FINAL

BAD BOY

 

“Betul ke kau nak keluar ngan si debab, tu? Kau jangan buat gila.” Tegur JunHyung. 

 
 
“Nanti reputasi kau jatuh sebab bergaul ngan budak yang tak popular tu. Budak yang sering dipinggirkan.” YoSeob mengingatkan DooJoon. 
 
 
“Kalau dah terdesak sangat pun, takkanlah gadis camtu pilihan terakhir kau? Banyak lagi pelajar perempuan yang cantik kat sekolah ni.” HyunSeung menyokong. 
 
 
“Korang ni, tak baik kutuk Lila camtu. Bukan dia yang minta dilahirkan camtu.” DongWoon seperti membela Lila. 
 
 
“Yang kau nak bela dia, kenapa? Oo...DongWoon jatuh cinta kat Lila.” GiKwang memerli. 
 
 

“Korang boleh diam, tak?! Suka hati la aku nak keluar ngan siapapun. Itu hak aku. You guys don’t know anything. Get it?” DooJoon beredar. Mereka berlima tertanya-tanya.

 


 
 
“Untung la kau, Lila. Salah seorang F6 yang popular tu, dah ajak kau keluar. Tentu budak-budak perempuan yang lain jeleskan kau.” Kata Lia. 
 
 
“Diorang yang jeles ke, kau?” Lila cuba menyakat. 
 
 
“Mesti la. Aku yang minat kat DooJoon, tapi kau yang dia pilih.” Lia kelihatan hampa. “Tapi, takper la. Daripada dia jatuh ke tangan pelajar yang aku tak kenal, lebih baik dia bersama kau. Sekurang-kurangnya, aku tau kau boleh jaga dia ngan baik. Aku pasrah.” Lia kembali ceria. 
 
 
“Thanks, Lia! Kau memang kawan baik aku. Baik la, aku janji akan jaga DooJoon dengan baik bagi pihak kau.” Lila memberi jaminan. Mereka saling berpelukan keriangan.
 
     
Pada malam minggu, DooJoon membawa Lila bertemu janji di sebuah restoran mewah di atas kapal. Suasana di situ sangat romantik. DooJoon menempah kapal tersebut hanya untuk mereka berdua sahaja. Selesai menjamu selera,DooJoon mengajak Lila menari. 
 
 
“Awak nampak cantik malam, ni. Macam puteri kayangan.” DooJoon memuji sambil tersenyum. Lila tersipu malu. 
 
 
“Awak pun sama. Err..maksud saya, awak pun nampak segak malam, ni.” Lila tersalah cakap lalu dia cepat-cepat mengubahnya. “Saya nak tanya sesuatu, boleh?” soal Lila. 
 
 
“Apa dia?” soal DooJoon semula. 
 
“Awak janji jangan terasa hati, plak.” Kata Lila. “Saya janji.” DooJoon tersenyum.
 
“Dalam ramai-ramai gadis cantik kat sekolah kita, why awak pilih gadis yang kurang menarik macam saya? Awak simpati atau nak permainkan saya?” soal Lila menduga. 
 
 
“Gadis cantik atau tak, tak penting bagi saya. Yang penting hatinya. Hati cantik rupa pun cantik. Kalau rupa saja cantik, tapi hati busuk, hodoh juga. Kan?” DooJoon menenangkan hati Lila.
 
 
    Keesokan paginya, DooJoon menjemput Lila ke sekolah dengan menaiki kereta sportnya. Pada mulanya, Lila enggan kerana khuatir dicemburui oleh para peminat DooJoon. Setelah dipujuk mesra oleh DooJoon, Lila akur. Setibanya mereka di sekolah, F6 dikerumuni para pelajar perempuan yang ingin mengucapkan selamat pagi kepada mereka seperti selalu. 
 
 
“Eh, ada seseorang kat sit penumpang sebelah DooJoon la. Siapa dia?” semua pelajar perempuan cuba mengintai. 
 
 
“Excuse me!” DooJoon meminta laluan untuk membuka pintu bagi Lila.
 
Lila gugup. Semua menumpu perhatian kepada orang yang bakal keluar daripada kereta DooJoon. Alangkah, terperanjatnya mereka apabila mendapati orang itu adalah Lila! Mereka mula mengumpat. F6 berjalan seiringan dengan Lila. Seperti bodyguard lagaknya. Keadaan begitu berlaku selama beberapa hari. Sehinggalah sampai satu tahap di mana para peminat F6 mula bertindak di luar kawalan. Mereka begitu dengki melihat Lila rapat dengan F6.
 
     
Tamat waktu persekolahan, Lila menunggu DooJoon di depan pintu pagar sekolah seperti yang dijanjikan. Beberapa minit kemudian, muncul pelajar-pelajar perempuan mengerumuni Lila.
 
“Tak malu menumpang DooJoon! Awak ingat, dia tu driver awak, ke? Sedar la diri tu sikit!” cemuh mereka.
 
“Sampai enam orang sekali awak sapu. Apa ni?!” mereka mencemuh lagi.
 
“Diorang tu, milik kitorang! Bukan untuk kau sorang. Dasar perempuan murahan!” 
 
     
Mereka mengeluarkan tepung, telur ayam busuk serta sayur-sayuran lama untuk dibaling kepada Lila. Lila semakin takut, namun tiada jalan untuk dia melarikan diri. Dari jauh kelihatan F6 melalui kawasan itu. Pada fikiran Lila, mereka akan menolongnya, namun sebaliknya yang berlaku. Mereka hanya tersenyum sinis melihat keadaan Lila dari jauh. Rupa-rupanya, itu semua adalah rancangan F6 untuk memalukan Lila. DooJoon berpura-pura berpacaran dengan Lila untuk menimbulkan perasaan cemburu dalam hati para peminat F6 yang akhirnya memakan diri Lila. Bagi F6, semua itu hanyalah permainan bagi playboy seperti mereka, iaitu mempermain-mainkan gadis.
 
 
“Semua baling!!” mereka mula membaling semua yang ada kepada Lila. Lila yang telah dikepung hanya mampu menangis sambil menahan balingan tersebut. Tanpa disangka, DongWoon melindungi Lila dengan memeluknya. “Itu DongWoon. Hentikan!” mereka menghentikan balingan tersebut demi DongWoon. Lila terkelu. 
 
 
“Awak tak apa-apa?” soal DongWoon sambil mengesat kotoran yang ada di muka Lila. Lila hanya diam memandang DongWoon.
 
‘Betul ke dia tolong aku? Atau ini sekadar lakonan untuk mempermainkan aku lagi?’ Fikir Lila. Dia menolak DongWoon ke tepi, lalu melarikan diri. Semua pelajar segera pulang ke rumah masing-masing. 
 
 
Why did you help her?” soal JunHyung. 
 
 
“Kau ni tak reti berseronok la.” perli HyunSeung. 
 
 
“Macam ni korang kata seronok? Memalukan orang, mempermainkan orang macam ni, seronok?! Ini bukan keseronokan, ini penghinaan.” Tegas DongWoon. 
 
 
“Relaks la, Woon. Takkan la hal kecik camni pun kau nak melenting? Lila tu bukannya siapa-siapa pun.” Kata GiKwang. 
 
 
“Dia manusia cam kita gak. Korang hina dia, sama macam korang hina diri sendiri. Think about it again, ok?” DongWoon beredar. 
 
 
“What’s wrong with him?” mereka berlima tertanya-tanya.
 

 
“Sampai hati DooJoon buat aku camni! Aku betul-betul ingat dia sukakan aku macam aku sukakan dia. Bodohnya aku! Sepatutnya aku sedar diri aku. Lelaki pujaan ramai cam dia takkan jatuh cinta ngan perempuan cam aku, ni.” Lila menangis teresak-esak. 
 
 
“Awak buat apa kat sini sorang-sorang? Bahaya la gadis macam awak dok kat tepi tasik malam-malam camni.” DongWoon duduk di sebelah Lila. Lila mengesat air matanya. “Awak buat apa kat sini?” soal Lila. 
 
 
“Cari awak la. Saya risau awak buat sesuatu yang tak baik lepas kejadian petang tadi.” Jawab DongWoon. 

 


“Macam mana awak tau saya ada kat sini?” soal Lila lagi. 

 
 
“Saya ikut awak.” DongWoon memandang Lila muram. “Diorang memang suka main-main camtu. Kalau awak nak tau, bukan awak sorang jer yang pernah kena camni. Ramai lagi gadis yang jadi mangsa permainan diorang.” Jelas DongWoon. 
 
 
“Iya ker? Awak dok kata diorang. Awak tak mainkan gadis, ke?” duga Lila. 
 
 
“Saya? Awak rasa?” soal DongWoon semula.
 
“Saya tak tau. Tadi awak tolong saya ikhlas atau just nak main-mainkan saya juga?”
 
“Saya ikhlas. Saya tak pernah setuju ngan permainan diorang tu.” Tegas DongWoon.
 
“Tak setuju tapi awak tak halang.” Nada Lila sedikit marah.
 
“Maaf. Awak nak saya buat apa untuk awak maafkan saya?” soal DongWoon. Lila yang masih lagi trauma dengan kejadian petang tadi, terus memeluk DongWoon dengan erat sambil menangis. DongWoon membalas pelukan Lila.
 
 
Keesokannya di sekolah...
 
 
‘BUK!’ satu tumbukan hinggap di muka DongWoon. “Yang kau teman Lila pi report kat cikgu pasal semalam, kenapa?! Kau dah buat kitorang kena gantung sekolah. Jatuh la reputasi kitorang.” Marah DooJoon.
 
 
“Dulu kitorang selalu buat camni, tapi kau tak pernah masuk campur. Why bila libatkan Lila kau masuk campur? Ha?!” marah YoSeob. 
 
 
“Aku just buat apa yang patut. Dulu korang just kacau-kacau perempuan, tapi sekarang korang dah melampau. Korang main-mainkan perasaan Lila. Itu aku tak boleh biar.” Tegas DongWoon. 
 
 
“Kau suka dia, mengaku je la. Jangan nak dalih.” Kata HyunSeung. 
 
 
“Korang cakaplah apa yang korang nak. Aku just nak warning, jangan mainkan perasaan orang. Itu aku tak suka.” DongWoon memandang DooJoon. “Lila betul-betul suka kat kau Joon. Dia kecewa sangat bila kau buat dia camtu. Kalau la semalam kau tengok keadaan dia lepas dibuli korang, tentu kau rasa bersalah. Dia nampak trauma sangat.” Jelas DongWoon. 
 
 
“Apa-apa je la.” DooJoon beredar. 
 
 
“Aku rasa korang patut minta maaf kat Lila sementara ada peluang. Kalau tak, jangan menyesal di kemudian hari.” DongWoon cuba menakut-nakutkan mereka. 
 
 
“Apa maksud kau?” soal JunHyung. 
 
 
“Semalam aku nampak dia tertekan sangat. Mana tau kalau-kalau dia...ok la, aku balik dulu.” DongWoon beredar. 
 
 
“Kalau Lila bunuh diri, hantu dia mesti mai kacau kita. Aku taknak!” GiKwang kelihatan takut.
 
“Takkan la, kot. Bukannya teruk sangat kita buli dia sampai dia nak bunuh diri. Kan?” kata JunHyung.
 
 
     DooJoon berjalan seorang diri di kaki lima. Dia kelihatan bingung memikirkan kebenaran kata-kata DongWoon semalam. ‘Kalau betul Lila bunuh diri sebab aku malukan dia tempoh hari, hati aku takkan tenang. Aku akan rasa bersalah seumur hidup aku.’ Fikirnya. 
 
 
Kemudian, dia ternampak Lila masuk ke kedai ubat di hadapannya. Dia cuba mengintip. “Apa yang Lila beli? Ada apa dalam bungkusan, tu?” ngomelnya di sebalik tiang. 
 
 
“Ini racun tikus yang cik minta, tu.” Pekedai ubat itu memberi bungkusan tersebut kepada Lila.
 
‘Racun tikus?! Takkanlah...’ DooJoon resah.
 
“Terima kasih.” Lila beredar setelah membuat bayaran. DooJoon mengekori Lila sehingga ke tepi tasik. 
 
