Gomawo

Love Gifts

 

“Jemput duduk.Maafkan saya sebab tak dapat menahan perasaan.”,pelawa Si Won.

“Tak mengapa.Saya faham.Macam mana dengan keadaan Hyun Ae?”,kata Hae Won.

“Dari hari pertama dia masuk hospital,dia tak sedarkan diri.”,kata Si Won.

“Awak bersabar ya.Semua ini pasti ada hikmah di sebaliknya.”,nasihat Hae Won.

“Oh Ya.Mana Donghae dan anak awak?”,tanya Si Won.

“Anak saya ada di rumah mak saya dan Donghae pula....”,kata Hae Won lalu mengalirkan air mata.

“Donghae,sudah meninggalkan kita semua”,kata Hae Won lalu mengalirkan air mata dan tidak semena-menanya memeluk Siwon.

“Apa?”,kata Si Won.

Hae Won pun menceritakan segala-galanya kepada Si Won.
 

Donghae telah mati akibat dihempap batu ketika kerja-kerja pembinaan dijalankan.Donghae sempat menyatakan hasratnya yang terakhir kepada Hae Won.
 

“Jadi,yang menderma mata kepada Hyun Ae adalah Donghae?”,tanya Si Won.

“Ya.”,kata Hae Won sambil menitiskan air mata.

 

Tiba-tiba Hyun Ae mengalami sesak nafas.Si Won dan Hyun Ae telah menyedari keadaan itu terus berasa panik.

 

“Hae Won,tolong paggilkan doktor”,arah Si Won.

“Baiklah”,kata Hae Won.

“Hyun Ae,bersabar ya.Awak mesti kuat!”,kata Si Won sambil memegang pergelangan tangan Hyun Ae dengan kuat.

 

“Si Won.Ambil ni.”,kata Hyun Ae sambil memberikan rantai Love’s Gift kepada Si Won.

“Lagi satu,ambil surat ni.Jangan lupa baca ya?”,kata Hyun Ae.

“Apa ni Hyun Ae.Awak mesti sembuh,Percayalah saya.”,kata Si Won.

“Saranghae oppa”,kata Hyun Ae sambil menghembuskan nafas yang terakhir.

“Doktor,tolong Hyun Ae”,kata Hae Won sambil mengiringi Doktor Haneul.

“Hae Won!”,kata Si Won sambil memeluk Hae Won dengan erat.

“Kenapa Si Won?”,tanya Hae Won.

“Hyun Ae dah meninggal”,kata Si Won.

“Bo?”,

 

Kepada Si Won yang saya kasihi sekalian,

Saya tujukan surat ini khas untuk awak sebelum saya menghembuskan nafas saya yang terakhir.Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada awak kerana telah menjaga makan minum saya selama ini.Saya sangat bahagia dapat hidup bersama awak serta anak kita.Saya ada dua hajat yang saya nak awak tunaikan untuk saya.Pertama,namakan putera kita dengan nama Donghae dan saya ada sebab saya yang tersendiri.Sebenarnya,buat pengetahuan awak,saya sudah mengetahui bahawa Donghae yang menderma mata untuk saya.Selepas sahaja saya boleh melihat semula,saya terus mengupah penyiasat untuk mencari siapa yang menderma mata untuk saya.Saya harap awak faham.Kedua,berkahwinlah dengan Hae Won sebab saya

rasa dialah wanita yang paling sesuai untuk menggantikan saya di hati awak.Saya yakin,dia boleh menjaga anak kita seperti anak dia sendiri.Saya harap awak boleh tunaikan hajat saya yang terakhir.

 

                                                                                                                      ......Hyun Ae

 

(15 tahun kemudian)

 “Awak jangan risau Hyun Ae.Saya dah tunaikan hajat awak”,kata Si Won sambil melihat foto Hyun Ae.
”Inilah Love’s gift yang pasti membuat dia gembira Si Won”kata Hae Won sambil memegang bahu Si Won.
”dan pasti juga membahagiakan Donghae”,kata Si Won sambil memegang tangan Hae Won.

 

“Gomawo”,Si Won dan Hae Won,Saya pasti tidak akan melupakan kalian.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
yoora_park
#1
thank you for reading it..I really appreciate it... ^^
yuu_sama #2
Woooaaahhh... nice story! ^^