Broken heart.......

Hey Girl

 

Keesokan harinya,Gong Chan memakai t-shirt berwarna biru kemudian menyarung jaket varsity.Dia membelek mukanya yang comel itu.

 

“Seolhyun..saya suka awak,”dia menggeleng.Tak sesuai.

 

“Seolhyun,saranghae,”kemudian B1A4 menepuk bahu Gong Chan.

 

“Tak usah berlatih.Kalau kau betul2 jujur dengan dia,kau akan sebut lancar sahaja,”nasihat Baro.

 

“Thanks kawan,doakan aku dapat cinta dia,”kata Gong Chan.

 

Tiba di universiti,Gong Chan mencari dimana Seolhyun berada.Di kelas tiada.Library pun tidak ada.Pelik,mana Seolhyun pergi nih?Tiba-tiba ada seorang perempuan datang menegurnya.

 

“You cari Seolhyun ke?I tahu dia dekat mana.Jom ikut I,”Gong Chan hanya mengekori perempuan itu.Mereka tiba di taman bunga.

 

“Itu Seolhyun dengan pelajar baru,”tunjuk perempuan itu atau namanya Lizzy.Aku tengok Seolhyun dengan lelaki itu tampak mesra sekali.

 

“Kalau you nak tahu,itulah boyfriend Seolhyun,dia dah curang dengan you,dia saja nak permainkan perasaan you.Dia layan you pun sebab dia bosan bf dia ada dekat abroad,”cerita Lizzy itu membuatkan hati aku pedih sekali.

 

“Thanks Lizzy sebab bagitahu,”kata Gong Chan agak kecewa.

 

“It’s okay.I bagitahu sebab tak nak you terpedaya dengan dia.Dan I tak nak you disakiti oleh perempuan jalang tu,”kata Lizzy sinis.

 

Seolhyun dan L.Joe side

 

“Aku...ada suka kan someone,”kata Seolhyun.

 

“Wow,who’s that lucky guy?”tanya Ljoe

 

“Nama dia Gong Chan..kami kwn rapat,”ujar Seolhyun.

 

“Dia tahu tak kau sukakan dia?”tanya Ljoe.Seolhyun menggeleng.

 

“Kau tak bagitahu dia?Asal?”

 

“Aku perempuan..kalau boleh aku nak dia confess dulu.Aku dah banyak kali bagi hint dkt dia suruh confess dkt aku,”kata seolhyun.

 

“Dia tak perasan kot,”kata Ljoe

 

“Kami kawan dah 3 bulan kot.Selama tulah aku tak habis2 bagi hint.Takkan dia tak perasan?ataupun dia hanya anggap aku kawan dia saja,”kata Seolhyun pasrah.

 

“Gong Chan tu cinta pertama aku.Aku rasa sayang sangat dekat dia,”sambungnya lagi.Muka Seolhyun berubah jika tadi dia asyik tersenyum sahaja kini lain sekali,mukanya muram.

 

“Seolhyun..walaupun aku tak dapat cinta kau.Tapi aku akan tolong kau dapatkan cinta lelaki yang kau suka itu,”kata Ljoe di dalam hati.

 

Pada hari itu,Gong Chan langsung tidak melayan Seolhyun.Pandang Seolhyun pun tidak.Dia terlalu marah,sedih,geram semuanya bercampur aduk.Dia merasakan tidak mahu memaafkan Seolhyun selama-lamanya.

 

Gong Chan pulang ke rumah dengan muka yang masam.B1A4 hanya memerhatinya,dia duduk disebelah Sandeul.

 

“Macam mana?”tanya Sandeul.

 

“Molla,”jawab Gong Chan ringkas.

 

“Kau kena tolak?”tanya Sandeul.Hanya Sandeul saja yang berani bertanya,yang lain hampeh.Gong Chan hanya diam.Mereka sudah sedia tahu yang Seolhyun adalah cinta pertama Gong Chan.

 

“Relaxlah,bunga bukan sekuntum,”kata Sandeul ingin menenangkan hati Gong Chan.

 

Tetapi bagi Gong Chan,Sandeul menambahkan sakit hatinya.Iya memang benar bunga bukan sekuntum tetapi yang sekuntum itulah yang berjaya memikat hati Gong Chan.Hanya Seolhyun yang berjaya memikatnya.Diulangi hanya Seolhyun.

 

Esoknya Gong Chan pergi ke universiti seperti biasa.Dia ternampak Seolhyun dan lelaki itu lagi.Sakitnya hati tengok dia bergelak ketawa dengan lelaki itu.Seolhyun perasan Gong Chan.

 

“Gong Chan,”panggil Seolhyun.Gong Chan pura-pura tidak mendengar.

 

“Gong Chan,”panggil Seolhyun sekali lagi.Tetapi masih lagi Gong Chan tidak mendengar.Silap,pura-pura tidak mendengar.

 

“Kenapa dengan dia?”tanya Ljoe.

 

“Entah,dari kelmarin lagi dia macam tu,”ujar Seolhyun.

 

“Tak dak mood kot,”kata Ljoe ingin menenangkan Seolhyun.

 

“Tapi kenapa dia tak nak layan aku je?Minaring dia layan elok je.Aku?Dia tak pandang langsung,”kata Seolhyun.

 

“Kau ada buat salah apa2 dekat dia tak?”tanya Ljoe.Seolhyun menggeleng.

 

Selama seminggu Gong Chan tidak melayan Seolhyun.Dirumah,dia asyik menyebut nama Seolhyun saja.Hinggakan B1A4 merasa kasihan rimas meluat mendengarnya.

 

“Aku rasa kawan kita kat atas tu dah parah teruk.Kita kena tolong dia pergi jumpa doktor,”kata CNU.

 

“Tolong dia?Hantar kat hospital?Hospital mana?”tanya Sandeul agak lembap.Satu tamparan hinggap dibelakangnya.

 

“Aduhh,”jerit Sandeul.

 

“Esok kita pergi jumpa Seolhyun,”cadang CNU.Semua bersetuju.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
KyungsooWifeyy
#1
Chapter 5: Awesomefanfic !! best gilaa