✿The Last Will✿ [MALAY FIC]

Description

 Nenek tak tahu apa nak cakap lagi, Aaron. Kau ibarat telah serahkan seluruh hidup kau hanya untuk adik kau.

 

Foreword

// Prolog //

          “Abang, bolehlah, Ary nak main taman. Kenapa Ary tak boleh? Orang lain boleh saja?” Arianna merayu kepada abangnya,Aaron. Aaron hanya diam seribu kata. Dia memang sengaja tidak membenarkan Arianna bermain di taman kerana takut dia kepenatan. Maklum, Ary mempunyai masalah jantung dan tidak boleh terlalu penat. Walaupun kadang kala dia kasihan melihat zaman kanak-kanak adik kesayangannya itu agak terbatas. Namun apa yang boleh dia lakukan, itulah nasihat doktor. Ibu bapa mereka telah terkorban dalam satu kemalangan jalan raya , adik beradik mak ayahnya sudah berpecah belah dan ada yang bermastautin di luar negara jadi Arianna dan neneknya sahaja keluarga yang dia ada. Oleh itu, dia amat menyayangi dan menjaga Arianna.
          “Jomlah, kita balik. Nanti dalam perjalanan abang belikan Ary buah jambu kat tepi jalan nak?” Aaron memujuk Arianna. Arianna menggeleng dan menunjukkan sebuah motor aiskrim menandakan dia mahu aiskrim.

          “ Mana boleh, Ary. Kan abang dah ckp Ary tak boleh makan aiskrim. Kita makan buah je eh?” Aaron menghalang .Arianna mencebik lalu mengangguk perlahan.

         


          Sesampai saja di rumah, Arianna berlari ke arah neneknya yang sedang menyapu halaman. “ Nenek! Nenek! Tengok ni, abang Cuma belikan Ary jambu je, Ary nak aiskrim! Abang jahat!” kata Arianna sambil menunjukkan plastik yang mengandungi buah jambu itu.
          “Yakah? Jahat betul abang kamu. Tak apalah, ary masuk dulu, mandi. Lepas itu, nenek ada buat jemput pisang. Nanti Ary makan eh? Abang biar dia,nenek nak hukum dia sebab tak bagi Ary aiskrim.” Nenek mengiring Arianna masuk ke dalam rumah dan keluar semula.  “ Kenapa kau tak belikan sahaja aiskrim untuk Ary tu? Kan kesian dia. “ soal nenek
          “ Tapi nenek, kan doktor dah pesan. Dia mana boleh makan aiskrim. Makan jambu jelah.” Aaron mejawab. Nenek mendekati Aaron dan menarik telinga Aaron. “ Aduh, aduh! Apa ni, nek? Sakitlah!”
          Nenek memulas lembut pula telinga Aaron. “ Tahu pun. Kamu ni, Aaron. Tak korek telinga kah, memang dah pekak ke apa? Doktor cakap, ELAKKAN makan aiskrim. Bukan TAK BOLEH makan aiskrim. Elakkan dan tak boleh pun tak tahu nak bezakan maknanya? Sekali-sekali bagilah dia makan aiskrim. Kan dah lama sangat dia tak makan aiskrim. Nenek tengok, terliur je dia tengok orang lain makan aiskrim atau tonton iklan aiskrim di televisyen. Abang macam mana kamu ni?”
          “ Ya, ya, nek. Nanti saya belikanlah dia aiskrim yang paling sedap dan paling mahal. Ya, nek. Maaf. Lepaskanlah telinga Aaron,nek.” Nenek pun melepaskan telinga Aaron. “ Terima kasih, nek. Sya pergi dulu belikan aiskrim Ary dululah,ya. Selamat tinggal. Ah, dan tinggalkan sikit jemput pisang untuk saya,nek! Hehe”
          “Yelah, elok-elok bawa motor tu.” Pesan nenek


 


          Aaron meletakkan motornya di dalam garaj dan menemui Ary yang sedang bermain air di tepi kolan renang rumahnya. “ Ary,, tengoklah apa yang abang belikan!” sambil menghulurkan bungkusan Tutti Frutti itu kepada Ary. “ Makan elok-elok tau. Jangan sampai tumpah. Abang beli perisa coklat dan letak banyak gula-gula di atasnya.”
          Arianna denga penuh semangat berlari ke arah abangnya dan mengambil bungkusan aiskrim itu. Lantas mencium pipi abangnya dan berkata “Thanks abang! Ary sayang abang” . Arianna membuka bungkusan itu dan terus memakannya dengan penuh selera.
          “Aaron,Aaron. Sayang betul kau pada adik kau kan? Sekali kau belikan dia Tutti Frutti. Terharu nenek tengok kau ni. Bangga nenek dengan kau.” Tegur nenek
          “Ish, terkejut Aaron! Nenek ni. Mcm hantu pula. Alah, manada nek. Biasa saja. Setakat aiskrim. Apalah sangat. Duit boleh dicari. Tapi adik? Saya ada Ary seorang je. Tak ada orang lain.” Balas Aaron.
          Nenek mencapai kerusi dan duduk. Begitu juga dengan Aaron. “ Bukan duit sahaja yang kau korbankan demi Ary. Kau selalu tolak ajakan kawan-kawan untuk belajar bersama demi menjaga Ary.Kau budak yang pandai tapi sanggup tolak tawaran ke sekolah berasrama penuh semata-mata kau fikir Ary akan keseorangan. Kau mencari duit membaiki motor lama atuk kau untuk bawa Ary jalan-jalan petang . Bila dia penat sikit, kau akan dukung dia. Tak kira berapa berat dia. Kau telah korbankan segalanya untuk dia,Aaron. Kau dah korbankan masa kau, tenaga kau, kejayaan kau.” Kata nenek.
          “ Apa nenek cakap ni? Ary tu kan satu-satunya adik saya. Lagipun saya belum korbankan segala yang saya ada untuk Ary, nek. Tapi saya sanggup. Saya memang sanggup korbankan segalanya untuk Ary malah nyawa saya sendiri pun saya sanggup. Saya ingin yang terbaik untuk dia. Sya pasti nenek juga begitu. Dan ayah dan ibu. Mereka pasti ingin saya buat sedemikian.”
          “ Nenek tak tahu apa nak cakap lagi, Aaron. Kau ibarat telah serahkan seluruh hidup kau hanya untuk adik kau. Apa pun, nah. Ini jemput pisang yang kau nak sangat itu. Nenek simpankan. Nenek masuk dulu, nak masak makan malam. Jaga adik kau tu. Jangan bagi dia jatuh dalam air pula.”

Comments

You must be logged in to comment
dylafanatic
#1
Chapter 3: Anak angkat? Jeng jeng jeng... Tak sabar nak baca chapter seterusnya! Bahasa awak bagus la!
dylafanatic
#2
Terbaik!!! Update soon :-)
ChaeWon1stShipper
#3
Chapter 2: woahhh.... teruskan usahaaaaa~! hwaiting :3