COTTON CANDY

Please Subscribe to read further chapters

Description

Jun Ahrin merupakan seorang jurugambar di salah sebuah studio fotografi terbaik di wilayah Tokyo. Di sebalik gambar yang cantik dan menarik, tersimpan seribu satu makna yang tidak semua orang mampu ungkapkan dalam perkataan. Ini telah menyebabkan Ahrin ditugaskan untuk mengambil gambar di sebuah majlis perkahwinan orang ternama memandangkan pelanggannya sangat menyukai hasil kerjanya.


Majlis tersebut telah mempertemukan Ahrin dengan salah seorang tetamu bernama Takashi Ryota. Tidak tahu apa yang telah Ahrin lakukan sehingga menyebabkan jejaka itu tertarik untuk mengenalinya namun perbuatan itu hanyalah sia-sia kerana dengan mentahnya Ahrin menolak. Gadis itu telah menutup rapat pintu hatinya akibat trauma yang pernah dia lalui.


Kehidupan yang aman tidak kekal lama seperti yang diharapkan Ahrin. Punca traumanya muncul semula menghantui. Jeong Jeha kembali menagih kasih yang tidak pernah dia lepaskan dan kali ini tidak akan dilepaskan lagi.


Bukan sahaja kisah silam berulang, ada sahaja perkara malang yang terjadi kepada Ahrin. Terlalu lelah sehinggakan dia terfikir untuk tinggalkan dunia ini. Mujur sahaja dia masih waras dan sedaya upaya untuk meneruskan kehidupan meskipun banyak cabaran yang perlu dia harungi.

Foreword

CHARACTERS:

 

 

Jun Ahrin (24) - OC

 

 

 Takashi Ryota (27) - Rowoon SF9

 

 

Jeong Jeha (25) - Jaehyun NCT

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet