Hello Cik PA!

Please Subscribe to read further chapters

Description

"Bumi ni bulat. Bila-bila masa je kita boleh ke atas ataupun ke bawah. Tapi, kau perlu juga ingat, disebabkan ianya bulat, ia tiada penghujung. Jadi, kita akan sentiasa bertemu, Cik PA."

 

Pertemuan semula Kang Daniel dan si perosak hati, Jeon Somi telah mengikat Somi dengan satu perjanjian. Dirinya dulu seorang playgirl dan selalu mempermainkan hati para lelaki telah menerima balasannya apabila keluarga Somi ditimpa muflis manakala lelaki yang telah ditolaknya atas sebab rupanya yang hodoh dan keluarganya miskin, kini seorang CEO berjaya dan seorang lelaki budiman yang kacak. Kini semuanya telah terbalik. Disebabkan ekonomi keluarganya yang merosot, dia terpaksa menjadi girl kepada orang kaya. Namun, nasib telah menemukan dirinya dengan Kang Daniel.

 

"Awak, tolong saya."

"J-jeon Somi?"

"Awak kenal saya?"

 

Disebabkan rasa simpatinya ke atas Somi, dia membeli Somi daripada penjaga girl.

 

"Kau...jadi PA aku untuk tiga bulan. Kemudian, aku lepaskan kau."

 

Tapi, bukan senang untuk menjadi PA, lebih-lebih lagi, PA kepada seseorang yang kau telah sakitkan hati.

 

"Nah! Hafal semua nama dalam kertas-kertas ni, termasuk muka mereka. Esok kau teman aku untuk mesyuarat. No excuse."

"48 orang dengan nama pelik-pelik dan muka hodoh ni, awak nak saya ingat? Awak dah gila?!"

"Rileks lah. Semua dalam produce 101 kau boleh hafal muka, nama, birthdate...takkan ni tak boleh sayang oi? Btw, segila-gila aku, aku tolong kau. Jadi, less talk, more action, okay?"

 

Dapatkah Somi bertahan dan apakah akan berlaku jika Somi tahu siapa Daniel yang sebenar? Adakah Daniel masih lagi menyimpan perasaannya terhadap Somi?

 

"Awak kenal saya. Awak saja seksa saya untuk tiga bulan ni supaya dendam awak terlunas. Awak benci saya bukan?"

"S-somi..."

"Awak...tolong tinggalkan saya."

 

    

Foreword

Apabila diri bosan dan idea keluar melambak. Yang memisahkan ialah kemalasan tahap dewa. Maka inilah hasilnya. Harap semua tak memberi kecaman kepada saya jika saya lambat update. Hahaha. Harap semua enjoy membaca!

 

    

k-hope
Saya akan update cerita ni dalam bulan december.

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet