I think I like you........?
Because I'm A GirlNara hanya memandang Kris yang sedang seronok berenang di dalam lautan~
'mamat ni gila ke apa? pagi buta macam ni nak mandi?' bisik Nara sambil membetulkan kedudukan jam tangannya dan melihat betul-betul anak jarum menunjukkan pukul 5.
'Ouh dah pukul 5?' soal Nara lalu memandang ke arah Kris namun sudah tidak ada.
'Aik? mana dia?' soal Nara sambil pandang ke kiri dan ke kanan.
Apabila pandang ke kiri semula Kris sengaja memberi kejutan kepada Nara 'hah tahu takut' kata Kris sambil tergelak kecil lalu mengambil tempat duduk di sebelah Nara yang masih cuak itu.
Nara hanya mencebik sambil menjeling ke arah kris.
'Okay i'm sorry....' kata Kris lalu memandang ke arah hadapan dan tiba-tiba dia bersuara 'Eo! Matahari terbit!' kata Kris sambil tuding jari ke hadapan.
Nara tertarik dengan matahari terbit itu namun dia lagi tertarik melihat lelaki yang sedang tersenyum lebar di sisinya ini.
'Pertama kali tengok Kris yang jahat tu senyum ikhlas macam ni......' bisik Nara yang tidak sedar dia asyik memandang ke arah kris yang tengah seronok memandang matahari yang perlahan-lahan terbit.
'Hyunil?' mendengar namanya dipanggil Nara lantas menggelengkan kepalanya dan membuang pandangannya ke arah matahari yang sudah naik.
'kita dah boleh sambung jalan ni kaja hyunil-ah~' Kris berdiri dan hulurkan tangannya kepada Nara.
'wow semuanya macam mimpi' bisik Nara sambil tangannya ingin menyambut huluran itu namun Kris menarik tangannya sambil mentertawakan Nara.
'Bangun sendiri' kata Kris sambil meninggalkan Nara.
Nara hanya tersenyum dan hatinya sempat berbisik 'aku rasa aku suka dekat kau lah' bisiknya lalu mempercepatkan langkah mengekori langkah Kris yang semakin jauh daripadanya.
Lay membuka matanya dengan perlahan apabila dia terasa wajahnya seperti disuluh cahaya.
'laaa dah pagi ke' bisik Lay lalu meregangkan ototnya dan memandang sisi dia mendapati ada Suho yang sedang nyenyak tidur di sisinya.
'Eo? Joonmyun hyung???' soal Lay sambil gerakkan lengan Suho ke kiri ke kanan. tidak seperti Kris yang susah untuk dibangunkan sekali dua saja dipanggil Suho lantas membuka matanya dan terduduk.
menyoal Lay 'ada apa???' Lay duduk dan menggelengkan kepalanya seraya matanya memandang yang lain masih lagi tidur dengan nyenyaknya.
Suho segera baring semula dan sambung tidur. dia benar-benar mengantuk kerana dia baru saja tidur selama 3 jam.
D.O terjaga daripada tidurnya apabila merasakan dirinya dipeluk oleh seseorang.
'Yah Park Chanyeol!' D.O cuba menolak Chanyeol ke belakang.
Chanyeol langsung terduduk dan memandang kerek ke arah D.O 'kau dah kenapa?' 'kau yang kenapa? tak pasal-pasal aku jadi bantal peluk haih' omel D.O sambil duduk.
Chanyeol hanya mencebik lalu menguap. 'aku rasa dah siang lah ni' kata Chanyeol sambil pandang ke arah langit yang sudah terang dengan cahaya matahari.
cuaca kelihatan baik pada hari itu.
'kau ni merepek je kan? memang lah dah siang' kata D.O sambil berdiri dan meregangkan segala sendi-sendinya.
'Kyungsoo hyung masak lah something' kedengaran Suara Kai menyuruhnya memasak.
D.O memandang ke arah Kai yang masih berbaring lagi.
'Aku tengoklah ada apa yang boleh dimasak' kata D.O sambil menuju ke tempat simpanan beg mereka.
'hari ni dah tiba mana janji si pengeTUA tu' kata Tao yang rupanya sudah terjaga.
Lay memandang jam tangannya yang sudah pun menunjukkan pukul 6am.
'tunggu lah kejap lagi' kata Lay.
'aku nak mandi dulu' chanyeol sudah berdiri dan membuka bajunya.
'Nak ikut!' Tao dan Kai berkata dengan serentak.
'kita lumba siapa lambat kena keluar air last!' jerit Chanyeol lalu mereka bertiga berlarian meluru ke arah lautan yang terbentang luas itu.
Jeritan Chanyeol itu mengejutkan Luhan dan Sehun.
'Luhan hyung ada apa?' soal Sehun yang menggosokkan matanya.
'Tak tahu' Jawab Luhan sambil cuba mengenal pasti apa yang berlaku di sekitar mereka. dia mendapati Suho , Baekhyun , Chen dan Xiumin masih lagi tidur.
'Sehun-ah nak ikut diorang mandi?' soal Luhan. Sehun memandang ke arah Chanyeol , Kai dan Tao 'Tak nak lah' kata Sehun lalu baring semula. Luhan mempedulikan Sehun dan bangun dia ingin bermandi manda bersama-sama dengan tiga orang itu.
Ketika dia baru sahaja hendak
Comments