Ep 01 : Officially Bankrupt

My Crazy Poor Life
Please Subscribe to read the full chapter

 

Tepat pukul 9 pagi , Ha Seul pulang dari pasar pagi dengan seplastik barang dapur . Dia berjalan di kejiranannya itu sambil menghirup susu segar yang sempat dia beli di kedai . Selang lagi beberapa rumah untuk ke rumahnya , langkahnya serta merta terhenti apabila melihat sekumpulan lelaki yang cukup dikenali berada di depan pintu rumahnya.

 

Hirupannya terus dihentikan . Kakinya mula mengundur. 

 

 " Oh -" desisnya dan semakin mengundur.

.

Perlahan .. Perlahan ..

.

 " Itu pun dia , Boss !" Tiba -tiba salah seorang anak buah menoleh kearah keberadaan Ha Seul. Tepat bila gadis itu nak berpaling lari. 

 

Ha Seul pun apa lagi. Dengan selipar jamban ,dia terus memecut lari. Alang -alang pagi ni , eloklah bersenam. 

 

 " HOI ! Jangan lari !. Apa tengok lagi?. Kejarlah !" Arah si Boss yang dah lama mencari . 

 

Anak -anak buah yang nampak blur -blur pun tak ada pilihan. Mereka macam dah terlatih, terus mengejar si mangsa. 

 

Maka , sesi kejar mengejar pun berlaku di pagi hari di kejiranan yang aman.

 

 " Ke tepi ! Ke tepi ! " jerit Ha Seul memberi amaran kepada orang -orang di depan. 

 

Dengan suara separuh mati , dia cuba menghalau orang -orang yang menganggu laluannya. Macam atlet kebangsaan , dia mengelak setiap seorang dengan cermat. Ini kalau mana -mana coach atlet Korea ni tengok , mesti dia dah diambil . 

 

Tiba di simpang kedai , Ha Seul terus membelok. Dengan kaki jadi brek semulajadi, dia melakukan belokan dengan sungguh macho. 

 

Untung badan , dia terjumpa satu pintu stor kedai yang kebetulan terbuka. Apa lagi, dia pun cilok masuk dan menutup pintu stor itu semula. Di dalamnya , dia terus menahan nafas sementara tak lama kemudian mendengar beberapa derapan kaki yang berlari pergi. 

 

Ha Seul melepaskan helahan lega yang sungguh kuat. Dia membuka pintu dengan perlahan . Kosong. 

 

Hari ini selamat lagi . 

 

 

Dengan rambut serabai tapi sekurangnya menepati masa , Ha seul tiba di kelasnya dengan mengigit daun saderi. Dia meletakkan begnya di sebelah meja kosong rakannya . Rakan -rakannya terus menoleh sebelum membuat muka sememeh. 

 

 " Yah , Kang Ha Seul . Kau tak mandi lag--" 

 

 "---hmphh" cepat -cepat , Ha seul yang masih ada maruah menekup mulut laser rakannya itu. Dia mengerutkan dahinya dengan tanda 'diam'. Apabila si So yeon sudah diam, dia melepaskan tangannya yang dah basah dengan DNA manusia itu. 

 

 " Bekalan air rumah aku terputus lagi .. " beritahu Ha Seul dengan malas. Bukan jarang berlaku , memang selalu pun. 

 

 " Lagi sekali ?. Pindahlah Ha Seul, aku tahu beberapa rumah yang dekat dengan U kita .." ujar So Yeon bertimbang rasa. Dia dan rakan -rakan lain langsung tiada idea yang ibu Haseul sudah lama menghilangkan diri .

 

Haseul tak menjawab apa -apa selain tersenyum tipis. Dia kemudian menghulurkan tangannya kepada rakan -rakannya. Da Rin seperti biasa cepat -cepat mengeluarkan syampu keringnya dan minyak wangi dan diberi kepada si rakan yang memerlukan. 

 

 " Aku pergi kejap " 

 

Dengan barang orang kat tangan , Ha seul berjalan keluar dari kelas sebelum bertembung dengan rakan sekelasnya ; Cha Eun Woo. Lelaki yang jarang bercakap. Dipanggil selurus kampus sebagai Guy Gold in Mouth. Dengan kata bawang , ada emas di mulutnya. 

 

Eun woo sekadar mengerling sebelum masuk dan duduk di tempatnya. Mengendahkan pandangan mesra Ha seul yang murah itu.

 

 " Period all the time.. Tch " dengus Ha seul sebelum keluar. 

 

 

Sebuah motor memecut laju masuk ke dalam perkarangan Uni sebelum dipakir . Seorang lelaki tinggi lampai turun darinya dan membuka helmetnya . Sebaik sahaja wajahnya dapat dilihat dengan jelas , kedengaran beberapa teriakan kecil dari para perempuan lalu lalang. 

 

Dia menoleh kearah peminat -peminat

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet