one shot

The First Snow

Kau sedang duduk termenung sambil melihat keluar tingkap. kau teringat mimpi semalam. Kau cuba untuk mengenali lelaki yang masuk kedalam mimpi kau itu. Sedang kau asyik termenung. Lay datang  menyapa kau. “woi! Tengok siapa tu?” kau hanya mendiamkan diri. Lay bercakap lagi sambil memandang ke arah suho “aku memang cakap dengan meja agaknya.”kau, lay dan suho adalah kawan baik sejak kecil. Kau menjawab pertanya lay “aku tak tengok sesiapa pun. iisshh dia ni cepat betul merajuk. Btw bila salji nak turun ni. Aku nak tengok ‘first snow’ dengan orang yang aku suka..hehehe.” kau cuba menukar topik.  Lay dan suho blur sambil memandang ke arah kau. kau memandang tajam ke arah mereka. Mereka terus mengelakkan kau. kau mencebik muka “ish. Korang ni.. malas lah cakap ngan korang.” Suho berkata “ala merajuk pulak dia ni. Masalahnya benda betul daripada tahun lepas kau asyik cakap benda yang sama. tapi kenyataannya dengan kiteorng jugak kau tengok ‘first snow’ kau tu.” Suho macam memperlekehkan kau. kau geram dengan kata-ii suho. Kau terus meninggalkan kelas itu. Lay memarahi suho “eh! Kau ni cakap tu agak-ii lah.. kan dia dah merajuk..siapa nak pujuk. Kau gi pujuk eh!” suho hanya mendiamkan diri. Dia berasa serba salah. Dia tidak sengaja. Dia hanya ingin memeriahkan suasana, tapi anggapan dia salah. 

 

 

Kau duduk di taman sambil mencebik. “issh..suho ni..nak kutuk aku pun agak-ii lah..menyampah pulak aku dengan dia ni.” Tiba-ii ada seorang budak lelaki menyapa kau. “hai! Nak Tanya sikit boleh?” kau menjawab dengan suara yang masam “apa dia?” lelaki itu bertanya “Dimana pejabat eh? Saya ni budak baru.” Kau berfikir sejenak. Kau pun ingin ke pejabat jugak. Kau berkata “ikut saya lah.. saya pun nak pergi ke pejabat jugak!” budak lelaki itu mengangguk tanda setuju.

 

Dalam perjalanan, tiba-ii budak lelaki itu bertanya kepada kau. “kenapa awak duduk kat luar tu sorang-ii? Kan musim sejuk ni?” kau memandang lelaki itu dengan muka yang agak pelik. Kau berkata dalam hati ‘eh suka hati aku lah. sibuk je dia ni.’ Sedang asyik kau bercakap seorang diri. Tiba-ii budak lelaki itu bersuara “sorry!” Kau menoleh ke arah budak lelaki itu “sorry for what?” budak lelaki itu hanya memberikan senyuman yang manis. Kau terus berjalan kehadapan tanpa menoleh ke arah lelaki itu. Kau berasa budak itu sungguh pelik. Setibanya di pejabat kau berkata. “nilah pejabat! Saya masuk kelas dulu lah!bye!” budak itu berkata “eh bukan awak nak gi pejabat jugak ke? btw terima kasih.” Kau terus berlalu pergi. Kau tidak menjawab pertanyaan lelaki itu. 

 

 

Di kelas, kau duduk di tempat kau seperti biasa. Suho dan lay datang menyapa kau. kau masih marah lagi dengan suho. Suho meminta maaf. kau masih mendiamkan diri. Lay berkata “sampai bila kau nak marah dengan kiteorang ni (nama kau)?” kau memandang ke arah mereka. “janji lepas ni takkan buat lagi?!” suho dan lay mengangguk “kiteorang janji! Kau kan sahabat baik kiteorang!” kau hanya memberikan senyuman. Cikgu Donghae masuk ke kelas dengan seorang budak lelaki . Kau memandang budak itu. Kau cuba mengenal pasti. ya! Memang budak tadi. Kau kembali melihat keluar tingkap. kau asyik memikirkan lelaki yang muncul kedalam mimpi kau. Cikgu donghae berkata “okay! Jongin sila perkenalkan diri kamu sekarang!” kau memandang budak itu kau berkata dalam hati ‘nama dia jongin rupanya.’ Jongin memperkenalkan dirinya. “Hai! Nama saya kim jongin! korang semua boleh panggil saya kai. Saya baru lagi disini.” Cikgu donghae menyuruh jongin duduk di sebelah kau. kau agak terkejut tetapi kau hanya berbuat tak tahu sahaja.

 

 

 

Sewaktu rehat, seperti biasa suho dan lay akan berehat bersama kau. kau menunggu mereka di luar kelas. Tiba-ii jongin datang menyapa kau “hai sorang je. Mana kawan awak?” kau hanya mendiamkan diri. Lay dan suho datang ke arah kau “(nama kau)! jom rehat! Nnti roti habis!” lay mengajak kau. suho memandang jongin sambil berkata “kai! Jomlah rehat sama-ii! Kau takda kawankan?!” jongin mengangguk tanda setuju. Kau mula tidak suka. Lay bertanya perlahan kepada kau “ beb! kau tak suka ke kai rehat dengan kita?” kau menjawab pertanyaan lay “aku bukannya tak suka. Aku cuma pelik dengan dia tu! Dia boleh baca fikiran aku!” lay berkata lagi “mana kau tahu? Dia pernah ke baca fikiran kau?” kau hanya mendiamkan diri. Kau terus membeli roti dan duduk di tempat biasa.

 

 

Sejak itu, jongin selalu lepak bersama kau,suho dan lay. Study sama-ii, rehat sama-ii. Kau sudah boleh menerima jongin. Tetapi sesuatu yang kau tak pasti timbul di fikiran kau. Bila kau bersama jongin perasaan kau menjadi lain. Tidak sama seperti kau berada bersama lay dan juga suho. Kau termenung seorang diri di bilik kau. Tiba-ii jongin menelefon kau. kau menjawab panggilannya “(nama kau)! boleh awak datang taman sekarang?!” kau menjawab okay! 

 

 

Di taman, kau menunggu jongin seperti yang di janjikan. Kau mendongak melihat langit. Kau berkata dalam hati “bila lah salji nak turun! Aku nak tengok dengan orang yang aku suka!" Jongin menyapa kau dari belakang “hah! Tgk apa tu?” kau menjawab selamba “ tengok orang terbang kat atas ni hah.” Jongin mentertawakan kau “lawak lah awak ni.” Kau bertanya “jong in! ada apa awak nak jumpa saya ni?!” Tiba-tiba jongin membuat muka seriousnya. Kau berasa takut. Jongin berkata “(nama kau)! Sudikah awak menjadi girlfriend saya? Saya suka awak sejak daripada first day kita jumpa lagi.” Kau terkejut. Kau menitiskan air mata. Kau pun mempunya perasaan yang sama seperti Jongin. Tiba-ii salji turun. Kau mendongak ke langit. Kau berkata “First Snow!” kau memandang jongin sambil berkata “saya setuju! Saya pun dah lama suka awak! Thanks for love me!” kau memeluk jong in. Jongin berkata “awak nak tengok First Snow dengan orang yang awak sayangkan? Impian awak dah tercapai! Saya lah orang tu!” kau memandang jongin “macam mana awak tahu?” Jongin berkata “saya terdegar perbualan awak dengan lay haritu! sorry!” kau menundukkan muka ke bawah. Kau berasa malu. Kau berkata “mesti awak pelikkan dengan saya. Yelah nak tengok First snow dengan orang yang tersayang. Sedangkan setiap tahun ada salji.” Jong in berkata “mana ada pelik. Saya pun macam awak! This is miracle in December. Saranghae!” sambil mencium dahi kau. kau memeluk jongin dengan begitu erat sekali. Kau berkata “yes! this is miracle!” 

 

 

Sudah dekat 5 tahun kau bercinta dengan Jongin. Kau sudah pun bertunang dan akan melangsungkan perkahwinan pada bulan December. Sedang kau asyik termenung mengingatkan kisah silam kau bersama jongin baru kau teringat lelaki yang berada di dalam mimpi kau itu adalah bakal husband kau iaitu Kim Jong In. lelaki yang kau sayang dan kau cintai~~~

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet