ASRAMA BARU

My First Step Towards You
Please Subscribe to read the full chapter

 

Kring!!! Kring !!! Kring!!! Kring!!! Kring!!!

 

“ Young Mi-ah, Young Mi-ah.... Bangun sayang. Dah pagi ni ”, ujar Puan Ji Hyo kepada anak saudaranya yang masih lagi nyenyak tidur. Anak saudaranya itu tidak berganjak walau seinci dari posisi tidurnya yang asal.

 

“ Young Mi-ah, bangun sayang. Kamu dah lambat untuk pendaftaran sekolah baru kamu hari ini. Tinggal 20 minit sahaja lagi ”, ujar Puan Ji Hyo lagi sambil menarik selimut tebal yang menutupi separuh badan anak saudaranya itu.

 

“ Ermmm.... Kejap ya, mak cik. 5 more minutes ”, gumam Young Mi yang masih lagi berada di dalam keadaan bawah sedar, belum lagi membuka matanya. Puan Ji Hyo yang masih lagi setia menunggu Young Mi sedar dari tidurnya menghampiri gadis itu.

 

“ Young Mi sayang, bangun. Kalau lambat, kamu akan terlepas pendaftaran itu nanti. , Mak cik tak mahu peluang kamu masuk sekolah elit itu melayang macam itu sahaja. Tolonglah mak cik, Young Mi. Tolong sedar dari tidur kamu tu ”, rayu Puan Ji Hyo mendayu-dayu. Malangnya, rayuan itu tidak diendahkan anak saudaranya.

 

“ Baguslah kalau terlepas. Bukannya Young Mi nak masuk sekolah tu pun. Pak cik dengan mak cik yang beria suruh Young Mi daftar sebab dekat dengan rumah ”, gumam Young Mi dan Puan Ji Hyo dapat mendengar setiap butir percakapan anak saudaranya itu dengan jelas.

 

“ Haissh, Young Mi. Tak baik cakap macam tu. Pak cik dengan mak cik daftarkan nama Young Mi ke sekolah tu sebab dekat dengan rumah, dekat dengan kami berdua. Lagipun abang Kyung Soo sekolah sama dengan kamu dan sekolah tu terkenal dengan pelajar-pelajarnya yang pandai. Sekiranya berlaku apa-apa, abang Kyung Soo boleh jaga kamu, tengok keadaan kamu lebih-lebih lagi kalau ada kecemasan dan waktu tu pak cik dan mak cik tak ada ”, terang Puan Ji Hyo panjang lebar.

 

Young Mi mendengus. Tidak mahu kalah dengan anak saudaranya itu, Puan Ji Hyo menggertak.

 

“ Baiklah, kalau kamu tak mahu. Ini ada kena mengena dengan kehidupan kamu. Kamu dah besar panjang dan boleh tentukan keputusan kamu sendiri. Aduii... nampaknya, terpaksalah mak cik hantar kamu pulang semula ke New York, tinggal dengan papa dan mama kamu ”.

 

Young Mi yang tersentak dari tidurnya, bingkas bangun lalu menghadap ibu saudaranya itu. Dia kehilangan idea untuk menyerang balas. Akhirnya, mahu tak mahu terpaksalah dia akur. Dia tak mahu pulang ke New York dan tinggal bersama papa dan mamanya yang sentiasa sibuk. Puan Ji Hyo tersenyum tatkala melihat telatah anak  saudaranya itu seolah-olah menyerah kalah dengan serang balasnya tadi.

 

“ Mak cik, sebut pasal abang Kyung Soo, bukan patutnya dia balik asrama semalam ke? ”, soalan  Young Mi yang mematikan lamunan Puan Ji Hyo. Kini, dia pula yang tersentak.                 “ Entahlah, patutnya semalam dia dah balik tapi ada hal pula. Aihh, Kyung Soo. Kamu dah sarapan pagi ? ”, soal Puan Ji Hyo kepada anak tunggalnya yang melintas di depan bilik Young Mi secara kebetulan. Kyung Soo berhenti di tempatnya dan membalas soalan ibunya dengan senyuman.

 

“ Baguslah kalau kamu dah sarapan. Lupa pula, nanti tolong angkat beg baju Young Mi masuk kereta. Ada banyak ni. Semuanya berat dan ibu tak larat nak angkat semua sendiri ”, ujar Puan Ji Hyo sambil memandang sinis kepada Young Mi. Gadis itu hanya mendiamkan diri. “ Kyung Soo angkat sekaranglah ibu. Senang sikit ”, balasnya lalu melangkah masuk ke dalam bilik sepupunya itu. Suasana berubah menjadi janggal sebaik sahaja Puan Ji Hyo keluar dari bilik itu dengan alasan ingin menyidai baju. Young Mi dan Kyung Soo saling berpandangan antara satu sama lain. Kyung Soo baru sahaja ingin memulakan perbualan apabila Young Mi meluru masuk ke dalam bilik air.

 

Entah apa yang membuatkan Young Mi kurang berbual dengannya sejak gadis itu pulang dari New York. Perangai Young Mi berbeza dahulu dan sekarang. Dah genap 5 tahun mereka tinggal bersama sejak papa dan mama You

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Pyeqa98
this is the first story yang aku simpan dalam pc, and aku decide to post and go for it. Have fun reading ^^. Story ini masih lagi dlm construction, so kalau ada apa2 error, akan cuba diperbetulkan dengan secepat mungkin ... That's all for now

Comments

You must be logged in to comment
Riekamieka #1
Ni mesti gang2 EXO ?? (padahal belum habis baca)
lovemarry94 #2
so cute.. hahahahahahahahha