Chapter 1

Bangtan High School and Cool Teacher (Malay FanFic)
Please Subscribe to read the full chapter

Kelas 2-4 adalah kelas paling tercorot sekali.Budak-budak kelas ni pun bukan yang jenis suka ikut peraturan! diorang buat ikut kepala diorang saja ! termasuk aku la, tapi aku ni baik sikit.Hehehe. senang cakap , sekali kau langkah setapak dalam kelas ni boleh tercirit ooo! ceh takde la .Gurau saja , ada je yang nerd dalam kelas ni ,tapi nak tau something tak? ada satu geng ni perangainya kalah setan! tak ada sapa-sapa boleh lawan diorang.Haa try la nak lawan diorang , tak pasal ko makan nasi pakai straw nanti .Ha! apa-apa pun let me intro myself first. My name is N, tak perlu tau la nama penuh aku apa , tapi orang panggil aku N, bukan L , bukan V , bukan T-".

"Woi tenuk! kau bebel apa sorang-sorang?". Jin menendang kerusi N di hadapannya.

"A-aniyo..mana ada aku bebel apa". Mau terkucil N dibuatnya apabila kerusinya ditendang kuat oleh Jin .Bukan Jin tanah, bukan Jin api , tapi nama dia Kim Seokjin , orang panggil dia Jin saja.

"Aku dengar kau sebut nama aku tadi". Tiba-tiba V datang dan terus duduk bertinggung di atas meja N.Sekali pandang, species gorila dalam cita Rampage tu.Okno.

"Mana ada aku mention nama kau!". Endah N.

"Oi aku tak pekak lagi la .Oi kontot! kau dengar kan dia mention nama aku?". Tanya V pada Woozi. Memandangkan Woozi paling pendek dalam kelas,jadi geng BTS menggelarnya sebagai Kontot .

"Aa...". Woozi terdiam seketika .

"Kau cakap ya, kalau tak aku tumbuk hidung kau sampai penyek ". Ugut V . 

"Cehh baik takyah tanya". Bisik N dalam hati.

"Ye ye ye ". Woozi mengangguk laju .Takut juga kena penangan penumbuk si V ni .Tak pasal koma sebulan nanti .

"Ha! dengar tu! si kontot cakap kau sebut nama aku tadi!". V sudah mencengkam koler baju N.

"Wehh aku dengar ada cikgu baru datang! y gilerr siaa". Kata Jhope yang baru balik dari bilik guru. Jhope merupakan ahli paling berpengetahuan luas pasal sekolah.Semua cerita berkaitan sekolah dia tahu termasuk muka siapa yang jenis berak kencing tak basuh tu.Sekali hadap dengan orang tu Jhope orang pertama akan membidasnya!.

"Yeke!! mana weh?!".Pantang dengar perempuan y! terus lupa niat membulinya sebentar tadi .

"Dia dekat bilik guru lagi.Tadi aku nampak dia jalan dengan Si botak .Si botak merupakan nama yang diberi oleh budak kelas 2-4 pada Junghan seonsaengnim. 

"Ala! asal Si botak tu rasmi jalan dengan gegirl aku dulu!" . Taehyung terus menyepak kerusi N .

"Haih apa la salah kerusi aku ni.Setiap kali korang marah ke geram ke kerusi aku juga yang ditendangnya .Lama-lama tak pasal aku belajar bersila atas lantai je". Kata N dalam hati sambil menunduk kepala .

Beberapa minit kemudian ...

"Class ! pay attention! harini kita ada guru baru yang akan mengganti saya dalam masa 5 bulan". Kata Minmin seonsaengnim.

"Kau tak ngajar terus pun takpe orang tua.Memekak je suara tu .Hangus taik telinga aku dengar kau bebel tiap hari". Kata Suga.Walaupun perlahan sahaja percakapannya,namun jelas dapat didengar oleh Minmin seonsaengnim.Minmi seonsaengnim hanya buat pekak saja,sudah masak dengan sikap anak muridnya .

"Kenalkan ni Oh Minsoo seonsaengnim.Dia akan mengajar kamu semua 3 subjek sekali gus , subjek math, english dan bahasa Korea .Saya harap kamu semua boleh beri kerjasama ya". Kata Minmin seonsaengnim lagi.

"Wooooo lawa gila sia!!!! ". Jerit Rapmon yang duduk di meja belakang.

"Cikgu lawa macam ni kalau ajar kami semua subjek pun kami nakk!!". Kata Jungkook sambil meletakkan kakinya atas meja .

"Wehh badak ! kau gi duduk tempat lain.Aku nak duk sini". V menolak Jisoo yang digelar badak kerana saiz badannya yang agak besar .

Minsoo hanya memerhati wajah sorang per sorang pelajar yang akan dihadapinya selama 5 bulan sebagai guru praktikal di sekolah ini .

"Kalau macam tu ,saya minta diri dulu.Saya harap kamu semua dapat beri kerjasama dengan Minsoo seonsaengnim ye,jangan nakal-nakal ". Pesan Minmi seonsaengnim sebelum melangkah keluar dari kelas .

"Orang tua ni berapa kali nak ulang benda yang sama

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet