Final

Second Chance (Oneshot)

http://www.youtube.com/watch?v=j456uFHO-OI [Listen to 3.6.5 by EXO K] 

Second Chance (Oneshot)

Your POV

            Untuk entah kali berapa,aku mengunjungi Han River dengan harapan agar dia akan muncul di sini.Hampir setiap hari...aku akan menunggunya.Aku tak pernah merasakan semuanya sia-sia kerana aku...sudah jatuh cinta padanya.

            Aku sedar bahawa,apabila kita kehilangan seorang yang disayangi baru kita akan terasa betapa sunyinya dan ruginya kerana tidak menghargai dirinya dengan baik.

            "I wish he would give me a second chance..." bisikku dengan sebuah harapan.

            Telefon bimbitku berbunyi. "Hello?"

            "Sandra!Mana kamu pergi ni?" suara omma menjengah ke telingaku.Aku cuba menjauhkan telingaku dari telefon bimbit.Kuat betul suara omma ni.Menjerit ke apa?desisku.

            "Saya dekat Han River." jawabku.Tenang.Kedengaran omma merengus.Aku tahu,omma tidak pernah suka apabila aku sering menghabiskan masaku di Han River. "Buat apa nak tunggu orang yang tak akan muncul?" pertanyaan omma membuat aku terkelu.

            "Omma..." aku tidak mampu meneruskan kata-kata.

            "Malam ni,omma nak kamu pergi dinner dengan Siwon.Muktamad!Jangan nak tolak atau berdalih macam selalu!" ujarnya dengan sebuah amaran.Aku mengemam bibirku. "Arraseo." aku terus menamatkan panggilan.

            Aku memandang langit yang sudah memasuki senja.Suasana di Han River agak lengang kerana waktu sudah lewat petang.Aku mengambil keputusan untuk pulang ke rumah.

*****

            Malam itu,aku memenuhi jemputan Siwon untuk menghadiri makan malam bersamanya di sebuah restoran.Jauh di sudut hatiku,aku tidak sanggup tetapi kerana amaran yang telah diberikan oleh omma aku terpaksa akur.

            Siwon adalah anak kenalan omma.Dia berasal dari keluarga yang berpengaruh.Berpelajaran tinggi dan mempunyai perwatakan yang menarik.Aku sendiri hampir tertawan,namun...hatiku tetap memilih Suho.

            "Sandra?" lamunanku terhenti apabila suara Siwon menganggu. "Hah?" aku terkebil-kebil.

            "Awak nak makan apa?" senyumnya.Aku tersipu malu.Aduhh!Boleh pulak aku mengelamun depan Siwon.Aigoo...aku mahu saja mengetuk kepalaku ketika ini! "Apa-apa jelah." balasku,mahu menutup malu.

            Siwon memanggil seorang pelayan restoran tersebut.Dia mula memesan makanan.Aku sekadar mendiamkan diri dan melihat cara percakapan Siwon yang kurasakan penuh dengan kesopanan dan gentleman.

            Aku mengenali Siwon melalui omma.Tanpa aku sendiri sedar,omma rupa-rupanya telah mengaturkan jodoh antara aku dan Siwon.Aku tidak sangka omma yang aku sayangi itu masih berfikiran kolot.

            Masih relevankah perkahwinan secara paksa? soalku dalam hati.

            Aku menongkat dagu lalu mengeluh.Siwon yang terlihat perlakuanku ketawa kecil. "Awak bosan ke?"

            "Hmm,bosan..." irama lagu jazz sememangnya bukan kegemaranku.Silap-silap aku boleh tertidur juga.Lainlah kalau ada persembahan atau apa-apa yang boleh menyegarkan fikiranku.

            Siwon bangun dan berjalan ke arah sebuah piano yang berhampiran dengan tempat kami duduki.Dia memanggil pengurus restoran itu dan berkata sesuatu.Kemudian,aku lihat dia duduk di hadapan piano tersebut.

            Jarinya mula menekan kekunci.Aku jadi tertarik untuk melihatnya. http://www.youtube.com/watch?v=kqbDziBzf9g [listen to Someday -Super Junior,pretend that Siwon is singing this song XD]

            "This song I dedicated for my beloved girl,Cassandra Lee." katanya.Matanya memandangku yang sedang duduk di tempat yang kami duduki.Semua pelanggan di restoran itu menepuk tangan,begitu juga aku.

            "How was it?" dia duduk di sebelahku semula. "Good." senyumku.Tak sangka dia pun boleh menyanyi. "Mana awak dapat bakat menyanyi dan bermain piano ni?" tanyaku dengan minat.

            "Dulu saya pernah belajar kelas piano dan pernah juga masuk kelas vokal,tapi separuh jalan je sebab omma saya paksa saya belajar pasal bisnes." balas Siwon.Aku mengangguk,faham.Pastilah ommanya lebih suka jika dia belajar bisnes,kerana dia akan mewarisi empayar keluarganya.

            "Awak dah ada girlfriend?" soalan itu membuatkan mata Siwon membuntang. "Maksud awak?" dia tidak faham. "Yalah,pastinya awak ada girlfriend.Siapa yang tak jatuh hati kepada awak?" usikku.

            "Tak,saya tak ada girlfriend.Saya lebih minat untuk bekerja." bunyinya macam jujur saja.Betul ke?Aku masih berasa ragu-ragu. "Impossible."

            "It's not impossible.Sebab saya cari gadis macam awak.I have fallen in love with you," beritahu Siwon dengan nada romantik.Matanya memandang mataku.Jantungku berdegup laju.

            "Tapi kita kan baru kenal?Dan ini kali pertama kita keluar bersama." aku menyoal,tidak percaya. "Mungkin awak tak tahu.Selama beberapa tahun ni,omma awak banyak beritahu pasal awak.Saya jatuh cinta.Gila kan?Tapi lepas saya tengok gambar awak,lagi bertambah jatuh cinta saya terhadap awak." aku tidak mampu berkata apa-apa.

            Speechless habis!

            "You're really a sweet talker,but I can't trust you very well.We need to know each other,more than this,than the story that my omma told you." aku berkata.Kepercayaan itu penting bagiku.

            "I know.Awak tak percayakan lelaki bukan?" teka Siwon. "Yes."

            "I will make you fallen in love with me." dia seolah-olah mencabar dirinya. "Deal." setujuku.

*****

            SEJAK daripada malam pertemuan kami itu,Siwon sering mengunjungi aku di rumah keluargaku.Hmm...nampaknya dia memang berusaha bersungguh-sungguh untuk memenangi hatiku.

            Usahanya itu membuatkan aku teringat kepada si dia,yang masih aku nantikan sehingga kini.Suho...

            365 hari...aku menunggu dia...

            Pemergiannya tidak dijangka,dia menghilang tanpa sempat mengkhabarkan apa-apa berita bahawa dia akan pergi untuk tempoh yang lama.Aku membuka folder yang tersimpan di dalam laptop milikku.

            Di dalam folder tersebut terdapat gambar-gambar aku bersama Suho.Kami sering menghabiskan masa di Han River.Kadangkala aku dan Suho akan bersiar-siar di mana-mana tempat menarik di sekitar Seoul.

            Pernah beberapa kali aku mengikuti Suho bercuti bersama kawan-kawannya.Antara tempat yang pernah aku pergi bersama Suho ialah di China,London dan Paris.Mujurlah salah seorang kawan Suho mempunyai adik perempuan jadi tidaklah aku terasa asing sewaktu mengikuti percutian tersebut.

            Sunye,gadis yang juga rapat dengan Suho.Adakalanya,timbul rasa cemburu apabila aku melihat kemesraan di antara Suho dan Sunye.Gadis itu sering membuatkan Suho begitu selesa bersamanya.

            Fikiranku mula menerawang ke memori lalu...

            Aku masih mendiamkan diri.Aku hanya melihat Suho bersama gadis yang bernama Sunye itu.Mereka siap bertepuk tampar lagi.Arghh!Apa yang kau fikirkan Cassie?Kau cemburu ke?! hatiku memarahi diriku sendiri.

            Aku menggeleng.Tidakk!

            "Cassie?" Suho duduk di hadapanku.Aku mengangkat wajahku. "Sorang je?" tanyanya. "Tak adalah,saya dengan anak ayam.Kenapa?" selamba aku membalas,tapi sebenarnya aku sakit hati.

            Suho gelak. "Loyar buruk je awak ni." dia mencubit pipiku.

Aku memuncungkan bibirku sebelum mengusap pipiku yang dicubit olehnya. "Sakitlah!"

            "Padan muka!" kata Suho.Dia membuka sebuah bekas berisi kek cawan. "Ini untuk awak.Saya minta Sunye tolong buatkan.Kan awak suka makan kek cawan?" mendengarkan nama Sunye,aku terus mengalihkan badanku ke arah lain.

            "Cassie,kenapa ni?" Suho memegang bahuku.Aku mengelak.

            Seketika,kami masing-masing mendiamkan diri. "Awak jeles ek?" andaian Suho membuatkan wajahku memerah.Aku menggeleng dengan laju. "Aniyo!" nafiku.Meledak tawa Suho.

            Aku menutup wajahku.Malu. "Mengaku jelah.Lagipun saya suka." bisiknya.Aku menelan liur.Dekat betul jarak di antara kami.Terdengar hembusan nafasnya di telingaku. "Yahh!ert!" aku bangun.

            "Eiii merahnya muka noona!" kata seorang lelaki yang ku gelarkan sebagai 'Happy Virus'.Aku menjegilkan mataku padanya.Chanyeol tersengih. "Haah,merah macam sotong merah!" usik Kai,juga kawan kepada Suho.

            Aku menghentakkan kakiku.Aku menjeling Suho yang sedang menahan tawa.Sampai hati! "Korang ni jahatlah!Kesian Cassie unnie!" Sunye muncul di hadapan kami.Dia memiat telinga Kai dan Chanyeol.

            "Suho oppa pun sama!" dia memarahi Suho.Kemudian dia memandangku. "Unnie,Sunye minta maaf ya?Monyet-monyet ni nakal sikit.Nak kena bagi pengajaran baru sedar!" dia membuat lawak.

            Aku cuba mengukirkan senyuman.Aku memiat telinga Suho. "Aduh!Sakitlah Cassie!" dia mengaduh kesakitan.Aku buat tak peduli. "Nakal!" kataku.Aku dan Sunye beradu tawa.

*****

            AKU menemui Sunye di sebuah kafe di sekitar bandar raya Seoul. "Unnie!" Sunye menyambutku sewaktu aku tiba di kafe tersebut.Kami saling berpelukan.Sudah lama aku tidak menemui Sunye.

            Kami sibuk dengan urusan masing-masing.Mujurlah Sunye menelefon untuk mengajak aku keluar berjumpa.Jika tidak,sampai bila-bila pun kami takkan berjumpa. "Unnie sihat?" tanya Sunye.

            "Sihat.Sunye sihat?" aku membalas pertanyaan.Dia mengangguk. "Suho ada call Sunye?" aku terus menanya tentang Suho. "Ermm,tak." wajahku kelihatan serba-salah.

            "Gwenchana.Tapi...dah setahun dia menghilang.Ermm,dia tak ada contact oppa Sunye?Lay dengan Kris?" soalku dengan senyuman.Mana tahu,jika Sunye diberitahu oleh abang-abangnya tentang Suho.

            "Tak ada juga.Diorang tak cakap apa-apa pun.Mianhae unnie." walaupun agak hampa dengan jawapan yang diberikan,aku tetap cuba untuk mempositifkan diriku.Dia akan kembali juga suatu hari nanti...desisku.

            Kami mula berbual tentang hal masing-masing.Sunye sibuk dengan kehidupannya di universiti.Aku pula sibuk dengan kerjaku sebagai editor di sebuah syarikat penerbitan.

            "Apa pendapat Sunye tentang perkahwinan yang diatur oleh keluarga?" aku ingin mendapatkan pendapat Sunye. "Arranged marriage?" wajahnya agak terkejut.Aku mengangguk.

            "Sunye lebih suka kalau berkahwin dengan lelaki yang Sunye cintai.Kalau perkahwinan yang diatur ni...rasanya tak semua akan bahagia.Walaupun ada yang bahagian,tapi sebahagiannya lagi?Menderita...hmm...kenapa unnie tanya?" jelas Sunye dengan panjang.

            "Urmm,sebenarnya unnie nak minta pendapat untuk artikel yang unnie sedang tulis." bohongku.Maafkan unnie,Sunye...unnie tak nak Sunye tahu yang unnie menjadi mangsa yang akan mengahwini pilihan keluarga.

            "Ohhh." dia tersenyum. "Eh,kita sembang ni tak nak makan ke?" ujar Sunye,sebelum memanggil pelayan.

*****

            DUA hari lalu aku mendapat panggilan daripada appa.Hubungan aku dengan appa mula baik sejak aku masih di tahun pertama di universiti.Hal ini tidak diketahui oleh omma kerana omma melarang aku berjumpa dengan appa.

            Omma dan appa berpisah semasa umurku 15 tahun manakala adik lelakiku,berumur 5 tahun.Semuanya kerana fitnah yang mengatakan appa curang dan mempunyai wanita lain selain omma.

            Sehingga kini,omma melarang aku dan adik lelakiku menyebut nama appa.Sadisnya aku rasakan...

            Omma seorang yang pentingkan status.Sewaktu aku memperkenalkan Suho sebagai kawanku,omma bertindak bertanya tentang statusnya.Aku berasa malu dengan Suho kerana sikap omma itu.Omma pernah mengatakan bahawa dia tidak mahu aku berkawan dengan Suho.

            Omma juga mahu mengatur hidupku.Sedangkan aku ingin sebuah kebebasan.Aku ingin hidup bahagia dengan orang yang aku sayangi.Huhh...apalah nasibku...

            "Cik Lee,ada orang hantar bunga." beritahu seorang rakan sekerjaku.Aku mengangkat bahu. "Ishhh,biar betul.Siapalah nak minat saya ni?" aku cuba bergurau.Hmm,pastinya Siwon yang menghantar bunga tersebut.

            Aku bangun dan berjalan ke pejabatku.Aku memerhatikan bunga tulip tersebut yang dibalut dengan cantik.Bunga kesukaanku!Aku menghidu baunya.Wanginya.Tanpa aku sedari,bibirku mengukirkan sebuah senyuman.

            Aku membaca sebuah kad berwarna merah jambu.

            365 days,you waited for me.I'll be back for you.

            I love you.

            -Kiss&Hug-

            Aku membaca ayat tersebut berulang kali?Kiss and Hug?Siapa pulak yang nak jadi secret admire aku ni?Ahhh...aku duduk di kerusi.Memikirkan siapakah yang menghantar bunga ini kepadaku?

            Aku mendial nombor telefon Siwon. "Sandra?" kedengaran Siwon agak terkejut dengan panggilanku yang secara tiba-tiba. "Ermm,maaf kalau saya mengangguk awak," ujarku dengan rasa bersalah.

            "It's okay,anything for you." kata-katanya membuatkan aku tersenyum.

            "Saya nak tanya satu soalan dekat awak." kataku.

            "Apa dia?"

            "Awak ke yang hantar bunga dekat tempat kerja saya?" tanyaku.

            "Bunga?Tak ada pun.Selalunya kan saya akan hantar terus dekat rumah family awak." balas Siwon.Dahiku berkerut. "Ohh,maknanya bukan awak hantarlah."

            "Ada orang hantar bunga dekat awak ya?" soal Siwon.Kedengarannya seperti cemburu.Aku ketawa kecil. "Saya rasa kawan saya yang hantar." jawabku. "Saya rasa ada orang minat dekat awak."

            Aku ketawa lagi. "Mana adalah!"

            "Okey.Ah,sorry I need to go now.Ada meeting kejap lagi." dia meminta diri. "Okey.Sorry for disturbing you!" aku tidak kisah,kerana aku sekadar mahu menanyakan tentang jikalau dia yang menghantar bunga tersebut.

            Selepas menamatkan panggilan,aku memandang semula bunga tersebut.Hmm...siapalah yang hantar ya?

*****

            "SANDRA," panggil omma. "Kenapa omma?" aku duduk di sofa.Waktu ini aku sedang bersantai di rumah memandangkan hari ini ialah hari cuti. "Kamu dah terima lamaran Siwon?" tanya omma,wajahnya serius.

            Kecut perutku melihat wajah omma.Omma memang serius orangnya.Tetapi kadangkala ada sifat sayangnya terhadap anaknya. "Dia belum lamar lagi,omma." jawabku,cuba bertenang.

            "Anggap jelah dalam waktu sekarang ni sedang tunggu jawapan daripada kamu." begitu mudah omma berkata.Aku termangu dibuatnya. "Kenapa omma beria-ia sangat ni?"

            "Sebab dia adalah antara calon terbaik yang omma pilih.Omma tahu dia akan jaga kamu dengan baik.Masa depan kamu akan terjamin." ada nada tegas dalam jawapannya.Aku memandang omma.

            "Jadi,kalau saya kahwin dengan orang yang tak berstatus tinggi,omma rasa masa depan saya takkan terjamin?Kehidupan saya tak bahagia?" aku tidak puas hati. "Ya!Omma tak mahu dimalukan!Omma mahu kita dipandang tinggi oleh semua orang yang berstatus tinggi macam kita." omma berkata dengan keras.

            Aku menghela nafas panjang.

            "Omma hanya penting status.Bukannya kebahagiaan saya!Saya sepatutnya bebas nak tentukan kehidupan saya!" nadaku naik sedikit.Omma bangun dan menamparku.

            "Kamu jangan kurang ajar ya,Sandra?Kamu mesti ikut cakap omma!Jangan pernah terfikir untuk berkahwin dengan orang yang tiada status macam kita!I will not approve it!" omma memberikan kata dua kepadaku sebelum dia beredar naik ke atas.

            Aku tergamam.Omma sanggup menamparku kerana pentingkan status...

            Air mataku jatuh bercucuran.Aku mengusap pipiku yang ditampar oleh omma.Sampai hati omma buat saya macam ni...rintih hatiku.

*****

            HARI ini aku sepatutnya menemui Siwon,namun Siwon terpaksa membatalkan temu janji kami kerana mempunyai hal di syarikat.Aku sedar bahawa Siwon adalah seorang yang workaholic.Aku terfikir,bagaimana kehidupanku jika mengahwini dia?

            Mungkin aku jadi isteri nombor dua dia,sebab isteri nombor satu dia ialah kerja!Aku tergelak sedikit dengan fikiranku itu.Aigoo...dah tak betul agaknya kau ni,Cassie!

            Kereta yang kubawa dipandu ke Han River.Dah lama juga aku tidak ke sana.Sibuk dengan kerja,dan hal lain.

            Aku berjalan di sekitar Han River.Cuaca hari ini baik sekali.Aku lihat ramai pasangan kekasih berdua-duaan di sini.Aku jadi bingung.Hari ni hari apa?Hari Valentine dah lama lepas...

            Hmm,mungkin White Day kot...ahh!Aku tak ingat pun berapa hari bulan hari ni...

            Aku duduk di sebuah bangku,seperti selalu. "Awak Cik Cassandra ke?" seorang gadis menanya.Aku berpaling,sebelum mengangguk. "Ada apa ya?" soalku.Gadis itu memberikan sebuah kad berwarna merah jambu kepadaku sebelum pergi.

            Eh?Apa pulak ni?Takkanlah...Aku menggeleng,menghapus segala andaian yang tidak masuk akal.Aku membaca kad tersebut dengan sepenuh perhatian.

            Alone?You should have a nice time.

            If I could meet you,I want to make you enjoy your time.

            Unfortunately,we can't meet together for a while.

            I miss you.Do you miss me?

            -Kiss&Hug-

            Dia lagi?Aku memandang sekeliling kawasan sekitar Han River.Siapa dia?Kenapa dia mesti nak bagi kad ini kepadaku?Ahhh!Mahu saja aku jeritkan.Siapa awak wahai Kiss and Hug?!

            Dalam seminggu,aku pasti akan dapat satu kad,dan ditulis oleh orang yang sama.Betul ke aku ada secret admirer?Tetapi,kenapa dia nak hantar kad macam ni kepada aku?

            Kalau boleh,aku nak dia bersemuka dengan aku.Apa salahnya aku berjumpa dengan orang yang kononnya menjadi 'secret admirer' aku tu...

            Bosan pulak kalau tiada sesiapa menemani aku...kalau Suho ada...lagi best.

            Nak ajak Siwon?Rasanya bukan kelas dia nak duduk dan menghabiskan masa di sini...

            *****

No one POV

            "Oppa,sampai bila?" muncul seorang gadis.Lelaki itu memandang gadis itu. "Entahlah,Sunye..." keluhnya. "Oppa tak kesian dekat Cassie unnie ke?Dia rindu sangat dengan oppa..." Sunye tidak berpuas hati dengan apa yang dilakukan oleh lelaki itu.

            Takkan mahu membiarkan Cassandra menunggu?Boleh menderita gadis itu...

            "Kesian,oppa nak sangat jumpa dia.Peluk dia,cium dia dan..."

            "Okay stop,you're too much!" Sunye tidak sanggup lagi untuk mendengar apa yang akan dikatakan oleh lelaki yang dikenalinya sejak kecil itu.Lelaki itu cuba ketawa.Hakikatnya,dia terlalu rindukan Cassandra.

            " Suho hyung!" muncul seorang lelaki tinggi. "Yo,Chanyeol!" sapanya. "Hyung,pasal noona!" Chanyeol tidak dapat  menahan dirinya untuk memberitahu tentang Cassandra.

            "Kenapa dengan unnie?" gadis itu cemas. "Relaks,cuba ceritakan pada hyung." ujar Suho dengan tenang,tetapi dalam hatinya dia saja yang tahu betapa risaunya dia dengan apa yang hendak diberitahu oleh Chanyeol.

            "Noona,nanti dia akan kahwin!" Chanyeol memberitahu.Suho dan Sunye terperanjat besar. "Andwae!" jerit Sunye.Suho memegang dahinya.Dia merasakan semua ini tidak sepatutnya berlaku.

            Dia mengambil kad berwarna biru dan menulis sesuatu.

            "Chanyeol,berikan kepada Cassie noona!" dia menyerahkan kad tersebut kepada Chanyeol. "Okey!" Chanyeol meninggalkan mereka berdua.Suho mengeluh dengan berat.Dia perlu fikirkan sesuatu...Cassie...hatinya berbisik.

*****

            GILA!Ini semua gila!Jerit hatiku.Aku terduduk di sofa selepas omma mengumumkan perkahwinanku dengan Siwon sebulan dari sekarang.Aku cuba menarik nafas.Terasa sesak di dadaku ketika ini...

            Aku naik ke bilikku dengan perasaan yang berkecamuk.

            Aku cuba menghubungi Siwon namun panggilan tidak berjawab.Aku menghempaskan telefon bimbitku ke lantai. "Arghhhh!!!" jeritku dengan sekuat hati.Aku tidak pernah mengimpikan semua ini akan berlaku.

            Pintu bilikku diketuk dengan kuat. "Noona!Noona okey ke?" kedengaran suara adik lelakiku,Hyun Woo.Aku tidak membalas.Aku duduk di bawah lantai sampai menekup telingaku.

            "1,2,3!" pintu bilikku terbuka luas.Aku mendongakkan kepalaku.Aku nampak Chanyeol bersama adik lelakiku,Hyun Woo. "Noona!" mereka berdua mendapatkan aku. "Noona okey ke?" sekali lagi Hyun Woo menanya.

            "I'm not okay.I'm broken now." tersedu-sedan aku memberitahu Hyun Woo.Hyun Woo memelukku dan mengusap belakangku. "Noona,Hyun Woo tahu noona jadi mangsa disebabkan omma yang begitu pentingkan status..." katanya.

            Aku melepaskan pelukan dan melihat Chanyeol. "Wae?Kamu ada hal apa nak jumpa noona?" aku menanya dia. "Ummm," Chanyeol mengeluarkan sesuatu daripada poket seluarnya.

            Aku membukanya

            Marriage?So soon?Why?You don't love me anymore?

            If you love me so much...

            Please meet me at Han River,5PM,our usual place.

            -Kiss&Hug-

            Han River?

            Aku menekup bibirku,aku memandang Chanyeol. "Ni...daripada Suho kan?"

            Chanyeol mengangguk. "Hyun Woo,cuba cubit pipi noona.Betul ke kad ni Suho yang tulis?" suruhku.Hyun Woo mencubit pipiku.Sakit!Maknanya...selama beberapa minggu ini...

            Suho yang menghantar kad untuk aku?!

            "Omma mana?" sambil aku menyelongkar almari pakaian untuk mencari baju yang sesuai. "Dia keluar,mungkin pergi jumpa keluarga Siwon hyung." balas Hyun Woo. "Okey,kalau omma tanya mana noona pergi,don't tell her even a word!" aku memberi amaran.

            "Okey!Asalkan noona belikan Samsung Galaxy S4 yang baru tu!" sengih Hyun Woo.Aku menjeling Hyun Woo sebelum bersetuju. "Okey!"

            "Noona!Noona,kalau saya pulak?" Chanyeol menanya dengan sengihan di wajahnya.

            "You will follow me!" arahku.

*****

            SAMPAI di Han River,aku mencari kelibat Suho. "Cassie!" aku hampir terkedu apabila mendengar suaranya...Suho...Dia berada di hadapanku ketika ini. "Suho..." sebutku.

            Aku lihat wajahnya,seperti setahun yang lalu.Seperti hari terakhir sebelum dia menghilang jauh daripadaku.Aku berlari ke arahnya sebelum memeluk Suho dengan erat. "Mana awak pergi?" tangisanku tidak dapat ditahan lagi.

            "Mianhae." dia mengucup dahiku.

            Dia membelai rambutku.

            "Cassandra!" aku bungkam.Mataku tertumpu ke arah Siwon,yang sedang menahan marah. "How could you?!" dia menyerang Suho.Suho terkejut dengan serangan yang dilakukan oleh Siwon.

            "Who are you?!" soal Siwon,marah.

            "I'm her lover." balas Suho dengan tenang.Aku memegang tangan Suho dengan erat. "Sandra,apa semua ni?" Siwon menanya dengan nada yang tinggi. "Mianhae,sebenarnya Suho ni memang teman lelaki saya.Tapi omma tak suka dia." jelasku dengan takut.

            "Awak mainkan saya selama ni?" wajahnya nampak kecewa.

            "Siapa kata saya mainkan awak?Saya sebenarnya tak berniat pun nak permainkan awak,saya terpaksa!Omma nak sangat saya kahwin dengan awak.Dia begitu sukakan awak sebagai menantunya,tetapi omma tak fikir pasal saya,yang inginkan kebebasan untuk memilih pasangan hidup..." aku terpaksa memberitahu perkara yang sebenarnya.

            Siwon terdiam.Aku dan Suho juga terdiam.

            "Saya nak jumpa omma awak." mataku membulat apabila Siwon mengatakan perkara itu. "No!Nanti omma marah saya,dia akan hentam saya habis-habisan...please...don't tell her.She will not happy about this..." rayuku padanya.

            "Don't worry,I will do something." dia terus pergi meninggalkan aku dan Suho. "Suho...macam mana ni?" rintihku padanya.Kedengaran Suho mengeluh. "Just wait and see..."

            "Eh,mana Chanyeol?" aku baru tersedar tentang Chanyeol...

*****

            "CASSANDRA Lee Joo Hyun!" suara omma sungguh kuat.Aku masuk ke dalam rumah dengan perasaan seram sejuk.Suho berada di luar rumah.Aku lihat appa,Hyun Woo dan juga Siwon.

            "Omma..." suaraku terketar-ketar menjawab.

            "Puan Lee!Puan tak patut buat Cassie macam ni!" Suho terus menyerang masuk ke rumah keluargaku. "Kamu!Apa yang kamu buat dekat sini?!Bukan ke saya suruh kamu elakkan daripada berjumpa dengan Cassandra?!" omma begitu marah melihat Suho.

            "Ya,memang saya berjanji untuk tidak berjumpa dengan Cassie lagi,tapi saya cintakan dia!" Suho membalas,dengan lantang. "Cinta?Apa yang kamu faham dengan cinta?Kamu ingat,dengan cinta kamu boleh hidup?!" omma ketawa besar,seperti sebuah sindiran.

            "Jadi,kena ada kekayaan?Puan maksudkan kekayaan boleh membuatkan orang bahagia?Puan tahu tak,kekayaan bukan penjamin untuk kehidupan yang bahagia!Tapi ia adalah satu penyebab kehancuran sebuah kehidupan!" Suho menerangkan dengan tegas.

            Aku melihat Suho dan omma.Aku tidak tahu apa yang berlaku antara mereka berdua. "Hei,saya pentingkan semua tu kerana saya inginkan Cassandra hidup bahagia?Cinta tu,lambat laun akan hilang juga!" bidas omma.

            "Omma,Suho...apa ni?Apa yang jadi ni?Omma ke yang suruh Suho pergi tinggalkan saya tanpa sebab?" aku menanya dengan perlahan.Tidak mampu rasanya hendak menguatkan suara.Aku sudah pening dengan semua ini.

            "Omma suruh Suho elakkan daripada bertemu kamu buat selama-lamanya.Omma nak kamu kahwin dengan Siwon.Kamu ni tak faham ke pengorbanan yang omma buat untuk kamu ni?" ujar omma dengan suara lembut.

            "Haneul,I'm sure you're insane." kata appa.Omma menjeling appa yang sedang duduk. "None of your business!"

            "Auntie Lee,saya memang sukakan Sandra.Tetapi auntie tak rasa ke anak auntie patut mempunyai hak untuk bahagia?" Siwon berdiri dan berkata. "Tapi Siwon,auntie..."

            "Saya akan batalkan rancangan perkahwinan saya dengan Sandra.Saya takkan minta apa-apa ganti rugi,cuma saya minta tolong berikan hak untuk Sandra bahagia." nasihat Siwon dengan baik.

            Omma menunduk. "Haneul,jangan berdegil.Dengar kata Siwon tu," setuju appa. "Betul tu,omma.Omma tak sayangkan noona ke?Bukan ke dia anak omma jugak?" Hyun Woo juga bersetuju dengan kata-kata nasihat Siwon itu.

            Aku memandang omma. "Omma,saya sayangkan omma.Sangat-sangat,tetapi untuk kebahagiaan saya...tolonglah...jangan buat saya begini,omma.Omma nak saya bahagia kan?Duit,harta dan kekayaan tu hanya sementara je,omma." aku cuba memujuk omma.

            Omma menarik nafas yang panjang.Dia duduk di sofa.

            Suho yang sejak tadi mendiamkan diri memandangku.

            Kemudian,omma bangun dan mendekati Suho.

            "Suho,pertama sekali...saya minta maaf.Saya suruh kamu jauhkan diri daripada anak saya sebab saya tak percaya kerana cinta boleh membawa bahagia.Saya sayangkan Cassandra.Dia satu-satunya anak perempuan yang saya ada." omma berdiri di hadapan Suho.

            "Sandra,omma tahu.Sejak ketiadaan Suho,kamu selalu keseorangan.Kadangkala hati omma berasa bersalah tetapi omma nak kamu bahagia.Namun setelah melihat kamu begitu setia menanti Suho sehingga setahun,omma faham...omma izinkan kamu bahagia dengan Suho," omma memegang kedua belah tanganku.

            Aku mencium pipi omma dengan bertalu-talu. "Thanks omma!"

            "Puan Lee,saya berjanji.Saya akan hargai Cassie,saya takkan sakiti dia." janji Suho pada ommaku.Omma mengangguk.Omma meletakkan tanganku di atas tangan Suho.

            Suho menggenggam tanganku,dengan erat.

*****

            AKU menuam ais di bahagian pipinya yang lebam. "Dah biru pipi awak ni!Kenapa awak tak balas bila dia tumbuk?" ujarku dengan risau. "Saya tak sempat nak prepare apa-apa pun,tiba-tiba kena tumbuk." jawab Suho.Dia mengaduh kesakitan.

            "Mianhae." aku menuam perlahan-lahan.

            "Betul ke awak cintakan saya?" tanya Suho padaku. "Mestilah!"

            "Bukan ke awak beria-ia tolak cinta saya?" Suho memandangku. "Hmm,saya tiba-tiba jatuh cinta.Lepas hampir beberapa minggu awak hilang,saya mula sedar yang saya dah sia-siakan peluang yang ada." jelasku dengan bersungguh-sungguh.

            "Ohhh?Maknanya saya kena hilangkan diri lagi baru awak sayang gila-gila dekat saya?" dia membuat lawak.Tapi aku tak rasa semua tu lawak.Aku menekan tempat lebamnya dengan kuat.Rasakan!

            "Ouchh!Sakitlah,jagiya!" dia menjerit.

            "Padam muka!Eh?Apa?Jagiya?" aku terkejut.Suho mengangguk dan senyum. "Jagiya,i love you!" dia mencium pipiku.Aku menumbuk bahunya. "Byuntae oppa!Love you too!" aku membalas ciumannya,tapi entah macam mana aku boleh tercium bibir.

            "Hehe...tindakan refleks!" Suho tersengih selepas kami bercium. "Tindakan refleks konon!" aku menjeling dia. "Kad warna pink dengan biru tu awak yang tulis kan?" tanyaku.

            Suho mengangguk. "Kenapa?"

            "I miss you like crazy!" itu jawapan yang diberikan.Aku tersenyum lebar.

            Kami menikmati keindahan malam di luar rumah keluargaku.Siwon sudah meminta maaf kepada aku dan Suho,dia juga mendoakan kebahagiaan kami.

            Aku juga harap Siwon akan menemui cinta sejatinya.

            Aku mengharapkan cinta ini tidak akan layu,dan aku berjanji tidak akan melepaskan peluang kedua ini dengan mensia-siakan Suho yang selama ini mencintaiku,dan tidak putus-putus mengejar cintaku.

 

End.

Tuesday.8:19 p.m.

4th June 2013.


 

Annyeong!FInally,I manage to completed this oneshot,at first I almost give up because I had some problem ;_;

Do subscribe and comment!I need to know whether my fanfic is good or not~

Hehe,bye! >3<

p/s:wait for my incoming oneshot sequel which I will post before or after school holidays is end~

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
linaniel
coming soon oneshot ft.Suho (EXO) !

Comments

You must be logged in to comment
annurthegreat #1
Chapter 1: siwon :'( it's okay, siwon is mine anyway.. Hahha *joke*
mitralisa #2
English version?
darla_carolina #3
Chapter 1: Wahhh best (Y) two thumbs up yawww.
fluffyichigo
#4
Chapter 1: wah akak terbaek lah buat buat poster pls....