Chapter 2

Unexpected

“mama tak marah kan? Okay ke ni jika aku cakap masa makan malam nanti? Mereka suruh ke? Kalau mereka tak suruh macam mana? Aku pergi sorang kot, macam lah mereka suruh?”

 

“ISH negative sangat lah otak ni. Tpi macam mana tak fikir negative? Mama dengan papa suruh kot… kan aku selalu cakap dekat mereka aku mahu pergi korea…”

 

Kim sohyun bercakap dengan diri sendiri, dari tadi dia memikirkan macam mana nak bagitau mama dengan papa. Duit untuk pergi ke korea sudah dikira-kira, harap-harap cukup untuk satu minggu disana, lagipun sohyun tak tinggal dekat hotel… dia tinggal di rumah jihyo… Sohyun sudah memberitahu jihyo yang dia ingin pergi kesana dalam masa terdekat ni, tinggal jawapan daripada mama dan papa saja lagi, tapi tu lah takut nak cakap…

 

Melangkah keluar daripada bilik dengan perasaan tidak tentu rasa dan takut… “okay ke ni, nanti mereka hilang mood pulak” – bercakap dalam hati

 

“kenapa kamu termenung dekat sana sohyun?” – dalam Bahasa korea

 

Rasa takut sohyun menjadi terkejut, nak gugur jantung dia rasanya…

 

Barat rasa kaki untuk pergi ke meja makan “kamu kenapa ni sohyun, pucat semacam je? Kamu okay ke” – dalam Bahasa korea

 

Sohyun hanya mampu tersenyum, makan pun tak selera tapi dipaksa juga kerana perut berkata lapar, tubuh di meja tetapi fikiran melayang...

 

“aku mesti bagitau mama dan papa hari ni juga, kalau tak aku mesti merayu lagi dekat boss untuk minta cuti” – dalam hati

 

Selepas siap makan, sohyun pergi ke dapur untuk membasuh apa yang patut, setelah selesai dia menarik nafas dalam-dalam dan terus menuju ke ruang tamu… dengan perasaan ragu-ragu sohyun pun membuka mulut…

 

 

Bertutur dalam Bahasa korea:

 

“mama papa” debaran semakin terasa, muka sohyun semakin pucat 

 

“yes sohyun” senyuman di bibir Ms.Kim

 

Mr.kim yang sedang membaca surat khabar lantas meliat anak kesayanganya

 

“sohyun nak cakap sesuatu, tpi mama papa jngan marah ye”

 

“kamu ada boyfriend ke” – Ms.Kim menjawap dengan laju

 

“ihhh maa bukan tu lah, benda yang lebih penting dari tu”

 

Ms.kim melihat kearah mr.kim sambil tersenyum, heran mereka dibuat sohyun.

 

“macam ni mama papa, sohyun nak pergi korea…” jantung sohyun berdebar dengan lajunya...

 

Ms.Kim melihat suaminya untuk kali kedua tetapi degan muka yang serious, Mr.Kim melihat isteri nya lalu membuka mulut setelah dari tadi membisu…

 

“belanja kamu ada ke nak pergi korea ni” – Mr.Kim dengan suara garang

 

“ada paa, saya simpan gaji saya selama bekerja dekat coffee house, kalau tak percaya sohyun boleh buktikan”

 

Ms.Kim hanya mampu mengeluh… dia tahu perkara ini akan berlaku...

 

Untuk kali ketiga Ms.Kim meliat Mr.Kim tapi kali ini memberi tanda… tanda untuk memberitahu sesuatu...

 

Mr.Kim membuka bicara setelah melihat isterinya...

 

 "sudah tiba masanya papa beritahu kamu hal sebenar” - Mr.Kim

 

Sohyun merasa keliru “hal sebenar maksud papa?”

 

“kamu tak nak tahu ke? Kenapa kita pindah ke Malaysia?”

 

“kejap, sohyun tak faham lah… sohyun nak pergi korea untuk vacation je tpi kenapa papa nak cerita tentang kisah lama? Sohyun tak nak ambil tahu lah”

 

Ms.Kim bersuara “jika kamu mau pergi korea kamu mesti tahu hal sebenar sohyun”

 

Dengan perasaan terpaksa sohyun berkata “okay okay walaupun sohyun tengah confuse sekarang, sohyun dengar hal sebenar tu”

 

“sebenarnya kamu ada abang, kembar kamu” – Mr.Kim

 

Semakin keliru sohyun di buatnya setelah mendengar perkataan yang keluar dari mulut ayahnya itu.

 

“papa jangan tipu sohyun lah, ini bukan drama korea paa”

 

“papa kamu tak tipu sohyun, memang kamu mempunyai kembar” – Ms.Kim

 

Dengan perasaan tidak puas hati “lepas tu kembar sohyun tu mana? Selama sohyun hidup, tak pernah nampak pun… bayang-bayang pun tak ada”

 

“kembar kamu di korea… dia dijaga oleh uncle kamu sejak lahir lagi”

 

Ms.Kim mengeluh mendengar kata-kata itu lalu air matanya mengalir tampa diketahui…

 

“mama, kenapa menangis ni?”

 

Sohyun semakin keliru dengan apa yang terjadi…

 

Mr.kim menyambung bicaranya…

....................

 

Apakah yang sebenarnya terjadi?

 

Siapakah kembar kim sohyun?

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Angelroseshyama #1
Wish I could read this?, I can't understand :(
Angelroseshyama #2
Wish I could read this?, I can't understand :(