001

Loceng

Loceng

 

“Argh! Aku dah lambat!” getus hati aku. Selepas sahaja aku tengok masa sudah pukul berapa, aku dengan pantasnya terus berlari pecut ke pagar sekolah. Dari jauh mata aku sudah menangkap satu figura manusia sedang mencatat sesuatu dalam sebuah buku nota kecil. Warna pink dan siap berbulu lagi.

Lagi dahsyat apabila pemilik buku tersebut adalah seorang lelaki !

Aku dengan selamba badak terus berjalan melepasi lelaki itu.

“Ehem!” Dah mula dah mamat ni.

“Apa?” Aku pandang muka lelaki itu. Aku buat muka gangster.

“Hok ah loh! Tak payah nak buat muka gangster sangatlah. Kau ingat aku takut eh?” Pantas lelaki itu mengetuk kepala aku dengan buku notanya.

Well.

Lupa pula nak memperkenalkan diri dan lelaki tadi. Nama aku Choi Yoojung. Aku seorang pengawas pusat sumber. Ramai pelajar panggil pengawas pusat sumber tu alien sebab kami memakai seragam berwarna hijau.

Nama lelaki itu pula Kim Taehyung dan panggil sahaja mamat nie sebagai Taetae. Dia seorang pengawas sekolah dan juga merupakan rakan sekelas aku.

“Sengih-sengih. Gila ke apa?” Taehyung buat muka selamba. Tangannya laju mencatat sesuatu. Nampak sangat dia menulis nama aku dalam buku nota dia yang macam perempuan. Aku mengeluh. Sebab ini dah kali kelima aku datang lambat. Alasan. Tidur lambat. Gerenti aku dapat surat amaran lagi.

Sedihnya hidup!

“Dah. Pergi sana. Kang tak pasal-pasal kau kena berdiri sorang-sorang dekat tapak perhimpunan.” Arah Taehyung, halau aku pergi dari situ. Dari jauh aku sudah mendengar cikgu sedang membuat pengumuman di tapak perhimpunan. Ah, aku kena cepat!

Spotcheck! Dengar sahaja perkataan dalam bahasa mat saleh itu, kelam kabut mereka semua mencari tempat untuk menyembunyikan alat gadget masing-masing. Aku memandang Taehyung. Dalam kelas, tempat duduknya berada di hadapan aku.

Aku nak tegur dia. Betul ke hari ini ada spotcheck.

Maklumlah... aku pun bawa telefon pintar kesayangan juga ke sekolah hari ini.

“Taetae!” Terus bahu Taehyung ditepuk. Taehyung segera menoleh ke belakang dengan air muka yang sungguh menjengkelkan. Menyampah pula aku tengok muka dia. “Ada spotcheck ke hari nie?”

“A’ah.” Simple sahaja jawapan Taehyung. “Kenapa? Bawa phone eh?” Taehyung tersenyum sinis. Aku mula berasa panas semacam. Patut ke aku mengaku? Dahlah dia tu pengawas sekolah.

Aku mengangguk lemah.

“Bak sini.” Taehyung menghulurkan tangan kanannya.

“Bu.. buat apa?” Aku dah mula berpeluh. “Nak rampas ke?”

“Tak ah. Nak simpan.” Kata Taehyung, masih lagi menghulurkan tangan kanannya.

“Simpan? Apa maksud kau?” Aku menayangkan wajah kosong, tidak faham.

“Cepat ah. Kau nak ke phone kau kena rampas? Meh sini aku tolong simpankan.”

Pada mulanya aku teragak-agak dengan tawaran Taehyung tetapi memandangkan cikgu disiplin dan dua lagi pengawas sudah tiba di kelas kami, aku cepat-cepat memberikan telefon pintar aku kepada Taehyung. Laju telefon pintar aku diseluk masuk ke dalam poket seluarnya.

“Semua pelajar diminta keluar ye. Jangan bawa beg sekali. Tinggalkan dalam kelas.” Arah cikgu disiplin dengan tegas. Berjemaah mereka semua termasuk aku sekali melangkah keluar dari kelas.

Taehyung pula menolong dua pengawas yang lain memeriksa beg pelajar satu persatu.

