Love is Coming Chapter 10

Love is Coming

 

"Apa awak buat kat sini?"soal Ji Eun,masih terkejut dengan kehadiran Ailee di situ.Apatah lagi, dia sedang duduk berduaan dengan G.O.

"A..."

"Korang ni dah kenal ke?"soal G.O,tiba-tiba.Ailee menoleh ke arah G.O.Ji Eun tersenyum ke arah G.O sambil mengambil tempat di sebelah lelaki itu.Rapat sekali.

"Oh,saya lupa nak bagitahu awak.Nilah kawan saya dekat kolej dulu.Kan,Ailee?"soal Ji Eun,pura-pura ramah.Ailee sekadar membalasnya dengan senyuman tawar.Ji Eun meletakkan tangannya pada bahu G.O,namun G.O enggan.

"Saya penat...saya nak naik atas dulu,"kata G.O.Dia menoleh ke arah Ailee sekilas.Dia menghadiahkan senyuman manis kepada Ailee.Ailee tergamam.G.O tersenyum ke arahnya?Betul ke apa yang baru dilihatnya sebentar tadi?Kemudian,G.O hilang dari pandangannya apabila lelaki itu sudah pun keluar dari bilik rakaman itu.

"Dah lama tak dengar cerita pasal awak.Awak sihat ke?"soal Ji Eun,tanpa memandang ke arah Ailee.

"Macam biasa je,"jawab Ailee,acuh tak acuh.Entah mengapa,dia berasa dirinya dikhianati oleh Ji Eun.Ji Eun menghalau dirinya agar menjauhi ByungHee semata-mata mahu mendapatkan lelaki itu semula.Hati Ailee terluka dengan sikap Ji Eun yang mementingkan dirinya.Ailee tidak mahu menuduh tanpa sebarang bukti.Selama 4 tahun Ailee membawa diri ke New York,Ji Eun telah mengambil tempatnya untuk berada di sisi ByungHee dalam diam.Atau lebih tepat lagi,G.O!Ji Eun telah mengambil kesempatan atas ketiadaan Ailee,untuk memenangi hati G.O.Apatah lagi,lelaki itu mengalami masalah ingatan selepas kemalangan 4 tahun yang lalu.

"Kenapa awak balik sini?"soal Ji Eun lagi.

"Saya tak nak balik pun sebenarnya.Sebab saya dah selesa sangat duduk kat New York tu.Tapi,sebab JTC dah tawarkan kerja di sini,saya tak boleh nak tolakkan?Lagi-lagi bekerja dengan MBLAQ yang kacak dan hebat-hebat.Bukan semua orang dapat berada dekat dengan mereka,"kata Ailee,sengaja menyakitkan hati Ji Eun.Ji Eun tersenyum.

"Kenapa awak suka duduk kat New York tu?Bukan ke...sesuatu yang berharga yang pernah menjadi milik awak dulu..ada kat sini?"Balas Ji Eun,sambil tersenyum sinis.

"Kalau betul benda tu berharga,saya akan jaga dengan baik.Takkan bagi tercalar walau sedikit pun.Kalau duduk berjauhan dengan 'benda berharga' tu dapat mengekalkan nilainya,saya sanggup,"balas Ailee.

"Atau awak takut nak menghadapi kenyataan yang bekas suami awak..akan menjadi bakal suami saya?"duga Ji Eun,sinis.Hati Ailee terusik.Namun,dia masih mengukir senyuman.

"Ye?Em...tak silap saya,bekas suami saya...ByungHee kan namanya?Ah...bakal suami awak tu...lelaki yang berambut merah karat tadi tu ekh?Em...padanlah...Sama-sama sombong...sama-sama bongkak.Elok sangatlah tu,"sindir Ailee.Ji Eun tertawa.

"Awak cakaplah apa pun.Apa yang pasti,kalau ByungHee dah jadi milik saya,saya takkan sia-siakan dia dengan kontrak perkahwinan yang tak masuk akal tu.Orang bodoh je buat macam tu,"balas Ji Eun.Ailee memandang Ji Eun,tajam.Ji Eun melangkah mendekati Ailee.

"Baik awak balik ke New York semula.Saya tak sampai hatilah tengok awak nangis.Balikla ye,"bisik Ji Eun,diikuti dengan tawa kecil.Kemudian,dia beredar meninggalkan Ailee.Ailee menggenggam tangannya.Geram.Ji Eun benar-benar melampau!

"Kau silap...Aku bukan Ailee yang dulu.Aku akan dapatkan semula apa yang telah menjadi milik aku!"Ailee tekad.

 

 

G.O menuruni tangga dengan penuh hati-hati.Entah mengapa,dia merasakan kepalanya sedikit pening.Dia menggerakkan sedikit kepalanya.Namun,pandangannya masih kabur.Seolah-olah dunia ini sedang berpusing.

"Kamsahamida.Kita jumpa esok lagi ya,"ucap Ailee kepada rakan-rakan sepejabatnya.Ailee kemudiannya menoleh ke belakang.Dia terkejut apabila melihat G.O sedang berjalan terhuyun-hayang,lagaknya seperti hendak terjatuh.Pantas sahaja menerpa ke arah lelaki itu.

"G.O!!Awak kenapa?"soal Ailee,cemas.Hatinya betul-betul bimbang apabila melihat wajah G.O yang pucat dan berpeluh.

"G.O,cakaplah sesuatu!Awak kenapa ni?"soal Ailee.Namun,G.O masih memegang kepalanya.

"S...S..Sa..ya..okey.Pening je,"jawab G.O,lemah.

"Awak tak makan lagi ke?"soal Ailee.G.O menggeleng.

"Jom.Biar saya bawa awak makan.Awak letih,mana boleh tak makan,"kata Ailee.G.O tidak menjawab.Dia benar-benar keletihan ketika ini.Ailee membantu lelaki itu berjalan ke arah keretanya.G.O sekadar menurut.

"Awak nak bawa saya pergi mana ni?"soal G.O.

"Pergi makanlah,"jawab Ailee,sambil memakai tali pinggang keledar.

"Sekarang?Awak nak..saya kena serbu dengan peminat ke?"soal G.O,tidak puas hati.Ailee tertawa kecil.Perasan popularlah pula...

"Habis tu,macam mana awak nak makan?Tak boleh biarkan tau,nanti awak sakit.Susah nanti,"kata Ailee.

"Awak pandai masakkan?"soal G.O,tiba-tiba.Ailee menoleh ke arah G.O.

"Awak nak saya masak ke?"soal Ailee,tidak percaya.

"Saya terpaksa...bagi penghormatan kat awak.. masak untuk saya.Boleh tak?"kata G.O,lemah.Ailee melepaskan nafas panjang.

 

G.O memicit kepalanya yang berdenyut itu.Sakitnya tidak tertahan lagi.Ailee segera mendapatkan G.O sambil membawa tuala basah dengan coklat panas.Perlahan-lahan,dia meletakkan tuala basah itu di atas dahi G.O.G.O menjadi sedikit lega,terasa seperti bahang sudah lenyap dari kepalanya.

"Awak minumlah coklat panas ni.Bagi perut awak terisi sikit.Nah,"kata Ailee,sambil menghulurkan coklat panas itu kepada G.O.Perlahan-lahan,G.O bangun lalu menerima huluran Ailee itu.Kemudian,dia baring semula.Ailee meletakkan semula cawan berisi coklat panas itu di atas meja.

"Awak baring dulu ye.Biar saya siapkan makanan untuk awak,"kata Ailee sebelum beredar.G.O tidak membalas.Sakit kepalanya kian berkurang.

 

"G.O...bangunlah.Makanan dah siap,"Ailee cuba mengejutkan G.O yang kelihatan benar-benar keletihan itu.G.O membuka matanya.Wajah Ailee yang sedang tersenyum itu menghiasi pandangan matanya.Entah mengapa,dia merasakan jantungnya berdegup kencang.Tidak pernah dia merasakan perasaan sebegini.G.O bangun perlahan-lahan sambil dibantu oleh Ailee.

"Biar saya bawa makanan ke sini,"kata Ailee.Dia ingin beredar namun dihalang oleh G.O.Ailee menoleh ke arah lelaki itu.

"Biar saya ikut,"kata G.O,lemah.

 

Mata G.O terbuka luas saat melihat lauk-pauk yang terhidang di atas meja itu.Aileekah yang memasak semua ini?Dia benar-benar tidak percaya.

"Duduklah,"pelawa Ailee.G.O sekadar menurut.

"Awak masak semua ni ke?"soal G.O,tidak percaya.Ailee tersenyum.

"Ala,tak banyak pun.Makanan orang bujang je.Tapi,harap-harap sedaplah,"kata Ailee.G.O mengukir senyuman manis.Tengok saja sudah tahu.Belum rasa lagi.Hati Ailee kembang saat melihat senyuman G.O yang amat jarang dilihatnya itu.Senyuman G.O mengendur apabila melihat tiada mangkuk berisi nasi di hadapan Ailee.

"Awak tak makan sekali ke?"soal G.O.

"Tak apalah.Dah lewat pun.Nanti gemuk,"jawab Ailee.G.O mengeluh.Dia kemudiannya bangun lalu menuju ke arah rak pinggan mangkuk.Kelakuannya dipandang pelik oleh Ailee.

"G.O,awak nak ambil apa?"soal Ailee.G.O meletakkan nasi pada mangkuk lalu diletakkannya di hadapan Ailee.Ailee terkejut.G.O duduk di hadapannya semula.

"Mana adil saya gemuk sorang-sorang.Awak pun kena gemuk juga,"kata G.O,selamba.Hati Ailee tersentuh."Dah makanlah,"kata G.O.Laju sahaja dia merasai masakan wanita itu.Ailee turut menjamah makanannya.Entah mengapa,air matanya laju sahaja mengalir.G.O yang menyedari kelakuan Ailee itu,berasa hairan.Namun,Ailee masih tersenyum tanpa memandang ke arah G.O.

"Sedapnya..."kata Ailee,memuji masakannya sendiri.Walhal,makanannya biasa-biasa sahaja.Mungkin,kehadiran semula ByungHee itu membuatkan rasa makanan itu lebih enak dari biasa.

"Awak kenapa?Kata sedap...kenapa menangis pula?Masuk bakul angkat sendiri pula tu,"soal G.O,hairan.Ailee menggeleng.Dia mengesat air matanya.

"Sebab...saya terlalu rindu nak makan bersama awak,oppa,"bisik hati Ailee.Dia memandang ke arah G.O.

"Tak ada apa.Cuma teruja...dapat makan dengan idol,"kata Ailee.G.O tertawa kecil.Kedengaran jawapan Ailee itu sangat lucu padanya.

"Ada-ada jelah awak ni..."kata G.O."Saya tak nak cakap benda ni...tapi terpaksalah juga cakap,"sambungnya lagi.

"Apa dia?"soal Ailee.

"Sedap...Gomapda,"jawab G.O,tanpa memandang ke arah Ailee.Hati Ailee berbunga riang.

"Oh ya,tapi...em..macam mana awak tahu yang saya...sebenarnya lapar tadi?Lepas tu,semua ni makanan favourite saya.Awak stalk saya ke?"soal G.O tiba-tiba,apabila teringatkan peristiwa tadi.

"Em...agak je..."jawab Ailee.

"Oh...nampaknya,awak memang betul-betul dah kenal saya,"balas G.O,puas hati.Ailee tersenyum.ByungHee oppa,memang Ailee dah kenal sangat dengan oppa.Malah,Ailee yakin.Ailee lebih mengenali oppa lebih dari oppa mengenali diri oppa sendiri.Hati Ailee berbisik sendiri.Apa yang membuatkan hatinya lebih bahagia adalah,G.O tidak lagi menggunakan 'aku kau' terhadapnya.Apakah dirinya sudah mula disenangi oleh lelaki itu?Ailee betul-betul mengharapkan begitu.

"Em...saya ada perkara nak tanya dengan awak,"kata G.O.Ailee memandang ke arah G.O.G.O turut memandang ke arah Ailee.

"Siapa ByungHee?"Soalan lelaki itu sudah cukup membuatkan Ailee tersentap untuk seketika.Ailee serba salah untuk menjawabnya.Dahi G.O berkerut.

"Kenapa awak macam tersentap ni?"Soal G.O,hairan.

"Em...kenapa awak tiba-tiba tanya pasal ByungHee?"Soal Ailee pula.

"Saya nak tahu je.Sebab awak pernah panggil saya ByungHee waktu mula-mula jumpa dulu.Saya peliklah.Saya bukan ByungHee...Saya G.O.Dan..cara awak macam..kita pernah kenal dulu.Kita pernah jumpa ke sebelum ni?"Soal G.O,benar-benar ingin tahu.Ailee tidak tahu untuk menjawa soalan lelaki itu.

"ByungHee tu...seseorang yang istimewa dalam hidup saya.Saya..saya sangat cintakan dia.Tapi..saya tak pernah cakap yang saya cintakan dia dulu..."Ailee mula menjawab soalan lelaki itu.

Ditatapnya wajah G.O dihadapannya itu.

"Muka awak...saling tak tumpah macam dia,"kata Ailee lagi,tersenyum.

"Dia ada kat mana sekarang?"Soal G.O.

"Saya tak tahu.Sebab saya dah tinggalkan dia 4 tahun yang lalu.Saya terpaksa tinggalkan dia,"kata Ailee,perlahan.

"Awak tinggalkan dia demi mengejar cita-cita awak?"Soal G.O lagi.Ailee menggeleng.

"Tak.Saya terpaksa buat macam tu...sebab saya..."Ailee memandang ke arah G.O.Matanya bergenang.Dia tidak sanggup untuk meneruskan kata-katanya.Dia mengesat air matanya yang mulai mengalir itu.

"Miane..."Ucap Ailee dalam sebak.G.O hanya memerhati.Entah mengapa,hatinya tersentuh melihat Ailee.Namun,dia cuba berlagak biasa.

"Kalau awak terus menangis macam ni pun,tak ada gunanya.Awak kena cari dia..dan terus terang dengan dia.Saya yakin...dia akan faham,"kata G.O.Ailee memandang ke arahnya.G.O tersenyum ke arahnya.Lelaki itu kemudiannya menggosok rambutnya,sedikit kasar.

"Dahlah...jangan nangis lagi.Saya minta maaf sebab bangkitkan hal ni.Dah,jom sambung makan,"kata G.O.Ailee tersenyum sambil mengesat air matanya.G.O turut tersenyum.

 

****************

 

 

Ailee menyibukkan dirinya terhadap kerja-kerjanya yang masih belum selesai itu.Matanya sakit untuk melihat kemesraan antara G.O dengan Ji Eun.Dah tak ada tempat lain ke nak menyibuk?Hatinya menahan geram dengan sikap Ji Eun yang sengaja menyakitkan hatinya itu.Sabar Ailee...sabar...

"G.O,jomlah kita keluar malam nanti.Saya ada sesuatu yang saya nak tunjukkan dekat awak,"pujuk Ji Eun,manja.Ailee mencebik.

"Malam ni tak bolehlah,Ji Eun.Hari ni saya ada kerja sikit sampai malam.Lain kali jelah,"kata G.O,menolak lembut ajakan Ji Eun.Ji Eun kelihatan hampa.Ailee pula tersenyum gembira.

"Awak ni asyik sibuk je.Awak tak nak rehat sikit ke?"Ji Eun terus cuba memujuk.

"Mestilah nak.Tapi kan,ada kerja yang perlu disiapkan.Kalau saya tak siapkan sekarang,makin banyak pula kerja yang tertangguh nanti.Lagipun,tak lama lagi saya nak keluarkan single saya sendiri.Makin sibuklah,"jawab G.O.

"Kalau macam tu,biar saya temankan awak,okey?"kata Ji Eun,masih tidak mahu mengalah.

"Tak apalah,Ji Eun.Saya tak tahu balik pukul berapa nanti.Lagipun,SeungHo pun ada sekali dengan saya.Saya janji...lain kali kita keluar ye?"kata G.O,sambil tersenyum.

"Betul ni?"soal Ji Eun.G.O angguk.Ji Eun merangkul lengan G.O sambil melentokkan kepalanya pada bahu G.O.Hati Ailee dilanda cemburu.

"Okey.Saya tunggu,"kata Ailee,manja.G.O tersenyum nipis.Sesekali matanya memandang ke arah Ailee yang turut memandang ke arahnya.Menyedari pandangan G.O itu,Ailee segera berpaling darinya dan menyambung kerjanya semula.

 

**************

 

Ailee mengunci pintu biliknya,bersiap-siap untuk pulang ke rumah.Ailee cuba mencari-cari kunci kereta di dalam begnya.

"Eh,mana pula pergi kunci kereta ni?"Soalnya sendiri.Ailee membuka pintu biliknya semula,cuba mencari kunci keretanya.

"Eh,tak ada pun kat sini.Mana pula aku letak kunci kereta ni?"Ngomelnya.Ailee menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu."Ah....aku rasa aku tahu aku letak kat mana.Aish,macam manalah aku boleh tertinggal kunci kat situ.Harap-harap tak ada oranglah kat bilik tu,"kata Ailee,sambil melihat jam tangannya.

Ailee membuka pintu bilik rehat MBLAQ dengan perlahan.Dia cuba melihat sekeliling bilik itu,memastikan tiada orang di dalam bilik itu.Dia tersenyum puas apabila dia yakin tiada orang lain berada di dalam bilik itu.Dia melangkah masuk ke dalam bilik itu,cuba mencari kunci keretanya yang tertinggal di dalam bilik itu.

"Yes,dah jumpa!"Ailee gembira apabila sudah menjumpai kunci keretanya itu.Namun senyumannya mengendur apabila terdengar suara bising dari luar bilik itu.

"Alamak,dorang tak balik lagi ke?'Bisik hatinya.Ailee mulai gelisah.Dia tidak mahu kehadirannya di situ diketahui oleh mereka.

"Mana aku nak menyorok ni?"Soalnya,bimbang.

"Eh,kenapa lampu bilik rehat kita ni menyala?'Kedengaran suara Mir dari luar.

"Eh,tadi rasanya dah tutup dah tadi,"kata Cheondung pula.Ailee semakin gelisah.Tiba-tiba,tubuhnya ditarik dari belakang,memasuki sebuah bilik yang lain.Ailee terkejut apabila tubuhnya berada di dalam pelukan seorang lelaki.Dia cuba memandang ke arah lelaki yang sedang memeluknya itu.Matanya terbuka luas apabila melihat lelaki itu adalah G.O!

"G.O?"

"Shhh...diam.Awak tak nak mereka tahu kan yang awak ada kat sini?"Soal G.O,berbisik.Ailee segera mengunci mulutnya.

"G.O hyung masuk bilik ni tadi kot.Jaket dia ada kat sini,"kata Mir."Tapi,dia kat mana ekh?Tak nampak pun batang hidung dia kat sini,"soal Mir lagi.

"Entah.Dia kat practice room dengan yang lain kot.Jom?"Cheondung cuba mengajak Mir.Mir angguk.

"Okey juga.Jom."

Setelah betul-betul memastikan mereka sudah keluar dari bilik itu,Ailee melepaskan pelukan G.O.G.O memandang ke arah Ailee.

"Em...gomawo,"kata Ailee,malu.

"Awak buat apa kat sini?Awak tahukan yang awak tak boleh masuk bilik ni sesuka hati,"kata G.O.

"Saya tertinggal kunci kereta saya kat sini siang tadi.Sebab tu saya cari kat sini,"kata Ailee."Tak apalah,saya nak balik dulu.Dah lewat dah ni,"kata Ailee,mahu beredar dari situ.Namun,langkahnya terhenti apabila tangannya ditarik oleh G.O sebelum dipeluk oleh lelaki itu.Ailee terkejut dengan tindakan lelaki itu.

 

"G.O...?"

"Shh...izinkan saya unuk memeluk awak sekejap je."kata G.O,berbisik.Ailee betul-betul tidak mengerti."Selesanya..."bisik G.O.Muka Ailee berubah merah.Kenapa dengan G.O?

"Saya rasa...macam rindukan seseorang.Tapi tak tahu siapa.Bila saya peluk awak macam ni,saya rasa...tenang,"kata G.O.Ailee mengukir senyuman manis.Terharu dengan kata-kata lelaki itu.Perlahan-lahan,dia membalas pelukan lelaki itu.Apakah seseorang yang dimaksudkan G.O itu adalah dirinya?

"G.O...awak tahu tak...ini adalah satu penghormatan untuk saya?"Ailee menyoal G.O.G.O yang masih memejamkan matanya itu tersenyum.Ailee turut tersenyum.Hatinya benar-benar bahagia ketika ini.

Namun tidak bagi Ji Eun yang baru sahaja tiba di bilik itu.Hatinya benar-benar panas.Mustahil ByungHee sudah mengingati Ailee semula?Dia menggenggam tangannya.Kali ini,dia nekad untuk menjadikan G.O sebagai miliknya.Tidak mahu mengalah lagi!Dia segera beredar dari bilik itu,tanpa disedari oleh G.O dan Ailee.

 
*********************

 

G.O mencuri-curi melihat ke arah Ailee yang sedang membetulkan pakaiannya.Ailee cuba berlagak biasa.Sesekali G.O membuka butang bajunya semula apabila Ailee berpaling darinya untuk seketika.Apabila Ailee memandang ke arah G.O semula,dia terkejut apabila melihat butang baju lelaki terbuka semula.

"Eh,longgar ke?"soal Ailee.Dia kemudiannya memasangkan semula butang baju lelaki itu.G.O menahan dirinya dari ketawa.Ailee ni betul-betul comellah...Sedang Ailee membetulkan ikatan kain pada leher G.O,G.O mendekatkan wajahnya ke arah Ailee perlahan-lahan.Ailee memandang ke arah G.O.

"G.O?"Ailee terkejut apabila G.O memegang dagunya.G.O seperti tidak menyedari apa-apa.Kemudian,dia mengucup pipi Ailee.Ailee tergamam.G.O tersenyum nakal.

"Kenapa ni?Macam nampak hantu je,"usik G.O,nakal.Ailee masih terkejut dengan sikap G.O.G.O tertawa.Tawa G.O terhenti apabila melihat penggayanya memasuki bilik persalinan itu.

"Ada apa,Noona?"soal G.O,berpura-pura biasa.Begitu juga dengan Ailee.

"Noona ada hal sikit nak cakap dengan Ailee,"jawab penggayanya itu.G.O menoleh ke arah Ailee.

"Cakap je lah,"kata G.O sembil berjalan ke arah cermin.Membetulkan sedikit rambutnya.Penggaya itu mula mendekati Ailee dan mengatakan sesuatu kepadanya.

"Unni nak saya ambil barang kat Daegu?"soal Ailee.Penggaya itu angguk.

"Sepatutnya Kevin yang pergi ambil tapi hari ni dia ada hal dengan bos pasal album MBLAQ nanti.Jadi,Unni nak minta tolong Ailee ambilkan barang tu.Jangan risau,Elli pun ikut sekali.Dia boleh temankan Ailee,"kata penggaya itu.Ailee melihat jam tangannya.

"Em,okeylah.Kerja saya kat sini pun dah siap,"kata Ailee.

"Bagus.Ni alamatnya,"kata penggaya itu sambil menghulurkan sehelai kertas kecil kepada Ailee."Kalau ada apa-apa,telefon Unni tau,"pesannya lagi.Ailee angguk.

 

Ailee terkejut apabila mendapati G.O sedang bersandar pada keretanya.

"G.O,apa awak buat kat sini?"soal Ailee.

"Nak ikut awakla,"kata G.O,selamba.Elli yang turut berada di sebelah Ailee turut pelik dengan kehadiran G.O di situ.

"Elli,awak naik atas balik.Biar saya yang temankan Ailee pergi Daegu,"arah G.O.
"Tapi,awak kan ada hal hari ni?Kalau awak tak pergi,macam mana?"soal Elli.

"Ala...Pandai-pandailah awak bagi alasan nanti.Jom Ailee,"kata G.O lalu mengambil kunci kereta Ailee dari pegangan gadis itu.

 

Ailee membisu sepanjang perjalanan ke Daegu.Fikirannya buntu dengan sikap G.O yang berlainan dari biasa itu.

"Senyap je.Kenapa?"soal G.O,tidak selesa dengan keadaan yang sunyi sepi itu.

"Tak ada apa,'jawab Ailee.G.O tersenyum.Ailee mesti rasa kaget ketika ini.

"Malu ke?"soal G.O,sekaligus mengusik.Pantas sahaja Ailee menggeleng.Enggan mengaku.

"Tak adalah,"balas Ailee.Kemudian,G.O membelokkan keretanya ke arah satu simpang.Ailee berasa pelik dengan laluan yang digunakan oleh G.O.

"Awak nak pergi mana ni?Bukan kita patut ikut jalan tadi ke?Ni kan dah nak masuk tempat lain,"kata Ailee.

"Ala,sama je,"jawab G.O,selamba.

"G.O,baik kita ikut jalan tadi.Lagipun,awak biasa ke ikut jalan ni?"soal Ailee.

"Relakslah.Awak ni takut sangatlah,"kata G.O.Ailee bersandar pada tempat duduknya.Benar-benar tidak puas hati dengan tindakan lelaki itu.Bagaimana kalau sesat?Siapa yang susah?

 

To be continued....

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
idaZ_Aplus #1
Chapter 11: BEST EVER ENDING! LOVE THIS STORY <333