Chapter 1
LOVE ME!
Hari ini hari Isnin. Hari yang paling tidak digemari oleh semua pelajar tetapi tidak bagi Min. Biasalah, Min kan seorang yang suka belajar jadi dia tidak kesah sama ada hari ini hari Isnin ke, Jumaat ke. Asalkan dia dapat belajar. Min mencapai tualanya dan mandi. Argh sejuknya mandi pagi pagi macam ni! Ngomel Min. Setelah selesai menyiapkan diri dalam seragam sekolahnya, dia berhenti di depan cermin seketika. “cantik juga aku kan? Tapi… belajar Min belajar!” Kata Min pada dirinya sendiri sambil mebuat gaya ‘fighting!’. Min keluar daripada dormnya dan berjalan menuju ke kelas. Dia mengerling jam di tangan. Awal lagi. Baru pukul 7:15. Lambat lagi hendak tunggu kelas bermula pada pukul 8 nanti. Min menghabiskan masanya sehingga pukul 8 di perpustakaan dengan menyiapkan segala kerja rumah dan mengulang kaji pelajaran. Rajinnya! Dia hanya membuka satu lampu di dalam perpustakaan itu. Sengaja dia lakukan begitu untuk mengelak pembaziran lagipun hanya dia seorang shj di dalam perpustakaan itu. Min bangun dari tempat duduknya lalu pergi mencari buku matapelajaran lain untuk dibaca. Sedang dia menilik buku Bahasa Inggeris sambil berjalan, dia terlihat satu kelibat orang di belakang rak rak buku. Min menelan air liurnya. “siapa pulak tu? Rasanya aku sorang je yg ada kt sini” Min hairan. Dia memberanikan diri menjenguk siapakah gerangan makhluk yang berada di celah rak-rak buku tersebut. Semakin hampir……. dan hampir….. dan…!
Bersambung………………….
P/S: Sorry, agak pendek! Hehehe insyaallah saya akan update chapter yang lebih panjang lagi. Annyeong~
Comments