“Yoojung, mana phone kau?” tanya Jaewon.

“Dekat Tae.”

“Eh, phone kau kena rampas dengan Tae ke?” Jaewon terkejut.

“Tak ada ah. Dia tolong simpankan.” Aku memandang Taehyung yang sedang memeriksa beg aku. Tersengih aku apabila melihat cara Taehyung memeriksa.

Dia langsung tidak mengambil serious apabila memeriksa. Buka zip, periksa satu kali selepas itu zip semula. Jaewon menyiku bahu aku. “Aku tahu apa yang kau tengah fikirkan. Please ah. Aku tak suka dia. Aku suka orang lain.”

“Eh, aku tak tanya pun!” Jaewon menjelirkan lidahnya.

“Weh korang semua! Yoojung.. dia suka..”

Terus tendangan padu dilepaskan pada punggung Jaewon.

Taehyung memulangkan semula telefon pintar kepada aku selepas waktu persekolahan.

“Nah. Lain kali jangan bawa.” Taehyung sempat memberi amaran kepada aku.

“Okay..” Terus telefon pintar yang dihulur itu diambil. “Thanks. Taetae, Can I ask you something?”

“Apa dia? Tak payah ah nak speaking dengan aku. Dahlah aku fail english. Aku tersengih.

Taehyung pula masih lagi memandang aku dengan muka yang menjengkelkan. Lagi. Mahu sahaja melepaskan tumbukan pada wajahnya. “Kau nak tanya apa? Cepat ah. Nanti aku tertinggal bas pulak.”

“Ye, aku tahu.” Aku mengangguk lalu meneguk liur. “Taetae, kenapa kau baik sangat dengan aku?”

“Maksud.. kau?” Dahi Taehyung berkerut. “Selama nie aku jahat sangat ke?” usiknya. Aku yang seperti tidak mendengar apa yang dia cakapkan, terus aku menembaknya dengan satu soalan.

“Kau tolong simpankan phone aku masa spotcheck tadi. Asal eh?” Baru aku sedar sesuatu. Aku masih lagi merenung wajah lelaki itu.

Sejak akhir-akhir ini, Taehyung banyak menolong aku walaupun aku jarang sama sekali menolongnya. Aku rasa bersalah sangat. Pernah sekali dia memadam nama aku dalam senarai pelajar yang selalu datang lewat dan dimarahi teruk oleh cikgu disiplin.

Kemudian, dia suka betul mengusik aku di Facebook. Setiap kali nama Taehyung muncul di radar online, hati aku berdebar. Taehyung pula akan menegur aku di Facebook seperti biasa walaupun topik yang selalu disembangkan itu sangat mengarut.

Baru-baru ini aku mengemaskini status yang berbunyi:

 

"Dulu aku rasa aku nie terlebih hyper. Sampai ampaian baju orang habis aku kerjakan."

 

Taehyung seperti biasa akan like status aku. Dia komen 'Ish3'. Entah kenapa aku rasa happy apabila dia like and komen aku.

“Yoojung..”

“Emm?” Aku terkejut. Suaranya mengembalikan diri aku ke dunia sebenar.

“Nak tahu kenapa aku buat macam tu?”

Aku mengangguk perlahan.

“Aku (bunyi loceng) kau.” Dahi aku berkerut seribu. Kebetulan kami berdiri betul-betul di bawah loceng. Taehyung tersenyum manis. Aku pula blur. Kenapa mamat nie senyum pula?

Seolah-olah dia berasa puas setelah meluahkan sesuatu.

“Oh..” Aku berpura-pura memahami apa yang Taehyung sampaikan tadi. Terasa ingin menyuruh Taehyung mengulang semula tetapi entah kenapa aku rasa susah sangat.

“Argh!” Tiba-tiba Taehyung mengeluh berat.

“Salah kaulah nie! Aku dah tertinggal bas!” Dilihat bas yang dikatakan itu pergi meninggalkan kawasan sekolah.

Aku ketawa tapi Taehyung pula pandang aku macam nak makan orang. Aku berhenti ketawa lalu mengangkat tangan tanda maaf. “Jom ah!” Taehyung dengan selamba badaknya terus menarik lengan aku.

“Nak pergi mana?” Aku biarkan Taehyung menarik lengan aku.

“Good question.” Taehyung ketawa. “Jom pergi kantin. Lapar ah. Teman aku.”

“Oooo.. okay!” Aku dan Taehyung terus pergi ke kantin.

Apabila petang menjelang, aku cuba menyiapkan kerja sekolah sambil mendengar lagu. Tanpa aku sedar, tubuh aku menari-nari mengikut rentak lagu yang sedang dimainkan. Sesekali aku mengikut sama penyanyi itu menyanyi.

“Yoojung!” jerit Jisung, abang aku.

Earphone yang masih disumbatkan itu membuatkan aku pekak tidak mendengar apa-apa.

“YOOJUNG!” jerit Jisung lagi.

Kesabaran Jisung mula hilang lalu dengan berapinya terus masuk ke dalam bilik aku. Terus kepala aku diketuk dengan remote Astro. “Woi! Pekak ke huh?! Aku panggil kau sampai nak pecah suara aku!” bebelnya bengang.

“Apa kau nak?” Aku buat muka tidak bersalah lalu dikusut-kusut rambut sendiri. “Eish salah kaulah nie! Kau ketuk kepala aku je terus aku jadi bodoh !” Terus pen dicampak geram.

Jisung tersenyum sinis. “Itulah! Lain kali sahut panggilan aku. Nie tak! Kang dah kena dengan remote astro nie!” Boleh pula Jisung tergelak besar.

“Apa yang kelakarnya sampai kau gelak besar macam tu? Nak kena hempuk ke?” ugut aku geram. “Ha ada apa masuk bilik aku nie?”

“Kawan-kawan kau datang ha. Dorang dah lama tunggu kau. Baik kau pergi sekarang.” Jawab Jisung sambil menyilangkan lengannya.

“Ohyeke?!” Aku rasa bersalah. “Okay!” Aku bergegas menuju ke pintu rumah untuk keluar. Aku nampak Somi dan Nayeon tengah tunggu aku dekat luar. Alahai, kesian pula aku tengok. Rasa bersalah mula melanda diri aku. “Weh korang! Sorry tau!”

“Eh, tak apa!” kata Somi sambil tersenyum. Nayeon pula matikan enjin motosikalnya. Walaupun rumah mereka begitu dekat dengan rumah aku, mereka tetap malas nak berjalan kaki.

“Weh Yoojung! Kau ada pendrive tak?” tanya Nayeon.

“Nak buat apa?” tanya aku pula.

“Kitaorang nak masukkan lagu dalam pendrive. Ada tak?” tanya Somi pula. Aku usap dagu. Bila aku fikir balik, aku ada dua pendrive tapi itu bukan aku punya. Ayah dan Jisung punya. “Ada.. tapi itu bukan aku punya.” Jawab aku perlahan.

“Ohyeke.. tak apa lah.” Somi mengangguk.

“Kau tengah buat apa tuu sampai Jisung menjerit?” tanya Nayeon.

“Aduh kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahulah kau nie.” Somi menepuk bahu Nayeon. “Macamlah kau tak tahu. Yoojung nie kerja dia kan asyik date dengan Tae dekat Facebook sampai tak ingat dunia. Agak-agaknya bila mak mertua lalu pun tak perasan. Kau tak tahu ke?” Muka aku merah terbakar.

“Eh, kau tengah couple dengan Taehyung ke?” Nayeon terkejut beruk.

“Mana ada! Aku tengah siapkan kerja sekolah!” marah aku. Somi pula tergelak melihat aku yang mula panik.

Nayeon pula keliru. Dia memandang aku lalu memandang Somi pula untuk mendapatkan kepastian. “Jangan dengar cakap dia! Bukan betul pun!” Sempat lagi aku menghadiahkan jelingan maut kepada Somi.

“Eleh.. jeling jeling pulak!” Somi gelak lagi. Aku mengeluh berat. 

“Cer tengok muka Yoojung. Merah menyala bhai!”

“Kau suka Taetae eh?” Nayeon yang masih keliru, mula menembak aku dengan soalan panasnya.

“Yah!” aku menjerit. “Mana ada!”

“Yoojung suka Taetae! Yoojung suka Taetae! Yoojung suka Taetae!” ejek Somi dengan tangan sebelahnya ditumbuk-tumbuk ke udara tanda sokongannya kepada aku. Nayeon turut melakukan perkara yang sama.

Sehinggakan Jisung keluar menayangkan wajahnya yang tidak senang.

“Korang nie bisinglah! Nak dengar lagu WANNA ONE pun tak boleh!” marah Jisung sambil menayangkan remote Astro kepada aku, Somi dan Nayeon.

Weh Jisung! Yoojung kan.. dia suka..” Somi menyiku Nayeon.

“Yoojung suka Taehyung!” sambung Nayeon lalu ketawa terkekek-kekek bersama Somi di sebelah.

“WHAT?!” Jisung terkejut beruk seperti ternampak cik ponti melintas. “Kau suka Taehyung?” Aku cepat-cepat gelengkan kepala sampai nak tercabut kepala aku dibuatnya.

“Mana ada!” aku menjerit lagi.

“Taehyung.. budak pengawas tu kan?!” tanya Jisung untuk mendapatkan kepastian.

“YUP!” jerit Somi dan Nayeon serentak.

“MANA ADA!” aku menjerit. Somi dan Nayeon sudah bersorak kegembiraan dan Jisung mula menaikkan volume suara supaya lagu WANNA ONE kegemarannya didengari ramai tanda sokongan untuk adiknya!

Hari ini ada peperiksaan

Subjek sains

Aku secara jujurnya langsung tak bersedia nak jawab exam sains pada hari ini. Buku bukannya aku belek selalu pun. Aku pemalas orangnya tapi tak adalah pemalas sampai berus gigi pun tak buat.

Peperiksaan dimulakan dengan keluhan. Pelbagai keluhan yang mereka semua keluarkan. Somi mengeluh panjang seperti tiada penghujung.

“Huuuuuuh..” Somi mengeluh panjang melihat kertas peperiksaan. Agak-agak satu kelas pun boleh dengar keluhannya.

“Somi..” tegur cikgu Seonho dari arah belakang.

“Sorry!” Somi mengangkat tangan kanan tanda maaf.

“Mak ai.. apa nie?” bisik hati aku apabila membaca soalan yang berkaitan dengan Heredity and Variation. “Nilah akibatnya kalau tak baca buku.” Aku mengeluh berat dan aku cuba pandang Taehyung yang berada di sebelah kanan aku. Somi pula duduk di sebelah kiri aku.

Taehyung dilihat terlebih tenang apabila menjawab soalan.

Tiba-tiba Taehyung pandang aku.

Aku terkejut. Entah kenapa aku mula teringatkan gurauan Somi petang semalam. Dimana dia asyik ejek aku suka Taehyung. Habis merah terbakar muka aku!

“Emm?” Taehyung angkat kening sebelah.

“Tak.. tak ada apa-apa!” Aku pandang kertas semula dan aku terpandang Somi.

“Ceh.. time exam pun nak berdating ke?” Somi tersenyum sinis. Alahai, dah mula dah dia nie.

“Tolong jangan berbual ketika peperiksaan!” marah cikgu Seonho sambil mengetuk kepala Somi dengan pembaris. Terkekek-kekek aku mendengar Somi mengaduh kesakitan. Dia mula membebel setelah cikgu Seonho beredar.

“Apa barang ketuk kepala aku dengan pembaris? Tak boleh ke bla bla bla~” Somi membebel seperti mak cik.

“Woi.. bising ah kau nie! Macam lalat!” tegur Taehyung dalam nada berbisik. Aku tergelak lagi dengan gurauan Taehyung yang dilemparkan kepada Somi.

“Lalat kau panggil aku?” Mata Somi sudah membulat. Taehyung pula buat muka selamba badaknya seperti biasa. Again. Aku rasa macam nak tumbuk. Eh, bukan. Rasa macam nak peluk Taehyung sebab dia nampak comel bila buat muka macam tuu.

Eh, what’s wrong with me?

