Dua

Kisah Kita

 Aku memandang gadis itu tajam. Gadis itu juga memandangku tajam. Aku jeling dia. Dia pun jeling aku.

 "Kau pikir kau lawa?" Pekikku kepada dia. Dia mencekak pinggang.

"Aku memang lawa. Tak macam kau."

"Woah. Iman kata kalau nak tau betul ke lawa kena tanya dak laki." Aku tau aku tanak kalah.

"Hah pergilah tanya dak laki." Balas Tasha.

"Ok fine. Kau mencabar aku ea?" Mataku melilau mencari sasaran. Budak laki yang tinggal dalam kelas cuma yang skema je. Yang tak skema merayau ntah kemana aku pun ngak tahu.

 Hah. Aku nampak mangsa pertama.

"Din." Aku panggil imam remaja sekolah. Sangat alim dan calon straight As.

Dia memandangku pelik.

"Aku ada soalan cepumas untuk hang. Antara aku dengan Tasha, sapa lagi lawa?" Din hanya tersengih.

"Cepatlah Din. Aku bukan nak tengok kau sengih."

"Ok ok. Ni jujur lah. Erin lagi lawa. Tapi dua dua ciptaan tuhan yang indah...." aku bersorak bila Din kata aku lawa. Ayat belakang terus aku tak dengar.

"1-0." Ujarku kepada Tasha. Tasha hanya buat bodoh. Aku mencari mangsa lain pulak.

Aku nampak lagi sorang. Zahir. Juga pelajar skema rebus buku sejarah.

"Zahir. soalan yang sama." Aku baru cakap sikit tapi dia dah tersengih.

"Oklah. Kita tukar twist soalan tu sikit. Antara aku dengan Tasha, sape lagi hodoh?" Semua yang ada di kelas tergelak.

"Mesti Erin kan? Kan Zahir?" Teriak Tasha dari tempat duduknya.

"Diamlah Tasha." Ujarku. Tasha mencebik.

"Cepat Zahir." Zahir menggeleng tanda tidak mahu jawab.

"Tak de sape cantik?" Zahir mengangguk pula. Korang jangan salah faham. Dia bukan bisu tapi pemalu.

"Ok takpe. Kita cari mangsa lain lak."

Tiba tiba Amirul dan Izhar masuk ke kelas dengan air teh ais ikat tepi di tangan. Kantin lah tu.

Aku dah tersenyum sambil memandang Tasha dengan isyarat 'aku nak tanya Izhar tau'. Tasha membalas isyaratku yang bermaksud 'ha tanyalah!'.

Actually Tasha dengan Izhar ni pakwe makwe yang tak brape nak sweet sgt dalam kelas mahupun dalam med soc. KononNya silent relationship. Ala njir lah kalian berdua ni.

 "Izhar." Panggilku. Semua mata memandang Izhar serius.

"Aku ada soalan kbat."

"Mende?"

"Antara aku dengan Tasha, sape lagi hodoh?" Masih lagi soalan yang sama. Izhar dah tergelak. 

"Cepat jawab."

"Kejamnya soalan."

"Oklah. Aku twist balik soalan tu. Sape lagi lawa. Aku ke Tasha?" Soalku semula. Izhar takleh henti sengih.

"Kalau salah, kita break." Teriak Tasha dari tempat duduk dia. Makin galak semua orang.

"K ah. Kalau betul dapat apa?"

"CEPATLAH JAWAB!"

"OK OK. Tasha cantik."

"1 sama. K takpe. Amirul." Amirul menoleh.

"Soalan yang sama." Amirul hanya buat bodoh.

"Sape lagi ho--" belum sempat soalan aku habis dia dah potong dulu.

"Mak aku."

--

Based on a true story.

P/s: kalau nak req pun boleh :)

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet