Chapter 2

Different Personalities?Nahh...Its Twins LOVE! (Sequel for Secret Letter)

 

Different personalities?Nahh…Its Twins LOVE!

 

“Beb…malam ni malam last kita kan?Lusa kita start sekolahkan kan kan?”Tanya Alex.

“Yeps…That’s true.Serius aku cakap,tahun ni punye holiday tak memuaskan hati aku.Cuti memang ada,tapi homework…Walawehhh…Dah macam gunung Everest aku tengok”Keluh Zairil dan dipersetujui sahabatnya.

“Weyh,aku ada idea,apa kata kalau esok kita pergi karoke untuk kali terakhir?Kita boleh ajak Ellen dengan Dieya sekali,apa macam?Setuju?”Cadang Alex

“Bernas betul kau ni.Aku setuju.”Jawab Zairil

“Aku on je”Setuju Apek.Mereka semua memandang kearah Joonie-naz yang hanya berdiam diri mengelamun.Apek menyiku bahu adik kembarnya.

“Hu?Ape main siku-siku ni…Tendang kang.”Balas Joonie-naz separuh terkejut.

“Tu hah,Alex tanye esok nak keluar ke tak?Kitaorang tunggu persetujuan kau ni.”Beritahu Apek.

“Hurm…Kalau kau pergi,aku ikut je.”Ujar Joonie-naz selamba.

“Kalau macam tu,esok kita jumpa dekat  ******(korang pikirkan la tmpat karoke tu sndri,aku xthu) pukul 3 petang,sharp tau!Lambat kene tinggal.”Kata Zairil.

“Ok,kalau macam tu jumpa esok.Kitaorang chow dulu la.Nanti mama kitaorang membebel lak.”Apek segera menaiki basikalnya diikuti oleh Joonie-naz.Mereka segera pulang kerumah masing-masing.

 

~Dirumah Apek dan Joonie-naz~

 

“Eyh Joonie-naz,kau ok ke tak ni?”Tanya Apek.

“Aku?Aku ok je.Nape?”

“Aku tengok semenjak dua menjak ni kau asyik mengelamun je.Ade masalah ke?Meh cite kat abang kembar kau yang tersayang ni.”Pujuk Apek sambil memaut bahu adiknya.Joonie-naz mengangkat kening Double-jerk.

“Sekarang ni, siapa yang tak ok ni?Kau ke aku?Geli lah”Kata Joonie-naz sambil menepis tangan Apek.

“Sampai hati kau,aku kan abang twin kau.Apa-apa problemkan kita selalu share together-gether.”Sayu suara Apek.

“Tudia,dah mula lah tu muke seposen dah keluar.Haishh…Aku tak ada apa-apa la.Aku ok,just rasa pelik je.Dah la.Pi masuk bilik hang,solat.Aku nak serang bilik aku dulu”Ujar Joonie-naz.

“Ganasnye,nak serang bilik sendiri?Hahaha…macam-macam”Omel Apek sendirian.

 

****************************************

 

“Kroohhhh Krohhhhhhhhhhhh piu piu piuuuuuu”

 

“Kuatnye bunyi dia berdengkur”Bisik Alex

“Ni mesti kes ngantuk tahap gaban ni,betul tak Joonie-naz?”Tanya Apek pula sambil memandang Joonie-naz

“No comment,Standard la kalau lelaki tidur berdengkur.”Selamba dia berkata sambil mengunyah gula-gula getah mint.Apek mengetuk kepala adiknya.

“ADUH!!!SAKIT LA PANDAI!”Kata Joonie-naz separuh menjerit.Apek dan Alex yang terkejut segera menutup mulut Joonie-naz.

“Diam lah sikit,nanti Zairil bangun la”Bisik Alex.

“Masin la tangan korang ni!Tak yah nak bisik-bisik sangat la,tu dia dah mengeliat.”Jawab Joonie-naz.Tiga pasang mata memerhatikan gerak-geri Zairil.

“Uwahhhh…dah pukul berapa ni?”Tanya Zairil sambil mencapai jam loceng di atas meja tanpa menyedari gerak-gerinya diperhatikan.Matanya meliar ke sebelah kirinya.Bulat matanya apabila melihat tiga sahabat baiknya sedang merenungnya.Disebabkan kejutan tersebut tangannya tidak dapat menampung kestabilan badannya lalu

 

KEDEBUSHHHHHH!!!

 

RIAKSI DEME

Alex -->  O.O?

Apek --> :O  -Nganga mulut-

Joonie-naz --> O.o?

 

“ZAIRIL!!!”Jerit Apek dan Alex serentak.Mereka bertiga segera meluru kearah Zairil.

“Kau ok ke?”Tanya Joonie-naz sambil memaut lengan Zairil dan membantunya bangun.Zairil mengusap-usap kepalanya yang terhantuk meja.

“Rasa ape?”tanya Apek pula diikuti Alex

“Sakit tak?”

“Adoi…Ish korang ni.Aku ok,rasa manis kowwtttt…sakit?tak lah SEDAPPPPP SANGATT…Ape punye soklan la korang ni.Sure-sure la sakit.Aduhh…ape korang buat awal-awal dekat rumah aku ni?Skodeng aku ka?”Tanya Zairil sambil menahan pedih di kepalanya.

“Awal?Awal kau kata.Dah pukul 2.30 petang dah la!Kata nak keluar pukul 3 petang.”Alex segera mengingatkan Zairil.Zairil segera menepuk dahinya.

“Astahgrafirullah hal azim! Aku lupe beb!Tunggu 20 minit.Aku siap sekarang jugak lepas tuh kita terus belah!”Kata Zairil sepantas kilat sebelum mencapai tualannya dan menyerang bilik airnya.Alex,Apek dan Joonie-naz terlopong melihat sahabatnya.

“Jom la tunggu dia kat bawah.Bukan dapat ape pon tunggu kat sini.”Ajak Joonie-naz sambil menolak Alex serta abangnya.

“Hah Alex,Apek,Joonie-naz tadi aunty dengar bunyi benda jatuh,apa yang jatuh?.Zairil dah bangun ke?”Tanya Puan Cherry,ibu kepada Zairil.Mereka bertiga pantas menggelengkan kepala.

“Tak ada apa-apa lah yang jatuh aunty.”

“Betul kata Alex tu aunty.Oh Zairil dah bangun,dia tengah mandi.Kejap lagi turun la tuh.”Jawab Apek. Puan Cherry mengangguk faham.

 

~30 MINIT BERLALU~

~KAT PUSAT KAROKE-

 

“Ish…Kau la ni,lambat beno.Tak pasal-pasal kene marah dengan si Dieya dengan Ellen kang.”Tegur Alex.

“Sorry la.”Zairil segera memohon maaf

“Dah la korang jom masuk cepat.Entah-entah diorang dah tungguk kat bilik karoke.”Ujar Apek.Mereka segera meluru ke dalam sebuah bilik yang sudah ditempah.

“HAH!Sampai pun korang,asal lambat?”Tanya Dieya tegas.

“Sorry sayang.Tadi ada prob sikit.Kan kitaorang dah sampai dekat sini.Sekarang jom kita mulakan”Ajak Zairil.Mereka saling bersetuju dan melupakan perkara tersebut.Mereka menyanyi berselang-seli.

“Weyh,aku nak balik dulu lah.”Kata Joonie-naz tiba-tiba.

“La…Kenapa?Kau tak sihat ke?”Tanya Zairil.Alex memandang kearahnya dengan penuh tanda tanya.

“Aku ok.Just rasa nak balik je.Tak ada mood la.”

“Kalau macam tu aku pun nak balik sekali.Korang teruskanla.”Sampuk Apek pula sambil mengambil beg galasnya.Joonie-naz pantas menghalang.

“Takyah la Apek…kau join je diorang.Aku balik sorang,nanti aku bagi tahu la mama yang aku tak berapa sihat ke,so aku balik dulu.OK?”Cadang Joonie-naz.

“Betul ni?”tanya apek untuk kepastian.Joonie-naz mengangguk dengan penuh yakin

“Ok lah,kau balik la dulu Joonie-naz.Nanti Zairil dengan Alex boleh hantarkan Apek balik.”Cadang Ellen.

“Urm…ok gak tuh.Aku chow dulu ye.Jumpa esok.”Kata Joonie-naz sebelum keluar dari bilik tersebut.

Joonie-naz berjalan berseorangan di sebuah jalan kosong.Tiba-tiba dia terdengar jeritan seorang gadis

“TOLONGGG…Sesiapa tolong la sayaaaa…”

Joonie-naz yang mendengar segera berlari kearah jeritan tersebut.Tiba di sebuah lorong yang agak terbiar,dia melihat dua orang lelaki sedang mengepung seorang gadis perempuan.

“Encik,tolong la lepaskan saya.Saya nak balik”Pinta gadis tersebut sambil menangis teresak-esak.

“hahaha…cik adik boleh balik,tapi…”

“kena la temankan kami dulu,baru boleh balik.”Sambung lelaki yang memakai baju kuning itu sambil memandang rakannya yang memakai baju merah.Mereka cuba merentap tangan gadis tersebut.

“WOIT… Korang ni tak ada kerja lain ke selain mengacau anak dara orang?Berambus dari sini sebelum aku report polis!”Jerit Joonie-naz.Kedua orang lelaki tersebut saling berpandangan sebelum tergelak sinis.Gadis yang sedang menangis itu hanya berdiam diri sambil menangis

“Hey budak muda,berani kau nak tentang kami ye?Eyh Akim kau pergi kerjakan budak tuh”Arah lelaki yang berbaju merah.

“No hal la Pyongg…Benda senang je ni.”Kata  Akim lalu berlari menuju kearah Joonie-naz sambil mengepal penumbuknya.Akum cuba untuk menumbuk muka Joonie-naz tetapi Joonie-naz dengan pantas mengelak.Dia merentap tangan  Akim dan menumbuk perutnya sebelum menolaknya kearah tong sampah. Akim jatuh tergolek kedalam tong sampah berhampiran.Sahabat Akim iaitu Pyongg tergamam.Dia cuba menumbuk Joonie-naz dari belakang tetapi Joonie-naz seakan dapat menghidu pergerakan lawannya lalu dia menunduk dan menendang Pyongg  dan menyebabkan dia jatuh tersungkur di sebelah rakannya.

“Baik korang berdua blah dari sini sebelum aku report polis.Dan pastikan aku tak nampak muka korang berdua lagi.”Gertak Joonie-naz.Kedua-dua penyangak itu segera berlari.Joonie-naz berpaling memandang gadis tersebut.

“Awak ok?”Tanya Joonie-naz.Gadis tersebut mengangguk pelahan

“T…Terima ka…kasih sebab to…tolong saya.Kalau En…encik tak ada,sa….saya tak tahu apa yang akan jadi pada s…saya.”Ucap gadis itu gagap.

“Tak payah berencik-encik dengan saya.Panggil je Joonie-naz.Saya tak pernah nampak awak dekat sekitar sini pun.”Tanya Joonie-naz.

“Bb…Baiklah.Ya saya baru pindah dekat sini.”Jawab gadis tersebut

“owh…marilah,saya hantar awak balik.”Pelawa Joonie-naz namun gadis itu segera ditolak.

“Eh…Tak mengapalah,Enc…Eh mak…maksud saya Joonie-naz,awak dah tolong saya tadi.Jadi saya rasa saya dah tak apa-apa.Saya boleh balik sendiri.”

“Kalau macam tu.Saya tak boleh paksa apa-apa la.Jalan elok-elok.Pastikan lain kali awak tak berjalan di lorong-lorong sunyi macam ni dan pastikan berteman.”Nasihat Joonie-naz.Gadis tersebut hanya mengangguk faham

“Sekali lagi.terima kasih Joonie-naz.”Ucapnya

“sama-sama”Balas Joonie-naz.Gadis itu berjalan meninggalkan Joonie-naz berseorangan.Dia mengambil keputusan untuk menyambung perjalanannya kerumah.

 

****************************************

 

Note penulis: Tak ada silent reader ye... harap maklum

Tolong comment

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
lolitaflavor
#1
Chapter 1: woah, daebak :3