O3AL1

Survival 89
Please Subscribe to read the full chapter

SURVIVAL 89

O3AL1

 


Van itu akhirnya tiba di base tempat mereka bersembunyi. Seorang demi seorang mula memasuki base itu senyap-senyap. Kunci van diletakkan di atas meja, sebelum Jeonghan mendekati Minhyuk yang sedang sibuk meletakkan pinggan kaca di atas meja kayu.

 

“Yo, bro!” Minhyuk menjotos kepala Jeonghan, sehingga Jeonghan mengaduh kesakitan. Dia menolak tangan Minhyuk sebelum menghadiahkannya jelingan tajam.

 

“Kau nak ape ni marah-marah aku? Aku balik bukan nak sambut dengan senyuman ke ape, main jotos-jotos kepala orang pulak eh.” Jeonghan menggosok kepalanya yang kesakitan. Minhyuk menyilangkan tangannya.

 

“Oh, nak sambut dengan senyuman? Siapa yang biarkan pagar terbukak sampai zombi datang berlegar-legar dekat base kita ni?” Minhyuk mendengus geram. Jeonghan mengingat kembali apa yang berlaku sebelum lengan Minhyuk dipeluk.

 

“Hehe, sorry.. Teruja sangat dapat kesan lokasi diorang sampai terlupa nak tutup pagar.” Jeonghan mencubit pipi Minhyuk sebelum Minhyuk memandangnya pelik.

 

“Kalau teruja sangat pun, jangan sampai kawan kau yang berseorangan ni mati dibunuh zombi!” Minhyuk menarik mukanya. Jeonghan tersengih seperti kerang busuk sebelum memeluknya, Ya, pada Minhyuk, Jeonghan memang busuk.

 

“Ei, kau berbau tengik. Pergi mandi sana.” Minhyuk menolak badan Jeonghan menjauhinya sebelum mencampakkan tuala di atas kerusi kepada Jeonghan. Mingyu dan Yeri hanya sekadar memerhati gelagat mereka berdua.

 

“Hm.. Senjata buatan. Tak pun, curi dekat balai polis.” Mingyu membelek senjata yang tersusun kemas di dalam almari. Minhyuk tersengih. “Buat langkah berjaga-jaga, bro.” Bahu Mingyu dirangkul. “Jom makan. Takyah tunggu Jeonghan habis mandi. Dia mandi macam puteri.”

 

Yeri melabuhkan punggung di atas kerusi kayu itu. Pelbagai makanan segera terhidang di atas meja. Sihat, berkhasiat atau tidak, fikir dia kisah? Yeri mencapai nasi segera di atas meja yang sudah siap dimasak oleh Minhyuk. Sudu besi dicapai sebelum nasi itu singgah ke mulutnya dengan lahap.

 

“Waduh, nampaknya lapar betul kau ni.” Minhyuk menegur Yeri. Dia tersengih sebelum meletakkan sudu besi itu di atas meja. Mingyu dan Minhyuk duduk, sebelum mula mencapai makanan. Ada kimchi segera, ada tuna. Dapatlah mereka mengisi perut yang entah berapa lama tidak diisi.

 

Jeonghan yang baru siap mandi menggosok rambutnya yang basah sebelum meletakkan tualanya di atas kerusi. Dia mengambil tempat duduk di sebelah Yeri. “Kenapa tak makan? Makan jelah, aku tahu kau lapar.” Yeri yang mendiamkan diri ditegur.

 

“Kau makan la jugak. Aku segan la sebab aku makan pelahap sangat tak tunggu korang.” Yeri tersengih kambing. Jeonghan menyerabutkan rambut Yeri.

“Kau ni… asal comel sangat..” Jeonghan tersengih sehingga menampakkan baris giginya yang tersusun rapi. Mingyu dan Minhyuk saling berpandangan sambil membuat muka nak-mintak-kaki-ke sebelum berpakat untuk batuk. Jeonghan yang geram mencucuk tangan Minhyuk menggunakan penyepit.

 

“Auch! Sakitlah!” Minhyuk mengaduh kesakitan tetapi dihiraukan Jeonghan. Kimchi itu laju sahaja dimakan, sebelum air mineral diteguk beberapa teguk menghilangkan haus di tekaknya.

 

Minhyuk memandang sekeliling. “Mana Kyulkyung?”

 

Jeonghan menghentikan kunyahannya. Mingyu berdehem perlahan sebelum sambung menghirup sup rumpai laut. Yeri terdiam sebelum melihat Mingyu dan Jeonghan. Jeonghan hanya memandang mangkuknya yang kosong sebelum Minhyuk menuangkan sup rumpai laut lagi ke dalam mangkuknya.

 

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
aquariusxpisces
Nak sambung balik cerita ni :DDĎ

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
2019 suda nak habis, tak sambung ii lagi. idea masih ada, tahun depan nak spm pula. life is tough. semoga ff ni siap.
haseungwon
#2
Chapter 2: Wow! Aku suka part awal2 tu. Nampak menarik xD Entah kenapa aku rasa watak Minhyuk nampak menarik xD
lilylunalove
#3
Omo fighting! Saya suka genre sci-fi, lagipun susah nak tengok ada org buat genre ni! XD
imjiseong
#4
fighting beb, kau boleh buat punya