Kill the Old Me

Kill the Old Me

Aku membuka mataku dan melihat Yooa disisiku. Yooa sedang merawat luka dan lebam di tanganku, aku pun tak tahu macam mana aku boleh dapat luka dan lebam itu. Matanya berair sambil perlahan-lahan membalut lukaku.

“Kenapa sedih ni?” kataku kepadanya.

Dia memandangku sambil mengelap air matanya “Yah! Boleh tak berhenti buat benda bodoh ni lagi?” katanya dengan nada geram.

Apa aku buat? Aku sendiri tak ingat. Aku cuba mengingati namun lagi aku mencuba, lagi sakit kepalaku.

“Pergi rehat” kata Yooa sambil membaling bantal kecil kepadaku. Dia bangun membawa peralatan rawatan dan keluar dari bilik aku.

Mataku melirik kea rah gambar aku dan Yooa di sebuah frame. Aku tersenyum. Persahabatan kami dah mencecah empat tahun. Aku tahu banyak kenangan manis dan buruk kami lalui bersama. Namun aku samar-samar tentang memori aku dengan Yooa kebelakangan ni. Aku tak tahu kenapa, mungkin aku kena jumpa doktor.

Aku bangun dari katilku dan mengambil frame gambar aku dan Yooa. Sekeping gambar jatuh ke lantai. Aku mengutip gambar itu dan melihatnya. Ternyata sosok seorang gadis lain juga bergambar dengan aku dan Yooa sebab latar belakangnya sama. Aku membuka frame gambar dan cuba mencantumkan gambar itu. Yooa, aku dan seorang gadis. Aku melihat tulisan di belakang gambar itu.

“Cherish every moment with you baby, I love you Irene-nuna” – Kim Taehyung, 2014 Summer Camp.

“Irene-nuna..” kepalaku menjadi sakit. Semakin aku cuba mengingati kenangan bersama orang itu, kepalaku seolah-olah dihempuk dengan kuat. Kenapa dengan aku? Takkan aku ada dementia? Aduh sakitnya kepala aku!

“Hey” tegur satu suara ke arahku. Seorang lelaki bermata merah melihatku dengan senyuman sinis. Ravi.

“Kau buat apa lagi dalam hidup aku? Kau suruh aku bunuh, aku dah bunuh dia! Kenapa kau masih muncul dalam hidup aku?!” aku cuba menahan amarahku. Hatiku sakit, kepalaku sakit. Aku berasa sangat lemah sekarang.

Ravi bangun dari katil lalu gelak sinis melihat keadaanku. Dia melihat aku dengan pandangan yang sinis lalu meletakkan tangannya di leherku. Perlahan-lahan tangannya menggenggam leherku.

“ Kau masih ada 2 versi diri lama kau yang tak dibunuh, apa kau dah lupa perjanjian kita lima tahun lepas?” mata merah Ravi memandang tepat ke arahku. Aku cuba menarik tangannya dari leherku namun genggamannya terlalu ketat hingga membuatku sesak nafas.

“Aku tahu.. tapi.. tapi.. ,” kataku tersekat-sekat. Aku menyesal dengan perjanjian aku lima tahun lepas. Ravi melepaskan aku sambil ketawa sekuat-kuatnya. Aku terbatuk batuk sebaik sahaja Ravi melepaskan aku.

Aku menyesal dengan perjanjian yang aku buat lima tahun lepas. Aku membuat perjanjian dengan syaitan untuk mendapatkan apa yang aku mahu. Aku mahu Irene. Aku ada deep crush terhadap Irene kerana wajahnya yang ayu dan sikapnya yang sangat baik. Aku jatuh cinta terhadapnya. Oleh kerana aku tahu Irene jauh lagi tua dari aku dan mempunyai ramai peminat, aku menjadi tamak. Aku mahu Irene hanya untuk aku.

Air mataku jatuh ke lantai. Aku menyesal.

“Ingat, malam ni dan malam esok, lepas itu kau dan aku bebas,” kata Ravi sebelum hilangkan diri.

Aku takut. Aku melihat tanganku yang dipenuhi luka dan lebam. Aku menikam diriku sendiri di dalam mimpi. Hanya dalam mimpi, aku boleh datang kembali di masa lalu. Di situ, aku harus membunuh versi diriku yang lama supaya aku dapat bebas dari Ravi dan mengecapi keamanan.

Aku masih teringat diri aku pergi meminta pertolongan Ravi supaya membuat Irene sayang kepadaku. Aku minum sejenis air sihir yang diberi Ravi. Aku membayar harga air sihir itu dengan rohku sendiri, aku perasan Ravi boleh merasuki aku bila-bila masa. Setelah meminum air sihir itu, seolah-olah di dalam diri ini ada dua orang. Aku dan Ravi.

“ Sial! Habis tu yang kau gatal dengan lelaki lain tu kenapa?!” kataku sambil menghentak-hentak dinding disisi Irene.

Irene terkejut dengan Tindakan aku. Matanya mengalir. Aku memegang bahunya dan menggongcangnya geram.

“Bodoh! Habis tu aku ni siapa? Tunggul? Kayu? Aku ni tak penting ke dalam hidup kau? Babi!” aku mengeluarkan kata-kata kesat ke arah perempuan yang aku sangat sayangi.

Irene teresak-esak menangis. Aku menolaknya jatuh ke lantai. Aku tak peduli langsung dengan perasaan dia lagi. Dia dah tak macam dulu. Aku pergi kearah bilik kami dan mengambil semua bajuku di almari. Aku nak keluar dari rumah ini.

Sial! Irene yang aku dambakan selama ini dah berubah. Sejak berkawan dengan Minggyu, dia dah berubah. Adakah air sihir yang aku minum dah tak berkesan? Kenapa Irene masih lihat lelaki lain? Babi! Baik aku pergi ke tempat lain.

“ Kajima..Minggyu tu kawan je “ rayu Irene sambil memeluk kakiku. Aku menepisnya.

“Kau pergi je lah dengan Minggyu yang kau sayang tu kan? Kawan konon! Aku pun dah taknak dengan kau. Kita putus je la,” kataku sebelum keluar dari rumah.

Aku menarik beg aku menuju ke sebuah hotel. Aku bosan. Aishh spoil mood bila terfikirkan Irene.

Aku lepak di sebuah kelab di sekitar hotel. Hatiku masih sakit dengan Irene. Aku meneguk botol Soju itu lagi sekali. Kenapa semuanya kena jadi seperti ini? Aku fikir semuanya akan jadi baik-baik sahaja apabila Irene menjadi milik aku. Mataku melirik ke seorang wanita. Wajahnya cantik. Aku perhatikan dia dari jauh ketika dia lagi menari. Bibirku mengukirkan senyuman. Adakah disebabkan Soju ini atau aku rasa sangat tertarik kepadanya sampai hatiku membara. Aku bangun dari kerusiku dan menuju ke arahnya. Aku cuba mengambil perhatiannya. Dia senyum kepadaku dan mengenalkan dirinya kepadaku. Seulgi. Malam itu kami bergembira bersama dan aku membawa Seulgi pulang ke hotelku. One night stand. Whatever people called it.

Keesokkan harinya, aku membuka telefon bimbitku. Banyak miscall dari Irene dan message dari Irene. Aku endahkannya. Ada satu message dari Yooa. Aku membukanya.

[Yooa Message: Hello Tae! Aku dah sampai kat Osaka! Best gila kat sini! Orangnya pun banyak baik2.. aku ada beli set baju traditional jepun untuk kau dan Irene nuna.. tunggu aku tau!] 

Aku melihat di sebelahku gadis bernama Seulgi masih tidur. Aku membelai wajahnya sambil tersenyum. Aku lekapkan bibirku kepadanya. Dia masih tidur. Aku bangun dari katilku dan menuju kearah bilik air.

Aku menangis melikat kelakuanku yang dulu. Aku mengenggam erat pisau di tanganku. Pisau yang diberi Ravi kepadaku dalam misi membunuh ‘aku’ yang lama. Di sini, di mimpi ini, aku melalui masa-masa lampau aku yang aku nak lupakan. Ravi cakap kepadaku jika aku berjaya dalam misi aku, aku dapat lupakan kisah lama, aku dapat mulakan hidup yang baru tanpa ada perasaan bersalah yang menghantui diriku lagi. Aku nak bunuh diriku yang lalu. Diriku yang dirasuki Ravi. Diriku yang bukan aku. Masa aku dah nak sampai, aku kena bunuh diri aku sekarang.

Aku lalu di sebelah Seulgi. Aku masih ingat pergaduhan yang berlaku apabila aku tahu Seulgi dan Irene sebenarnya kawan. Mereka masih berkawan rapat tanpa tahu apa yang berlaku. Aku tiada sesiapa lagi dalam hidup aku. Setelah semuanya berakhir, kenapa cepat betul aku jadi macam orang asing buat Irene? Sial.

Aku membuka pintu tandas dan menikam diri aku yang sedang mandi di dalam bath tub. Aku menikam diri aku yang lama beberapa kali sambil menangis. Semuanya memori seperti berlalu di hadapanku. Aku terduduk di sebelah bath tub sambil menangis. Darah yang ligat mengalir itu tidak ku pedulikan.

Aku sangat menyayangi Irene. Jika aku bunuh diri aku yang lama, adakah peluang untuk aku kembali kepada Irene? Tunggu aku Irene.. aku akan datang balik kepada kau.. just wait for me a little..

“Yah! Berapa kali aku nak cakap jangan buat benda ni lagi?!” jerit Yooa untuk mengejutkanku. Aku melihat sekeliling. Aku berada di dalam tandas. Lantaiku penuh dengan darah. Aku melihat lenganku penuh dengan calar balar. Aku rasa sangat pelik.

Yooa memelukku sambil menangis. “Kau ni dah kenapa?! Kenapa kau selalu cederakan diri sendiri? Aku risau tau tak?!” kata Yooa sambil memegang tanganku. Dia melihat luka aku dan merawatnya lagi.

“Yooa.. apa yang jadi kat aku ni?” tanyaku sambil melihat dirinya sibuk merawat lukaku. Yooa berhenti dan melihat ke arahku. “Kan aku dah cakap, jangan buat apa yang syaitan tu suruh? Kenapa kau degil juga?,” kata Yooa lalu menggetap bibirnya. “Kau kenal..” tanyaku lalu “Ravi?” jawab Yooa. Aku mengangguk perlahan. “Aku kenal kau lama Tae, aku kenal setiap sisi diri kau. I know both you and your devil,” kata Yooa lalu mencuci lukaku. “Aku tak sedap hati semalam selepas aku suruh kau tidur, jadi aku patah balik ke rumah kau, aku tengok bilik air kau terpasang, air melimpah ruah semua, bila aku sampai kau macam ni,” kata Yooa lalu kembali menangis.

“Aku just nak bunuh diri aku yang lama je so aku boleh mulakan hidup baru dengan..” belum sempat aku habiskan kata-kataku Yooa membalas “Irene? Kau tahu tak Irene nuna dah tak peduli dengan kau pun? Dia ada life dia sendiri, lagipun dia dah dengan Minggyu sekarang after korang putus. Kau tahu kan Irene dengan Seulgi tu rapat? Ingat lagi kan pergaduhan besar kau dengan Irene sampai Minggyu pukul kau sebab nak pertahankan Irene? Tae, lupakan je lah Irene, dia dah Bahagia dengan Minggyu. Aku dengar bulan depan diorang nak bertunang dah,” kata Yooa kepadaku. Hatiku tersentak. Aku tak mampu nak berkata apa-apa lagi.

“Tae, kau tahu aku selalu ada untuk kau kan? Aku nak kau sembuh lagi macam dulu,” kata Yooa.

“Terima Kasih Yooa, kau sahabat aku paling baik,” kataku perlahan.

Yooa hanya berdiam lalu lukaku dirawatnya Kembali.

“Malam ini aku stay kat rumah kau, nanti jadi macam-macam lagi aku susah hati,” kata Yooa aku mengangguk sahaja.

“Kau dah sedia? Lagi seorang je kau kena bunuh,” bisik Ravi di telingaku. Aku membuka mataku. Aku melihat sekeliling. Ini seperti rumahku yang sekarang. Aku berjalan-jalan di sekeliling rumahku mencari aku yang lama mungkin masih terperangkap di sini.

Aku ternampak Yooa tertidur di sofa ruang tamu. Aku membelainya dan menarik selimut menutupi bahunya. Aku berjalan ke arah pintu dan membuka punat pintu untuk keluar dari rumah. Aku kena cari diri aku yang lama secepat mungkin sebelum masa berakhir. Masa aku tak lama.

Namun, sebanyak mana aku jalan, sebanyak mana aku cari, aku tak jumpa juga. ! Matahari sudah mula terbit. Jika aku terjaga dari mimpi ini tanpa membunuh diri aku yang lama, aku akan terperangkap dengan badan separuh syaitan seperti ini seluruh hidup aku. Aku kena cari. Aku berjalan di depan cermin dan melihat refleksi diriku sendiri. Adakah.. aku yang perlu dibunuh? Heh.. sial.. aku dah terperangkap sejak dari awal lagi..

Seperti dirasuk, aku mengambil pisau yang diberi Ravi dan menikam diriku sendiri. Aku jatuh rebah ke lantai. Aku perasaan Yooa berlari ke arahku. “ANDWAE! TAEHYUNG AH! IREONA! JEBAL IREONA!!” jerit Yooa sambil memangku aku. Yooa segera menekan punat handphonenya, mungkin untuk memanggil bantuan. Aku dah tak kuat lagi. Aku memegang tangan Yooa. Aku tahu dia sedang menangis teresak-esak. Janganlah menangis, selama ni kau sayang dan jaga aku sepenuh hati kau. Mungkin aku yang baru ini tak boleh menghargai diri kau selama kita jadi sahabat. Sedikit pun tidak. Mungkin sebab itu aku sepatutnya dibunuh. HA! Hidup ini macam sebuah jenaka buatku. Aku mengelap air mata di pipi Yooa “Janganlah nangis..” kataku perlahan. Dia menangis teresak esak “Aku.. aku dah la..” Yooa mengatakan kepada aku perasaan hatinya yang sepatutnya aku tahu lebih awal. Sekarang semuanya hanya menyakitkan. Aku tak kuat lagi. Terima kasih Yooa.

Yooa duduk di kerusi cube dalam departmentnya. Dia berjaya menghabiskan pelajaran dan menjadi seorang wanita yang bekerjaya. Dia banyak melakukan kerja amal di waktu lapangnya. Namun hatinya seperti kosong. Yooa melihat gambarnya bersama Taehyung. Sahabat baiknya yang sudah lama dia memendam perasaannya. Taehyung yang meninggal setahun lepas akibat bunuh diri. Gambarnya diambil seseorang.

“EOO~ni siapa ni Yooa? Boyfriend ke?” tanya Seulgi sambil melihat gambar itu. Seulgi menunjukkan gambar itu kepada Irene. “Eo? Yooa? Dah ada boyfriend ke? Hensem juga macam Mingyu hee~” kata Irene sambil tersenyum.

“Kenapa aku seorang yang kena ingat pasal kau Tae?,” kata Yooa sendirian.

Related image

End.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna