A Cup of Latte and Pain

H I R A E T H
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

 

 

[3 Oktober 2017]

 

 

 

Dowoon mencabut fon telinga sambil sebelah badannya menolak perlahan pintu masuk ke kafe kecil itu. Loceng yang terletak di atas pintu tersebut berbunyi nyaring membuatkan dia mendongakkan kepalanya secara tiba tiba. Hood sweatshirt berwarna kelabu yang dipakainya jatuh, mendedahkan rambut hitamnya yang mencecah paras setengah dari tengkuknya.

 

Mula melangkahkan kakinya ke dalam, hidungnya dengan serta merta dapat menghidu aroma kopi segar dan bau pastri hangat yang memenuhi ruang kafe itu. Dia menghembuskan nafas kasar. Sudah terlalu biasa dengan aroma tersebut, dia jadi bosan.


Dan perasaan itu, datang kembali meresap ke dalam jiwanya.

 

Dia benci. Dengan perasaan itu. Perasaan yang dia sendiri tidak tahu bagaimana untuk mendefinisikannya.

 

Setelah membayar harga untuk secawan latte suam, dia hanya berdiri di tepi kaunter sambil mencari cari sesuatu.
Atau mungkin, seseorang.
Matanya tertumpu pada satu susuk tubuh yang amat dia kenali. 
 

 

Itu dia.

 


Apabila Mei menghantar teks mengatakan yang mereka harus berjumpa, Dowoon duduk bungkam di tepi katilnya. Tidak tahu bagaimana hendak mengekspresikan perasaannya. Adakah Mei sudah mampu mengingati dia? Atau adakah Mei hendak memberitahu yang dia harus pergi, sekali lagi? 

 


Bahunya sedikit terangkat apabila pekerja kafe itu membacakan pesanannya. Dia mengambil lattenya dengan berhati hati dan mula melangkah.
Semakin dia menghampiri tempat di mana Mei sedang duduk, dia merasakan ada sesuatu yang semakin mencengkam hatinya, membuatkan dia sukar untuk bertenang. 
Dia lihat Mei tunduk, sedang asyik membelek halaman sebuah novel. Dowoon menarik nafas dalam dalam, cuba untuk menenangkan dirinya. Mei pula masih hanyut dalam dunianya sendiri, tidak menyedari yang Dowoon sudah pun berdiri tepat di hadapannya.

 


Ah, Mei.

 

Langsung tidak boleh berpisah dengan buku.

 

Rambutnya juga kelihatan sedikit pendek, membuatkan Dowoon tertanya tanya sama ada Mei memotongnya atau tidak. Dowoon mengetap bibir bawahnya perlahan, risau akan terpacul soalan soalan sebegitu daripada mulutnya. Dia memerhati kafe itu. Dekorasi dalamannya langsung tidak berubah, susunan patung arnab di sudut kaunter itu masih sama dengan sewaktu Dowoon datang ke sini pada musim sejuk yang lepas.

 

Walaupun dikelilingi dengan perkara perkara yang hanya membawa kembali memori pahit manis itu ke dalam fikirannya, Dowoon masih mampu untuk tersenyum apabila Mei membulatkan mata sambil meminta maaf berkali kali kepada Dowoon akibat tidak perasan akan kehadirannya. Satu sengihan kecil muncul di bibir Mei, membuatkan Dowoon tiba tiba tersentak. Dia duduk di hadapan Mei secara lambat lambat dengan kekok sambil kedua mereka bertukar pertanyaan khabar. Telapak tangannya mula berpeluh. Dia akhirnya tahu apa perasaan yang sedang dia rasakan sekarang —risau. 

 


Dia risau d

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tygrysku
saya makin tenggelam dengan real life. maaf sebab tak update 😭 dah berhabuk ya hiraeth ://

Comments

You must be logged in to comment
songofthesirens #1
Chapter 1: this was soo good :’^D
LovelyIna
#2
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
taenovella
#3
Really intirgued by the title!
Saya harap awak dpt cari the reason behind the desire as you continue to write the story ^^