KAWAN-KAWAN KYUNG SOO

My First Step Towards You
Please Subscribe to read the full chapter

“ Perhatian kepada semua pelajar tahun 1 dan 2, pemeriksaan dorm akan dilakukan pada hari ini, tepat pada pukul 7.30 pagi. Para pelajar dikehendaki bersiap sedia. Sekian. ” bergema pengumuman tersebut di segenap penjuru bangunan asrama. Cukup kuat. Namun, bunyi itu masih lagi tidak dapat mengejutkan heroin cerita ini untuk bangun dari tidurnya yang lena. Bom atom pun masih belum tentu dapat kejutkan.

 

“ Young Mi-shi. Bangun cepat. Dah masuk 7.15 pagi ni. Nanti kita lambat untuk pemeriksaan dorm pagi ni ”, ujar Nana cuba untuk mengejutkan Young Mi bangun dari tidurnya tetapi tiada sebarang respon positif. Setelah hampir enam kali cubaan, akhirnya Young Mi bangun dan dia terus menapak ke bilik air untuk menyiapkan dirinya. Ketika itu, barulah Nana, Taeyeon dan Soo Hwan tahu bahawa rakan sebilik mereka yang seorang itu memang susah bangun pagi. Tetapi, Young Mi jenis yang cepat bertindak. Tepat jam 7.30 pagi, semua pelajar termasuk Young Mi dah bersiap sedia berbaris depan bilik masing-masing. Tiba-tiba, mereka semua dikejutkan dengan kehadiran seorang pelajar senior perempuan berdiri depan pintu masuk Girl’s Dorm.

 

“ Selamat pagi semua. Nama diberi Sunny dan merupakan pelajar tahun 2 dalam jurusan seni lukis. Sebelah kiri saya ni Soo Young dan kanan pula Hyoyeon. Mereka berdua adalah pembantu saya. Saya telah diberi kepercayaan oleh pihak asrama untuk menjadi ketua Girl’s Dorm tahun ini. What I want is just a few simple things. Just, jangan langgar peraturan asrama dan sekolah, if you did something wrong just ask for forgiveness and please.... kalau awak semua nak dihargai dan dihormati, belajar hormat orang yang berada di sekeliling awak. And lastly before I forgot it, tempat ini kawasan dilarang membuli. So, senior sekalian, tolong jangan buli junior anda. Kalau ada masalah atau aduan, jumpa salah seorang dari kami bertiga. That’s all. Kita akan mulakan pemeriksaan dorm sekarang ”, ujar Sunny sunbae-nim.

 

“ Ok...Just enjoy your first day at school, Young Mi ”, getus hatinya.

 

 

Sudah 10 minit Young Mi mencari kelas baharunya. Rakan-rakan sebiliknya mengambil jurusan yang berlainan. Soo Hwan dalam sains forensik, Taeyeon dengan penghias landskap manakala Nana dalam jurusan pemfileman.

 

“ Rasanya aku seorang yang belum masuk kelas lagi ni ”, gumamnya sendirian apabila melihat suasana sekelilingnya yang sunyi sepi.

 

Setibanya Young Mi di satu selekoh, dia terlihat kelibat seorang lelaki sedang sibuk membaca buku di satu sudut yang terpencil. Young Mi begitu fokus memerhati gerangan lelaki itu sebelum dikejutkan dengan bunyi buku-bukunya yang bertaburan dek kerana terlalu khayal. Lelaki tersebut pantas menoleh.

 

“ Awak tak apa-apa? ”, soal lelaki tersebut. Sedar-sedar sahaja lelaki itu sedang berdiri menghadap Young Mi yang sibuk mengutip buku-bukunya.

 

“ Saya tak apa-apa ”, balas Young Mi ringkas. “ Mari sini, saya tolong awak. Banyak buku awak ni ”, ujar lelaki itu menghulurkan bantuan. Pada mulanya Young Mi menolak tetapi lelaki tersebut tidak menghiraukannnya. Sebaik sahaja mereka berdua berdiri, mata mereka bertentangan.

 

“ Alamak !! Handsome pula mamat ni ”, getus hati nakalnya. “ Ermm, hello ?? ”, ujar lelaki itu mematikan lamunan Young Mi. “ Ya, saya ”, balasnya gelabah. “ Awak ni confirm tak dengar apa yang saya soal tadi. Saya tanya, awak ni pelajar junior yang baru mendaftar semalam ke ? ”, soal lelaki tersebut. Young Mi mengangguk pantas.

 

“ Maaf, tapi saya sesat jalan. Saya tak tahu kelas saya di mana ”, balas Young Mi. Dah lama dia merayau-rayau di sekitar aras itu berulang kali. “ I can

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Pyeqa98
this is the first story yang aku simpan dalam pc, and aku decide to post and go for it. Have fun reading ^^. Story ini masih lagi dlm construction, so kalau ada apa2 error, akan cuba diperbetulkan dengan secepat mungkin ... That's all for now

Comments

You must be logged in to comment
Riekamieka #1
Ni mesti gang2 EXO ?? (padahal belum habis baca)
lovemarry94 #2
so cute.. hahahahahahahahha