CHAPTER 1

Only You

   ANGIN yang agak dingin menampar wajah membuatkan dirinya sedikit menggigil kesejukan. Kedudukannya yang mencecah 273 meter daripada tanah membuatkan suhu di atas bangunan 50 tingkat itu mencecah ke tulang.

Zero. Salah seorang ejen terhandal dalam sebuah perbadanan rahsia di Korea Selatan. Tiada siapa yang mengetahui identiti sebenarnya. Setiap misi yang dijalankan pula pasti berakhir dengan jayanya.

"Neo michyeosseo?? Tinggi gila kot bangunan tu. Takkan kau nak terjun jugak??". Sedikit bingit telinganya mendengar jeritan daripada kawannya melalui earphone bluetooth yang disumbat di telinga.

"Habis tu.. Kau ada nampak jalan keluar lain ke?? If I stay, I'll got caught. Takkan kau nak suruh aku lawan diorang?? Tak pasal-pasal aku mati usia muda. Aku nak kahwin dulu baru fikir nak mati ke tak". Sempat lagi Zero melawak.

"Haish.. Yela-yela. Kau tau kan cemane nak guna alat tu. Harapnya boleh pakai la sebab tu alat lama. Tak tau function lagi ke tak". Ujar Seven di talian. Sedikit membulat mata Zero.

"Mwo?? Lama dah tak pakai??". Suaranya sudah naik seoktaf. Mana tak terkejut. Kalau tak berfungsi macam mana?? Melepaslah dia nak kahwin dengan Jun Ho.

"Kan master suruh fix sume gear. Yang kau pakai tu yang lama punya". Beritahu Seven jujur. Pucat terus wajah Zero. Dia menelan air liur yang terasa kelat.

"Asal tak bagitahu aku??". Siyez dia tak tahu. Langsung tak perasan sewaktu dia mengambil gearnya tadi. Fikirnya gear yang sama. Kalau dia tahu memang tak la dia akan terima mission tu malam ni. Namun apakan daya, nasi sudah menjadi bubur.

"Dah kau tak tanya. Asyik nak cepat je". Selamba sahaja Seven berkata. Padan muka kau Zero. Tadi yakin sangat nak terjun. Haa.. Terjun la terjun. Kalau kau hidup lagi memang nasib kau baik.

"Aduh.. Tak ada masa dah ni. Kalau lambat confirm aku kena tangkap". Bebel Zero. Tangannya pula lincah memasang gear yang akan digunakan untuk terjun bangunan 50 tingkat tersebut. 

"Ah.. Rembat je la". Dia nekad. Cangkuk tali dipasang di pinggangnya. Dia memanjat tembok yang hanya paras pinggang.

Kini, dia sudah pun berdiri di hujung tembok bangunan tersebut. Dia memandang ke bawah. Dapat dirasakan darah menderu ke seluruh kapilari darahnya. Tinggi mak ai.. Tak leh nak ucap dah.

"Seven-ah!! Kalau aku mati, cakap kat Jun Ho yang aku sayang dia sangat-sangat". Sempat lagi dia memesan. Seven menjulingkan mata ke atas. Heh.. Sebelum ni pun elok je kau. Hidup je. Cuma kali ni maybe 50/50. Sebab equipment tak bagus sangat. Tapi dengan nasib kau yang selalu baik tu.. Aku rasa kau hidup lagi lepas ni.

Mata dipejam. Tangan didepakan. Sudah bersedia untuk terjun. "Ganda". Ujarnya pendek sebelum menjatuhkan badannya.

Daya tarikan graviti bumi yang sangat kuat membuatkan badannya laju menjunam ke bawah. 10 saat... 20 saat... 30 saat.. Berlalu.

'Takk'. Sangkut. Tali tidak cukup panjang rupanya.

"Oupss". Sempat pula dia tersenyum kerana tersangkut. Walaupun masih ada 10 tingkat ke bawah.

Tambahan pula, dia berhenti di hadapan sebuah bilik dengan lampu yang masih menyala. Akibatnya terkantoilah yang dia pecah masuk bangunan tersebut. 

"Anyeong". Zero sengih menampakkan gigi sambil tangan kanannya melambai perlahan.

Orang di dalam kelihatan sedikit kaget sebelum bertindak menghubungi security dan lain-lain. Apa tidak, Zero kot yang pecah masuk. Bukan biasa-biasa maklumat yang dia curi. Mungkin satu bangunan sudah habis digodam.

"! Diorang dah nampak aku". Zero bertindak pantas. Pisau lipat dikeluarkan dari dalam poket. Tali dipotong. Badannya kembali ditarik oleh tarikan graviti.

"Yeoboseyo?! Zero?!". Seven menyapa Zero apabila senyap seketika. Cuak pula apabila suaasana di hujung talian tiba-tiba menyepi.

"Mwo?? Aku hidup lagi la. I'm Zero you know. Takkan mati semudah tu". Ujar Zero bongkak sambil mendabik dada. Mujurlah dia ada membawa payung terjun bersama. Kalau tidak pecah berderai lah tubuh badannya disitu.

Dia melajukan langkah namun matanya masih memerhati keadaan sekeliling. Takut-takut bertembung dengan security ke.. Mampus dia. Dia menyelinap keluar dengan jayanya setelah memastikan kawasan sekeliling masih lengang tidak dikawal. Ketika dia sudah jauh barulah keadaan di kawasan bangunan itu kecoh. Heh.. Terlambat.

Zero memasuki keretanya yang terletak di tepi jalan tidak jauh daripada situ. Enjin dihidupkan sebelum dia menekan pedal minyak meninggalkan kawasan tersebut.

"Immu wanlyo". Ujarnya dengan bergaya setelah menyelesaikan misi tersebut. "Woohooo!! Terbaik lah". Seven pula menjerit keriangan. Semua data sudah siap disalin. Zero sememangnya boleh dipercayai.

 ***

   ZERO. Nama sebenarnya ialah Dam Yeo Wool. Umur 26 tahun. Mula menceburi bidang sebagai ejen rahsia sejak berumur 19 tahun. Menyandang jawatan tertinggi selepas Master. The best agent dalam organisasi tersebut. Kecantikannya pula boleh membuatkan semua lelaki gila bayang walaupun wajahnya ditutup dengan mask.

Akan tetapi, hakikat sebenar orang menganggap Yeo Wool seorang gadis yang agak tidak terurus. Dengan rambut serabai, bau semerbak macam sebulan dah tak mandi. Even, dari jauh lagi orang dah mengenali itu Yeo Wool.

Apa tidaknya, dia bekerja sebagai wartawan di sebuah syarikat media yang agak besar juga. Pekerjaan sebagai wartawan amatlah sibuk. Dia juga tidak tahu bagaimana dia mampu membuat dua pekerjaan dalam satu masa.

"Ada lagi setengah jam sebelum start waktu office". Yeo Wool memandang jam tangannya. Pekerja lain masih belum kelihatan. Hanya beberapa orang yang berada di office itu. Mungkin masih lagi makan tengah hari. Dia masih terpacak di mejanya daripada tadi. Hanya makan roti dan minum air. Tiada selera untuk makan nasi.

Tiba-tiba, seorang lelaki yang merupakan rakan sekerjanya datang menyapa. "Yah!! Yeo Wool-ssi". Panggil lelaki itu yang sudah pun berdiri di sisinya. Yeo Wool segera menoleh.

"Nae??". Pantas Yeo Wool menjawab. Riak wajah lelaki itu terus berubah. Dia memandang Yeo Wool atas bawah. Dengan penampilan seperti itu agak menjijikkan bagi seorang lelaki yang mempunyai cita rasa yang tinggi sepertinya.

Sengaja Yeo Wool berpakaian seperti seorang yang tidak tahu menghias diri. Dia lebih selesa tiada yang mengetahui wajah sebenarnya. Tak ada la orang mudah mengecam identiti sebenarnya sebagai Zero.

"Erm.. Ni bos bagi kau kerja". Satu dokumen diserahkan kepada Yeo Wool.

"Ape ni??". Dia menyoal.

"Bos suruh kau interview artis tu". Pendek sahaja jawapannya sebelum berlalu pergi. Tidak betah dia ingin terus memandang wajah gadis di hadapannya itu. Geli.

Baru sahaja Yeo Wool ingin membuka dokumen tersebut, telefon bimbitnya berbunyi.

"Nae~ Seo Yi-ah. Wae??". Terbuntang matanya mendengar apa yang diperkatakan oleh kawannya. "Ohh.. Gomawo". Talian diputuskan.

Yeo Wool tergesa-gesa untuk keluar. Dokumen tadi turut dibawa bersama. Ada hal penting yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

***

   GIGINYA diketap menahan marah. Penumbuk digenggam kuat sehingga menibulkan rasa sakit apabila kukunya mencengkam kulit yang agak tipis pada tapak tangan. Namun, sakit yang dirasakan tidak mampu menyaingi sakit di hati. 

Orang-orang disekeliling yang memerhati situasi tersebut sudah tidak dipedulikan lagi. Hutang perlu dilunaskan. Kau silap cari pasal dengan aku Jun Ho.

"Sampai hati awak buat saya macam ni??". Ujarnya dengan suara yang tertahan. Kedengaran agak dingin. Walaupun hati sudah menangis sayu.

Sebaik sahaja Seo Yi memberitahu yang dia ternampak Jun Ho keluar berduaan dengan perempuan lain, dia terus meninggalkan pejabat dan pergi ke tempat yang dikatakan oleh Seo Yi. Agak sukar untuk dia mempercayai apa yang berlaku di depan mata.

Jun Ho merupakan kawan baiknya sejak kecil. Jun Ho juga yang melamarnya sebagai kekasih dan mereka bertunang dua tahun lepas. Kini, Jun Ho juga yang memilih untuk meninggalkannya dahulu. Sungguh tidak pernah dia menjangkakan perkara tersebut.

"Mianhae... Yeo Wool-ah. Tapi saya betul-betul dah tak sukakan awak. Kita putus". Terasa seperti dipanah petir mendengar perkataan itu. Cincin tunang di jari Jun Ho tanggalkan dan diletakkan di atas meja cafe. Kemudian, dia berlalu pergi bersama kekasih barunya.

Yeo Wool kaku seketika. Begitu pantas sekali semua yang berlaku saat itu. Dia masih cuba untuk menerima kenyataan yang dianggap hanyalah mimpi dan mainan tidur. Berharap agar dia dapat sedar dengan segera. Mustahil. Kerana semuanya adalah realiti. Mekipun pahit untuk ditelan.

"Jamkkan!!". Lantang suara Yeo Wool memanggil lelaki yang mengkhianati dia itu. Jun Ho berhenti melangkah sebelum berpaling.

Yeo Wool terpandang akan air di dalam gelas yang masih penuh berisi milik Jun Ho di atas meja. Diambilnya cawan itu sebelum dilemparkan air tersebut pada wajah Jun Ho. Jun Ho tergamam seketika menyedari wajahnya sudah basah disimbah air oleh Yeo Wool.

"Your price. For abandone me. At least I have to pay right??". Cincin Jun Ho yang diletakkan di atas meja diambil sebelum dia keluar daripada cafe tersebut meninggalkan Jun Ho dan kekasihnya menahan malu. 

Walaupun hakikatnya, dia menyedari bahawa kebanyakkan orang yang berada di cafe itu menyalahkan dirinya. Mengatakan bahawa dia memang wajar untuk ditinggalkan kerana kelihatan hodoh di mata mereka.

Yeo Wool berlalu pergi dengan air mata. Sungguh hatinya seperti dirobek-robek. Dia tidak pernah berasa begitu lemah seperti ini. Hanya disebabkan seorang lelaki, dia sudah tidak dapat berfikir dengan waras. Dan pada ketika itu, dia sedar cinta bukan perkara yang boleh diambil mudah.

Sekuat mana pun seseorang itu, dia pasti akan kalah dalam hal berkaitan dengan hati dan perasaan. Seperti dirinya.

Yeo Wool membawa diri dengan hati yang terluka tanpa mengetahui arah yang ingin dituju.

***

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet