First to the End

Illegirl

Hari yang tenang di California Language Academy.

"Jadi, keputusannya sudah pun keluar. Kamu semua boleh membuat semakan di papan kenyataan bersebelahan bilik guru. Diharap semua keputusan tersebut dapat memuaskan hati kamu semua. Ingat apa saya cakap haritu, kepada yang berjaya mendapat pointer tinggi akan dapat mengikuti pertukaran pelajar ke Korea, semua ditaja oleh pihak sekolah." Kata Mr. Hudson.

"Wah ! Korea kut, sapa je taknak pergi ? Sana ramai artis terkenal. Boy Group, Girl Group semua ada." Kata Sophie dengan muka gembira. Dia mengemas buku-buku diatas meja yang bersepah itu. Areum melihatnya dengan muka tiada perasaan lalu bertanya "Kau pun excited ?"

"Sapa tak excited ? Kau tengok budak kelas, semua berebut nak pergi free trip. Dah la free, semua sekolah tanggung, Korea pulak tu. Penuh artis. Dah la artis-artis dia tu meletup-letup. Ada artis korea kumpulan lelaki tu yang berjaya masuk dunia barat kita. Pergi show Ellen, AMAS, Billboard music Awards. Hebat kan ?"  Sophie mula membayang wajah lelaki-lelaki tersebut.

Rapmonster

JHope

Suga

V

Jin

Jimin

Jungkook

"HOI !" Areum mengetuk kepala Sophie dengan buku.
"Berangan pulak. Alaa ,, Korea je pun kau ni." Sophie menjeling ke aras Areum.
"Kau takpe la, Ayah kau orang Korea, memang selalu balik sana. Bukan macam aku ni, jarang sekali dapat keluar negara." Sophie mula merajuk. Kepalanya menunduk perlahan.
 Areum mula rasa bersalah melihat wajah Sophie.
"Last aku balik sana masa aku umur 7 tahun. Dah lama la.. Alaa ,, jangan la merajuk. Keputusan pun kita tak tengok lagi macam mana nak tau dapat pergi tak ?" Areum menggosok-gosok beakang Sophie.
"Haa jom tengok sekarang !" Tangan Areum laju ditarik oleh Sophie keluar dari kelas menuju ke bilik guru.

"Muka macam tu nak pergi Korea ? Well jangan harap lah !" Sindir Vanessa sambil menjeling ke arah Sophie dan Areum.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mereka berdua berdiri dibelakang sekumpulan pelajar. Kelihatan sekumpulan pelajar sedang berebut-rebut ingin melihat keputusan masing-masing. Ada yang menangis kecewa, ada yang senyum sampai ke telinga dengan keputusan yang diterima. 

"Habis macam mana ni ? Ramai sangat orang." Keluh Sophie.
"Sabar la, nanti orang dah pergi kita dapat la tengok." Areum menggosok-gosok bahu Sophie.

"Tepi..tepi ! Queen nak lalu ..Adoi ! sibuknya korang ni." Kata Vanessa sambil menyuruh pelajar lain memberinya laluan. Areum dan Sophie hanya melihat gelagat Vanessa. "Yang ni memang mintak kaki. Kita yang dari tadi berdiri tapi dia yang dapat masuk." Kata Sophie dengan muka tidak puas hati. "Biar lah kat dia. Kalau kau cari pasal nanti tak pasal-pasal jadi hal besar. Biarkan je." Areum masih memujuk Sophie dengan baik.

"WHAT ?!?! JUST 3.25 ?!" Jerit Vanessa tiba-tiba. Dia menghentakkan kaki tanda protes. "Mana boleh macam ni !" 

"Tahniah Areum dan Sophie for 3.98 and 3.75" Ucap Kevin beserta senyuman lalu berlalu pergi. Areum dan Sophie maisng-masing tidak percaya dengan keputusan yang diterimanya. "Serius laa ?" Mereka pergi ke arah papan tanda tersebut untuk melihat keputusan mereka.

 Areum Lee           3.98

Sophie Evans        3.75

Evelyn Sue           3.46

Kevin Woo          3.33

"Woww ! Hebatnya !" Mereka tergamam dengan keputusan yang baru dilihatnya tadi. 

"SO.. Ke KOREA ke kita?" Sophie sudah menunjuk riak gembiranya.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA INCHEON

"KOREA HERE I COME !" Jerit Sophie sebaik sahaja turun dari kapal terbang

Insta: @rem.k.s                                                                                                                                                                                 More

"Eh makcik ! sapu tangan kau tertinggal kat dalam kau lupa ke ?" Areum menarik rambut Sophie membuatkan Sophie menjerit kesakitan. "OUCH ! Sorry sorry aku lupa."

ulzzang girl | Tumblr

"So.. kemanakah destinasi kita lepas ni?" Tanya Areum sambil membuka telefon bimbitnya.
"Ke hati abang-abang BTS." Sambut Sophie.
"Jangan membongak kau eh. Adoi kenapalah kawan aku macam ni." Dia mengangkat kening sambil mengeluh.
"Garangnya makcik ni. Period ke ?"

"Okay destinasi kita seterusnya pergi Apartmen Seoul." Kata Areum sambil menmasukkan phonenya ke dalam poket.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Bukan ke pelajar pertukaran tu akan masuk harini ?" Tanya Vernon kepada sekumpulan kawan-kawannya. "Entah la. Dengar cerita harini mereka masuk." Jawab Seungkwan. "Nanti sampai la tu.." Sambut Minggyu.

"Pengetua masuk !" 

Seorang budak lelaki berlari masuk ke dalam kelas sebaik sahaja melihat pengetua berjalan menuju ke kelas mereka. Semua belajar berlari ke tempat masing-masing dan membaiki kedudukan mereka. Jungkook hanya melihat di hadapan sambil mendengar lagu di earphonenya. Perlahan earphone itu dicabut dan disimpan ke dalam meja.

"Baiklah harini kita ada pelajar pertukaran dari California, USA. You can introduce yourself girls." Ucap pengetua.
"Hello my name is Sophie Evans. Nice to meet you." Sophie memperkenalkan dirinya sambil menghadiahkan senyuman.
"Hi my name is Areum Lee." Areum pula memperkenalkan dirinya.

Kelihatan pelajar lelaki menyambut kehadiran mereka dengan riang.

"Mereka sangat cantik !"
"Mata dia besar la.."
"Perempuan kat sebelah minah salleh tu cantik sebab ada dimple yang menawan."

"Eh ! ada Jungkook BTS la.." Bisik Sophie perlahan.

Image result for jungkook sopa
"Kau ni.. sempat lagi." Balas Areum

"You can take your place. Sophie, you may sit beside sinB and Areum can sit beside Jungkook." Mereka berdua duduk ditempat yang telah diarahkan.

"Gfriend Hwang sinB. Oh My God i so love you and your group. You are really beautiful and talented." Ucap Sophie sambil mereka berjabak tangan. "Oh..thank you." Balas SinB ringkas beserta senyuman kerana kurang mahir berbahasa inggeris. "You don't have to worry . I can speak Korean because i always watching Korean drama." Kata Sophie. Orang Korea memang kurang mahir dalam berbahasa asing kerana mereka berpegang pada bahasa ibunda mereka sahaja iaitu Hangeul.

"Hai.." Ucap Areum lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi. 
"Hello !" Balas Jungkook mesra.
"So..yeah..suasana dingin." Kata Jungkook. Areum tersenyum menampakkan kedua lesung pipitnya yang dalam.
"Yeah.. Taktau nak cakap apa."

"Saya fikir dua-dua pelajar foreigner." Kata Jungkook.
"Memang dua-dua foreigner. Cuma saya separuh korea dan Sophie sepenuhnya Amerika." Kata Areum
"No wonder muka awak ada iras korean." Jungkook mengangkat keningnya.
"Jangan buat muka macam tu la.." Areum memandang ke arah tingkap

"Kenapa?"

"Awak sengaja nak suruh saya tergoda dan jatuh cinta dengan muka awak,kan?" Tanya Areum.

"Eh..mana ada. Hey, awak tak excited ke datang Seoul Arts High School? sini ramai artis." Terang Jungkook sambil tangannya menunjuk ke arah sinB, Eunha, Seungkwan, Minggyu dan yang lain.
"Tak la. Bagi saya benda tu biasa je bagi saya. Tu haa,, kalau awak tanya kawan saya Sophie tu, dia memang double excited sebab impian dia memang nak datang Korea jumpa artis-artis macam awak." Areum menunjuk ke arah Sophie yang rancak berbual dengan Eunha dan SinB

"Then,you don't like us?" Tanya Jungkook lagi.
"Bukan macam tu. Saya suka semua lagu-lagu awak cuma saya tak tergilakan awak. Itu sahaja." Jelas Areum.

"oooo...kay.." Jungkook kembali memandang ke hadapan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Setelah seminggu berada di Korea

"Banyak kedai dah kita pergi, banyak lagi ke kau nak beli ?" Tanya Areum sambil melihat banyak beg kertas yang dipegang oleh Sophie. Mana tak nya, sudah 3 jam mereka berjalan-jalan di bandar Seoul, Sophie meminta Areum menemaninya membeli belah di bandar Seoul. 

"Tunggu la kejap lagi kita balik la.. aku tak habis beli barang lagi ni." Balas Sophie yang sedang sibuk membelek baju di sebuah kedai baju yang terkenal. Areum mengeluh panjang "sukahati kau la.. jangan angkut satu kedai ni sudah. Nanti pilot kapal terbang tu tak bagi kau balik US." Kata Areum disertai dengan gelak jahat. Sophie menyiku lengan Areum membuatkan Areum menggaduh kesakitan. Tiba-tiba matanya terlihat kelibat seorang lelaki dengan mukanya separuh ditutupi topeng muka sedang duduk diatas kerusi di luar kedai.

Сохранённые фотографии – 907 фотографий


"Macam kenal."

Areum berjalan keluar menuju ke kerusi yang diduduki oleh lelaki itu. Kelihatan kerusi tersebut kosong disebelah. Areum mengambil tempat tersebut. Dengan perlahan dia melabuhkan punggungnya.

"Hey.. kosong kan? boleh saya duduk?" Tanya Areum sambil memandang wajah lelaki itu.
"Tak jawab pun awak dah duduk kan." Balas lelaki tersebut tanpa memandang Areum. Areum tersenyum menyedari tingkah lakunya.
"Hari yang indah kan.."
"Yeah.. indah."

"Awak buat apa kat sini?"
"Teman V dan Jimin hyung beli barang."
Areum memuncungkan bibirnya sambil mengangguk faham.
"Kenapa pakai mask muka?" Tanya Areum. "Ada jerawat batu ke?" Pertanyaan Areum telah membuatkan Jungkook gelak.
"Tak. Muka saya bersih bebas dari sebarang bakteria. Saja taknak orang tau. You know, nanti peminat serbu, kamera di mana-mana." 
Areum mengangguk tanda faham. 
"Ooh.. susah betul kehidupan seorang artis."
"Yes..macam tu la."

Tanpa sedar, ada seseorang telah mengambil gambar mereka disebalik pokok.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Baik la kelas, hari ini saya ada tugas untuk kamu semua. Tetapi kerja yang saya bagi ni perlu dilakukan secara duet." Mrs.Hwang meletakkan sebuah kotak kecil diatas meja dan membuka tudung kotak tersebut. "Saya nak kamu ambil sekeping kertas sahaja. Didalam kertas tersebut ada nama pasangan masing-masing. Memandangkan kelas ini terdapat 30 orang pelajar, jadi hanya 15 orang sahaja ambil. Okay, gerak sekarang." 

"Biar saya ambilkan." Kata Areum lalu bangun dari tempat duduknya. Jungkook disebelah hanya melihat dan menantikan namanya diumum oleh siapa.

Areum mengambil sekeping kertas didalam kotak lalu membukanya. 

"Jungkook ?"

Areum memandang belakang. Dia terdengar Sophie memanggil nama Jungkook. "Untung lah dapat Jungkook. Dah la deskmate, artis pulak tu. 'Boyfie' aku pulak tu." perli Sophie bergurau.
"Kau dapat siapa?" Tanya Areum.

Sophie memuncung bibirnya ke arah Jeongmin yang sedang membaca buku. "That guy."
Areum ketawa. "Goodluck sis !" Dia berjalan menuju ke tempat duduknya.

"Dapat siapa?" Tanya Jungkook sebaik sahaja Areum melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Dia menghulurkan kertas tersebut kepada Jungkook.

"Saya?"

"Yes, awak."

"Dah dapat semua pasangannya?" Tanya Mrs Hwang. Semua pelajar membalas "Ya !"

"Good. Baiklah. Tugasan ini adalah berjudul alam sekitar. Jadi saya nak kamu semua pilih kawasan yang hendak kamu kaji. Saya nak kamu bentangkan pada minggu hadapan faham?"

"Faham !"

"Baiklah. Sampai sini sahaja kelas kita pada hari ini." Mrs. Hwang mengambil bukunya lalu keluar dari kelas.

"So, bila kita boleh mula?" Tanya Jungkook.

"Sebelum hari pebentangan." Jawab Areum sambil senyum

"Ha Ha Ha. Lawak sangat." Jungkook menayangkan muka seposen.

"Well, saya tak kisah pun bila-bila asalkan tak menganggu jadual awak berlatih. Awak kan idol." Kata Areum.
"Idol or tak, pelajaran tetap diutamakan." Balas Jungkook. "Kalau macam tu, esok la."
"Sure.."

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Sorry lambat." Jungkook berlari ke arah Areum. Kelihatan Areum sedang berdiri di pintu kereta sambil bermain phone. Jungkook mengesat peluhnya yang mengalir. Areum melihat Jungkook memakai mask muka. "You wear that again?" 
 

"Awak tak akan faham. Boleh kita gerak sekarang?" Tanya Jungkook.
"Yeah tapi ada sedikit masalah."
"Apa dia?"
"Saya tak pandai memandu." Kata Areum

"Okay. Kita tukar tempat duduk." Jungkook berjalan menuju ke tempat duduk pemandu. Perlahan enjin kereta Audi r8 dipanaskan.
"Mana dapat kereta ni?" Tanya Jungkook tidak percaya seorang perempuan seperti Areum memiliki kereta mewah yang mahal.

"Tu..ayah saudara saya punya." Jawab Areum.
"I bet awak tak kenal jalan Seoul kan.?" Tanya Jungkook. Areum hanya mengangguk.
"Then, i will be your tour guide for today." Jungkook tersenyum lalu memandu kereta.

Setelah 30 minit perjalanan.

"Kita nak pergi mana ni..dari tadi tak sampai-sampai lagi." Kata Areum sambil mengeluh kepenatan. Dia kebosanan kerana Jungkook asyik menggunakan laluan yang sepi. Tiada pemandangan yang dapat dilihatnya. Pemandangan sekeliling penuh dengan hutan.
"Sabar la nanti sampai la. Nak cari alam sekitar yang cantik." Jawab Jungkook sambil memandu.

"Ni bukan alam sekitar, penuh kayu. Serius la nak cari alam sekitar, bukan hutan amazon." Kata Areum.
"Hutan Amazon takde kat Korea la !" Jawab Jungkook

Sedang asyik memandu, Jungkook memberhentikan kereta di sebuah taman.

Related image
 

 

        "Waa..cantiknya !" Areum terpegun melihat kecantikkan taman itu. Pintu kereta dibuka, Areum berjalan keluar sambil mengeluarkan kamera. Dia mengambil gambar sekitar taman itu. Banyak gambar yang diambil oleh mereka termasuk juga gambar mereka bersama.

Setelah hampir satu jam mereka disana, Jungkook memutuskan untuk balik kerana langit hampir gelap dan dia risau jika ada mata yang memerhati mereka.

"What a perfect day !" Kata Areum riang. Dia berpuas hati kerana dapat pergi ketempat yang dia tidak pernah menjejakkan kaki sebelum ini walaupun dia adalah orang Korea. Jungkook mula menghidupkan kereta dan mula menggerakkan kereta tersebut tetapi tidak dapat.

"Kenapa?" Tanya Areum.
"Entah la.. kejap saya check." Jungkook keluar dari kereta. Dia melihat tayar kereta tersebut bocor. Dia kemudian memeriksa tayar tersevbut untuk mencari punca kebocoran tayar itu.
"Aishh !" Jungkook mengeluh panjang. Melihat keadaan itu, Areum segera keluar dari kereta menuju ke arah Jungkook.
"Ada apa?" Tanya Areum.
"Tayar kerata bocor. Terpijak paku." Areum terkejut. Dia mula risau kerana hari telah gelap. Dia mengeluarkan phone nya dan mendail number seseorang.
"Tak dapat low signal." Kata Areum. Dia turut melepaskan keluhan berat.

"Awak tak tengok ke masa awak masuk parking tadi?" Tanya Areum.
"Saya dah tengok tadi tak ada apa-apa pun." Jawab Jungkook.

"Kalau awak tengok betul-betul takkan la tayar tu boleh pancit." Areum masih tidak puas hati.
"Habis sekarang awak salahkan saya?"
"Habis salah siapa lagi?
"What !?" Mereka memulakan peperangan.

"Awak yang pilih tempat jauh sangat kenapa?" Tanya Areum dengan nada suara yang tinggi.
"Awak juga yang kata tempat situ dah ada orang ambik, tempat dekat Sophie dah ambil dulu. So, ni jela yang tinggal." Balas Jungkook ingin menuntut haknya. Areum berjalan tanpa hiraukan Jungkook. 

"Nak pergi mana?" Tanya Jungkook.
"Balik..and explain to my uncle and aunt so they will not worry about me."
"Er.. Bandar arah sana.." Kata Jungkook sambil menunjukkan jari ke kanan. Areum menghentikan langkahnya.Dia berjalan menuju ke arah yang diperkatakan oleh Jungkook.

Jungkook berlari mendapatkan Areum. Areum berjalan laju tanpa memikirkan Jungkook.
"Awak okay tak?" Tanya Jungkook.
"Kenapa awak peduli?" Areum membalas dengan soalan.
"Saya selalu ambil berat pasal orang. Saya cuma nak pastikan awak okay." Jelas Jungkook
"Saya okay. Saya cuma nak balik dan explain kat sophie apa yang terjadi supaya dia tak risau saya balik lambat and also to my aunty dan uncle ." Balas Areum "Awak tak perlu risau. Risaukan pasal diri awak nanti ramai yang akan risaukan awak bila awak hilang"Dia meneruskan perjalanan. Tanpa sedar, seseorang telah mengambil gambar mereka secara sembunyi.

Setelah hampir satu jam perjalanan tanpa sebarang suara. Jungkook memecahkan suasana dingin itu.

