Lily

Missing piece

"weh, kau ingat tak Yao? Alah yang crush kat kau dulu...banyak kali dia ajak kau keluar tapi semuanya kau tolak." Tanya Kiyo sambil makan aiskrim yang hampir cair dan meleleh hingga jari. Sambil dia jilat jari nya, dia pandang keluar pagar taman. Tersenyum melihat seorang jejaka yang melambai ke arah dia. Menyiku Lily perlahan menjuihkan bibir ke kiri.

"Tak..ingat...kot?" Lily hanya pandang bawah terlihat seekor kumbang yang sedang berjalan perlahan. Pandangan beralih arah ke kanan melihat Kiyo setelah disiku dan mengikuti pandangan Kiyo kekiri. "Oh...matilanak" Lily berbisik sendiri.

Seorang lelaki yang berketinggian 172cm, berat lingkungan 58kg, memakai hoodie biru, berseluar khaki berlari-lari anak kearah mereka. Kasut yang berjenama P berwarna merah jambu berbelang hitam menghampiri. Lily melihat kasut nya. Berfikir sendiri "Macam kasut Jungkook la" berubah pandangan melihat jejaka tersebut. "Dari mana je kau? Dress up bagai?" Kiyo mengajukan soalan. Lily masih lagi terpana melihat lelaki dihadapan dia. Lelaki tersebut tersenyum "Dari rumah..saja aku jalan-jalan sini. Tak sangka jumpa korang kat sini. By the way, korang buat apa je kat sini...dan Lily, aku hensem sangat ke sampai tak berkedip mata kau". Tersedak Lily mendengar ayat itu. "Ah kau...kasut tu. Aku baru je tengok BTS pakai. Mana kau dapat? Aku cuba beli tapi sold out tak sampai 2 minit" Balas Lily sedikit kuat.

Lelaki itu garu kepala nya yang tidak gatal. Pelik tapi ini lah kawan nya "Aku kan Jimin BTS... Kau dah kenapa setan" satu ketukan hinggap dikepala Jimin. Mendengus sakit "Bongok lah Kiyo..sakit tau tak. Hishhhh" Kiyo mengancam Jimin lagi dengan kepalan penumbuk nya yang comel itu. "Iye iye sorry lah terlepas. Nah aku bawa ni untuk korang. Saiz dah betul ni aku rasa". Jimin menyerahkan dua beg untuk mereka. Sorang ambil satu, melihat isi didalam. Tersenyum lebar "ah mianhae Minnie~ aku gurau je tadi. Tak sakitkan? Ucucucucu cemboi dah besar, dah pandai bawa hadiah". Kasut jenama yang sama,  Lily membuka kotak tersebut dan mencuba nya. Muat elok sekali. 

Lalu cuba bangun dari kerusi rodanya perlahan dibantu Jimin. "Hati-hati Lily. Kau nak bangun pun bagitahu lah." Bebel sambil memapah Lily yang jalan perlahan menikmati keenakan memakai kasut itu. Cantik dan sangat selesa. "Jimin ah...aku bukan sengaja lupa, mianhae min.." Lily memandang Jimin dengan pandangan sayu. Jimin hanya tersenyum dan secara tiba-tiba senyum itu menjadi jeritan kecil "Kiyo tisu!! Darah ni" dengan tergesa-gesa Kiyo membuka beg dan mengambil tisu. Jimin mendudukan Lily dan membantunya mendongak. Kiyo tak hiraukan bajunya yang kotor terkena aiskrim yang jatuh kerana terkejut dengan jeritan Jimin tadi. Dengan segera mengangkat barang-barang tadi. "Hospital dulu. Cepat!" Jimin menolak kerusi itu secepatnya. Keduanya berharap semua akan kembali normal.

 

--------------

 

"Cik Lily tak mungkin lagi dapat bertahan dalam masa sebulan ini. Semoga kamu berdua dapat menemani dia dalam saat-saat terakhir ini. Dia selalu bercerita tentang kamu. Maaf kami tak dapat membantu" Doktor Han mengangguk kepalanya sebagai isyarat untuk pergi.

Jimin dan Lily terduduk. Lidah terasa kelu dikunci..hilang kata-kata. Hanya mampu berdoa supaya ada harapan untuk sahabat mereka. Lily pandang Jimin "Tolong bawa Jungkook kesini. Dia minat sangat dengan Jungkook." Jimin hanya mengangguk. Dia menelefon Jungkook segera.

 

 

Jungkook ditempat lainnya sedang bermain di gym syarikat. Mendengar telefon nya berdering. Tertera BabyG dilayar telefon. Tersenyum lalu menekan tombol hijau "Hello baby, rindu Kookie ke?" Jungkook mengerutkan keningnya mendengar hyung nya dihujung talian menangis. "Hyung, kookie gurau je. Jangan la nangis. Kenapa ni?" Cemas Jungkook, kerana Jimin sangat marah dipanggil baby. Mendengar arahan yang diberikan Jimin. Jungkook mencapai beg nya lalu bergegas ke hospital. Sempat Jungkook mengirim chat ke group. "Lily tenat, cepat datang hospital".

Ya, bukan sahaja Jimin dan Kiyo sahabat Lily, seluruh anggota BTS mengenali Lily bertahun-tahun. Namun sakit yang ditanggung Lily menyebabkan dia lupa akan sahabatnya. Hanya sahabat dari kecil dia kenal. Kiyo dan Jimin. Baginya sejak setahun yang lalu, BTS hanyalah satu kumpulan idol yang sering muncul di layar television.

Keenam-enam anggota menemui Jimin dan Kiyo. Kiyo berlari mendapatkan Hoseok dan memeluk nya erat. "Oppa, tolong..Lily sakit oppa..macam mana nanti kita Kahwin oppa" dia berkata sambil menangis. Kiyo dan Hoseok telah official sejak 3 bulan lalu walau sebenarnya sudah hampir 5 tahun menjalinkan hubungan. Tiada Army yang tidak dapat menerima Kiyo. Pasangan ini mendapatkan sokongan dari Army. Tambahan lagi mereka akan berkahwin dua bulan lagi. Hoseok hanya mampu menenangkan gadis kecil yang dicintainya ini. Hampir 20 tahun persahabatan kedua gadis ini, pada usia 25 tahun makin hampir terpisah. Jungkook memeluk Jimin yang masih menangis. 

"Kita bawa Lily tinggal dengan kita" Joon bersuara. Setiap anggota mengangguk tanda setuju. "Lepas dia sedar kita cuba pujuk dia balik dengan kita. Tinggal di dorm bersama-sama macam dulu"

 

.................................

Beberapa tahun kemudian.

 

 

Jungkook dan Joon sedang melukis, Jimin dan Jungkook bermain-main dihalaman, Hoseok sibuk melayan anak kembarnya bersama Tae,  manakala Yoongi dan Seokjin memancing ditasik. Kiyo kini sedang melihat semua orang. Sambil mengusap perutnya yang kini hampir 7bulan. Sesekali memandang kelangit. "Lily ah...rindu." menghembuskan nafasnya perlahan. Air mata mengalir mengingati Lily. Kembali mengusap perutnya ketika terasa gerakan. "Lily..apa kamu buat dalam ni. eomma tak sabar nak jumpa awak...semoga kamu baik seperti mummy Lily kamu. Akan eomma ceritakan kepada kamu nanti tentang dia"

Hoseok menghampiri isterinya dengan kembar. Mencium perutnya dan tersenyum bahagia 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet