Chapter 1

Unexpected

“panas lah, aku sorang saja ke yang panas ataupun aku banyak sangat dosa?” – Sohyun

“aku rasa kau banyak dosa lah, aku panas tpi tak merungut macam kau ni, annoying sangat” – Mina

“kau diam lah, jngan cakap dengan aku” – Sohyun

 

Lantas Mina menjeling mata dekat sohyun, sudah masak degan perangai sahabatnya itu. Kim sohyun dan Mina sudah lama berkawan sejak kecil lagi, rumah mereka pun hanya di seberang sahaja. Sohyun tidak mempunyai adik-beradik sebab tu lah dia rapat sangat dengan Mina, umur mereka juga kurang lebih, 2020 ni dah masuk 20 tahun.

 

Sebenarnya kim sohyun bukan berasal daripada Malaysia, asal kim sohyun adalah dari korea. Dengan nama pun sudah tau dia bukan asal Malaysia… mana ada orang Malaysia nama Kim sohyun kan? Cerita nya macam ni…

 

Semasa kim sohyun berumur 4 tahun, keluarganya berpindah ke Malaysia kerana hal yang tertentu, masa tu sohyun masih kecil lagi dan dia tidak tahu menahu tentang hal ini. Ibu dan ayah hanya bercerita mereka pindah ke sini kerana hal kerja tapi macam ada cerita lain di sebaliknya… sohyun malas nak ambil tahu, yang penting sekarang dia dah Bahagia dekat Malaysia. Semua kawan-kawannya dekat sini tpi adalah terdetik nak tahu tentang hal sebenar.

 

sohyun mempunyai satu wish list, dia nak vacation dekat korea seorang diri. Dia tak nak ambil tahu hal sebenar tapi dia nak ambil tahu bagaimana rasa nya tiggal dekat sana. Lagipun dia ada seorang kawan yang bernama park jihyo. Jihyo pernah tiggal dekat Malaysia dalam masa lebih kurang 2 tahun, dia kata dia nak dari cari pengalaman kerja di negara lain. kebetulan sohyun bekerja di tempat yang sama. Sohyun dan jihyo bekerja di ‘coffee house’. Dari situ lah mereka rapat, sohyun berjanji kepada jihyo bahawa suatu hari nanti dia akan pergi ke korea. Selepas 2 tahun jihyo menetap di Malaysia, sudah tiba masanya dia balik ke korea kerana kontrak dah habis, sohyun sangat sedih sehingga 3 hari dia menangis teringatkan jihyo. Jihyo adalah salah seorang kawannya yang pandai Bahasa korea, mereka akan berbual menggunakan Bahasa korea. Dari kecil lagi sohyun memang pandai bertutur bahasa korea walaupun sudah lama tinggal di Malaysia. Mereka mengamalkan Bahasa asal mereka dirumah supaya mereka sekelurga tidak lupa.

 

Sohyun mula bekerja di ‘coffee house’ semasa berumur 18 tahun, masa tu masih muda lagi tpi dia enggan mahu bekerja, katanya dia mahu cari pengalaman dan pendapatan sendiri. Ibu dan ayah mula-mula marah tpi lama-lama lembut lah hati dorang, lagipun itu penting untuk mengajar seorang remaja hidup sendiri dan bagaimana susahnya mencari duit sendiri. Selepas diberi kebenaran, sohyun terus membuat cv, keesokkan harinya sohyun terus keluar bersama Mina untuk menghantar cv ke kadai-kedai berdekatan, banyaklah juga tempat yang dituju. Selama beberapa hari menunggu panggilan, sohyun di terima sebagai barista di ‘coffee house’ sangat lah gembira sohyun semasa mendangar khabar baik itu.

 

Setelah bertemu jihyo di ‘coffee house’, sohyun mempunyai cita-cita hendak pergi ke korea kerana jihyo selalu bercerita bagaiman suasana di sana… rasa cemburu juga ada, rasa nak tahu juga ada. Dari hari itu lah sohyun mengumpul duit gajinya setiap bulan untuk menyampaikan hajatnya di kemudiaan hari. Duit sudah ada, tinggal kebenaran dari ibu dan ayah sahaja lagi.

 

Rasa-rasa ibu dan ayah kim Sohyun memberi kebenaran ke?

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Angelroseshyama #1
Wish I could read this?, I can't understand :(
Angelroseshyama #2
Wish I could read this?, I can't understand :(