BAB 1

Forever Love [ J.JK]
            

JEON  Jungkook menghantar pelanggan terakhir kafenya ke muka pintu dengan lirikan matanya. Dia kemudiannya memandang wajah kesemua pekerja di bawah seliaannya yang keseluruhannya lelaki dengan senyuman penat terukir di bibir. Penat tapi… puas.

“ You guys did a great job today.”

Kata yang terluah dari mulutnya mendapat tepukan kuat daripada para pekerjanya.

“ Hari ni kita peroleh keuntungan yang berganda. Mungkin ada bonus hujung bulan ni?”

“ Wah,jjinja?Daebak.”

Keadaan dalam kafe yang sejuk serta merta bertukar hangat apabila terdengar perkataan bonus.

Jungkook mencelah seketika apabila keadaan mula tidak terkawal.

“ Okey, semua boleh sambung kerja. Kemas sikit, lepastu semua boleh balik.”

“ Yes, boss.” Jerit mereka serentak.

Jungkook menggeleng perlahan. Macam-macam. Geli hati melihat gelagat rakan sekerja yang sudah dianggap seperti adik beradiknya.

 

 

“ Annyeong, boss.”.

“ Ahh, annyeong.” Jungkook membalas lambaian salah seorang pekerjanya, Haechan.

Satu persatu pekerjanya pulang apabila mereka telah selesai melakukan tugasan terakhir mereka. Semakin lama waktu berlalu, baru Jungkook tersedar bahawa dia hanya tinggal berseorangan di dalam kafe miliknya itu. Dia terlalu fokus sehingga tidak perasan akan suasana sekelilingnya.

Ahli perniagaan muda itu menggeliat kecil. Badannya sudah menuntut hak sebagai seorang manusia. Dia memerlukan rehat yang cukup bagi menempuh hari yang panjang pada esok hari.

Jungkook mengunci pintu kafenya dengan teliti lalu melangkah ke rumahnya yang hanya beberapa meter dari situ. Sempat lagi dia berfikir tentang strategi baru pemasaran supaya kafenya akan terus relavan dalam kalangan pelanggan tetapnya.

“ Good night myself. You are doing a great job today.” Gumam Jungkook perlahan sebelum dia ditelan mimpi.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ruzcacious_zephyr
enjoy it!!!!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet