Angel

Angel (Malay ver)

 

 

Setiap hari , aku akan melihat kelibatnya . Bibirnya yang merah mekar seperti buah ceri , membuatkan senyumannya bertambah menawan . Aku amat tertarik melihat senyumannya tatkala dye senyum ke arah orang yang lalu lalang di hadapannya. Sepasang matanya yang bersinar membuatkan jantungku berdegup tatkala matanya bertembung dengan mataku. Aku telah jatuh cinta dengannya setiap hari . Aku ingin menjadi  ‘guardian angel’ buatnya yang akan selalu melindungi dan sentiasa ada bersama dengannya. Aku ingin sentiasa menyayanginya kerana aku mencintainya.

Itu pun dia. Gadis yang mencuri hatiku. Berdiri berhampiran rakannya dan kelihatan gembira. Da seperti stalker la pulak aku nie. Tapi tak pe. Sebab aku rasa seronok berbuat cam ni. Aku tertanya-tanya sekiranya dye mengetahui bahawa selama 3 tahun ini , akuh menyukai nya a.k.a sayangkan die. Pelik kan ? Hmm .

...........................................................

“Woi ! Stalk lagi ke?” Seorang lelaki muda menepuk bahu rakannya.

“Woi , Kau ni. Buat terkejut aku je. Ala , cam tak biasa la pulak. Kau kan tau nie yang aku buat since before. So tak payah tanya banyak-banyak. Ada paham Kai?” Kai tergelak kecil.

“Aku tau la tu . Tapi , takkan tak nak luah kan perasaan kau kat die. Dah lama kot kau suka kat budak tu. Kau jangan , nanti ada yang sambar . Hmm , Pandang dari jauh je la kau Sehun” Kai mengusik Sehun .

“Ish kau , Cuba doakan yang baik-baik sikit untuk kawan rapat kau nie. Ada lak cakap cam tu. Tak sporting lansung ar” Sehun menumbuk lembut bahu Kai . Kai hanya tersenyum .

“Da jom , Suho hyung da panggil tu , Kite ada practice nie. Tak payah nak stalk die sangat , karang after practice, Kau boleh stalk die selama mana yang kau mahu” Kai menarik Sehun dan berjalan ke arah rakan-rakannya yang lain.

..........................................................

/Keesokkan harinya/

“Kai , kau rasa , patut tak kalau aku luahkan perasaan aku dekat dia ?” Sehun memandang ke arah cermin besar dalam bilik tarian mereka.

“Hmm, Patut! Patut  sangat-sangat supaya kau tak gila bayang lagi.” Sehun membaling tuala ke arah Kai.

“Sengal nya member. Aku tanya elok-elok, dia main-main lak” Kai tergelak.

“Aku gurau je. Maksud aku, kau berterus-terang je la , kan senang. Mana tau dia pon syok kat kau. Kalau dia tak terima pon , at least kau  da meluahkan rasa hati kau yang kau simpan selama tiga tahun tu.” Sehun memandang ke arahnya. “Ni biar betul kawan aku? Tetiba lak jadi cam nie. Seram la pulak” Hati Sehun berkata-kata.

“Pehal ? Apa ? Kau ingat aku nie tak pandai ke bab-bab nie? Ceh , See the face la bro” Kai berkata dengan bangga.

“See the face hak tuih kau. Banyak laa. Tapikan , aku rasa kan kan kan , aku patot meluahkan perasaan aku dekat dia. Tapi aku malu la nak mengucapkan kalimah tu.” Sehun menggosok belakang lehernya.

“Suka kat perempuan tahu , nak luahkan tak pandai. Pe laa. Lain kali jangan suka dekat orang. Suka kat haiwan , senang kau nak luahkan perasaan sebab haiwan tak kan faham pe yang kau cakap nanti.” Sekali lagi Kai menjadi sasaran Sehun apabila botol air dicampakkan ke arah Kai.

“Aduh , sakit la.” Kai mengaduh sakit . “Padan muka kau. Da tentu-tentu la haiwan tak paham sebab dia tak ada akal. Kau bukan nak bagi aku idea tapi , buat lawak bodoh pulak” Kai ketawa terbahak-bahak.

“Okey. Aku tolong kau tapi .............” Kai diam. “ Tapi apa ?” Kai mengukirkan senyumannya. “Tapi , ESOK. Sekarang aku nak keluar untuk date.Dari aku layan kau , baik aku keluar date dengan buah hati  aku.” Dia tersengih-sengih. “Buah hati ? Sejak bila lak kau couple ni ? Tak tau cerita pon” Sehun menunjukkan muka blur nya.  “Buah hati aku ? Kau tak tau ke ? Aku pon tak tau. Hahahahaha” Kai ketawa . “ hsjalscocmwpjamp /maki/  punya kawan , kau kenakan aku rupanya” . Mereka berlari berkejaran dalam bilik tarian tersebut.

.............................................

“Woah , nervousnya !  Okey. Lets practice” Sehun memandang ke arah cermin panjangnya.

“Ehem” Dia berdehem. “Krystal , saya sukakan awak , bolehkah awak jadi kekasih saya?” Dia mengaru kepalanya . “Formal la sangat. Yang lain la pulak” . Sehun menukar gayanya. “Krystal. I fall in love with you since the 1st time i met with you. Would you be mine?” Sekali lagi dia menggaru kepalanya. “ ni da terlebih romantik. Ah sudah”.  Sehun mengeluh.

“Bro , cepat la . Dia ngah lepak sorang-sorang tu. Pergi la” Kai tolak Sehun ke arah Krystal yang tengah bersendirian . Sehun menarik nafas yang dalam da melepaskannya. Dia mula mengorak langkah ke arah Krystal. 

Dia mula mendekati Krystal . “Erm , hai” Krystal memandang kearahnya.  “Hmm, awak sorang je ke ?” Sehun berbasi-basi. “Aduh , cam ne nie?” Hatinya mula berkata-kata.  Dia menoleh ke arah Kai yang menyorok disebalik pokok. 

“hmm , Yup . Kenapa ?” Sehun agak keresahan. “Sehun? Awak okey ke ?” Sehun menggelengkan kepalanya. “ Hmm saya ada something nak cakap dengan awak” Sehun cuba untuk memberanikan dirinya. “ah , apa dia ? macam serius je ?” Krystal senyum ke arahnya . Senyuman Krystal menambahkan debaran dihatinya.

“Saya , sebenarnya . Hmm sebenarnya..” Sehun terketar-ketar menuturkan kata kerana terlalu nervous. “ sebenarnya apa ?” Krystal menyoalnya. Sebelum sempat Sehun menjawab , nama Krystal dipanggil oleh seseorang.

“Krystal !” Krystal menoleh kearahnya. Bibirnya mengukir senyuman.  “ Sorry Sehun  saya kena pergi . Nanti kita borak lagi okey ? Bye” Krystal terus berlari apabila rakannya memanggilnya.

“Err . Errm” Sehun hanya melihat Krystal pergi . Dia mengeluh . “Gagal” Sehun menunjukkan signal gagal ke arah Kai. Kemudian , Sehun terdengar seseorang memanggilnya.

“Sehun ! Lusa kita jumpa okey ?” Krystal mempamerkan senyuman yang menawan sambil melambai ke arah Sehun.  Sehun tersenyum apabila mendengarnya.  “Wohoooo , Lusa lusa” Dia menjerit keseronokkan.

“Woah bro . Relax laa . Apasal ? Tadi bukan muka kau cam tin kosong kena pijak je . Da lak tu sekarang nie bukan main girang lagi” Kai menunjukkan muka peliknya.

“Yang tin kena pijak tu orang lain . Hahaha. Aku happy sebab Krystal ajak jumpe lusa.” Sehun tersenyum lebar. Kai menepuk belakang Sehun.

“Woah , awesome la tu . ah , lau da ajak jumpa tu . Kira alright la. Kau da boleh luahkan perasaan kau dekat dia.” Sehun menanggukkan kepalanya. Otaknya ligat memirkan sesuatu.

“Hmm , Aku da buat keputusan. Terima atau tidak aku tetap akan meluahkan perasaan aku kat dia. So aku memerlukan bantuan korang sume.” Sehun memandang ke arah Kai.

“Bantuan apa?” Sehun hanya tersenyum .

............................................................

Sehun menunggu Krystal berdekatan dengan Han River. Sehun teringat akan kejadian Krystal melambai ke arahnya sambil tersenyum . Sungguh bahagia apabila melihat sepasang anak mata milik Krystal dan senyumannya apabila dia melihat dan senyum ke arahnya. Tanpa disedari, seseorang menepuk lembut  bahu Sehun . Tersedar dari lamunan, Sehun pusingkan kepalanya ke kanan. Kelihatan seorang gadis memandangnya dan tersenyum.

“Da lama tunggu ke ? Maaf sebab lambat sampai. Jalan jam.”  Krystal meminta maaf. “Da lama saya tunggu awak Krystal , sejak 3 tahun yang lalu” Hatinya berkata-kata. “Hmm Tak de la , saya pun baru je sampai. So , tak der la lama sangat.” Krystal mengangguk .

“So , awak fikir apa tadi ? Tersengih-sengih je ? Ni mesti fikir pasal buah hatikan ?” Krystal meneka. Sehun hanya tersenyum. “Hanya awak yang saya fikirkan” Hatinya berkata-kata lagi. “Hmm yup. Saya memikirkan bidadari yang sentiasa membuat saya tersenyum . Hanya dia yang saya fikirkan selama nie.” Sehun memulakan langkah berjalan sepanjang Han River bersama Krystal.

“Hmm , yeke ? Mesti dia lawakan ? Awak tak nak kenalkan dia pada saya ke ? Saya nak tengok bidadari awak.” Krystal berjalan perlahan . “Awak kenal bidadari saya. Kenal sangat. Kalau nak tengok, Jom saya tunjukkan” Sehun membawa Krystal ke suatu tempat yang agak sunyi.

“Hmm , mana awak punya Bidadari ? Saya tak nampak pun?” Krystal memandang sekitarnya. Tetiba , ada cahaya yang menyuluh ke arah suatu pentas . Krystal memandang ke atas pentas di mana seorang lelaki yang amat dikenalinya berdiri di tengah-tengah pentas.  Muzik mula berkumandang dan Sehun mula menunjukkan langkah tariannya yang dipelajarinya sebelum bertemu dengan Krystal. Lagu ANGEL kedengaran apabila rakan-rakan Sehun iaitu Baekhyun, Suho dan D.O mula bernyanyi. Sehun menari dengan penuh perasaan seolah-olah dia meluahkan perasaannya melalui tariannya itu. Krystal terpegun melihat new side of Sehun.

Lampu suluh tersebut dihalakan ke arah Krystal selesai sahaja Lagu ANGEL tamat dinyanyikan. Krystal  kelihatan terkejut dan memandang ke arah Sehun yang mula bergerak menuruni tangga pentas dan berjalan ke arahnya.

“Bidadari saya atau should i say my ANGEL , adalah seseorang yang amat istimewa buat saya. Dia yang satu-satunya mengetarkan jantung saya apabila sepasang anak mata saya bertenbung dengannya. Membuatkan saya tidak keruan apabila bibirnya menguntumkan senyuman. Dan membuatkan saya rasa bahagia apabila mendengar suaranya. Saya tidak perlukan kata-kata untuk menunjukkan bahawa saya sangat menyukainya atau awak boleh anggap saya cintakannya.” Sehun melangkah perlahan-lahan ke arah Krystal. Krystal tidak beranjak dari tempat da berdiri.

“Semua orang kata she’s the ice princess but for me she is my angel. I just can’t stop myself from loving her. Saya mencuba untuk meluahkan perasaan saya selama tiga tahun saya menyimpan perasaan terhadapnya. Namun , semuanya tidak menjadi . Hari ini saya berpeluang untuk meluahkannya .” Sehun berhenti sebaik sahaja berada di hdapan Krystal . Dia memusingkan Krystal ke arah suatu tempat.

“Dialah bidadari saya” Sehun menunjukkan Krystal ke arah sebatang pokok yang rendang . Kelihatan gambar Krystal tergantung di dahan pokok tersebut .  “Awak nampak bidadari saya ? Semuanya saya ambil tanpa dia sedari” Krystal melihat gambar-gambarnya tergantung di dahan pokok tersebut. Dia menoleh ke arah Sehun .

“Sejak bila ?” Dia bertanya. “Sejak saya mula sedari yang saya sukakan awak ketika kali pertama kite berjumpa.”

“Awak mungkin akan menjauhi saya tapi....” Sehun terhenti apabila Krystal berkata-kata. “Saya tak mungkin akan menjauhi awak. Sebab awak lelaki pertama yang mendekati dan menyukai saya kerana saya adalah saya.” Krystal memandang ke arah Sehun dan meneruskan kata-katanya lagi.

“Sepanjang saya berada di sini , tiada siapa pun yang pernah melakukan sesuatu yang simple and sweet cam nie untuk saya. Saya terpegun melihat awak menari seolah-olah awak melafazkan perasaan awak yang awak sendiri tidak dapat ungkapkannya. Berbeza sekali kerana awak melafazkan perasaan itu melalui perbuatan. Saya sukakan awak sejak kali pertama saya melihat awak. Tapi , saya tidak menunjukkan rasa suka itu kerana saya tahu awak pasti diantara salah seorang yang akan menjauhi saya kerana saya ni ice princess. Sebenarnya , saya sering curi-curi pandang awak when you talk with your friends and when you eat at the cafeteria . Hanya awak tidak menyedarinya. Bila awak mengatakan bahawa awak mempunyai bidadari dihati , saya rasa kecewa kerana saya tahu bidadari itu bukan la saya. Tetapi saya gembira kerana ANGEL yang awak katakan tu is me’’ Krystal memberikan senyuman yang manis ke arah Sehun.

“Krystal , sudikah awak menjadi ANGEL saya ?” Sehun melamar Krystal untuk dijadikan kekasihnya. Tanpa berlengah , Krystal menganggukan kepalanya tanda persetujuan terhadap lamaran Sehun. Sehun berasa amat gembira dan memeluk Krystal. Krystal menitiskan air matanya . “Air mata awak berharga. Jangan membazirkannya. Saya akan berusaha untuk tidak membuat air mata awak mengalir dan sentiasa mengukir senyuman di bibir awak” Sehun senyum dan memeluk Krystal.

“Ehemm Ehemm” Kedengaran seseorang berdehem. “Hmm , jiwang nya member aku yang sorang ni. Mentang-mentang laa da dapat apa yang sepatotnya. Tak reti-reti nak berterima kasih ke?” Sehun tergelak .

“Hmm yelaa, Terima kasih guys. Korang banyak membantu aku terutama kau Kai” Sehun menumbuk perlahan bahu Kai. “ ah tau pun berterima kasih , ingatkan da lupa. Ah no problem. Untuk kau , akuh on je tapi..” Kai tersengih-sengih . Krystal dan Sehun memandang ke arah satu sama lain da memandang semula ke arah Kai.

“Tapi apa?” Sehun bertanya. “Alaa , Dia nak upah la tu” Chanyeol menyampuk. “Hmm mesti la , bukan free ni.” Kai mencebik . “ ah kau nak apa?” Sehun tanya lagi. “aku nak awek kau ..” belum sempat Kai menghabiskan kata-katanya Sehun menyampuk. “woi , awek aku tu. Agak-agak arr..” .

“Wei , cuba sabar , ayat aku belom habis kau da menyampuk. Aku nak awek kau punya kawan bukan awek kau. Aish , tau laa da ada buah jantung , tak payah laa over sangat” Kai mencebik. Rakan-rakan yang lain hanya  tergelak melihat sikap Kai itu.

“Cakap bia clear . Kawan dia yang mana ?” Kai tersengih. “Yang nama dia Choi Sulli.” Dia menggaru belakangnya yang tidak gatal. “Sejak bila lak kau syok at dia ?” Baekhyun bertanya kerana pelik tiba-tiba Kai berminat dengan kawan Krystal.

“laa , korang ingat aku ni cam Sehun ke ? Tunggu-tunggu. Tak main la. Aku straight to the point . Ah Sehun tergagap-gagap. Da cam sawan la pulak. Masa Sehun tengah usha awek dia , aku usha kawan awek dia . Hehe , Comel sangat , tak dapat nak elak.” Tanpa sedar dia menuturkan kata-kata tersebut.

“Apa kau cakap? Aku cam sawan . Sengal nyer member” Sehun mengejar Kai yang mula melarikan dirinya . Rakan-rakan yang lain turut serta dalam adegan kejar mengejar tersebut. Semua kelihatan gembira. Mereka bergurau seolah-olah esok akan memberi sinar baru di dalam hidup mereka. 

“Aku akan tetap menyayangimu wahai my ANGEL” .....

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
hjkyung #1
Chapter 1: Malangnyaa kristal 'disambar' kai drpd sehun.
Yep, kaistal actually is real *sigh*
~T_T~
Btw story nie awesome and sweet :)))
Keep writing author*^▁^*
elisSONE99
#2
Chapter 1: Cutenyerrrrrrrr !!!!!!!
hyo_98 #3
IT'S ME, SULLI A.K.A DIDI! ILOVEYOURFANFICS LAH, SAYANGG. ;D SWEET SANGAT~ B)
VanillaLynn
#4
Send send okay? C:
I wanna see your story at the epop magazine later :3
IvyChen #5
SEND JE LA WAHAI KAWAN KU~