Love is Coming Chapter 2

Love is Coming

 

“Apa?!!Omma dengan appa nak datang?”soal Ailee,terkejut menerima panggilan dari ommanya.Langsung matanya tidak berkedip mendengar kata-kata ommanya.

“Kenapa?Ailee tak suka ke omma dengan appa nak datang?Lagipun omma rindu sangat dengan Ailee.ByungHee macam mana?Sihat?”soal Puan Meia.Sesekali Ailee menjeling ke arah ByungHee yang sedang memerhatikannya dari jauh.Dia mencebik.

“Em..dia okey..”jawabnya acuh tak acuh.Puan Meia pelik dengan perubahan suara anaknya.Seperti ada yang tak kena.”Tak apalah,omma.Nanti kalau omma dengan appa dah sampai,telefon Ailee ye,”Ailee segera mematikan panggilannya.ByungHee melangkah ke arahnya.

“Kenapa ni?”soal ByungHee.Ailee melepaskan keluhan berat.Berat kepalanya memikirkan masalah yang bakal berlaku.”Omma dengan appa nak datang ye?”soal ByungHee lagi.Ailee menoleh ke arahnya.Terkejut bukan kepalang Ailee apabila mendapati ByungHee berdiri terlalu hampir dengannya.Bau minyak wangi yang dipakai ByungHee itu menusuk hidungnya.Ailee terkaku sebentar.ByungHee hairan.Dia mengawang-awangkan tangannya di hadapan mata Ailee.

“Ailee..okey tak ni?”soal ByungHee.Ailee seolah-olah baru terjaga dari lenanya apabila tangan ByungHee menyentuh bahu kirinya.Pantas dia melepaskan tangan ByungHee itu,lalu dia beredar dari situ.Malu.Sebaik sahaja Ailee yakin bahawa dirinya sudah jauh daripada pandangan ByungHee,laju sahaja kakinya melangkah ke arah tandas.Dia bersandar di dinding tandas itu sambil menarik nafas panjang.

“Apasal ni?Tiba-tiba je…”Ailee menyoal dirinya sendiri.Sebelum ini,dia sangat menjaga jaraknya dari ByungHee.Tetapi tadi…Fikirannya melayang seketika…

Selama ini,Ailee tidak pernah menyedari bahawa ByungHee itu memiliki wajah yang sangat kacak.Mempunyai anak mata hazel yang selama ini terlindung daripada kaca mata lelaki itu.Rambutnya yang hitam keperangan itu sangat harum baunya.Mulutnya pula merah merekah.Entah kenapa suara ByungHee tadi kedengaran indah pada pendengarannya.Padahal sebelum ini,suara itulah yang amat dibencinya.Ailee meletakkan tangannya di dada.Mengharapkan agar degupan jantungnya yang laju itu kembali normal.Ailee melihat wajahnya di cermin.Lama dia merenung ke arah cermin itu seolah-olah ByungHee sedang memerhatinya dari situ.

Lamunannya terganggu apabila menyedari bahunya disentuh dari belakang.Ailee hampir menjerit.

“Ops,sorry Ailee.Tak sengaja…”kata Ji Eun,lembut.Ailee melepaskan nafas lega.Nasib baik…

“Awak kenapa ni,Ailee?Dari tadi saya tengok awak ni asyik termenung je?Teringatkan ByungHee oppa ekh?”duga Ji Eun.Ailee mengerutkan dahinya.

“Nonsense!Tak ada masa lah nak fikir pasal mamat tu.Ish,dahlah saya nak keluar!”balas Ailee,pura-pura marah.Bimbang rahsianya terbongkar di situ.Laju sahaja kakinya beredar dari situ.Kemudian,dia mengeluarkan telefon bimbitnya dengan niat untuk menghubungi KyuHyun.Alangkah terkejutnya Ailee apabila mendapati terdapat 15 panggilan tidak berjawab dan 7 mesej yang terpapar pada skrin telefon bimbitnya.Semuanya daripada KyuHyun!!Oh God…keluhnya…

 

KyuHyun memandang hairan ke arah Ailee yang melintasi di hadapannya tanpa menyedari kewujudannya di situ.KyuHyun cuba melajukan langkahnya ke arah Ailee.Ditariknya tangan Ailee yang lembut itu.Ailee terkejut.

"Ailee, what's wrong with you?Lain macam je oppa tengok Ailee hari ni?"soal KyuHyun,risau.Diletakkan tangannya pada dahi teman wanitanya itu.Tak panas."Tak sihat ke?"soalnya lagi,risau.Ailee menggeleng lemah.Dia malas hendak berjumpa dengan KyuHyun hari ini."Ailee pergi mana?Oppa call tak angkat pun.."KyuHyun cuba bertanya lagi.Apakah Ailee bersama-sama dengan ByungHee sebentar tadi hingga panggilan daripadanya pun tidak diendahnya?Padahal sebelum ini,Ailee tidak berkelakuan begitu.Ailee tersenyum lemah.

"Tak ada apa-apalah,oppa.Ailee cuma penat je,"balas Ailee.KyuHyun terdiam mendengar jawapan Ailee.Penat?Itu sajakah?

"Ailee buat apa sampai penat?"soalnya lagi.Ailee melihat jam tangannya.Dia menoleh ke arah KyuHyun.

"Oppa,Ailee kena balik sekarang.Ailee ada hal sikit hari ni.Kalau oppa nak ajak Ailee keluar,lain kali la ye..."kata Ailee.

"Biar oppa hantarkan,"kata KyuHyun,sedikit tidak puas hati dengan kelakuan Ailee ketika ini.Ailee menggeleng.

"Tak apa.Ailee boleh balik sendiri.Annyeong,"kata Ailee sambil melangkah ke arah teksi yang sedang berhenti di hadapannya.KyuHyun tergamam.Apa ni????

 

 
To be continued...
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
idaZ_Aplus #1
Chapter 11: BEST EVER ENDING! LOVE THIS STORY <333