Chapter 1

If I Was His Mr. Right (Malay Fanfiction)
Please Subscribe to read the full chapter

'' Tae, Err.. A-Aku nak pergi 7 eleven kat sana kejap. '' Kata gadis itu lantas berpaling tubuh membelakangi Taehyung.Kelam-kabut dia melarikan pandangan ke arah lain. Gelabah dirinya hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaannya ketika itu.

Tidak betah dia ingin bertentang mata dengan si mata hazel milik lelaki di hadapannya ini.'' Comel je crush Jungkook ni .'' desis hati Taehyung sambil tersengih dalam diam.

'' Aku teman kau , Aera.'' Taehyung yang baru sahaja melabuhkan punggung di bangku bingkas bangun. Tidak sampai hati mahu membiarkan gadis itu berjalan bersendirian pada malam begini .

'' Takpe . Aku boleh je pergi sorang .Tak payah risau la . Lagipun dekat je 7E tu.'' Aera berpaling kembali sambil mengukirkan senyuman nipis di bibirnya.

'' Bahaya la . Kau tu perempuan , sengal .''jawab Taehyung prihatin .Wajahnya kelihatan bersungguh-sunggguh.

Sikap prihatin Taehyung itu membuatkan dirinya itu tidak sabar untuk menanti saat-saat di mana lelaki itu akan menunaikan janjinya.

'' Tak payahlah ,Tae . Aku dah besar bukannya budak kecil lagi. Kau tunggu je la kat sini .'' Dia tetap menghalang ajakan lelaki itu .

'' Kau ni nak dengar cakap orang pun susah . Degil betul .'' Taehyung mengalah dengan sikap keras kepala gadis itu .Punggung kembali dilabuhkan. Aera mula melangkah menghampiri bahu jalan . Sudah masuk tiga langkah kakinya mengorak  meninggalkan bus stop untuk ke kawasan kaki jalan di seberang sana.

'' Aera , hati-hati ! ''jerit Taehyung . Kelihatan gadis itu menganggukkan kepalanya serentak tangan kanannya diangkat tinggi . '' Arraseo ! '' 

Timbul perasaan lega sebaik sahaja melihat gadis itu sudah tiba di kaki jalan pada seberang sana .Namun, perasaan risau mula wujud menganggu ruangan hati. Terkambus kelegaan yang wujud sebentar tadi. Tidak tahu mengapa perasaan itu muncul.

Jalan kecil di hadapan mata yang sudah dilitupi dengan salju dia perhati. Kegelapan jalannya samar-samar diterangi dengan cahaya lampu isyarat serta lampu-lampu beberapa kedai yang berderet di sepanjang jalan . Dia mendongakkan kepala ke atas . Merenung langit malam yang dihiasi dengan hujan salju . Begitu lama dia mengamati langit malam sehingga hanyut dengan ketenangannya.

''Taehyung-ah ! '' Satu susuk tubuh tubuh genit yang berdiri di pinggir kaki jalan seberang sana dipandang. Gadis itu melambai-melambaikan tangannya ke udara bersama senyuman lebar tersungging di bibir. Perlahan-lahan Taehyung mula mengangkat punggung lalu menghampiri ke arah pinggir kaki jalan . Terpinga -pinga Taehyung sebelum matanya menangkap sebuah belon merah berbentuk hati di tangan kanan gadis itu . Mereka berdua berpandangan antara satu sama-lain dengan jarak jauh. Kedua-duanya hanya berdiri kaku.

'' Saengil chukhahae , Kim Taehyung ! '' laung Aera dengan bersemangat sambil tersenyum manis . Penuh sinar kegembiraan terpancar di wajahnya .

Taehyung terkedu . Tidak menyangka kawan perempuannya itu mengingati bahawa hari ini merupakan ulang tahun kelahirannya yang ke-18 . Lama-lama ,senyuman gembira turut terpalit di bibir merah dia sehingga terbentuk sengihan petak.

Di pinggir kaki jalan berhadapan bus stop ini, matanya tidak lepas memerhati Aera yang mula mengatur langkah satu persatu menuju ke arahnya. Wajah mulus tersebut dihiasi kegembiraan serta

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
srisabrina
Hey guys! Chapter 1 If i was his Mr.Right updated ! Check it out juseyo ~

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet