Crashed Crush

Don't Worry, I'm By Ur Side

Soundtrack :: SS501 Find

"Dahee!!" Kangjun melambai kearah Dahee sambil memegang buku teks Kimia, ditemani oleh TK. Pada mulanya Ray mahu menemaninya tetapi setelah mengetahui tujuannya, dia menawarkan TK pula. Nasib baik TK sangat memahami hati dan perasaan Ray, jadi dia bersetuju.

"Heyy!!" Dahee membalas sambil berlari anak kearah Kangjun. "Kenapa? Oh, hai TK!"

Sebenarnya, TK bukanlah seseorang yang cute dan meminati orang yang berpura-pura cute jadi dia rasa macam nak muntah je bila Dahee berlagak cute depan Jun. "Huh, nasib baik bukan Ray yang teman. Eew, geli aku!" bisik TK.

"Saya cuma nak bagi buku teks Kimia awak yang tertinggal. Nah!" Jun menyerahkan buku yang dipegangnya tadi kepada Dahee.

"Thanks...!" ucap Dahee lalu meminta diri untuk masuk ke dalam kelas. Jun tersengih-sengih seperti kerang busuk. Geram TK mahu melempangnya dengan kamus, seperti apa yang dia buat kat Ray semalam.

"TK.. Kau rasa.. Dahee tu..." sebaik sahaja menoleh Jun mendapati bahawa TK telahpun lesap.

"Bertuah punya budakk...." desis Kangjun kegeraman. Patutlah beberapa orang junior melihatnya dengan pandangan yang pelik tadi... Ish ish ishhh..

Di Kelas Ray dan Jun...

Asyik Ray mengelamun, dia dikejutkan oleh laungan yang kuat oleh Kangjun. Nasib baik dia tiada sakit jantung, kalau tidak silap haribulan nanti masuk hospital je.

"Woi, nape dengan kau ni? Kena kejar dengan hantu ke?" seloroh Ray. Jun segera mengambil tempat di sebelah Ray.

"Ray, aku rasa dah tak boleh tahanlah dengan perasaan aku!!"

Ray berkerut. Pe benda pulak yang mamat ni cakap?? Atau.....

"Aku nak beritahu Dahee yang aku cinta kat dia!"

Ray terpempan. Terlalu terkejut dengan apa yang Jun cakap. Oh tidak...

"Kau tolong aku ehhh...?! Please.. Please..." rayu Kangjun. Untuk tidak menghampakan sahabat baiknya, Ray bersetuju walapun hatinya hancur.

TK kebetulan lalu di hadapan kelas mereka jadi dia dapat mendengar perbualan Ray dan Jun. Dia cepat-cepat berlari ke kelas Rome.

"Hyung!!!! Hyung!!!!" TK terlalu excited untuk berjumpa dengan Rome sehinggakan dia tidak perasan yang ada cikgu sedang mengajar di dalam kelas. Rome tidak sudah-sudah memberi hint kepadanya supaya senyap.

"Apa masalah awak, Lee Min Woo?" tegur guru tersebut. TK tersengih malu. Padan muka! Aku dah bagi hint tak nak tengok..! Gumam Rome.

"Saya.........Er saya....... He he he~~" tanpa membuang masa, TK terus memecut agak-agak kalah Usain Bolt semata-mata untuk melarikan diri daripada guru tersebut.

"Hairan aku budak ni.. Time ni boleh pulak dia pecut, kalau hari sukan  1001 alasan yang dibuat oleh TK supaya dia tidak termasuk. Ish..." ujar Rome sambil meneruskan pembacaannya.

-----------------

"Fewh, nasib baik aku sempat lari. Kalau tak.. mati aku!" kata TK dalam hati sambil melepaskan penat lelahnya berlari. Tiba-tiba dia terasa seperti bahunya disentuh orang. Terus sahaja dia menjerit.

"Wei, pehal ni! Aku bukannya hantu!!"

Chop! Chop! TK kenal suara ni! Pemiliknya ialah....

"Ray! Aduh, kenapa hyung boleh ada kat sini? Terkejut saya!" kata TK dengan wajah yang terkejut (berbaur takut sebenarnya)... Ray tersenyum simpul memandangnya.

"Tenangkan fiki...."

"Hyung, betul ke Jun-hyung nak luahkan perasaan dia?" tanya TK. Ray mengangguk lemah, putus harapan. TK tiba-tiba memegang tangan Ray lalu menyatakan...

"Hyung! Jangan risau, saya dan kawan-kawan saya akn tolong hyung! You can rely on me!" janji TK dimana Ray ternganga mendengarnya. "Okeylah.. Hehe.." jawab Ray.

--------------------------------

Kangjun bersiap-siap untuk keluar bersama Dahee. Aroma minyak wanginya membangunkan Ray dari tidur.

"Wah... Kau nak pergi mana ni? Hensem nampak.." puji Ray separuh sedar.

"Today is my confession day!" dengan bangganya Kangjun menjawab. Airmuka Ray terus berubah. Lidahnya terus menjadi kelu untuk berkata-kata.

"Good luck..." bisik Ray perlahan. Kangjun meminta diri dan ke taman Junhan, tempat dimana dia akan bertemu dengan Dahee.

Tetapi harapannya musnah setelah melihat Dahee bersama lelaki lain. Secara automatik, dia tidak jadi untuk meluahkan perasaanya.

"Jun-ah! Ini teman lelaki saya, Sanghyun!" perkenal Dahee dengan semangat sekali. Kangjun berusaha untuk senyum tetapi kesedihan dan kehampaan hatinya sangat dalam.

"Hey, jom pergi taman sana jom!!" Dahee menarik tangan Kangjun ke taman tema yang berdekatan.

Sebenarnya, Ray turut berada di situ. Terkejut, itu apa yang dia rasa sekarang.  Namun begitu, dia tidak mahu menaruh harapan yang terlalu tinggi untuk Kangjun. Lagipula, Kangjun menganggapnya sebagai seorang kawan baik, tidak lebih daripada itu. Anak matanya mengekori mereka.

"Aku tetap akan sokong kau, Jun..." bisik hatinya perlahan.

************************************

Updated!

Thanks for reading. Comment and subscribe if you. I'm really hoping you can subscribe this story.

I'll translate tomorrow because it's already night here and I want to sleep. :)

Have a good day! Bye bye!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
SenshineRay
Thank you for voting, subbing and commenting~!

Comments

You must be logged in to comment
yesungkaicnukangjun #1
Chapter 1: Ohhh..have you already translated?
yesungkaicnukangjun #2
Chapter 1: Yes..i want read this one in english..please tell me how?thanks
akai-ito
#3
Chapter 1: omo~ this is my first time reading a Malay fanfic xDD aigoo~ awesome lah wei~ ^^
kgrl123 #4
Chapter 1: Oh!!! Never mind. I was not smart enough to see that it was already translated. So sorry author-nim!!!!!!
kgrl123 #5
Chapter 1: Urm. Can u please translate into English please????? I am not Malaysian and my friend is trying to translate but keeps reading ahead. Please author-nim translate.
sael-ly
#6
Chapter 7: daebakkkkkk
eunKyu
#7
Chapter 7: Nice ending , dongsaeng ~!!