Secret Crush

Don't Worry, I'm By Ur Side

Soundtrack :: C-Clown Far Away

Additional Information::

Language :: Malay

Rating :: Everyone

Author Note :: If you want to read this in English, just comment below and I'll translate it. Don't worry, I'm not fierce.

 

Ray menyusun buku-buku di dalam perpustakaan memandangkan dia yang bertugas pada hari ini. Selalunya dia seorang diri namun sekarang dia ditemani oleh empat lagi rakannya yang memang beriya-riya nak tolong. Siwoo, Rome, TK dan Kangjun masing-masing mahu menempel dengan Ray, lebig-lebih Kangjun yang sekelas dengan Ray.

                "Mana Maru?" soal Ray setelah menyedari bahawa maknae mereka tiada bersama. Tiba-tiba Kangjun datang lalu mengetuk kepalanya dengan sebuah kamus tebal. Nama pun kamus, mestilah tebal kan? Dah tebal tu mesti sakit.

                "Nyanyuk betullah kau ni.. Kan dia ada peperiksaan hari ni. Ish Ish... Tak padan dengan muda lagi." selamba Kangjun membalas.

                 "Ye lah. Haha." Ray tergelak walaupun dia tahu hal ini tidak lucu walau sedikitpun. Member yang lain hanya mengelengkan kepala. Apalah Ray ni...

Kringgg!!!

Waktu rehat baru sahaja tamat. Pelajar berpusu-pusu masuk ke kelas masing-masing. Sewaktu dalam perjalanan ke kelas, mereka berdua terserempak dengan Dahee. Dia merupakan pelajar di kelas sebelah Ray dan Kangjun. Kangjun (atau Jun) memerhatikan setiap gerak langkah Dahee sehinggalah dia masuk ke dalam kelas.

                 "Oi, sudahlah tu! Dia dah tiada!" Ray menepuk bahu Jun sambil mengheretnya ke dalam kelas. Ray tahu bahawa Jun meminati Dahee dan mereka juga kawan baik sejak 3 tahun lagi. Namun, Jun terlalu takut untuk menyatakan kepada Dahee yang dia menyintainya kerana bimbang Dahee akan menjauhi dirinya. Daripada asyik bermimpi, baik dia masuk ke dalam kelas. Ray sudah siap sedia menunggu.

Bagi Ray, setiap kali Jun bersikap begitu, dia berasa cemburu. Dua sebab mengapa dia cemburu, pertama kerana dia kawan baik Jun dan kedua, dia menyukai Jun. Namun begitu, Ray gembira juka Jun turut gembira kerana mereka kawan baik.

"Ray!" keras sekali suara Jun menyergah Ray yang hanyut dalam mimpinya. Ish dia ni, sedap je berkhayal waktu cikgu mengajar. Nanti kalau tak faham aku jugak jadi mangsanya. Gumam Jun sambil menjeling Ray yang separuh sedar itu.

----------------------------------------

"Maknae!!!!!" Rome melambai kearah Maru yang baru sahaja keluar dari kelasnya setelah menduduki peperiksaan sepanjang hari.

Maru segera berlari kearah mereka, "Hyung! Wah, susah betul soalan tadi!" hampir kesemua member tergelak dengan pernyataan yang dibuat oleh Maru.

"Kau ni... Datang je cakap pasal tu." Siwoo menahan dirinya tergelak. Jun terus menyambung, "Kata pelajar paling bijak dalam kelas.."

Akhirnya mereka tergelak.

Sesampainya mereka di rumah sewa, mereka segera masuk ke dalam bilik masing-masing. TK dan Rome sebilik, Siwoo dan Maru sebilik samalah juga dengan Jun dan Ray. Mereka membahagikan bilik dengan kelebihan masing-masing.

(A/N: Kan TK n Rome rapper, Siwoo n Maru vocalist, Jun n Ray main/lead vocalist)

"Wei, turunlah makan!!!!!!" laung TK dari dapur, dibantu oleh Ray. Nampak rajin betul kan? Heh.. Rajinlah sangat.. Rajin sebab terpaksa. Dapatkah anda bayangkan bagaimana TK memakai apron dan memegang senduk sekarang?

Laungannya disahut oleh Rome yang berada di dalam biliknya kemudian diikuti oleh Siwoo dan Maru. TK hairan kerana Jun belum lagi menyahut jadi dia meminta kebenaran Ray untuk 'memecah' masuk biliknya. Yalah, kan Ray tu tuan sebilik.

Sebaik sahaja membuka pintu, TK melihat Jun sedang duduk termenung dengan mukanya menghadap ke luar tingkap. TK menghampirinya lalu mencuit bahu Jun.

"Oi, tak nak turun makan ke? Baik turun cepat sebelum senduk ni terpacak atas kepala hyung." kasar namun TK masih mematuhi etika hormatnya. Jun yang terkejut cepat-cepat menoleh dan secara tidak sengaja dia terketuk dengan senduk yang dipegang oleh TK.

"Not my fault!!" ujar TK sambil melarikan diri ke ruang makan. Mujur dia tidak terlanggar Rome yang khusyuk menghayati langkahnya menuruni tangga.

"Aduh, hyung ni.. Turun tangga pun nak ada 'feel' ke?" sempat lagi TK berfikiran demikian.

Suasana meja makan mereka sangat riuh kecuali Ray dan Jun yang menikmati makanan mereka sambil memikirkan benda lain.

-------------------

Pada keesokan harinya....

Memandangkan hari ini merupakan cuti umum, Ray, Jun dan Dahee bercadang untuk ke pantai bersama. Member lain pun tiada di rumah pada hari tersebut.

"Ray, kau tunggu kejap dekat dalam kereta ya. Aku dan Dahee akan datang balik." ujar Kangjun. Ray mengangguk. Dia hanya mampu melihat kemesraan mereka berdua. Berpegangan tangan, light hug dan sebagainya sudah biasa bermain di mata Ray. Dia melepaskan keluhan perlahan. Tanpa disedari, dia tertidur.

Knock! Knock!!

Ray segera terjaga dan melihat Kangjun dan Dahee bersama, di sebelah luar. "Oh... Mimpi...." bisik hatinya perlahan sambil mengukirkan senyuman kepada mereka berdua.

"Ray.. Ray.. Apalah yang awak fikirkan tadi sampai tertidur? Ish Ish.." Dahee mengelengkan kepalanya. Ray tertunduk malu. Kangjun yang sedang membawa kereta tergelak.

"Eleh, dia memang selalu macam tu. Kuat berangan." ucapan Kangjun mematikan terus ayat Ray. Aduh, malu betul!

Di pantai..

"Yeay!!!! Pantaii!!!!" jerit Dahee kegembiraan. Macam orang yang first time jumpa pantai pun ada dia ni. Kangjun tersengih dengan telatah bestfriend dia ni. Ray memilih untuk diam. Dia mendengar lagu-lagu sambil berjalan-jalan.

"Kangjun... Kenapa kau tak pernah tanya perasaan aku kat kau?" fikir Ray untuk seketika namun dia tersedar ke nyata semula setelah mendapati bahawa pakaiannya telah basah akibat disimbah air oleh Kangjun.

"Yo, kenapa jadi pasif sangat hah? Come on, join kitorang ni!" ajak Kangjun sambil menyimbah-nyimbah air laut kearah Ray.

"Yalah Ray. Jomlah.." pujuk Dahee pula. Mahu atau tidak, Ray hanya menurut. Sekurang-kurangnya dia boleh bersuka ria dengan mereka berdua.

Jarum pendek jam telah menginjak ke angka enam. Mereka bertiga bersiap-siap untuk pulang ke rumah.

"Hug me~~~~" Dahee mengeluarkan suara manjanya. Seram Ray mendengarnya. EEE~~! Kangjun segera memeluk Dahee dan kemudiannya dia memeluk ray pula. Terkejut Ray dibuatnya.

"Pehal kau ni? Buang tabiat ke??" hairan Ray. Mana tidaknya, tiba-tiba aje peluk dia. Kalau anda semua, pasti terkejut juga kan?

"Alahhh... Sekali-sekali nak bermanja dengan kau.. Takleh....??" Kangjun sengaja mengerdipkan matanya supaya ternampak cute.

"Ish, gila la kau ni!" Ray menolak Kangjun ke tepi lalu masuk ke dalam rumah. Dia sebenarnya cuba untuk berlagak normal walaupun hatinya berdegup begitu kencang. Oh tidak.. TK yang sedang menyiram pokok bunga ditemani Rome yang sedang mencantas ranting-ranting pokok hanya tersengih lebar memandang mereka.

Untuk gambaran yang lebih jelas, beginilah keadaannya:

Maru dan Siwoo sedang menonton televisyen bersama-sama di ruang tamu.

Ray melangkah masuk ke dalam biliknya dengan tergesa-gesa. Begitu juga dengan kangjun. Seperti adegan kejar-mengejar pun ada.

"Tunggulah aku woi!!" kelelahan Kangjun mengejar Ray yang sudahpun masuk ke dalam bilik.

*************************************************************

Enjoy? Ok? Tell me if not. And tell me if you wanted to read this in English.

Have a good day!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
SenshineRay
Thank you for voting, subbing and commenting~!

Comments

You must be logged in to comment
yesungkaicnukangjun #1
Chapter 1: Ohhh..have you already translated?
yesungkaicnukangjun #2
Chapter 1: Yes..i want read this one in english..please tell me how?thanks
akai-ito
#3
Chapter 1: omo~ this is my first time reading a Malay fanfic xDD aigoo~ awesome lah wei~ ^^
kgrl123 #4
Chapter 1: Oh!!! Never mind. I was not smart enough to see that it was already translated. So sorry author-nim!!!!!!
kgrl123 #5
Chapter 1: Urm. Can u please translate into English please????? I am not Malaysian and my friend is trying to translate but keeps reading ahead. Please author-nim translate.
sael-ly
#6
Chapter 7: daebakkkkkk
eunKyu
#7
Chapter 7: Nice ending , dongsaeng ~!!