BAB 2

Forever Love [ J.JK]

 

Woii berangan apa?”

Mingyu menepuk bahu Jungkook kuat. Bukan dia tidak tahu Jungkook ialah seorang yang workaholic dan sangat tegas tentang kerjanya. Terutamanya apabila melibatkan Café Amor, kafe milik Jungkook yang sedang giat berusaha untuk bersaing dengan kafe- kafe ternama yang lain. Kadang-kadang terbit juga rasa kasihan di hatinya apabila melihat kegigihan Jungkook sehingga terabai waktu tidurnya lagi- lagi ketika Café Amor baru dibangunkan dahulu. Mujurlah segala titik peluh yang dicurahkan terbalas apabila Café Amor dinobatkan sebagai kafe pilihan utama di Korea dua tahun berturut-turut. Sudah pastilah dia sebagai sahabat sangat gembira dengan kejayaan kawan rapatnya itu.

“ I think you should go to a holiday. A relaxing holiday.” Luah Mingyu risau.

“ Aku ada terfikir jugak. Tapi nanti siapa nak uruskan kafe kesayangan aku ni?” Jungkook memerhati segenap ruang Café Amor yang bertemakan ‘ nature & modern’.

“ Hamboii, kesayangan. Habis, apa fungsi aku sebagai kawan kau? Chill, aku boleh jaga kafe kau ni macam nyawa aku sendiri. Cakap macam aku tak pernah take over position kau.”

Jungkook masih cuba mempertimbangkan cadangan kawan baiknya itu apabila dia hanya diam terus menerus. Tiba-tiba dia pantas bangun apabila melihat seorang wanita berpakaian serba hitam memasuki kafe.

“ Aku sambung kerja dulu.” Ucap Jungkook dan hanya dibalas dengan anggukan kecil Mingyu.

“ Boleh saya ambil order?”

Diam.

“ Boleh saya ambil order?” soal Jungkook buat kali kedua. Dah kenapa dengan perempuan ni? pekak ke?

Jungkook menggawang-gawangkan kedua-dua tangannya di hadapan muka wanita itu. Terkejut wanita tersebut dibuatnya. Dia baru tersedar daripada perlakuannya.

“ Err, encik tanya apa tadi?” malu pula apabila perlakuannya tertangkap oleh barista lelaki di hadapannya itu.

“ oh, saya tanya, cik nak order apa?”

Wanita itu segera melihat menu yang diletakkan berhampirannya.

“ Apa yang menarik kat sini?”

“ OH kafe ni menyediakan macam-macam. Kita ada…”

“ Latte.”

Jungkook terhenti. “ Apa?”

“ Latte. Saya nak satu latte dan sepotong cheese cake.”

“ Oh okey.” Jungkook segera mencatat di buku kecilnya. Terkedu dia sebentar dibuatnya apabila bicaranya dipotong secara tiba-tiba. Baru dia rasa bersemangat hendak menceritakan tentang menu istimewa kafe itu.

“ Sila tunggu sebentar.” Ucap Jungkook mesra.

Wanita tersebut hanya menggangguk kecil tanpa memandang kearah Jungkook.

3 minit kemudian.

“ Sila nikmatinya.”

“ Ok. Thanks.”

“ Ada apa-apa lagi?” soal wanita tersebut apabila ekor matanya menangkap susuk barista lelaki di hadapannya yang masih belum beredar dari tempat tersebut. Tempat untuk dia mendapatkan privasi dan menenangkan diri dengan kopi kegemarannya.

“ Ahh.” Jungkook segera beredar. Dia pun tidak tahu mengapa dia masih berada di situ. Jungkook kembali ke kaunter yang dijaga oleh Mingyu.

“ Perempuan tu pelik.”

“ Apa?”

“ Perempuan tu pelik.” Mingyu mengulang kata-katanya sambil mulutnya menjuih kearah pelanggan wanita yang baru sahaja dia ambil pesanan beberapa minit tadi.

“ Kenapa kau cakap macam tu?. Aku tengok ok je dia tu.” Jungkook membuang kembali pandangannya kearah meja kaunter yang dipenuhi buku akaun. Tapi jujur dia juga  ada rasa pelik sedikitlah sewaktu dia mengambil order tadi.

“ Kau tengok kat luar hujan.”

Jungkook mengangguk mendengar kata- kata Mingyu. Walaupun dia tidak melihat, dia dapat mendengar bunyi hujan lebat yang terhasil. Betullah tu, tapi apa kaitan dengan perempuan tu?

“ Dia tak pakai raincoat. Dia tak bawa payung. Tapi… kenapa dia tak basah macam orang lain?”

Mingyu memegang dagunya sambil mengurut perlahan.

“ Tajam pulak mata kau hari ni sampai orang yang tak basah bila kena hujan pun kau perasan. Kau banyak tengok cerita Detective Conanlah. Biarlah dia,bukan urusan kita pun. Dah sambung kerja kau.” Jungkook menasihati Mingyu.

“ Baik bos.”

Mereka menyambung tugas mereka semula. Café Amor juga sudah mula dipenuhi dengan pelanggan apabila hujan kian berhenti. Matahari pula seolah masih malu-malu memancarkan sinar teriknya seperti biasa.

“ TENGOK NI, LILY ROSE KELUARKAN BUKU BARU.”

Mata Jungkook mengerling kearah pelanggan seorang perempuan yang tiba-tiba menjerit. Bukan dia sahaja malah keseluruhan pelanggan kafe tersebut memandang kearah yang sama.

“ Oops , mianhei.” Malu-malu perempuan itu meminta maaf sebelum dipukul ramai- ramai oleh kawannya yang lain apabila dia hampir duduk di kerusinya.

Tersenyum Jungkook melihat perilaku pelanggannya. Rindu pula dia pada rakan zaman persekolahannya dahulu. Sekarang, mereka sudah berpisah dan masing-masing membawa laluan kerjaya mereka sendiri.

Tiba-tiba, bebola matanya tertancap pada wanita yang dilabel pelik oleh Mingyu. Wanita tersebut kelihatan cemas dan segera mengemas barangnya apabila mendengar jeritan tersebut.

“ Berapa kena bayar?”

“ RM 17”

“ Here, keep the changes.”

Bulat mata Jungkook apabila melihat not berwarna ungu yang dihulurkan kemukanya. Kelibat wanita tersebut terus hilang seperti pelesit tanpa menunggu selepas menyerahkan duit.

Besar duit ni. seriuslah dia tak nak wehh.

Ya, pelik-pelik dia pun, dia ni pemurah rupanya. Terima kasih perempuan pelik. Getus hati Jungkook.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ruzcacious_zephyr
enjoy it!!!!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet