Love is Coming

Description

 

Mungkinkah akan ada cinta pada seseorang amat kita benci suatu hari nanti?

Foreword

 

“Ouch!”Ailee mengaduh kesakitan.Dilihatnya lutut kirinya yang berdarah.Peritnya amat dirasai.Ailee cuba untuk bangun tapi tidak terdaya.”Macam mana nak bangun ni?”keluhnya.

“Nak oppa tolong?”Kedengaran suara seorang lelaki yang cukup dikenalinya.Ailee malas hendak menoleh ke arah lelaki itu.Dia cuba untuk bangun lagi.Kali ini cuba dibantu oleh lelaki itu namun ditolak kasar oleh Ailee.

“Ish,tak payahlah!”Ailee menjeling ke arah lelaki itu.Dia kemudiannya mengatur langkah perlahan.Lelaki itu tidak mengekorinya dari belakang.Dia hanya mampu melepaskan keluhan kecil.Ternyata gadis itu langsung tidak mahu menerima bantuannya.

    KyuHyun  berlari-lari ke arah bilik rawatan dengan pantas apabila mengetahui mengenai kecederaan teman wanitanya, Ailee itu .Apabila dia membuka pintu bilik rawatan itu,kelihatan Ailee sedang duduk di atas katil dengan lututnya  dibalut oleh jururawat di situ.KyuHyun menghembuskan nafas lega.

“Awak okey?”soalnya sebaik sahaja melangkah masuk ke bilik itu.Ailee sekadar tersenyum nipis sambil angguk.”Macam mana boleh jatuh ni?”soalnya lagi, bimbang dengan kecederaan Ailee itu.

“Terleka kot,”jawab Ailee, selamba.KyuHyun tersenyum sambil menggeleng.Dia kemudiannya mengusap kepala Ailee.

“Ish,macam budak kecil je,”usik KyuHyun. Ailee ketawa kecil. ”Em,dia tahu tak pasal ni?”soal KyuHyun,tiba-tiba. Ailee cuba untuk bangun setelah lututnya siap dibalut.KyuHyun membantunya berdiri.Mereka melangkah keluar dari bilik rawatan itu.”Ailee?” KyuHyun menyoalnya lagi.

“Apa?”balas Ailee,acuh tak acuh.Dia malas hendak membuka mulut jika ingin membicarakan mengenai lelaki yang dimaksudkan oleh KyuHyun itu.

“ByungHee tahu tak pasal ni?”soal KyuHyun lagi.Perlahan-lahan,Ailee mengangguk.”So,takkan dia tak tolong Ailee?”

“Saya yang tak nak.Ish,oppa ni macam tak tau pula pasal hubungan kami ni macam mana.Entah-entah,oppa dah tak sayang Ailee lagi tak?”duga Ailee.KyuHyun terkejut.

“Kenapa pula?”soal KyuHyun.

“Yalah.Oppa macam tak cemburu je dekat ByungHee tu.Oppa nak kami ni serius ke dengan hubungan kami ni?”balas Ailee,hampir merajuk.KyuHyun tersenyum.

“Memangla oppa cemburu.Tapi ByungHee lebih berhak ke atas Ailee.Walaupun Ailee tak cintakan dia,Ailee tetap isteri dia.”kata KyuHyun,cuba memujuk.Ailee sekadar mendengus kasar.

“Tapi Ailee tak sukalah,oppa.Ailee bencikan ByungHee!”Ailee menekan suaranya.

“Ala…lagi 3 bulan kan perjanjian tu?Sabar je la…”pujuk KyuHyun,tenang.

”Jom,oppa belanja ais krim!Oppa panaslah,”pelawa KyuHyun.Ailee sekadar menurut.

 

      Ailee menaiki tangga dengan penuh berhati-hati dalam keadaan ruang tamu yang gelap.Bimbang ByungHee menyedari akan kepulangannya itu.Namun,langkahnya terhenti apabila lampu ruang tamu itu menyala tiba-tiba.Ailee terkejut apabila mendapati ByungHee sedang bersandar di sofa tidak jauh dari tempat Ailee berdiri.Ailee tidak mengendahkan ByungHee lalu terus sahaja menaiki tangga itu , menuju ke biliknya.

“Ailee pergi mana?”soal ByungHee,mendatar sahaja suaranya.Ailee menoleh ke arah ByungHee.

“Keluar dengan KyuHyun oppa,”jawab Ailee,selamba.Dia tidak perlu bimbang untuk berterus terang kerana dia yakin ByungHee pasti tidak akan cemburu mengenai hubungannya dengan KyuHyun itu.Mengapa perlu cemburu?ByungHee sendiri sudah ada teman wanita.

“Lutut Ailee kan sakit.Kenapa keluar sampai lewat malam?”soal ByungHee lagi.Ailee mulai rimas.

“Awak ni banyak tanyala.Bukannya kami jalan kaki pun.Dahla,saya nak masuk bilik,”balas Ailee,kasar.Belum sempat dia melangkah,tiba-tiba tangannya dipegang oleh ByungHee.Ailee terkejut.

“Oppa minta maaf.Mungkin oppa dah buat Ailee marah.Tapi..oppa buat macam tu sebab oppa risaukan Ailee,”kata ByungHee,cuba memujuk.Ailee segera melepaskan tangannya.Dia kemudiannya mengesat tangannya ke baju,seolah-olah cuba menghilangkan bekas sentuhan ByungHee tadi.ByungHee sekadar memerhati.

“Ailee dah makan?Oppa dah..”

“Saya nak tidur,”Ailee memotong kata-kata ByungHee.Dia sudah malas hendak bersemuka dengan lelaki itu.ByungHee terdiam.Dia mengukir senyuman hambar.Biarlah,mungkin dia terlalu penat.ByungHee cuba menyedapkan hatinya.

 

 

 

 

 

 

To be continued....

Comments

You must be logged in to comment
idaZ_Aplus #1
Chapter 11: BEST EVER ENDING! LOVE THIS STORY <333