[end]

congratulations
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

 

 

[ c o n g r a t u l a t i o n s - e n d]

 

 

 

 

 

"apa yang awak dah buat ni?" nada suara haneul naik secara mendadak, membuatkan beberapa pelanggan menoleh ke arah mereka berdua. jae tertawa perlahan apabila melihat haneul mulai berang.

 


jae hanya mengangkat kedua bahunya, manakala tangannya pula dibawa ke belakang kepala dan dia membetulkan sedikit topi berwarna hitam kegemarannya itu. 

 

"saya dah janji nak tulis lagu tentang awak. so, there you go."

 

matanya menatap haneul yang duduk di hadapannya, yang jelas sedang menahan marah. "the song came out nicely. saya pun tak expect lagu itu akan jadi hit dan top chart." 

 

you can't blame me though.

 

haneul melepaskan satu keluhan besar. tangannya mengenggam erat gelas yang berisi kopi ais yang dipesannya tadi. jae tahu yang haneul sedang menahan dirinya daripada menyimbah kopi tersebut ke atas sweater kelabu yang dipakainya.


"kenapa awak buat lagu macam itu?"

 

hahahaha, what a funny question. why'd you even ask that?

 

jae tergelak sekali lagi. kali ini, kedengaran begitu sarkastik. dia perlahan mendekatkan dirinya ke arah haneul dan satu senyuman sinis muncul lambat lambat di bibirnya. 

 


"kenapa sekarang awak sibuk sangat nak tahu pasal hal saya?"

 


haneul terdiam apabila mendengar suara jae yang berubah menjadi perlahan. riak muka jae yang semakin kosong sedikit sebanyak membuatkan hatinya berdegup pantas. 

 


"awak sendiri tahu makna lagu tu, betul tak? jadi kenapa saya nak kena jawab soalan soalan awak tadi?" 

 

 

let’s take some time
when I heard that
i understood it exactly as it sounded

 

 

[f l a s h b a c k]

 

"let's take a break."

 


jari jae berhenti dari terus memetik tali gitar miliknya. pandangannya dibawa ke arah wajah haneul. 
gitar yang berada di dalam pelukannya tadi terus diletak ke tepi dan dia segera menghampiri teman wanitanya yang sedang duduk di hujung sofa.

 

"babe, you're okay? saya tahu awak stres dengan kerja, dengan tasks, so i—" 

 

kata kata jae dipotong dengan satu tenungan dari haneul. jae terdiam, kurang pasti bagaimana hendak memberi reaksi. selama mereka berpacaran, tidak pernah sekali pun haneul berkelakuan sebegini. cuma sejak dua minggu yang lepas, haneul lebih banyak menghabiskan masa dengan menatap skrin telefonnya dari belajar bermain gitar daripada jae, seperti kebiasaannya.

 

"it's just, awak terlampau sibuk dengan band awak. dan saya sibuk kejar impian saya. saya rasa kita macam terclash antara satu sama lain. awak tak perasan ke?"

 

haneul menoleh ke arah lain, seakan akan bosan dengan wajah jae yang jelas kelihatan terluka dengan ayatnya sebentar tadi. "tapi kenapa? saya ada buat salah dengan awak ke? kalau ada, please. we can fix it."

 

"tak, awak tak buat salah apa pun."

 

haneul menjawab  malas.

 

" jadi kenapa awak tiba tiba nak take a break? tell me if i did something wrong!"

 

"jae! kenapa awak taknak percaya yang saya hanya perlukan masa? dahlah, saya penat. saya cuma rasa kita kena fikir balik apa sebenarnya yang kita nak dari hubungan ini, dan dari each other."

 

suasana senyap mula menerobos ke dalam ruang tamu apartment milik jae itu.

 

"fine, kalau itu yang awak nak, okay, kita take a break. tapi kita still bersama, i know you won't forge

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Shadow_warriorangel #1
Chapter 1: Lamanya tak jumpa fanfic melayu berkualiti ni 😭
syaleese28
#2
Chapter 1: Author-nim!!! Sis suka betul la dengan cerita awak ni! Eee should be ada sequel!! Tapi cara Jae balas balik tu memang worth. Memang puas hati! Wowww berdebar jantung sis baca cerita awak ni. Good good. Memang BEST! Thankyou author-nim! <3
LovelyIna
#3
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis utk bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak untuk debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang.
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna