FINAL —

Song For You

Jihoon menutup mulutnya yang menguap. Dia menggosok-gosok matanya yang mulai kabur. Sudah 8 jam dia berada di dalam studio milik syarikatnya. Menjadi seorang idol yang membuat lagu sendiri memang sukar, diikutkan umurnya yang muda. Lagipun, mereka sedang bersedia untuk debut di Korea. Bertambahlah beban Jihoon. Dia mahukan ahli pasukannya mendapat debut yang berjaya. Dia ingin menggegarkan pentas Korea Selatan dengan lagu ciptaan dia. 

 

Tapi, disebabkan terlalu banyak menghabiskan masa di dalam studio, dia tiada masa untuk bersosial dengan orang luar. Dia hanya bercakap dengan ahli sepasukannya dan Bumzu, komposer lagu-lagu di syarikatnya.

 

"Jihoon." Jeonghan memanggil Jihoon yang kepenatan sebelum menyerahkan air koko panas untuknya.

 

"Rehatlah dulu. Jangan terlalu paksa diri." Jeonghan menepuk bahu Jihoon. Jihoon mengangguk sebelum meneguk air koko panas itu.

 

"Jihoon ya, kau tak rasa yang kau perlukan masa untuk bersosial?" Jeonghan bertanya. Jihoon menjeling.

 

"Nope. I'm too busy for that."

 

Jeonghan tersenyum kelat. "Budak ni kan, aku hempuk guna gitar kang sesia je." Dia monolog di dalam hati.

 

"Memanglah, cuba kau amik cuti dan bersosial dengan orang luar? Takdelah kau terperuk je kat dalam studio ni. Sesak nafas aku kalau duduk dalam ni sepanjang hari." Jeonghan mengomel sebelum mengipas-ngipaskan mukanya.

 

"Taknaklah hyung. Kita dah nak debut, paatu nak bersosial pulak dengan orang luar. Mimpi jelah." Jihoon meletakkan secawan air koko itu di atas meja. Dia memandang Jeonghan dengan satu pandangan yang tidak dapat diungkapkan.

 

Jeonghan mendapat idea. "Esok kita jogging dengan ahli lain nak? Soonyoung atau Seungcheol ke?"

 

Jihoon melihat jamnya. Kalau ikutkan, esok dia kena siapkan lagi lagu debut mereka. Tapi dia tak mahu kecewakan Jeonghan yang seperti abangnya sendiri.

 

"Baik hyung. Esok pukul 7 pagi eh." Jihoon tersenyum sebelum menguap. Jeonghan mengusap rambut Jihoon sebelum menarik tangannya.

 

"Tido kat dalam dorm lah. Ahli lain semua rindu nak gurau dengan kau. Hoho." Jeonghan tersenyum sebelum Jihoon mengangguk. Studio yang mula gelap ditenung.

 

Ah, penatnya.

 


 

7 pagi.

 

"Hyung, mana pergi kasut Adidas aku yang warna biru?!" Tanya Jihoon kepada Joshua. Joshua yang terkejut memandang Jeonghan.

 

"Tak silap aku, ada dalam rak kasut." Joshua membuka pintu rak kasut itu. Tiada.

 

"Eh, mana perginya?" Joshua mula gerun. Jihoon tu, tak padan dengan pendek. Muka je comel, tapi panas baran.

 

"Ah, Seungcheol!" Jeonghan mula mendekati Seungcheol perlahan-lahan. Dia membelakangkan Jihoon.

 

"Hyung, ada nampak tak kasut Adidas warna biru Jihoon?" Jeonghan bertanya.

 

"Tolong bagitahu sebelum Jihoon kita mengamuk. Hehe." Jeonghan berbisik sambil tersenyum kelat. Seungcheol mengangguk faham.

 

"Apalah korang ni. Pagi-pagi dah kecoh macam ada ayam bertelur." Seungcheol mencapai sebuah kotak kasut di atas almari.

 

"Nah, Jihoon. Kitorang dah cadang nak bagi kasut sukan baru sebab kasut tu dah teruk jugak. Takkan nak pakai sampai bila-bila kot." Seungcheol menyerahkan kotak kasut itu kepada Jihoon.

 

"Dah-dah, jangan marah-marah. Kitorang kumpul duit ni semata-mata nak belanja kau tau." Seungcheol dan lain-lain tersenyum.

 

Jihoon terharu sebelum membelek kasut Nike yang dihadiahkan mereka. Warna merah. Jihoon tersenyum sebelum menyarung kasut itu.

 

"Dah, jom pergi jogging!" Jihoon yang mula bersemangat berlari anak ke arah pintu. Mereka hanya tersenyum dari belakang.

 

"Hyung, sebenarnya mana pergi kasut Jihoon?" Joshua bertanya. Seungcheol tersenyum sumbing.

 

"Hyung terbakarkan kasut tu semalam. Hehe."

 

Jeonghan dan Joshua yang sakit hati mula meninggalkan Seungcheol sorang-sorang. "Tak guna punya hyung, salah dia semua kena."

 

Jihoon sudah mula berjoging di sekitar Sungai Han. Pemandangan di situ pada waktu pagi memang indah. Sudah lama dia tak pergi berjoging seperti ini.

 

Dia menoleh ke belakang. Seungcheol, Jeonghan dan Joshua mula mengikuti dari belakang. Jihoon menjeling sebelum mencebik bibir. 

 

"Diorang yang ajak aku, asal aku yang lebih semangat ni? Puih." Jihoon membebel di dalam hati. Bila dia pandang hadapan, terdapat seorang perempuan sedang duduk melukis. Disebabkan dia terlalu leka membebel, dia terpijak buku lukisan perempuan itu.

 

Jihoon terkejut. Dia menunduk beberapa kali meminta maaf. Lukisan gadis tadi bercopkan tapak kasut baru Jihoon.

 

"Apa awak ni? Berjoging pun, tengoklah mana awak lalu." Gadis itu geram. Lukisan yang hampir setengah jam dia lukis habis begitu saja. 

 

"Ah,, maafkan saya. Saya tak sengaja." Jihoon menunduk lagi, meminta maaf. Gadis itu bertambah geram. Alatan seninya dikemas, sebelum lukisan tadi dironyokkan dan dibuang di hadapan Jihoon.

 

Tanpa menoleh ke belakang, gadis itu berlalu pergi. Jihoon mula berasa menyesal. Joging bertukar tragedi. Lukisan ronyok di kakinya diambil. Perlahan-lahan, dia membuka kertas ronyok itu.

 

Pemandangan Sungai Han pada waktu pagi menjadi subjek lukisan gadis tadi. Cantik, getus hati Jihoon. Rasa bersalah mula mendatangi hatinya.

 

"Jihoon ya, kenapa?" Jeonghan memegang bahu Jihoon yang masih tidak berganjak dari tempat dia bertemu dengan gadis tadi.

 

"Hyung, aku dah buat salah."

 


 

Keesokkan harinya, Jihoon nekad. Dia ingin meminta maaf kepada gadis itu. Jihoon keluar dari dorm lagi, tanpa pengetahuan ahli yang lain.

 

Dia mencari gadis itu. Ya, gadis itu duduk di atas bangku, barangkali melukis. Jihoon mulai mendekati gadis itu sebelum duduk di sebelahnya.

 

"Awak lagi? Awak nak apa?" Gadis itu bertanya. Rasa geram di hatinya mungkin sudah pudar, teka Jihoon.

 

"S-saya.. nak minta maaf." Jihoon tunduk memandang tanah. Wajah gadis itu tak sanggup dia tenung. Jihoon malu.

 

"Hmm... Takpelah. Salah saya jugak sebab duduk dekat laluan orang nak berjoging." Gadis tadi membalas namun tangannya masih melakar pemandangan Sungai Han itu.

 

"Jadi, nama awak siapa?" Gadis itu meletakkan buku lukisan itu di sisinya. Dia memandang Jihoon.

 

Jihoon memandang gadis itu seketika sebelum mengalihkan pandangan. Pipinya mulai merah. "N-n-nama saya.. Lee Jihoon."

 

Gadis itu tertawa. "Jihoon? Sedap nama. Awak ni comel lah!" 

 

Jihoon bertambah malu. Seorang gadis puji dia comel? 

 

"Nama saya Haeun. Sung Haeun. Awak memang malu dengan perempuan ke?" Tanya gadis itu. Jihoon pantas mengangguk. 

 

"Saya.. tak pernah ada kawan perempuan." Ujar Jihoon. Haeun ketawa. 

 

"Jadi, saya kawan perempuan pertama awak?" Tanya Haeun. Jihoon mula mengukirkan senyuman. 

 

"Nampaknya begitu. Awak memang suka melukis ke?" 

 

Haeun tergelak kecil. Dia memegang buku lukisannya. "Bolehlah, saya sukakan seni sangat-sangat sampai mak saya membebel yang saya dah boleh kahwin dengan seni. Hahaha!"

 

Jihoon tersenyum. Dia memandang gadis itu. Sungguh ceria. Aura yang Jihoon suka.

 

"Hobi awak apa, Jihoon?" Tanya Haeun. Jihoon senyum.

 

"Menulis lagu." Jihoon terpaksa menyembunyikan fakta bahawa dia bakal debut sebagai idol. Gadis ini pun mungkin tidak mengenalinya sebagai trainee Pledis.

 

"Oh, bestnya! Kalau awak boleh tulis lagu untuk saya, apa tajuknya?" Haeun mulai kagum. Jihoon berfikir sejenak sebelum memandang Haeun.

 

"Aku yang bercinta dengan seni." Ujar Jihoon sebelum tertawa. Haeun yang sakit hati mula mencubit lengan Jihoon. "Aih awak ni, main-main pulak."

 

"Hmm.. Saya akan bagi tajuknya, Smile." Jihoon tersenyum. "Sedap tak?"

 

Haeun menjuihkan bibirnya. "Bosannya tajuk tu. Lantaklah, sedap jugak." 

 

Jihoon tersenyum sebelum melihat jam di tangannya.

 

"Hmm, awak? Saya kena balik. Makanan tak masak lagi. So, saya rasa kita akan berjumpa lagi, nanti?" Jihoon berdiri sebelum menepuk seluarnya, menghilangkan habuk.

 

"Mungkin." Haeun tersenyum sebelum melambaikan tangannya. Jihoon mula beredar. Haeun memerhatikan bayang Jihoon yang semakin menjauh.

 


 

"Lee Jihoon! Awak tahu tak betapa takutnya hyung tadi? Dahlah pergi tanpa bagitahu sesiapa!" Jeonghan yang risau mula menyatakan kegusarannya. Jihoon rasa bersalah.

 

"Maaf hyung." Jihoon ujar, pendek.

 

"Dah, lain kali kalau nak keluar, bagitahu kitorang dulu. Kalau tak pun, tinggalkan mesej." Mingyu meredakan keadaan yang tegang. "So, jom makan? Perut aku dah berbunyi ni."

 

Semua beredar dari ruang tamu, ke bilik makan. Jihoon teringat perempuan tadi. Ada satu perasaan yang membuatnya bingung. Jantungnya berdegup laju.

 

Usai makan, Jihoon terus pergi ke studionya. Ahli yang lain melihat tanpa berkata apa-apa. Seungcheol memandang Jeonghan yang menguis-uis makanannya. 

 

"Sabar lah, Jeonghan. Mesti ada sesuatu." Seungcheol cuba menenangkan Jeonghan yang sebenarnya risaukan Jihoon.

 

Jihoon duduk di atas kerusinya. Pen hitam di atas meja mula dicapai. Tangannya mula menulis lirik lagu yang tercetus di otaknya tadi.

 

Pintu studionya diketuk. Jihoon menoleh. Jeonghan masuk. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Jihoon.

 

"Ada apa-apa yang sangat mustahak sampai Jihoon keluar macam tu je?" Jeonghan bertanya.

 

Jihoon diam sejenak. "Gadis tu."

 

Jeonghan mengukirkan senyuman. "Tak apa, hyung tak marah. Tapi jangan sampai tak beritahu kat sesiapa."

 

"Hyung." Jihoon berhenti sejenak. "Saya rasa perasaan pelik."

 

"Maksud kamu?" Jeonghan mula berminat.

 

"Ada kemungkinan tak saya jumpa cinta pertama saya?" Jihoon bermain-main dengan pen itu. Kertas di atas meja diketuk beberapa kali.

 

"Dengan gadis semalam?" Jihoon mengangguk. 

 

"Cubalah rapat dulu dengan dia. Mana tahu dia akan suka kamu jugak." Jeonghan tersenyum sebelum memegang bahu Jihoon.

 

"Pertama kali ni Jihoon suka seseorang. Jangan takut-takut ya." Jeonghan bangun sebelum beredar. Jihoon sambung menulis lirik lagu tersebut.

 

Esoknya, dia datang ke tempat yang sama. Tapi gadis itu tiada. Mungkin Haeun terlambat? Ataupun dia yang terlambat? Mungkin gadis itu ada hal yang mustahak?

 

Jihoon beredar dengan kecewa. 

 

"Jihoon, esok kita nak sediakan lagu debut kita. Jadi esok dari pagi kena terus duduk kat studio." Bumzu mula memberitahu perancangan mereka. Jihoon hanya mengangguk. 

 

Satu hari yang penuh. Itu hari terakhir dia pergi bertemu dengan Haeun. Di mana gadis itu? Sihatkah dia?

 

Bumzu perasan yang Jihoon kurang memberi perhatian. "Jihoon yah, kamu nak rehat sekejap?"

