Chapter 2 (Final)

Secret Letter

 

“Aaaaa…Machonyer…”

“Coolnyer…”

“Owwhhh…Cair hatiku…”

“Pujaanku…”

Pelajar-pelajar perempuan tahun pertama sekolah tinggi dari kelas 1 Jun menjerit teruja di tingkap kelas mereka apabila pelajar popular pujaan hati mereka tiba di sekolah.Ellen yang berdiri di celah-celah pelajar perempuan mengeluh.
“Ahhh……Alex,pelajar popular tahun kedua sekolah tinggi .Seorang yang bijak dalam mata pelajaran,aktif bersukan dan seorang ketua pelajar yang hensem,cool dan macho…Oh Alex.”Puji Ellen.
“Sudah-sudah ler tu Ellen,tak usah nak berangan nak dapatkan Alex tu kalau kau tak berusaha.”Sampuk Dieya ,sahabat baik Ellen.
“Ala Dieya…Jangan le cakap macam tu…”Muncung Ellen.
“Eh…Betul apa…Kalau kau tak berterus-terang,macam mana Alex nak tahu kau suka kat dia.Tengok macam aku ni dah couple pun dengan Zairil.”Kata Dieya

“Aku tahu la Dieya…But aku segan la…Alex tu dah la hensem,popular,ketua pelajar Kingka pula tu.Takkan la dia nak terima aku jadi awek dia…”Ellen merendah diri.

“Mesti ada banyak orang suka kat dia” sambung Ellen
Dieya memegang bahu Ellen sambil tersenyum.
“Ala…Kau cuba la dulu Ellen.Mana tahu berhasil.”Pujuk Dieya.Ellen hanya tersenyum.Hatinya terpujuk dengan kata-kata Dieya.
“Hemmm…Nanti la aku fikirkan…Dieya jom rehat,loceng dah bunyi tu.”Kata Ellen setelah mendengar bunyi loceng.
“Ok..Jom…”Balas Dieya
Sewaktu mereka makan,Zairil menghampiri meja Ellen dan Dieya
“Hai sayang…”Lembut suara Zairil menutur kata
“Eh…Hai sayang.Awak rehat ke???Nak join kitaorang?”Pelawa Dieya.
“A’ha Zairil,jom la sekali.”Ajak Ellen pula.
“Hehehe…Mianhae Ellen,Dieya.Saya tak boleh join la lagi pun saya makan dengan Apek dan Joonie-naz.Oh…Tidak dilupakan juga Alex.”Balas Zairil.Sewaktu menyebut nama Alex,Zairil sempat mengerling ke arah Ellen.Dia tahu Ellen amat menyukai Alex.Ellen pula terpaku apabila nama Alex disebut

‘Owwhhh…Alex’.Omel Ellen di dalam hati.
“Okaylah Dieya…Saya pergi dulu.Jangan lupe date kita hari ni ya…”Kata Zairil sebelum berlalu pergi.Dieya hanya tersenyum manis sambil mengangguk.Ellen dan Dieya  memerhatikan Zairil pergi mendapatkan sahabatnya.
“Hemm…Date ye?”Kata Ellen sambil mengangkat kening double-jerk.
“Hihihi…Sorry Ellen.Hari ini aku tak dapat teman kau balik la…Aku ada date dengan Zairil.”Ujar Dieya penuh penyesalan.
“Takpe Dieya…Kau takyah risau.”Jawab Ellen sambil tersenyum.

“Thnks Ellen,Sayang kau.”     
 

**************************************
 

“Hey Alex…Sampai tak berkelip mata kau tengok awek tu ye…”Usik Zairil,Apek dan Joonie-naz sambil tertawa.
“A’ha,sampai kitaorang panggil pun buat don’t know jer…”Sindir Apek pula,merangkap abang kembar Kwangmin.Mereka makin galak ketawa.Pipi Alex mulai kemerahan
“Ish…Korang ni…Jangan la gelakkan aku.”Ujar Alex
“Hikhikhik…Alex,apa kata kau pergi aje luahkan perasaan kau kat awek tu,gerenti awek tu setuju punya.”Cadang Joonie-naz.
“Ha…Ha…Ha…Kalau dia setuju takpe la jugak,kalau tak setuju macam mana?”Tanya Alex ambil mengangkat kening double-jerk.Apek dan Joonie-naz terdiam.mereka menggaru-garu kepala mereka yang tidak gatal.
“Tak pulak kitaorang terfikir pasal tu…”Serentak kembar itu berkata.Alex memandang wajah Zairil yang tersenyum nakal hingga membuatkan Siwon berasa pelik.
“Yang kau ni kenapa Zairil?Angau datang balik ke?”Spontan Alex bertanya.Zairil menggeleng pelahan.

“Tak ada pape.Saja-saja je nak senyum.”Balas Zairil selamba sambil tersenyum sinis

 

**********************************************

 

“Nak,tak,nak,tak,nak,tak…Ish…Konfiusnyer aku…Patut ke aku rahsiakan or aku patut luahkan?”Ellen berkira di dalam hati samaada mahu meluahkan perasaan atau tidak.Tiba-tiba Airin,Ibunya memanggil Ellen.
“Ellen mari turun…Ada surat untuk kamu.”
Ellen bingkas bangun dan bergegas lari untuk mengambil surat itu.
"Dari siapa Ellen?”Tanya Airin.Ellen membelek-belek surat tersebut.
“Oh…Dari along rupanya ibu,Ellen naik ke atas ya.”Pinta Ellen.
“Hmmm…Surat datang dari Along.”Desis Ellen.Tiba-tiba Ellen terkaku.
“Surat…Yeah…Surat rahsia…Aku boleh bagi surat rahsia kepada Alex …Yahooo…”Ellen bersorak kegembiraan setelah dia menemui jalan penyelesaian untuk masalahnya.Dia segera mengambil sehelai kertas lalu mencoret sesuatu.
“Esok pagi-pagi,aku akan letak surat nie dalam kat dalam lokar Alex.”Rancang Ellen

 

**********************************************

 

Keesokkan paginya,tepat pukul 7.00 pagi ,Alex tiba di sekolah dan terus menuju ke lokar untuk menukar kasut.Dia terkejut apabila melihat ada sepucuk surat di dalam lokarnya.
“Laa…Sape pulak yang letak surat kat dalam lokar aku nie?”Desis Alex seorang diri.
“Hmmm…Nanti la aku baca...”Alex memasukkan surat itu di dalam begnya lalu bergegas menukar kasut dan berjalan menuju ke kelasnya.
Pada waktu ketiga,guru-guru telah mengadakan mesyuarat.Alex pantas menyimpan buku sejarahnya di dalam beg.Pada waktu itu dia terlihat surat yang ditemuinya di dalam lokar lalu dia mengambil surat tersebut. 
“Eh…Lupa pulak nak baca surat nie.”Omel Alex lalu membuka sampul surat itu.Surat itu berbunyi begini:

Kepada
Alex


Alex…Sejak pertama kali saya melihat awak sewaktu kemasukan pelajar baru tahun pertama sekolah tinggi,hati saya teruja melihat kecekapan awak berucap.Kali pertama mendengar suara awak,hati saya berdetak laju.Pertama kali saya melihat awak bermain di padang,sukar bagi saya untuk berhenti memandang wajah awak.Senyuman awak mampu mencairkan hati setiap pelajar perempuan,terutama sekali saya.Tapi saya tak menyandarkan rasa suka saya pada awak bukan disebabkan awak handsome,tapi pada hati awak.Saya sukakan sikap awak yang bersahaja,berkawan dengan semua orang.Selalu membantu pelajar lain dan macam-macam lagi.Saya terpaksa berhenti disini dahulu sebab saya tak nak dilabel sebagai Stalker.Satu je saya nak cakap.Saya suka awak.

From,
Secret admire.


“Huh…Secret admire…Ada lagi orang guna cara lama macam ini…Pelik?”Kata Alex,kemudian Alex terfikir sesuatu.
“Cop…Secret admire…Secret letter…Hehehe this is the great idea.”Alex memandang surat itu kembali apabila idea muncul di fikirannya.
“Terima kasih la Cik punya surat secret admire nie sebab bagi aku surat macam nie.”Alex tersenyum gembira.

 

**********************************************
 

Keesokkan paginya,iaitu hari rabu.Ellen masuk ke kelas bersama-sama Dieya.Sewaktu Ellen meletakkan buku di dalam laci mejanya,tangan Ellen terentuh sesuatu.Dahinya berkerut.Dia mengintai laci mejanya dan terlihat sepucuk sampul surat berwarna merah(siap corak love-love lagi). Ellen terpempam.
“Su…Surat cin…Surat cinta…Biar betul.”Ungkap Ellen gagap,Dieya yang disebelahnya berpaling.
“Hah…Surat cinta…Mana?”Tanya Dieya.Ellen menunjukkan surat tersebut.Mereka berpandangan.
“Ellen …Cepat la buka.”Arah Dieya.Teragak-agak  Ellen membuka surat itu.Mereka membaca bersama-sama.

                       

Kepada
Ellen


Ellen …Pertama kali saya melihat awak di padang,awak sedang duduk di bawah pohon sakura yang bunga-bunganya berguguran.Wajah awak comel sewaktu sedang membaca buku,mata awak,tawa awak begitu mengusik jiwa saya.Suara comel awak melemahkan saya.Kecomelan awak,membuatkan saya tidak boleh berhenti memandang wajah awak.Saya selalu memerhatikan keletah comel awak,sifat awak yang tidak tentu hala dan ceria membuatkan saya selalu terfikirkan awak.

From
Secret admire.

 

“Wow…Tak sangka aku…Yang kau punyai peminat yang sememangnya meminati kau,famous jugak kau nie…Sape la yang bertuah tu ye?”Tanya Dieya.Ellen hanya mengangkat bahu.
“Entah…But apa-apa pun,cinta aku untuk Alex je.”Balas Ellen sambil melipat surat itu kembali dan menyimpannya di dalam beg.
“Hemm…Lantak kau la Ellen.Janji kau bahagia.Aku akan sokong kau.”

 

***************************************** 
 

“Asal kau happy sangat nie Alex?”Tanya Zairil.
“Korang nak tahu…Aku dah……”Alex menceritakan perkara yang menyebabkan dia happy.
“APA?” Jerit Zairil,Apek dan Joonie-naz serentak.Alex hanya tersenyum.

 

*********************************************** 

 

“Hish…Fed-up betul aku.”Marah Ellen.
“Asal marah-marah nie Ellen?Ada orang kacau kau ke”Tanya Dieya risau.
“Takde la Dieya…Cuma aku bengang la dengan orang yang bagi surat nie kat aku.Asal aku bagi surat kat Alex,mesti esoknya ada surat untuk aku.”Terang Ellen.Dieya menggaru kepalanya

 “Sabar la Ellen.”Dieya berkata ambil memegang bahu Ellen.
“Aku rasa nak hantar surat pada Alex la,minta jumpa.Kau rasa ok tak?”Tanya Ellen.

“Hemm…Pada pendapat aku…Elok sangat la kau pergi jumpa dengan Alex tu.Beritahu Face to face.Habis cerita”Setuju Dieya.
“Ok…Aku akan tulis surat dan hantar time rehat nanti.”Rancang Ellen.

 

******************************************** 

 

“Aiseh…Ada surat lagi ke?Apa pulak kali nie?”Omel Alex yang agak terkejut apabila melihat sepucuk surat di dalam lokarnya sewaktu hendak nenukar kasut untuk pulang.Dia mengambil keputusan untuk membaca surat itu di taman.
Tiba di taman,Alex membuka surat itu.

Kepada Alex


Alex…Saya mengambil keputusan untuk berjumpa dengan awak.Harap Alex bersetuju.Ciri-ciri saya adalah seperti berikut:

Rambut:Lepas panjang dan memakai cekak rambut putih.
Baju :Kaligen pendek(warna merah).
         :Gaun pendek warna putih.
Seluar :Jeans warna hitam.
Kasut :Snekr’s tinggi.
(Esok di Taman Sakura bawah pohon sakura pukul 2.30 petang)

From
Secret admire.

 

“Berjumpa…Hemm…”Desis Alex lalu tersenyum.



********************************************* 

 


Keesokkan harinya Ellen menerima sepucuk surat yang sama dari peminat misterinya.


Kepada 
Ellen


Saya mahu berjumpa dengan awak.Ciri-ciri saya adalah seperti berikut:

Baju :T-shirt hitam
Seluar :Jeans hitam
Kasut :Convest putih
Barangan:Membawa ipod
:Memakai topi berwarna putih
(Hari ini di Taman Sakura,bawah pohon Sakura,pukul 2.00 petang.)

From
Secret admire


“Dieya,macam mana nie?Lelaki yang bagi surat kat aku tu nak jumpa aku hari ini?”Gelabah Ellen.
“Hah,apa lagi.Pergi la jumpa.”Selamba Dieya berkata.
Masalahnya Dieya,hari ini aku nak jumpa dengan Alex.”Jawab Ellen risau.Dieya memandang Ellen

“Iya tak iya juga.Kau jumpa dengan Alex pukul 2.30 kan.Lelaki tu nak jumpa kau pukul berapa?”Tanya Dieya.
“Err…Kat sini tulis pukul 2.00 petang ini.”Jawab Ellen
“Hah…Ok la tu.Sempat lagi kau jumpa dengan Alex.Lagi pun kat tempat yang samakan.”Ujar Dieya.Ellen mengangguk faham
“Dah la Ellen…Nanti la kau fikir benda tu semua.Sekarang jom pergi bilik seni.”Ajak Dieya.Ellen hanya mengikut

 

**************************************************

 

~Dekat Taman Sakura~

 

“Huih…Banyaknya orang bersiar-siar kat taman nie.Macam mana aku nak cari lelaki itu?”Kata Ellen pelahan.Sewaktu berjalan mencari peminat misterinya,dia terlihat kelibat lelaki yang berdiri di bawah pohon sakura sambil mendengar lagu dari Ipodnya.Lelaki itu mempunyai ciri-ciri yang tertulis.Ellen mendekati lelaki itu.
“Err…Maafkan saya,boleh saya bertanya?”Ellen bersuara,lelaki itu berpaling.mereka berdua terkejut.
‘Eh…Apa dia buat dekat sini?Kenapa awal sangat dia datang?…Tapi ciri-cirinya sama Macam.Tak mungkin.’Kata Ellen didalam hati.
“El…Ellen.Awak dah sampai?”
“Err…Iya…Saya ada temujanji kat sini pukul 2.00 dan 2.30 petang.Awak buat apa datang awal disini?”Tanya Ellen takut-takut apabila melihat crushnya didepan mata
“Emm…Saya datang ni nak jumpa awak la.Lagipun pukul 2.30 nanti ada orang nak jumpa saya kat sini.”Kata Alex sambil matanya melilau mencari kelibat secret admirenya,kemudian dia memandang Ellen.Dia terperasan sesuatu.
‘Wait a minute…Asal Ellen pakai baju yang sama dengan ciri-ciri secret admire aku.Jangan-jangan…’Desis hati kecil Alex sambil memandang Ellen yang tertunduk malu.
“Ellen…Jangan-jangan awak yang hantar secret letter tu pada saya…Awak adalah secret admire saya ye?.”Teka Alex.Ellen mengangguk pelahan.Alex tertawa hingga menyebabkan Ellen berasa pelik.
“Jadi selama ini kita saling berbalas surat tanpa kita sedari la.”Kata Alex.Ellen bertambah pelik.
“Maksud awak?”Ellen meminta penjelasan.
“Selama ini ada tak Ellen terima surat dari Seseorang.”Tanya Alex sambil tersenyum.
“Eh!Mana awak tahu?”Tanya Ellen terkejut.
“Untuk pengetahuan awak, sayalah secret admire awak.Saya yang hantar surat kat awak.Saya suka awak Ellen…Saya suka awak sejak pertama kali saya lihat awak di sekolah.”Terang Alex.Pipi Ellen merah.Dia berasa malu bercampur terkejut apabila mendengar pengakuan Alex.
“Awak suka saya tak?”Tanya Alex.Ellen terkejut dengan pertanyaan Alex dan dalam masa yang sama,dia terasa seperti berada di awang-awangan.Alex berasa pelik apabila melihat Ellen tidak menjawab pertanyaannya.