 
“Apa dia buat kat sini? Tempat ni sunyi, takkan la dia nak...” DooJoon semakin takut. 
 
 
Tiba-tiba, Lila mengeluarkan bungkusan tersebut dan memakan isinya.
 
“Lila!!!” DooJoon berlari ke arah Lila lalu menepis bungkusan tersebut. 
 
 
“Apa awak buat, ni?!” Marah Lila terkejut. 
 
 
“Saya yang patut tanya apa yang awak cuba buat dengan racun tikus, ni?! Takkan la sebab saya malukan awak seminggu yang lalu awak cuba bunuh diri?!” DooJoon kelihatan tidak tentu arah. 
 
 
Lila terfikir sesuatu. “Ya! Biar saya mati! Saya ikhlas sukakan awak tapi awak sebaliknya. Hati saya sakit awak tau tak? Kalau awak tak suka saya, cakap la. Tak payah la awak nak malukan saya camtu.” Akui Lila. DooJoon rasa bersalah.
 
 
Tiba-tiba Lila mengerang kesakitan. DooJoon panik. Lila rebah ke tanah tidak sedarkan diri. “Lila!! Bangun la! Jangan buat saya macam ni. Lila!” DooJoon meriba Lila sambil menangis kekesalan. “Saya minta maaf sebab malukan awak. Tolong la maafkan saya! Kalau tak, saya akan rasa bersalah seumur hidup saya. Maafkan saya, Lila!” DooJoon bersungguh. “Saya tak patut buat awak camtu. Lila, maafkan saya...” DooJoon ikhlas mengaku kesalahannya. 
 
 
“Baiklah, saya maafkan awak. Lain kali jangan buat lagi.” Kata Lila. 
 
 
“Baiklah, saya janji. Huh??” DooJoon terkejut. Lila berdiri sambil tersenyum. 
 
 
“Awak patut tengok muka awak tadi. Lucu sangat.” Lila ketawa.
 
“Awak? Awak tak apa-apa? Tapi awak makan...”
 
“...racun tikus?” Lila menyampuk sambil mengeluarkan bungkusan daripada begnya. “Ini baru racun tikus. Yang saya makan tadi, serbuk sagu. Sedap. Awak nak rasa, saya ada lagi sebungkus.” Kata Lila selamba. DooJoon sedar dia dipermainkan lalu dia bermasam muka dan mahu beredar dari situ. 
 
 
“Awak ikhlas ke, minta maaf tadi?” soal Lila. “Kalau awak ikhlas minta maaf, saya pun ikhlas memaafkan awak. Sebenarnya saya dah lupakan semua tu. Kalau tak, tentu saya dah buat macam yang awak sangka tadi.” Jelas Lila. DooJoon terus memeluk Lila dengan erat.
 
“Jangan takutkan saya macam tu lagi. Saya tau saya salah. Saya memang dah lama nak minta maaf, tapi saya...”
 
“Ego?” sambung Lila.
 
     
Bermula dari hari itu, DooJoon dan Lila telah menjadi sepasang kekasih. Lila kini menjadi gadis yang anggun dengan tubuh badan yang langsing seperti model, dan pandai bergaya sehingga menjadi rebutan para pelajar lelaki termasuk F6. Lila berusaha mengubah penampilannya untuk menyesuaikan dirinya dengan DooJoon. Sekarang mereka kelihatan secocok.
 
 
 
-TAMAT-
 
 
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
GreenDecember #1
Chapter 1: Hahaha...sedihnya...tp last2 comel....i like ur fanfic,,.thumbs up,.
EXOlution_Spark
#2
Chapter 1: Eeei!! Jahat punya Doojoon! Kang sy g smack baru tahu! Ish, xpatut betul mainkan perasaan perempuan!!!
And dongwoon~~ Huhu, jd hero!! Nice job Dongwoon!!
KJNYeol
#3
Chapter 1: bahahaha
sonok
trasa diri sye plak di permainkan
dujun only in my mind :)
doyce228 #4
Chapter 1: pfftt...
puahahahahahahahahahahahahahaha XD
padan muka kau Doojoon. woot woot~ :P