 

Jihoon mengangguk. Hoodie hitamnya dicapai, sebelum berlari ke Sungai Han. Di bangku yang sama. Haeun ada di situ.

 

"Hai, Jihoon." Tegur Haeun. Wajahnya pucat. Dia memakai baju hospital? Jihoon tertanya-tanya.

 

"Awak okay? Kenapa muka awak pucat? Awak sakit?" Jihoon mulai risau. Haeun sempat lagi tertawa kecil.

 

"Jangan risaulah. Saya tak rasa saya boleh jumpa awak lagi lepas ni. Saya nak hadiahkan awak sesuatu." Kanvas berbalut kertas coklat diberi kepada Jihoon. 

 

"Saya harap awak simpan. Ini hadiah pertama fans awak kepada awak, Woozi." Haeun memanggil Jihoon dengan nama pentasnya. Jihoon terkejut.

 

"Saya bertuah dapat kenal awak. Terima kasih, Lee Jihoon." Haeun tersenyum sebelum bangun.

 

"Jangan menangis, dan banyakkan tersenyum, ya? Saya harap awak akan jadi idol yang berjaya. Saya bangga ada kawan dengan awak. Mungkin kita akan jumpa lagi, kelahiran akan datang. Saya takkan lupakan awak. Saya sayang awak." Haeun tersenyum, sebelum mulai berlalu pergi. Jihoon terduduk kaku. 

 

Jeonghan datang. "Jihoon!"

 

Jihoon kaku. Masih kaku. Air matanya mula mengalir di pipi.

 


 

SEVENTEEN IN SEOUL [LOVE&LETTER] REPACKAGE COMEBACK SHOWCASE

 

"Saya nak nyanyikan lagu yang saya tulis untuk fans pertama saya, Carat." Woozi tersenyum. Jeonghan risau, sejak hari tersebut, Woozi jarang makan. Kesihatannya mulai merosot.

 

Muzik dimainkan. Woozi duduk di kerusi sebelum mulutnya mula mengalunkan suaranya yang merdu.

 

Happiness is only a word

It’s just a dream that everyone wants

But that doesn’t make sense

I don’t even wanna believe that

Yeah I just want it SIMPLE SIMPLE oh

 

Everything that makes me breathe

I want it to be simple

Until it goes far far away

Until I can’t see

I call you baby yeah

Baby’s called my happiness yeah

Yeah I just want it SIMPLE SIMPLE

I want it SIMPLE

 

Semua terpukau dengan suara Woozi yang merdu. Woozi terkaku. Dia nampak Haeun yang sedang senyum kepadanya. Woozi tersenyum.

 

Buk!

 

Carat mula menjerit risau. Ahli yang lain mula mendekati Woozi yang pengsan di atas pentas.

 

"Thank you, for showing me what is love."

 


 

Hai guys! Saya dapat habiskan fanfic ONESHOT ni dalam masa yang singkat! Saya rasa ni pencapaian pertama saya untuk tahun ni sebab banyak fanfics saya yang saya lambat update. Huhu...

 

Btw, masa saya bayangkan ending ff ni, saya menangis sebab dapat bayangkan betapa heartbrokennya Woozi bila dia jatuh cinta buat PERTAMA KALI! Tapi masatu lirik lagu saya tulis sendiri, disebabkan saya lupa lirik tu macam mana, saya terpaksa tukar dan ambil lirik dari album Repackage diorang untuk featured dalam ff ni. Huhu (╥_╥) lirik saya masatu dah okay dan sesuai sangat. Macam manalah boleh terlupa haih...

 

Jadi, saya harap anda suka ff Valentine Special saya pada tahun ni! ( ̄∀ ̄)

 

P/S : Cuba teka tu lagu apa? Hehe.. 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
bigbangtanboys
#1
Chapter 2: Good luck untuk pt3. Belajar betul2. Ika kan hebat! Bercakap tentang story ni, akak tergelak time woozi terpijak lukisan perempuan tu. Aku cuba bayangkan situasi tu dan rasa lawak xD
imjiseong
#2
Chapter 1: huuuuu..... sedihnyaa
Jelly_Warrior
#3
Chapter 1: Wah ! This story is so beautiful~~ SIMPLE tapi best :)
Sedih pula bila bayangkan perasaan Jihoon T.T
Best ! Best !
haseungwon
#4
Chapter 1: Cuba teka tu lagu apa? Susah. Lagu apa eh ni? Hurmm *usap dagu* Benda SIMPLE pun aku susah nak jawab. Ish ish ish. Hahaha. Btw, aku suka cerita ni *winkeu*
imjiseong
#5
rabak gila guna woozi.