- - -

Permainan Interaktif !

Sebaik saja mendengar bunyi loceng menandakan waktu persekolahan sudah tamat. Awaklah orang yang paling pantas dan cekap berkemas sebelum mengambil langkah keluar daripada kelas. 

Selalunya awak tidaklah terlalu teruja untuk keluar daripada sekolah dengan pantas seperti ini cuma awak tidak sabar untuk mengunjungi sebuah cafe yang baru buka berdekatan dengan sekolah awak.

Setelah mendengar cerita yang cafe itu menawarkan pelbagai jenis makanan manis dengan harga yang berpatutan dan mampu untuk seorang pelajar sekolah menengah tinggi sepertinya beli.

Tidak mengambil lebih daripada 10 minit awak sudah berada di hadapan cafe yang penuh dengan pelajar perempuan. Awak tertanya-tanya mengapa semua orang suka mengunjungi cafe ini dan satu-satunya cara untuk mendapatkan jawapan itu adalah dengan merasakan sendiri pengalaman berada di dalam cafe itu.

Awak melangkah mendekati cafe itu dengan wajah penuh ingin tahu sehingga awak disapa oleh seorang lelaki yang berwajah tembam dan bergigi seperti tupai. senyumannya yang tidak lekang itu membuatkan awak membalas senyuman dengan satu senyuman janggal.

"Sila ikut saya cik" Awak menganggukkan kepala dan mengikut langkah lelaki itu dan dia memberikan awak sebuah tempat duduk yang amat selesa dan agak legang daripada ramai orang.

"Saya tau cik tak selesa dengan keadaan ramai orang dan menjadi tanggungjawab saya untuk memberikan keselesaan terhadap pelanggan saya." Awak tersenyum dan tertawa kecil dengan gelagat barista yang comel itu. "Sila membuat pilihan dan saya akan mengambil pesanan cik sebentar lagi" dia bersuara sambil meletakkan sekeping menu di hadapan awak kemudian berlalu pergi melayan orang lain.

Awak mengambil menu tersebut dan meneliti satu persatu nama dan gambar makanan yang menarik selera awak. Namun belum sempat membuat pilihan seorang lagi barista datang dengan membawa sedulang bekas air berserta cawan dan diletakkan di hadapan awak. Awak dalam kekeliruan dan barista itu seakan-akan boleh membaca kekeliruan yang bermain di kepala awak.

"Sebelum mengambil pesanan kewajipan kami menyediakan air kosong untuk pelanggan dan Baro-hyung lupa buat tu , kami minta maaf dan memberikan air coklat percuma untuk cik" omelnya sementara tangannya sibuk menuangkan air coklat dan hulurkan kepada awak. 

Awak tersenyum dan mengucapkan terima kasih kepada barista yang berambut panjang dan kelihatan feminin itu lalu mata awak terpandangkan pelayan yang bergigi tupai itu memandang awak dengan pandangan penuh rasa bersalah.

Barista bernama Baro itu kembali untuk mengambil pesanan awak.

"Tadi tu saya minta maaf saya lupa habis" jelasnya dan awak sudah mengerti.

"takpe saya tak tau pun cafe menyediakan air untuk pelanggan sebelum buat pesanan so takpe lah kan?"

"tapi saya rasa bersalah"

"dorang buat awak rasa bersalah ke?"

Baro menganggukkan kepalanya dan bersuara "Sebab saya adalah yang paling berpengalaman disini dan membuat kesilapan kecil dalam minggu baru buka cafe ni , maybe dorang akan marahkan saya"

"Aigoo , benda kecil pun jadi macam tu?" 

Dia tersenyum tawar dan timbul rasa kasihan dalam diri awak kepada Baro. Awak ingin membantunya dengan bertemu dengan pengurusnya dan menyuruh agar tidak memarahi atau kenakan apa-apa tindakan terhadap Baro.

Namun awak teragak-agak sama ada hendak membantu dia atau membiarkan saja Baro menanggung sendiri kesilapannya nanti.

"Nak bantu?"

"Atau lepas makan balik rumah terus?"

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
my_caffeine
#1
Chapter 3: Wow! Nampak menarik lah~ Author-nim hwaiting! (ง •̀_•́)ง
Update lagi~ tak sabar nak bace~~ xoxo ppyong!
parkeunae #2
Chapter 3: can u make this story complete ??
sory if i make u angry to me :(