Our leader

Ketua Yang Manja
Please Subscribe to read the full chapter

 

Han Bin dengan ayunya melompat pada tempat duduk belakang basikal yang ditunggang Chan Woo . Helmet basikal bewarna kelabu kemudian dipakaikan Jun Hoe dengan cermat . Dia tersenyum dan menunjukkan tanda 'good' kepada si ketua itu. 

 

 " Okay, pegang betul -betul hyung " pesan Chan woo yang kakinya sudah bersedia pada pedal. Dia yang langsung tak memakai sebarang alat keselamatan terus mengayuh. 

 

Sebaik sahaja kedua insan itu berlepas , yang lain terus mengikut dengan pantas . Tak mahu terlepas. Bahaya .

 

Hari ini buat pertama kalinya Han Bin naik basikal jadi takut kalau ketua mereka itu cemas . Kang jatuh tak fasal -fasal nak kena usung hospital. Elak -elak masuk wad sekali. 

 

●●●

Pada masa yang sama , seorang gadis dengan sanggul di atas terenjet -enjet berjalan menuju ke parkir kenderaan kecil. Dia memandang ke kiri , ke kanan dan ke belakang berkali -kali. Takut -takut ada saksi di situ. 

 

Sebaik memastikan line clear , dia terus bergolek kearah sebuah basikal merah . Ya  , dia bergolek ala-ala macam Indiana Jones gitu. 

 

Sebaik selamat menyakitkan belakang badan , dia mencangkung di belakang tayar basikal. Senyuman penuh kejahatan terus tersergam indan pada wajahnya yang tak mandi itu. Dengan ligat  , dia mengeluarkan sebatang jarum panjang dari sanggulnya . 

 

 " Heeheheehe.. rasakan lorh" lorat indon yang dibelajar dari rakan internet terus keluar . 

 

Tanpa ragu -ragu , hujung jarum yang tajam itu terus mencucuk tayar basikal belakang tadi. Angin keluar dengan gembiranya sambil mengeluarkan bunyi seolah -olah kentut. 'Piyuyttt'

 

Eun Bi tak dapat menahan kegembiraan hati ketika itu. Dengan tangan yang mendepa naik keatas , watak nenek kebayannya mula muncul. 

 

 " Wuahahahaha!!" Ketawanya dengan jahat sekali . 

 

#petircue

 

  " Kau buat apa ? " soal satu suara mensedakkan Eun Bi. Sekali gus mematikan lakonan nenek kebayannya. 

 

Eun Bi terus mendongak dan matanya terarah tepat kearah 7 orang lelaki yang sedang memandangnya dengan pandangan pelik. Matanya terkebil -kebil memandang kesemua lelaki itu sebelum jantungnya terasa macam nak tercabut dari tempatnya. 

 

Tujuh saksi !. 

 

Jun Hoe yang baru mendirikan 'stand' basikalnya terganggu dengan kehadiran minah itu. Macam tersalah masuk dunia, minah itu dengan galaknya bergelak ketawa setelah memancitkan tayar basikal. 

 

Dia tak faham mana punchline-nya. 

 

Eun Bi bingkas bangun . Dia menelan air liurnya sebelum menunduk hormat dengan sungguh lama . Mereka sebaya tapi dalam situasi ini, anggaplah mereka itu YB. 

 

 " Saya minta jasa baik anda semua ! .. tolong rahsiakannya . Terima kasih " 

 

Dengan itu , Eun bin terus berlari pergi macam lipas kudung. 

 

Ketujuh -tujuh ahli Ikon itu terpingga -pingga dengan kelajuan minah itu. Mereka memandang basikal malang itu dengan pandangan simpati. 

 

  " Tunggu sekejap. Ini basikal..." Yunhyeong diam sebelum Donghyuk di belakangnya menyambung. 

  " Cikgu Joong Kook " 

 

●●●

 

Sejak kejadian pagi tadi , Han bin tak dapat menfokuskan dirinya. Dia memegang kepalanya yang terasa berpusing. Dia sakitkah ? 

 

Matanya dipejam celik beberapa kali sebelum matanya terbeliak memandang perubahan yang berlaku. Semua orang di dalam kelasnya sudah bertukar menjadi gadis pagi tadi !. 

 

 " Kau okay ta

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet