Love of a Fangirl

Love of a Fangirl

"Yah , Bomi . Aku nak dapat tiket backstage . Jom kita pergi lepas Minhyuk ngan LJoe nyanyi nak ?" tanya Chorong semasa mereka sedang berada di hadapan stage .

"Hah ?! Aku nak tengok kumpulan Krystal nyanyi ." ujar Bomi sambil membuat muka comel .

"Aku tak suka dia lah . Kita tengok lain kali lah . Lagi bagus kita pergi backstage ." pinta Park Chorong sambil tesenyum . Bomi hanya mengangguk lemah .

-

"LJoe-ah." panggil chorong kuat . LJoe terus memandang ke arah punca suara yang memanggilnya .

"Yah Chorong . Kau datang juga . Aku ingat kau tak datang ." ujar LJoe gembira kerana perempuan yang diminatinya dalam diam hadir juga .

"Aku datang sebab Minhyuk lah ." gurau Chorong sambil tersenyum .

"Yelah tuh . Kau datang sebab aku . Jom kita masuk bilik aku . Penat aku berdiri tadi ." ajak LJoe lalu berjalan menuju bilik khas untuknya .

"Yah Chorong-ah . Kau rapat dengan LJoe ke ?" bisik Bomi perlahan . Chorong mengangguk laju sambil tersenyum sambil mengekori LJoe dari belakang .

-

"Yah Minhyuk . Aku ada bawa tetamu ." panggil LJoe apabila masuk ke dalam biliknya .

"Hah?! Siapa ?" tanya Minhyuk lalu keluar dari bilik persalinannya .

"Hai ." sapa Chorong dan Bomi serentak .

"Hai . Kawan kau ke ?" soal Minhyuk lalu duduk di atas sofa . 'Cantik betul perempuan yang lepaskan rambut ni . Manis .'

"Yup . Lagi pun diaorang dapat pass VIP . So , aku bawak diaorang datang sini . Duduk lah ." terang LJoe lalu duduk disebelah Minhyuk . 

"So , korang sekolah kat mana ?" tanya Minhyuk memecahkan kesunyian .

"Er , kami baru je dapat sekolah kat Seoul Arts School ." ujar Bomi sambil tersenyum .

"Really ? Wah , kita satu sekolah lah ." ujar Minhyuk gembira .

-

"Wah , bestnya dapat jumpa Minhyuk dengan LJoe . Diaorang tu handsome sangat ." ujar Bomi teruja .

"Haha . Kau ni terlebih teruja pulak . Nanti kalau kita masuk Seoul Arts School . Lagi ramai artis . Tau tak ?" ucap Chorong .

"Really ? Wahh , aku duduk kat mana ni ?" ujar Bomi sambil tersenyum lebar .

"Aish . Kau ni . Dah lah . Kita jumpa esok  ya . Bye ." ucap Chorong lalu berjalan ke arah rumahnya . Tiba-tiba telefonnya berdering menandakan ada mesej masuk . Ianya dari Minhyuk . Chorong hanya tersenyum malu .

 

Dah sampai rumah ke ???

On the way . Awak ?

On the way juga . Jalan baik-baik tau . Kita jumpa kat sekolah esok . 

Okayy . Good Night .

Night jugak . Masuk mimpi saya ya . Rindu awak .

Haha . Awak merepek . Byebye

 

Tersenyum Minhyuk apabila bermesej dengan Chorong . Sah aku jatuh cinta ni . 

-

"Chorong-ah . Kau kat mana ?" tanya LJoe apabila Chorong menjawab panggilannya .

"Kat rumah lah . Kenapa ?" soal Chorong sambil menyuap masuk pancake ke dalam mulutnya .

"Ah , aku dengan Minhyuk tengah on the way pergi sekolah . Kitaorang singgah rumah kau sekali tau ." ujar Ljoe lalu menamatkan panggilan .

"Hah ? Hello ? Aishh dah mati pulak ." ujar Chorong lalu bergegas untuk bersiap .

-

"Yah , lambat nya bersiap . Macam nak jumpa pakwe ." bebel LJoe setelah Chorong keluar dari rumahnya .

"Kau ni . Ni my first day okay . Aish . Jom gerak ." ujar Chorong . Cepat Ljoe membukakan pintu van untuk Chorong .

"Hai ." sapa Minhyuk manis .

"Hai . Thanks tau sebab sudi tumpangkan saya ." ucap Chorong malu-malu .

"Owh . Its okay ." jawab Minhyuk .

-

"Yah . Chorong-ah . Kau datang ngan siapa pagi tadi ?" tanya Bomi semasa mereka sedang berjalan ke arah kelas .

"Dengan Ljoe and Minhyuk . Why ?" soal Chorong kembali .

"Kau tahu tak yang semua budak kat sini dah anti kau ?" ujar Bomi perlahan . Takut ada yang mendengar .

"Hah ?! Pasal datang sekolah ngan diaorang pun beranti ngan aku ?" soal Chorong untuk kepastian . Bomi mengangguk laju . Tiba-tiba sekumpulan budak perempuan datang ke arah Chorong dan Bomi .

"Siapa Park Chorong ?" tanya seorang budak perempuan yang mungkin ketuanya dengan ganas .

"Aku . Kenapa ?" soal Chorong balik berani . Perempuan tadi tersenyum sinis .

"Kenapa ? Kau kenal tak siapa aku ? Krystal Jung . Minhyuk is mine . Dont ever touch him ." Krystal memberi amaran lalu menolak badan Chorong sehingga terjatuh .

"Chorong-ah , awak okay ?" tanya Bomi risau . Chorong hanya mengangguk lemah . Mujur lah LJoe dan Minhyuk berada berdekatan .

"Yah Krystal . What are you doing to Chorong ?" soal LJoe marah . Jangan lah sesiapa sentuh Chorong atau orang itu akan sengsara .

"Wah , marah nampak ? Dia tu kekasih kau ke ? Oh my ?! LJoe bercinta dengan budak biasa ? Mesti Presiden Kang gugurkan kau nanti ." ujar Krystal tanpa lapik . LJoe terus menampar pipi Krystal tanpa ambil masa . 

"Jangan kau nak tunjuk hebat Krystal ." LJoe memberi amaran . 

"Awak tak apa-apa ke ?" tanya Minhyuk . Mukanya pucat apabila melihat Chorong terjatuh . 

"Saya okay ." ujarnya lemah .

"LJoe-yah . Tangan Chorong berdarah ." ujar Bomi tersekat-sekat . LJoe terus berlari ke arah Chorong .

"Kita bawa pergi hospital Minhyuk ." ujar LJoe lalu ingin mengangkat Chorong namun Minhyuk lebih cepat .

-

"Awak okay ?" soal Minhyuk apabila melihat Chorong bangun dari tidurnya setelah menghadapi pembedahan pada tangannya .

"LJoe dengan Bomi mana ?" tanya Chorong mempersetankan soalan Minhyuk .

"Diaorang jumpa doktor kejap . Awak nak apa-apa tak ?" tanya Minhyuk . Chorong membalas dengan gelengan .

-

"Park Chorong mungkin dah tak boleh main piano selepas ini ." ujar Doktor Kim perlahan . Terkejut LJoe dan Bomi mendengarnya .

"Tapi doktor , tak boleh ke kita buat apa-apa pembedahan untuk dia ? Untuk selamatkan tangan dia ?" tanya LJoe bertubi-tubi .

"Peluangnya nipis . Mungkin akan menyebabkan dia lumpuh kalau pembedahan itu tidak berjaya ." ujar Doktor Kim . LJoe terus memegang kepalanya . Bagaikan ada batu yang amat besar di atas kepalanya .

'LJoe suka Chorong ke ? Habis macam mana dengan Minhyuk ? Aku kena bagi tahu Chorong ni .'

-

"Bomi-ah . Aku nak tengok TV lah ." ujar Chorong bosan . Bomi mengeleng . 

"TV ni tak boleh bukak lah . Nurse tu kata tadi ." bohong Bomi .

