O1NIGHTMARE

Survival 89
Please Subscribe to read the full chapter

SURVIVAL 89

O1NIGHTMARE

 

Mingyu membuka matanya. Kepala yang terasa sakit dipegang. Ada cecair yang membasahi kepalanya. Telapak tangan diangkat. Ya, darah.

 

Mingyu menahan kesakitan sambil matanya meliar ke sekeliling kawasan. Dia di dalam suatu bilik yang entah, dia sendiri tidak tahu dia dimana. Ada satu kertas blue print yang tertampal di dinding bilik itu. Peta bangunan ini, mungkin.

 

Langkah diatur. Mingyu memerhati blueprint itu. Kemudian, dia dikejutkan dengan jeritan perempuan. Dari bilik sebelah rasanya. Mingyu menjengah dari gril besi yang menghalang pintu keluar.

 

"Bawa mereka semua!"

 

Mingyu menelan air liur. Robot kejam di mana-mana. Seorang perempuan yang ditangkap oleh robot itu mula menjerit histeria apabila rambutnya yang ikal mayang itu ditarik dengan kuat.

 

Matanya mula meliar ke sekeliling bilik. Dia perlu larikan diri sebelum ditangkap. Ada salur udara. Mingyu mencapai sebuah kerusi. Dia perlu bertindak pantas. 

 

Besi yang menghalang salur udara itu ditanggalkan sebelum badannya yang tinggi lampai itu mula memasuki salur udara itu. Dia perlu larikan diri jika mahu terus hidup! 

 

Salur udara yang panjang itu diredah tanpa arah tujuan. Mingyu hanya mahu menyelamatkan dirinya sendiri. Dia buntu, dia sendiri tidak mengetahui mengapa dia disini dan bagaimana. Satu persatu persoalan mula muncul. Mingyu terus melarikan diri melalui salur udara itu sehingga dia menjumpai pintu keluar. Gril besi di hujung salur udara itu ditendang, sekaligus membebaskan dirinya dari 'neraka'. Mungkin?

 

 

Seorang gadis yang entah dari mana dibawa masuk ke dalam sebuah wad. Yang mengendalikannya hanyalah robot, sebelum seorang gadis berambut ikal masuk dan tersenyum jahat. Ga

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
aquariusxpisces
Nak sambung balik cerita ni :DDĎ

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
2019 suda nak habis, tak sambung ii lagi. idea masih ada, tahun depan nak spm pula. life is tough. semoga ff ni siap.
haseungwon
#2
Chapter 2: Wow! Aku suka part awal2 tu. Nampak menarik xD Entah kenapa aku rasa watak Minhyuk nampak menarik xD
lilylunalove
#3
Omo fighting! Saya suka genre sci-fi, lagipun susah nak tengok ada org buat genre ni! XD
imjiseong
#4
fighting beb, kau boleh buat punya