“Weh Yoojung! Cuba tengok suami kau tu! Ada ke dia panggil aku nie lalat? Memang tak padan langsung dengan aku yang shantik nie!” adu Somi sambil rambutnya dibetulkan dengan penuh lagaknya.

“Sejak bila Taetae jadi suami aku?” tanya aku malas.

“Sekarang.” Aku terkejut beruk sebab bukan Somi yang jawab tapi.. TAEHYUNG!

“A.. apa?!” Aku pandang Taehyung.

“Tak ada apa-apa.” Taehyung tersenyum manis lalu menyambung menjawab soalan.

.

Peperiksaan sudah pun berakhir. Keluhan dilepaskan. Bukan keluhan lega tetapi keluhan kecewa sebab aku tinggalkan banyak soalan. Bukan satu tapi berbelas-belas. Aduh, salah aku juga kan. Semalam pergi layan game Resident Evil tu kenapa. Aku patut study malam semalam.

Salahkan Jisung. Dia yang ajak aku main sekali.

Aku terpandang luar kelas.

What the.. heck?!

Perasaan cemburu meluap-luap bila aku ternampak Taehyung sedang sibuk berbual dengan Seolhyun, budak kelas sebelah. Cantik dan pandai. Ramai lelaki suka dia. Termasuk Taehyung. Maybe? Entah kenapa aku rasa cemburu bila tengok Taehyung dengan perempuan lain.

Tak kanlah.. aku menggeleng kepala. Aku suka dia? Ah, tak mungkin!

“Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta~!” Boleh pula Somi menyanyi. Terus tamparan maut dilepaskan pada belakangnya namun Somi segera mengelak sebelum kedua-dua tangannya diangkat dan membuat gaya Dab.

Tiba-tiba je.

“Nampaknya ada orang cemburu kat sini.” Kening sebelah Somi sudah diangkat-angkat.

“Eish kau nie.. aku cabut kening kau baru tahu. Menyampah pula aku tengok.” Somi hanya tergelak kecil sebelum pipi aku dicubit dengan geram.

“Apa-apa jelah Yoojung comel oi~!” Somi beredar dari kelas.

“Somi, tolong ambilkan beg aku sekali. Malaslah nak bangun.” Kata aku sebelum aku letakkan kepala di atas meja. Biasanya waktu peperiksaan, bag kami kena diletakkan di luar kelas. Jangan risau. Tak ada siapa nak curi. Gerenti selamat. Dijamin selamat!

Padahal beg aku pernah hilang sebelum nie.

“Nah.” Aku tersenyum lega. Aku mengangkat kepala perlahan.

Thanks.. Taetae?”Aku terkejut sebab orang yang ambilkan beg aku ialah Taehyung bukan Somi. Aku cuba mencari Somi di luar kelas. Keluhan dilepaskan. Patutlah! Rupa-rupanya dia tengah sibuk mengorat budak kelas sebelah.

Maklumlah kelas sebelah ramai budak-budak hot.

“You’re welcome.” Balas Taehyung lembut. Pengawas sekolah ni dah kenapa senyum. Handsome pula bila dia senyum. Bertambah kencang jantung aku dibuatnya. Aku ingatkan dia akan pergi dari situ tapi sangkaan aku salah. Dia tarik kerusi dan duduk sebelah aku.

OH MY GIGI! Teringat pula drama Oh my English!

“Asal duduk sini? Girlfriend tak marah ke?” tanya aku perlahan. Aku sedar Nayeon dan Somi tengah perhatikan aku sambil tersengih-sengih macam kera. Taehyung menongkat dagunya di atas meja.

“Aku tak ada girlfriend lah.” Kata Taehyung perlahan.

“Oh..” Aku hanya menganggukkan kepala.

“Yoojung..”

“Emm?” Terus wajah Taehyung muncul dalam pandangan aku.

“Kau dengar tak apa yang aku cakap dekat kau hari tu?” tanya Taehyung

“Huh?” Dahi aku berkerut. “Cakap apa?”

“Aku...” Taehyung buat bunyi loceng dengan menggunakan suaranya. “Kau. Sebenarnya kau tak dengar kan apa yang aku cakap dekat kau hari tu?” Baru aku teringat. Hari tu ada spotcheck. Taehyung tolong simpankan phone untuk aku. Then masa balik, dia ada cakap sesuatu dengan aku tapi aku tak dengar.

Wait. Macam mana dia tahu? Muka aku mula berpeluh.

“Kenapa kau tak suruh aku ulang balik? Kalau tak, dah lama tau aku send relationship request kat Facebook. Taehyung melepaskan keluh. Berat gila. Aku terkejut yang teramat. Perkataan dalam mat saleh tu buat aku jadi gila. Aku pandang sekeliling kelas dan kelas kami kosong. Tak ada sesiapa pun. Oh, waktu rehat dah nak bermula.

“R-Relatioship r-reques-t?” Mata Taehyung yang bersinar itu aku merenungnya dalam.

“Aku..” Ayat Taehyung tergantung bila loceng berbunyi. Dia tergelak sinis. “Aku benci gila dekat loceng sekolah kita nie. You know what? Tiap kali aku nak luahkan perasaan, loceng mesti berbunyi. Aku tak tahu kenapa.” Dia menggaru kepalanya.

“Err... err...” Aku sudah kehilangan kata-kata.

“Choi Yoojung, aku suka kau.” Luah Taehyung. Akhirnya! Boom!

Argh! Terasa ada pedang samurai menusuk tepat pada jantung aku!

“Can I kiss you..?” tanya Taehyung yang mula mendekati wajah aku.

“Yes! Eh! No! No!” Aku terus menampar lembut muka Taehyung sebelum berlari keluar dari kelas.

Panik Taehyung dibuatnya apabila dirinya hampir kehilangan keseimbangan. “Fuh, kuat jugak kesayangan aku ni kan.” Gelaknya.

Today is Jimin’s birthday

“Oh, hari nie birthday Jimin?” Tersenyum aku dengan kemunculan notification yang mengejutkan aku ! Terus akaun Facebook sahabat aku, aku serang dengan satu idea nakal.

Happy birthday Suho! Belanja aku air milo tau! :P

Terjongket-jongket bahu aku setelah menekan button untuk menghantar ucapan tersebut.

“CHOI YOOJUNG!” jerit Jisung bengang. Again ?

“APA?!” jerit aku kembali.

“KAWAN HANG DATANG!” jerit Jisung kuat. Boleh runtuh rumah kalau jeritan kami berterusan.

“OKAY!” jerit aku lagi sebelum komputer riba kepunyaan Jisung ditutup kasar.

“Shut down! Shut down! Jangan main tutup jew!” Jisung sudah mengamuk.

“IYE, IYE!”

Loceng berbunyi menandakan tibanya waktu rehat. Semua pelajar terus keluar dari kelas masing-masing kecuali aku dan kawan-kawan aku. Kitaorang memang suka makan dalam kelas. Sebenarnya kami semua telah dipindahkan ke kelas di blok B sebab kelas kitaorang dekat blok C dah terbakar.

“Best jugak duduk kat kelas nie!” luah Jaewon gembira.

“Yelah! Dahlah sunyi, aman sikit bila nak jawab exam!” sokong Namjoon sebelum bekal makanan dibuka lalu dihidangkan kepada kami semua. “Ambik, ambik.”

Aku pula sibuk makan keropok lekor sampai sos pun banjir. Somi pula makan roti roll kegemaran dia. Nayeon pula berada di bilik guru atas urusannya.

“Yoojung!” panggil budak sekelas aku iaitu Jungkook.

“Emm?” Aku sekadar mengangkat kening. Nak sahut, mulut pula penuh keropok lekor.

“Jimin nak jumpa kau!” jerit Jungkook.

Tercekik Somi dibuatya. Jaewon dan Namjoon pelik memandang Somi yang mula terbatuk. “Kau dah kenapa, Somi?”

“Tak.. tak ada apa-apa!” Somi menepuk dadanya.

“Yoojung, cepatlah!” Jungkook membuat isyarat kepada aku. Aku bangun dari tempat duduk then keluar dari kelas. Apabila aku menoleh ke kanan, aku ternampak Jimin sibuk berbual dengan Taehyung. Aku berjalan menuju kearah mereka.

“Jimin?” tegur aku perlahan. Jimin dan Taehyung berhenti berbual.

“Yoojung, kau nak aku belanja kau air milo tak?” tanya Jimin. Aku mula tersenyum lebar sampai ke telinga. Taehyung pula hanya mendiamkan diri seperti patung cendana. “Nak tak?” tanyanya lagi.

“MESTILAH! AKU SUKA MILO WEYH!” jerit aku dengan gembira. Jimin ketawa melihat aku yang mula berperangai seperti budak-budak. Taehyung dilihat seperti raksasa biru yang ingin memakan orang.

“Bila kau nak belanja?” tanya aku teruja.

“Sekarang pun boleh. Jom?” ajak Jimin.

“Jom!” Aku dan Jimin terus pergi ke kantin. Taehyung pun ikut sekali. Happy birthday tau!” ucap aku dengan kedua-dua tangan aku yang digenggamkan bersama. Seakan-akan aku telah dirasuk dengan ajakan si Jimin.

Tiba-tiba Taehyung mencelah di antara kami berdua. Dia berdehem bertubi-tubi.

“Ehem! Ehem!” Taehyung berdehem sambil lehernya diusap.

“Eish.” Aku geram apabila wajah Jimin dihalang dengan muka Taehyung yang diminta tampar. Terus tubuh Taehyung ditolak ke belakang. Segera aku merapatkan diri di sisi Jjimin.

“Jimin! Memandangkan hari nie hari jadi kau, kau nak apa? Biar aku belanja!” soal aku manja.

“Tak nak belanja aku ke?” perli Taehyung sambil pandang ke tempat lain. Sengaja aku buat tidak peduli sehinggakan Taehyung segera berpatah balik meninggalkan kami berdua.

“Jangan lupa balik kelas! Bukan kelas dia!” laungnya tanpa menoleh ke belakang. Hanya tangannya sahaja diangkat lalu dilambai.

“Merajuk ke?” bisik hati aku.

“Eh, tak apalah. Tak romantiklah kalau kau belanja aku.” gurau Jimin sebelum melepaskan tawa kecil. Aku sekadar mengikut Jimin ketawa walaupun tidak begitu kelakar.

“Taetae...”

Dilihat Taehyung duduk termenung di belakang kelas. Sebaik aku masuk ke dalam kelas, terus terasa jelingan tajam yang dihadiahkan oleh Taehyung. Aku mengeluh berat sebelum berjalan menghampiri pengawas tersebut.

Serious lah Taehyung merajuk dengan... aku?

“Taetae.”

Taehyung diam. Matanya merenung keluar kelas. Tanpa membuang masa lagi, aku terus meletakkan sebotol air limau nipis di atas meja Taehyung. “Nah, air favorite kau.” Aku terus berpusing.

Berharap Taehyung akan berhenti merajuk. Perlahan-lahan aku melangkah pergi.

“Yoojung!”

Langkah aku mati. Segera aku berpusing ke arahnya. Taehyung sudah berdiri sambil tangannya erat mengenggam botol air.

Thanks! Lain kali aku pula yang belanja kau. Air milo kan?”

Aku menghela nafas lega. Nampaknya Taehyung dah okay.

“Yeah!” Aku tersenyum gembira.

Beberapa minit kemudian...

“Kim Taehyung!” Aku pura-pura menangis. Taehyung pula buat muka tidak bersalahnya.

“Apa? Kau nak air milo kan? Kau dah dapat air milo kau tu. Minum jelah.. aku belanja!” balas Taehyung sambil minum air limau nipis kegemarannya.

“Taetae! Nie bukan air milo tapi..” Aku mengetap bibir. “Air NESCAFE!”

“Alah, warna dia pun lebih kurang sama kan?” Taehyung tersenyum sinis. Aku mengenggam kedua-dua tangan aku  ketat. Taehyung pula tergelak besar macam orang gila. Well, air milo dah habis dijual. So Taehyung pun beli air minuman yang lain.

“KIM TAEHYUNG!”

 

 

Tamat.

 

Words : 3,286

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
syaleese28
#1
Chapter 1: Wow! Author-nim good story! Kalau buat long story mesti lagi bersemut! hehehe thankyou author-nim. Cerita best! <3