"Asal pulak ?" soal Chorong pada dirinya .

'Nanti jangan bagi Chorong tengok TV . Kitaorang nak buat perjumpaan dengan media . Nak bagi tahu yang kitaorang akan berhenti jadi penyanyi .' pesan Minhyuk dan LJoe masih diingatinya .

-

"Chorong-ah , saya ada something nak cakap dengan awak ?" ujar LJoe semasa mereka sedang duduk di taman.

"Em , apa ? Cakaplah ." jawab Chorong menanti ucapan yang akan keluar dari bibir LJoe .

"Saya cintakan awak ." ujarnya pendek tapi mendalam maksudnya .

"Awak tak suka saya ke ? Awak still sukakan Minhyuk ?" tanya LJoe . Wajahnya sudah bertukar menjadi mendung .

"Saya , saya rasa saya tak boleh nak buat keputusan sekarang LJoe . Selama ni saya anggap awak kawan . Maafkan saya ." ucap Chorong perlahan . Airmatanya sudah mengalir . LJoe juga bergitu , tapi dia cepat-cepat mengusapnya dengan jari kasarnya .

"Its okay ." ucapnya sambil tersenyum . Mungkin senyuman itu nampak manis , tapi ia bukan senyuman yang ikhlas dari hati . Tiba-tiba telefon Chorong berdering , ia panggilan dari Minhyuk .

Hello . Saya ni .

Awak ada kat mana ni ?  Saya ada kat bilik awak  ni.

Owh , saya ada kat taman dengan LJoe ni . Awak tunggu lah sekejap .

Dengan LJoe ? Ah , okay.

"Siapa yang call ? Minhyuk ?" tanya LJoe setelah panggilan mereka berdua berakhir . Chorong hanya mengangguk .

"Saya nak awak buat keputusan sekarang . Saya akan pergi beli waffle untuk awak . Kalau awak tak ada kat sini . Saya faham maksud awak tu ." ujar LJoe lalu bangun dan berjalan meninggalkan Chorong .

-

Apabila LJoe kembali ke tempat itu semula , dia tak melihat Chorong . Tapi , cuma sekeping kertas .

Maafkan saya LJoe . Saya tak boleh pilih awak mahupun Minhyuk . Mungkin masa awak dan Minhyk tengah baca ni saya dan Bomi sedang dalam perjalanan ke USA . Saya dah tak nak membebankan kamu berdua . Semua ni terjadi sebab saya kan ? Kamu berdua nak buat keputusan nak berhenti jadi penyanyi kan ? Betul tak ? Actually , 2 hari lepas , Presdiden Kang datang ke bilik saya dengan Krystal . Awak tahu tak saya kena marah ?! Saya sedih sangat bila saya dapat tahu . Memang saya suka Minhyuk , tetapi saya tak nak ia jadi macam ni . Saya ialah peminat sahaja . Ingat tu . Cuma peminat . LJoe , Minhyuk maafkan saya . Saya tak boleh terima cinta kamu berdua :D 

Park Chorong

"LJoe yah ." jerit Minhyuk sambil berlari ke arah nya .

"Kau jumpa surat tu ?" tanya Minhyuk . Nafas tercungap-cungap . LJoe mengangguk lemah . Kaki Minhyuk terus lemah lalu dia terjatuh trejelepok di atas tanah . Air matanya sudah mengalir .

 

"Mungkin cinta kita cuma seorang peminat meminati artis . Tidak lebih dari itu . Cuma itu sahaja ."

"Saya sanggup buat apa sahaja untuk awak Chorong . Kembali lah ."

"Persahabatan kita tidak berhenti setakat ini sahaja Chorong . Saya akan tunggu awak ."

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
zelojjang #1
Chapter 1: aishh... menusuk kalbu betul. heheh..
lyasungnew94
#2
Chapter 1: first time baca fanfic dlm malay.
hahahaha
it is a good one though.
hehehe
^________^
aailiz
#3
Chorong Minhyuk <333333333 LJoe puuuuuun ;AAAAA;