Don't Love Me

Don't Love Me

 

Lepaskan saya!”

Lepaskan awak?Saya tak akan biarkan awak bunuh diri macam tadi!”

Tae Ri tersentap.Siapa lelaki ini untuk menyuruh itu dan ini? Mengapa dia mengambil berat  akan dirinya? Mustahil perkenalan yang mengambil masa 5 minit boleh membuatkan seorang lelaki mengambil berat akan dirinya.Pelbagai persoalan yang bermain di benaknya ditolak seketika.

“Suka hati saya la” Taeri berdehem selepas menyedari suaranya bertukar menjadi kasar. 

“Awak sibuk kenapa?Kalau saya mati pun itu tak akan mengubah …..”

“Bodoh!” Satu perkataan yang keluar dari mulut lelaki itu betul-betul telah menampar seorang gadis bernama Tae Ri.Tae Ri tertunduk.Dia mengaku itu bukan kali pertama dia mendengar perkataan itu.Cuma perkataan itulah yang membuatkan dia rasa menyesal dilahirkan di dunia ini.Tae Ri memusing ke belakang.Dilihatnya tasik yang bakal menamatkan riwayat hidupnya.Indah.Taeri tewas! Air matanya yang bergenang akhirnya jatuh ke bumi.

“Awak tak tahu siapa saya dan awak…….” Tae Ri yang tertunduk lemah itu memusing badannya ke hadapan kembali. “…layak berkata begitu” Taeri menabahkan dirinya untuk memandang lelaki itu.

HILANG!                                                                                                                                                                                             

Lelaki tadi hilang! Di mana dia? Kawasan tasik itu tidaklah sebesar mana untuk dia bersembunyi.Bola matanya memandang kiri,kanan dan kiri balik.Taeri berasa tidak sedap hati.Tiba-tiba bulu romanya tegak 90 darjah.Tae Ri menepuk pipinya berkali-kali dengan harapan ini semua hanyalah mimpi.

Woi

Sumpah! Jantungnya berhenti berdegup! Siapa tu? Tak mungkin…..

“Mana ada hantu petang-petang ni” kata lelaki itu terus membantutkan perasaan takutnya.

“Awak pergi…..”

“Jom,ikut saya”

“Apa?Ikut awak?Pergi mana?Macam mana kalau saya tak nak ikut?” Taeri berpeluk tubuh.Bangga rasa hatinya dapat melawan insan bernama lelaki itu!

 

***

Tae Ri tewas sekali lagi.Sah!Lelaki ini sama seperti lelaki jahat di luar sana.Bola mata Taeri hanya mampu melihat dan mendengar bunyi mi ramen dihirup oleh Kyuhyun.Dia sekadar meneguk air sejuk yang masih tidak tentu dapat menyejukkan hatinya yang sedang marah bercampur geram.

“Saya dah kenyang.Awak nak?” Kyuhyun menghulur mangkuk berisi ramen kepada Taeri.Taeri berkerut.Apa yang berada di otak lelaki ini sampai terfikir yang dia akan menerima tawarannya.

“Tak naklah.Mana tahu awak letak ubat tidur atau racun.Yela,tadi awak cakap awak nak r.o.g.o.l  saya kalau saya tak ikut awak”

Kyuhyun tersengih.Kenapalah dia ni bodoh sangat.

“Apa bezanya? Awak mmg nak mati pun kan?”

Bom!(Bunyi bom)                         

Kali ni hati Tae Ri betul-betul meletup.Dia sudah tidak boleh bersabar.

Tiba-tiba Kyuhyun bangkit dari kerusi dan berlalu pergi.Taeri terkejut dengan tindakannya itu terus memanggil Kyuhyun.

“Awak tak bayar makanan tadi ke?”

“Tak perlu bayar.Dia tak nampak pun”selamba Kyuhyun.

“Bukan masalah nampak atau tak nampak.Itu soal kejujuran.Awak tahu tak kalau……”

Tanpa disangka-sangka Kyuhyun mencium dahi Taeri dengan harapan dia akan berhenti membebel.

“Saya akan bayar esok.Awak janganlah risau”

Lemah! Virus ciuman Kyuhyun itu betul-betul membuatkan dia lemah.Ciuman itu bukan sekadar…..ciuman biasa.Ciuman itu.........

 

***

Waktu malam hampir tiba.Mereka berdua jalan bersama-sama tanpa mengetahui arah tuju.Taeri tak berhenti-henti menjeling Kyuhyun.Dia berharap Kyuhyun akan membalas jelingannya tetapi gagal.Taeri mengeluh.

“Kenapa awak nak bunuh diri tadi?”

Taeri membisu.Dia sudah dapat mengagak soalan yang akan ditujukan oleh Kuhyun.

“Saya…saya sebenarnya sedang cari ayah saya.Sudah 8 tahun saya cari ayah saya dan inilah satu-satunya jalannya”

“Maksudnya…?” Kyuhyun tidak mengerti

“Saya dapat satu surat dari ayah saya.Mungkin bunyinya pelik tapi itulah hakikatnya”

Kyuhyun membisu.Dia sekadar mahu mendengar cerita selanjutnya daripada Taeri.

“Surat tu cakap, maksud saya ayah saya cakap kalau saya pergi tasik Ryowong saya dapat jumpa ayah saya.Tapi saya tak jumpa.Jadi, disebabkan terlalu sedih saya pun ambil keputusan untuk…..bunuh diri” sejujurnya memang susah untuk menyebut perkataan ‘bunuh diri’di hadapan Kyuhyun kerana dia malu dengan diri dia sendiri.

“Awak ni kan memang….” Kyuhyun menahan diri daripada menyebut perkataan ‘bodoh’.Dia tahu ini akan menyakitkan hati Taeri.

“Saya tahu.Saya cuma rindu dengan ayah saya dan saya nak minta maaf dengan dia sebab saya dah banyak buat salah” Taeri yang sedang memandang ke bawah itu telah menyepak seketul batu tanpa mengetahui mengapa.

“Tapi,apa yang membuatkan awak percaya dengan surat tu?Saya cuma tak faham”

“Oh.Mak saya pernah cakap ayah saya suka dengan daun musim luruh.Bila saya nampak daun dalam surat tu, saya terus ingat ayah saya.Saya yakin ayah saya masih hidup”

Kyuhyun tersenyum.Rupa-rupanya gadis cantik seperti dia ada masalah keluarga.

“Awak tak pernah tengok wajah dia?” Tanya Kyuhyun.

“Tak.Saya tak ingat.Gambar dia pun saya tak ada.Tapi mendiang mak saya cakap ayah saya kacak orangnya…..”

Kyuhyun tersengih.Perempuan kalau tak tengok lelaki kacak memang tak sah.

“…….macam awak”

Kyuhyun tersenyum sambil menampakkan gigi.Perasaan malu menyelubungi dirinya.

Taeri pula berharap pujiannya itu akan membawa kepada perhubungan yang lebih istimewa tetapi tidak bagi Kyuhyun.

***

Akhirnya Taeri berjaya memujuk Kyuhyun untuk membenarkan dia tidur di rumah kakaknya.Walaupun Kyuhyun tidak menetap di situ tapi tak mengapa asalkan dia dapat terus dekat dengan Kyuhyun.Bukannya dia tiak mahu balik di rumahnya tetapi tiada apa yang menarik ada di dalam rumahnya selain mak cik Lee yang telah mejaganya dari kecil.Rumah kakakya agak cantik dan kemas.Selangkah demi selangkah Taeri menjejakkan kaki di ruang tamu. Walaupun dia keseorangan di situ tetapi dia dapat merasakan ada seseorang sedang memerhatinya.

Bingkai gambar yang terletak di atas almari itu ditenungnya.

“Ini siapa? Takkan lah kakak Kyuhyun tua macam ni.Tapi Kyuhyun muda lagi.Takkan jarak umur jauh sangat” Taeri pelik. “Mungkin ini mak Kyuhyun tapi Kyuhyun cakap dia tak pernah jumpa mak dia” Taeri menggaru kepala.Pening juga kepalanya memikirkan pemilik gambar yang terdapat di atas almari itu.

“Biarkan sahajalah!”

 

***

Lama-kelamaan hubungan di antara Taeri dan Kyuhyun menjadi rapat.Taeri mahukan hubungan yang lebih serius tetapi Kyuhyun sebaliknya.Disaat Taeri mahu mengungkap tiga kata Kyuhyun mengelak.Sehinggalah dia berasa ada sesuatu yang misteri di dalam diri Kyuhyun.Contohnya,Kyuhyun selalu bertanyakan tentang ibunya.Apa yang lebih pelik ketika Kyuhyun menitiskan air mata disaat mengetahui ibu Taeri meninggal akibat dibunuh.

“Kenapa awak ambil berat pasal mak saya?Awak ada apa-apa hubungan…….”

“Jom,saya hantar awak balik”

Begitulah reaksi Kyuhyun apabila Taeri menanyakan soalan itu.

Selain itu,apabila Taeri menanyakan tentang kakak Kyuhyun pasti Kyuhyun marah besar.Pernah sekali Kyuhyun memarahi Taeri kerana menyebut nama kakaknya.Apa-apapun Taeri harus menyiasat sesuatu.

 

“Hello.Yesung!”pekik Taeri

“Oh.Taeri kenapa?” Pelik.Taeri tak akan menelefon dirinya jika tidak ada sesuatu yang penting.

“Kau kena tolong aku.Wajib!”

***

Sudah lima minit dia menunggu di Restoran Mobbit.Batang hidung Yesung pun dia tak nampak.

“Taeri.” Yesung pula mengambil tempat membuat muka aneh.Selalunya dia sentiasa ceria tetapi tidak kali ini.

“Awak kenapa ni? Sihat ke tak?” Taeri memegang bahu Yesung.Sumpah! Yesung memang menakutkan.

“Pertama sekali,aku rasa gembira dapat tolong kau dan sekurang-sekurangnya aku belajar sesuatu”

Taeri membisu.Yesung pula mengambil tempat.

“Kedua,aku harap kau dapat bersabar dengan apa yang aku nak cakap ni”

Taeri membisu dan rasa teruja dengan hasil penyiasatan yang dilakukan oleh Yesung.

Yesung mengeluarkan sekeping kertas dari beg bimbitnya lalu menunjukkan gambar berwajah Kyuhyun.

“Apa yang kau tahu,wajah ni memang mirip dengan Cho Kyuhyun yang kau kenal kan?”

Taeri mengangguk.

“Ini Han Sang Li.Ayah kau” perkataan ‘ayah’ yang keluar dari mulut Yesung itu betul membuatkan Taeri terkejut.Tetapi bila difikir-fikirkan balik kelakar juga.Taeri ketawa.Kyuhyun yang muda dan kacak itu adalah ayahnya?

“Serius?Kau ni pandai-pandai je kan.Takkan lah Kyuhyun yang……….”

“…………….cuba kau tengok gambar ini” Yesung menunjukkan gambar yang lagi satu.

“Tak mungkin” Taeri mencapai gambar yang dihulurkan Yesung lalu menelitinya.Itu adalah gambar dia,ibu dan juga bapanya.Bapanya betul-betul mirip seperti…….

“Aku faham.Mula-mula aku pun tak percaya,Tapi berdasarkan bukti yang aku dapat aku yakin Cho Kyu Hyun adalah ayah kandung kau”

“Macam mana kau dapat semua gambar ni?Bukan rumah aku dalam kebakaran ke 20 tahun lepas.Semua harta benda hangus terbakar”

“Itu tak penting.Itu sebahagian daripada kerja aku”

Wait.Aku tak faham.Kenapa ayah aku muda sangat? Kenapa dia tukar nama dia kepada Cho Kyu Hyun? Kalau betullah dia ayah aku,kenapa dia tak terus-terang?” soalan yang bertubi-tubi dari Taeri itu dapat menggambarkan dia masih tidak percaya akan diri Yesung.

“Tasik Ryowong atau masyarakat setempat mengenali tasik itu sebagai Tasik Mati.Tasik yang kau cuba nak bunuh diri dua minggu lalu”

“Kenapa dengan Tasik tu pula?”

“Mengikut mitos rakyat pada 1000 tahun lalu,sesiapa yang mati akibat tasik itu tidak akan ditemui jasadnya sampai bila-bila.Rohnya yang lebih dikenali dengan nama Blatims ataupun Black Victims akan dilepaskan  setiap 2 dekad.” Taeri mula mengalirkan air mata.Orang yang Taeri sayang dan rapat selama ini adalah bapanya sendiri.

“Jadi ayah saya dah mati 20 tahun yang lalu?” Yesung mengangguk.

“Akibat daripada tasik tu?”

Yesung mengangguk.Dia tidak mahu meneruskan semua ini kerana ini akan lebih menyedihkan hati Taeri

“Tapi,macam mana ayah saya boleh mati?Dia bunuh diri?”

Yesung menggeleng.Dia membisu seketika.

“Han Song Mi.Kakak ayah awak adalah dalang semua ini.Dialah yang telah membunuh ibu dan bapa awak.Dia juga yang menyebabkan awak kehilangan rumah 20 tahun lalu”

Tak sangka!Taeri betul-betul tak sangka darah daging ayahnya sanggup membunuh adik serta adik iparnya sendiri.Nasib baik dia sudah meninggal dunia kalau tidak pasti Taeri sudah menamatkan riwayatnya sekarang! Taeri menekup mukanya.Dia masih rasa ini seperti mimpi.

“Jadi,selama ini saya bercakap dengan roh dan jatuh cinta dengan ayah saya sendiri?”

Yesung tertunduk.

 “Tapi kenapa Yesung?Kenapa dia tak terus terang?”

Yesung membisu.

“Saya kena pergi.Saya nak jumpa ayah saya” Taeri mencapai beg galasnya tetapi dihalang oleh Yesung.

“Terlambat.Awak dah terlambat”

“Apa?”

“Pada saat awak tahu siapa ayah awak sebenarnya ayah awak sudah kembali ke tempat asalnya kembali. Awak tak akan dapat jumpa ayah awak buat selama-lamanya”

“Tak.Tak mungkin” Terasa lemah bandannya apabila mengetahui yang dia tak akan dapat berjumpa dengan ayahnya buat selama-lamanya.Kali ini hatinya betul-betul sakit.Dia harus berbuat sesuatu.Dia tak boleh berdiam diri.

“Taeri.Saya cuma nak pesan supaya jaga diri awak baik-baik.Saya betul-betul sa……..”

Tiba-tiba perbualan mereka diganggu oleh seseorang.Taeri menoleh kea rah perempuan yang agak berumur itu.

“Maaf.Saya nak cakap sedikit” soalan itu seperti dituju oleh Taeri seorang.Lalu dia menyambung

“Saya bukan nak cakap awak gila tetapi awak cakap dengan siapa? Mula-mula ketawa lepas itu sedih”

Taeri berasa agak pelik kerana ditanya soalan sebegitu rupa.

“Saya cakap dengan kawan saya,namanya Yesung” kata Taeri lalu menoleh kea rah Yesung tetapi Yesung tiada!Puas Taeri menoleh kekiri dan kekanan  tetapi bayang Yesung masih tidak kelihatan.Tetapi beg bimbit dan kertas yang ditunjuknya tadi masih ada diatas meja.Tiba-tiba matanya tertumpu pada satu ayat yang terdapat di artikel Tasik Hitam yang di Italic.

‘Sesiapa yang mengorek rahsia tentang Tasik Hitam tidak akan hidup lama’

“Yesung!!!!”

 

Jantung Taeri bedegup kencang seperti berlari 1000 meter.Tangannya digenggam erat supaya dapat membuang segala takut yang ada.Apa yang penting dia tiada di restoran tapi di dalam bilik tidurnya.Sah!Dia bermimpi.Tetapi,apa yang tejadi sebenarnya? Kenapa semua ni tak masuk akal langsung!Yesung.Betul ke dia dah tak ada? Semua persoalan yang terbuku di dalam otaknya betul-betul tak masuk akal.Dia harus berbuat sesuatu.Ayah…

“Kring…King….”

Telefon Taeri berdering.

Nama Yesung tertera pada skrin telefon pintarnya.Tanpa ragu-ragu dia mengangkat telefon itu walaupun diikuti perasaan takut yang memburu!

 

***

Tasik Ryowong tidak nampak berhantu dari apa yang diberitahu oleh Yesung daripada mimpi tadi.Malah,tasik itu nampak tenang dan cantik.Ternyata Yesung tidak melakukan apa-apa penyiasatan.Dia harus berangkat  ke Jepun untuk menziarahi neneknya yang sakit.Persoalannya sekarang ni,mimpi tadi adalah sebuah realiti atau fantasi?

 

“Nak”
Taeri segera menoleh ke belakang.

“Kamu seperti ada masalah”

Wajah nenek tua yang serba berpakaian putih itu betul-betul menakutkan.

“Saya tak ada apa-apa masalah”

“Kamu cari siapa di Tasik ini?”

Pertanyaan Nenek itu betul-betul memberikan peluang kepadanya untuk mencari ayahnya.

“Betul ke siapa yang mati akibat tasik ni tidak akan kembali lagi?”

“Betul.Kamu cari ayah kamu? “

Taeri mengangguk.

“Macam mana saya nak jumpa ayah saya balik?”

“Ayah kamu tak akan pulang buat selama-lamanya,Taeri.Kamu tak akan jumpa dia”

“Tapi saya anak dia.Saya ada hak.Saya nak jumpa dengan dia sebagai seorang bapa!”

Nenek itu berdiam diri.

“Ayah!Keluar!Taeri datang nak jumpa dengan ayah!Ayah keluar!!!” Jeritan Taeri diikuti perasaan sedih betul-betul membuatkan nenek itu berasa bersalah.

“Taeri,suatu hari nanti pasti kamu akan barjumpa dengan dia”

“Tak mung…..”

Nenek itu hilang.Hilang entah ke mana.Entah-entah nenek itu pun hantu.

Taeri terduduk kaku.Dia seperti tidak tahu mana satu realiti dan mana satu fantasi.Terasa hidupnya seperti tidak berpijak di bumi yang nyata.Ayah betul tak akan kembali, buat selama-lamanya.

 

 

***

6 tahun sudah berlalu.Sudah menjadi tabiat hidupnya untuk ke Tasik Ryowong setiap 3 Februari.Bunga Teluki yang berwarna kuning cerah itu dilepaskan di Tasik Ryowong.Taeri melihat sahaja arah bunga itu sambil tersenyum.Tiba-tiba terdengar seseorang berdehem.Taeri terus menoleh ke belakang dan ikut tersenyum.

 

“Jom.Kita kena beli banyak barang untuk perkahwinan kita nanti”

“Ya saya tahu”Taeri tersengih-sengih.

“Kenapa awak tersengih-sengih macam kerang busuk ni.Oh!Saya tahu awak nak cakap apa.Awak mesti nak cakap…”

“Kalau lah awak percaya yang muka awak ni sama dengan mendiang ayah saya.Mesti awak terkejut.Entah-entah pengsan” kata Taeri sambil tersenyum kecil.

“Ada-ada sahajalah awak ni” katanya sambil mencium dahi Taeri.Mereka jalan berpelukan dan menikmati keindahan di sekitar Tasik Ryowong.

Tamat

                                                                                                       

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
yoora_park
#1
Thank you...
Imaginationtown
#2
Chapter 1: Bestnya!! Walaupun fantasi tapi cerita ni betul betul bestlah!! DAEBAK!!