“Ellen,saya tanya ini.Awak suka saya atau tidak?”Tanya Alex lagi,kali ini dengan nada geram.Ellen pantas menjawab.
“Suka…Suka…Saya suka Alex.”Jawab Ellen malu-malu.Alex tersenyum gembira.
“Hehehe…Comelnya awak ni…So,sudi tak awak jadi girlfriend saya Ellen?”Tanya Alex.Ellen mengangguk pelahan.
“Yahoo…”Sorak Alex kegembiraan.Pelancong yang berada di taman itu berasa pelik dengan apabila melihat Alex melonjak kesukaan.Ellen hanya tertawa kecil.

 

********************************************


~Keesokkan harinya~

 

“Hah Ellen…Apa cerita semalam?”Tanya Dieya.
“Kitaorang dah couple,aku couple dengan secret admire aku.”Jawab Ellen riang.
“Huh…Macam mana dengan Alex?Siapa secret admire tu?”Tanya Dieya.Tiba-tiba pintu kelas terbuka.
“Ellen…Jom rehat sayang…”Laung suara itu.Jatuh rahang Dieya apabila melihat tuan punya suara.Kelihatan juga Zairil,Apek dan Joonie-naz di sebelah lelaki itu.Dieya memandang Ellen untuk kepastian,Ellen mengangguk mengiyakannya.
“Yup…Itulah boyfriend aku.”Kata Ellen.Dieya mengangguk faham.Ellen segera mendapatkan Ellen,mereka saling berpegangan tangan menuju ke kantin.
“Siapa sangkakan sayang…Selama ini diorang saling berbalas surat.”Kata Zairil.Dieya hanya memandang kekasihnya manakala Apek dan Joonie-naz hanya memandang dengan pandangan yang terkejut
“A’ha…Rupa-rupanya diorang saling suka menyukai,tak sangka betul saya.”Kata Dieya kagum
“Inilah yang dinamakan jodoh sebuah percintaan.Tengok kita.dulu kita musuh tapi sekarang couple,betul tak.”Terang Zairil,Dieya mencubit manja pipi Zairil.
“Adoi…Sakit la sayang…Sayang,jom join diorang makan,saya lapar la.”pinta Zairil.Akhirnya mereka mengekori jejak Alex dan Ellen ke kantin sekolah.
‘Ellen tampak bahagia bersama Alex.Aku tumpang gembira Ellen.’Desis hati kecil Dieya yang turut merasa bahagia bersama Zairil.

 

 

“Ehem!!!Joonie-naz,kita ni bila pula?deme dah dapat girlfriend masing-masing.”Tanya Apek sayu

“Entah lah…Jodoh kita belum sampai lagi kut.”Keluh Joonie-naz.Mereka berpandangan antara satu sama lain sebelum mengekori dari belakang. 

 

                         Tamat

Belum tamat lagi la...Ada sequelnye haha...
 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
GuardianExostans
#1
Chapter 2: hehhoo..aq terbayang muka dieya dah xD