Chapter One

I Always Here

Ha Young pov.

 

"Kriinngg..!! "

 

  Aku membuka mataku sebaik sahaja terdengar bunyi jam loceng di meja bersebelahan katilku. Aku hanya memandang ke siling bilikku yang berwarna putih. Aku mengeluh berat apabila teringat hari ini aku akan meninggalkan tempat ini dan berpindah ke Seoul. Berat hatiku untuk meninggalkan segala-gala yang ada di sini. Sekolah, rumah, kawan-kawan.. dan yang paling penting sahabat karibku sejak kecil, Min Yeul. Haish..~ aku belum bersedia untuk berpisah dengannya.

 

   Sedang aku berbaring sambil merenung siling, tiba-tiba oppaku, Daehyun muncul di depan pintu bilikku. Kemeja berwarna putih tersarung kemas di tubuhnya. "Ha Young..~ kenapa tak bangun lagi?? Pergila mandi. Kejap lagi dah nak bertolak.." Daehyun berkata. Dia masuk ke dalam bilikku dan duduk di atas katil.

 

    Aku bangkit dan duduk memandangnya. "Oppa..,tak boleh ke kalau kita tak pindah..? Saya tak nak pindah.." kataku sambil merenungnya.

 

  Daehyun senyap sebentar apabila aku berkata begitu. Dia menghela nafas berat sebelum menyambung. "Dongsaeng..kalau oppa boleh buat keputusan sendiri, oppa pun tak nak pindah. Tapi, keputusan semuanya di tangan appa. Appa yang lebih berhak buat keputusan. Kita ikut je la..". Aku membisu memikirkan apa yang dikatakan Daehyun tadi.

 

 "Dah la..pergi mandi. Min Yeul dah tunggu kamu tu. Mandi,ye?" pujuk Daehyun lagi. "Ermm..nae." aku mengalah juga akhirnya.

 

   " That's my girl.." Daehyun tersenyum dan mengusap kepalaku. Dia melangkah keluar bilikku, memberi ruang untukku bersiap. Aku sempat mengeluh kecil sebelum melangkah ke bilik mandi.

 

........................................................................................................=============...............................................................................................................................................

 

   Setelah mandi dan memakai pakaian yang sesuai, aku menuju ke ruang tamu rumahku. Hari itu, aku mengenakan pakaian kesayanganku ;

                                                                 

 

       Terdapat 2 buah lori yang membawa barang-barang kami di depan rumah. Aku lihat Min Yeul sedang berbual dengan omma dan oppaku sementara appaku pula sedang berbincang sesuatu dengan seorang lelaki. Mungkin tentang hal-hal perpindahan kami. Ruang di dalam rumahku sudah kosong. Tiada sebarang perabot pun di dalam kerana semua barang-barang telah diletakkan ke dalam lori untuk dibawa ke rumah baru kami di Seoul nanti.

 

  "Ha Young. Keluar pun kamu.. Kesian Min Yeul tunggu lama" kata ommaku. "Mianeh, Min Yeul.." kataku."Gwaencana.."dia tersenyum. Sedang kami berbual-bual,tiba-tiba appaku memanggil kami."Mari..kita dah nak bertolak dah".

 

   Aku mula berasa sebak tiba-tiba. Appaku memberi ruang untukku dan Min Yeul untuk mengucapkan selamat tinggal. Aku menuju ke arah Min Yeul dan memegang tangannya. "Bye, Min Yeul.."ucapku. "Bye.., nanti sampai sana jangan lupakan aku,tau?"balasnya. Matanya mula berkaca-kaca. 

 

  "Janganla nangis.."aku memujuknya walaupun hakikatnya aku sendiri sedang mengawal air mataku daripada mengalir. "Aku sayang kau" air matanya menitis. Begitu juga aku. Aku terus memeluknya. "Aku sayang kau juga..Aku takkan lupakan kau"bisikku. Dia mengangguk. Omma,appa dan oppaku yang sejak tadi memerhatikan kami turut berasa sebak.

 

  Setelah agak lama berpelukan,kami meleraikan pelukan. Pelukan terakhir antara dua orang sahabat. Ya, pelukan terakhir kami sebelum kami tidak dapat ertemu dalam tempoh masa yang agak lama nanti. "Nanti,kalau ada masa aku datang sini jumpa kau,ye?"kataku. Min Yeul mengangguk.

 

  Kemudian, dia menuju ke arah ommaku. "Ahjumma, gomawo sebab layan saya macam anak sendiri". "Nae..,sama-sama" ommaku mengangguk dan terus memeluk Min Yeul. Air matanya turut mengalir. "Ahjusshi,gomawo.." Min Yeul menyalam tangan appaku. Appaku mengangguk. "Daehyun oppa,gomawo sebab jaga saya macam adik sendiri,ye" kata Min Yeul kepada Daehyun."Nae..sama-sama" Daehyun mengangguk dan mengusap rambut Min Yeul.

 

    Selepas itu, kami masuk ke dalam kereta dan bertolak menuju ke Seoul. Aku membalas lambaian Min Yeul dari dalam kereta. Sempat aku melihat ke arah rumah lama kami yang telah kami duduki selama 16 tahun itu. Banyak kenangan yang ada di rumah itu. Daehyun yang menyedari aku menangis terus menarik aku ke dalam pelukannya.

 

 "Shh..don't cry.." bisiknya. Aku memeluk tubuhnya erat.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
sdwhsms69 #1
Update soon
HeavenDelight
#2
Chapter 1: erm..best2..sambung la lagi..hehe
leader9
#3
Malay fanfic? Can't wait for the update :)