t even know me” Sunggyu bersuara tegas. Woohyun terpegun melihat muka marah Sunggyu. Tak bukan kerana takut..tapi COMEL.. comel sangat sampai dia nak gigit pipi gebu itu. Woohyun kembali ke alam nyata sebelum ketawa kecil.

 “well, i do know you. Kim Sunggyu-ssi” woohyun memberikan senyuman sinis. Sunggyu membesarkan matanya *sebesar-besarnya* kerana tidak sangka pelayan itu tahu namanya.

“ma-macam mana kamu tahu nama saya....woohyun-ssi?” Sunggyu berkata sambil memandang tanda nama yang ada pada baju woohyun.

‘alahai, comelnya dia bulatkan mata dia yang tak seberapa nak besar tu.’ Woohyun ketawa kecil melihat gelagat Sunggyu itu sebelum membalas “erm..anggap sahaja saya ini peminat rahsia awak.” Woohyun mendekatkan wajahnya kepada Sunggyu yang masih lagi hairan dengan Woohyun. Sunggyu yang terkejut dengan dengan tindakan woohyun segera bangkit dari tempat duduknya. Tapi malang,tindakan drastiknya itu membuatkan Sunggyu tidak stabil dan hampir terjatuh. Lagi sikit badannya nak mencecah lantai, dia dapat rasakan ada tangan melingkari di pinggangnya menyambutnya daripada terjatuh. Sunggyu melihat gerangan yang menolongnya.

‘woohyun’ Dia tak sangka woohyun sempat menyambutnya daripada terjatuh. Dia lagi tak sangka bila muka dia sangat rapat dengan woohyun. Sangat rapat sampai Sunggyu boleh merasakan kehangatan nafas woohyun. Melihat keadaan mereka yang kekok itu woohyun segera menstabilkan kedudukan mereka. Kedua- dua pipi mereka kemerahan menahan malu yang amat sangat. Woohyun meletakkan tangan di dadanya merasakan jantungnya seperti nak berlumba F1. Laju sangat. Woohyun tak ingat bila kali terakhir dia merasakan seperti ini.

“ehem..sorry” woohyun bersuara dulu. “ahaa...tak mengapa. Terima kasih woohyun-ssi”
“tak perlu nak berformal. Panggil woohyun sahaja cukup.” Woohyun menghulurkan tangannya ingin berjabat. “ah, baiklah woohyun. Panggil saya sunggyu sahaja. “ Sunggyu menyambut huluran tangan woohyun. Saat ini woohyun tengok muka Sunggyu makin bertambah merah dari yang sebelumnya dan dia juga tahu dia telah maju satu langkah kehadapan dalam rancangan dia.

Sunggyu kembali duduk di tempatnya kembali dan menghirup airnya yang sudah sejuk itu. “so, boleh saya tahu macam mana awak tahu nama saya, woohyun?” sunggyu ingin mendapatkan kepastian.

Woohyun tersenyum sebelum mengambil tempat di hadapan Sunggyu. Tak salah kerana woohyun bukannya pekerja disitu. Woohyun telah pun berbincang dengan Sungjong,pemilik infinite cafe ini terlebih dahulu tentang rancangannya nak memikat hati sunggyu. Sungjong tidak keberatan malah lagi suka dengan rancangannya memandangkan sungjong sudahpun menganggap woohyun sebagai abangnya sendiri. Sungjong pun nampaknya suka dengan pelanggan tetapnya, Sunggyu.
woohyun tersenyum sendirian memikirkan kata-kata Sungjong semalam.

Flashback.

“Sungjong-ah, aku nak minta tolong boleh?” “apa hyung?”
“aku nak berkerja sementara disini boleh?”
“apa? Bukankah hyung sudahpun mempunyai pekerjaan tetap? Gaji lumayan lagi. Eh kejap. Aku berhenti kerja ke? Ke hyung kene pecat? Takkanlah.. ”
“aish, dengar dulu.Aku bukannya berhenti kerja la. Sekarang ni aku free..So, aku ingatkan nak pikat dulu seorang lelaki ini sebelum aku sibuk dengan kerja aku. Namanya Sunggyu....”
“Sunggyu hyung? Pelanggan tetap aku tu ? yang muka macam hamster tu? Aww hyung, asal pukul kepala aku..,” Sungjong merengek.
“jangan menyampuk boleh? Lagi satu siapa kau nak panggil crush aku hamster?” Sungjong mencebik. “okay hyung. Teruskan.”
“aku tahu dia selalu datang sini sebelum pukul lapan untuk breakfast dulu. So, aku kononnya nak belakon menjadi pelayan hanya sebelum pukul lapan pagi. Faham?” woohyun menerangkan butiran secara terperinci kepada sungjong. Sungjong menggangguk dan memberikan tanda salute kepada woohyun. “baik bos!” woohyun dan sungjong ketawa.
“tapi kan hyung, bila fikirkan balik aku rasa korang memang sesuai bersama...comel!”
woohyun hanya tersenyum mendengar kata-kata tersebut.


end of flashback.

“woohyun~” sunggyu melambaikan tangannya. Woohyun tersentak. “so, boleh jawab soalan saya?” sunggyu kembali menyoal.
“kalau awak nak tahu, esok saya bagitahu. “ sebelum sunggyu sempat berkata sesuatu woohyun berkata sesuatu yang tak disangkanya.
“baiklah Sunggyu, masa kerja awak sekarang ni. Saya pasti awak tidak mahu terlambat bukan. Awak kan CEO syarikat mestilah kene datang awal. ” mulut Sunggyu terbuka luas mendengar kata-kata tersebut. “mac-cam mana.....” kata-kata sunggyu dipintas oleh woohyun.
“esok saya bagitahu awak.” Woohyun tersenyum puas. Sunggyu mencebik. Dia melihat jam di tangan ‘oopss.. 8:08 am.. Aku dah lambat’ Sunggyu segera habiskan minumannya yang masih belum habis itu dan meminta diri.
Tapi sebelum itu, Woohyun sempat menahan Sunggyu daripada pergi. Sunggyu yang hairan dengan tindakan woohyun itu akhirnya faham apabila tangan woohyun menyapu perlahan bibirnya yang comot dengan buih minuman tadi. Sunggyu yang malu dengan tindakan woohyun menyebabkan pipi dia merah sepeti buah tomato kerana tak menyangka tindakan woohyun itu.

“thank yo-u” kata sunggyu sebelum berlalu keluar daripada infinite cafe.
Woohyun hanya tersenyum melihat sunggyu yang blushing ketika itu. Dia meletakkan jari yang menyapu buih di bibir sunggyu tadi di mulutnya dan menjilatnya.

sweet. Macam orangnya.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Sumayeol #1
Chapter 3: Ini cerita Bagus
gyugyu89
#2
Chapter 2: Mengerti sedikit bahasa malay, berkat ipin upin yang diputar di indonesia.. Woohyun selalu greasy...