"Saya mintak maaf." Ucapnya.
"Kenapa?" Tanya Areum.
"Sebab cetuskan masalah ini." Kata Jungkook.
"Tak apa. Benda dah nak jadi, nak buat macam mana." Balas Areum. Hatinya sudah mulai sejuk.
 Jungkook perlahan memimpin tangan Areum sambil berjalan. Mereka saling tersenyum.
"Awak ni takde la teruk sangat." Kata Areum.
"Awak pun sama. Tak bermuka-muka." Kata Jungkook.
"Maksudnya?"
"Well, biasa orang hanya layan kpop idol dengan lemah lembut. Dengan orang lain tak pun." Terang Jungkook.
"You're amazing woman." Sambung Jungkook lagi membuatkan Areum tersenyum.

Sudah hampir setengan jam mereka berjalan akhirnya mereka tiba di sebuah stesen bas. Mereka melihat keadaan sekeliling yang sunyi tiada orang.

"Apa tu?" Kedengaran bunyi seperti bunyi tapak kaki orang berjalan. Jungkook segera melepaskan tangan Areum. Dia melihat ada beberapa orang lalu di hadapannya. Dia menarik nafas lega kerana tiada orang mengecamnya.
"Kenapa?" Tanya Areum.
"Tak..tak..tak..kembali ke dunia asal." Areum mengangkat keningnya tidak faham apa yang ingin disampaikan oleh jungkook.
"Tak bagus kalau orang tengok kita berdua bersama." Kata Jungkook.
"Kenapa?" Tanya Areum lagi.
"Sebab saya BTS Jeon Jungkook dan awak cuma perempuan biasa." Kata-kata Jungkook membuatkan Areum tersentak.
"Emm.. tak apa la..saya pergi dulu." Areum memulakan langkahnya.
"Tunggu." Jungkook menahan Areum. "Kenapa ni?"
"Kenapa awak tanya? tadi awak cakap saya ni hebat tak macam orang lain. Sekarang awak malu nak berjalan dengan saya. Saya sedar siapa saya." Kata Areum.
"Kalau awak bersama artis perempuan lain, awak akan pastikan yang akan ada wartawan akan ambil gambar awak dengan dia. Tapi dengan saya awak malu !" Marah Areum lagi. 
"Sukahati awak la nak cakap apa. Go ahead and judge me, awak tak akan faham." Balas Jungkook.
"Apa lagi yang saya tak faham? saya faham semuanya."
Jungkook menghulurkan tangannya. "Gambar tadi tu. elok saya simpan. Lebih selamat."
"Kenapa? Awak takut saya sebar kat laman sosial? takut imej awak sebagai artis akan tercemar disebabkan perempuan biasa macam saya? Jangan risau, saya tak akan buat dan saya tak ingin pun nak buat." Areum menghulurkan kameranya kepada Jungkook. 
"Ambil la. Tak ada apa pun yang saya perlu ingat pasal semua ni." Kata Areum.
"Areum-ah, Saya taknak kita berakhir macam ni." Keluh Jungkook. Dia melihat mata Areum mulai mengalir air mata.
"Okay, saya janji saya takkan muncul depan awak dan takkan cakap pun pasal awak depan sesiapa." Areum berlalu pergi. Jungkook mengeluh kesal.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

California, United States.

"Kau kenapa? Dah dua minggu kita balik US dua minggu jugaklah kau asyik termenung je. Kau ada masalah ke? Atau kau buat masalah?" Tanya Sophie yang hanya melihat Areum duduk di tepi katil memeluk bantal sambil melihat pemandangan luar.
"Ish kau ni, aku tak buat masalah pun." Areum membuat nada tertekan. "Sorry.." Kata Sophie memahami keadaan Areum yang betul-betul tertekan saat ini. Dia mengimbas kembali tentang kejadian yang menimpa dia dan Jungkook.

"Just sedar diri Areum." Keluh Areum sendirian.

"Ada apa-apa yang berlaku ke?" Tanya Sophie. Areum berhenti mengelamun, dia melihat wajah Sophie dan berkata "tak ada apa-apa la."

"Darling, we just saw you on tv." Kata ibu Areum yang membuka pintu bilik Areum tiba-tiba.
"What ?" Areum meletakkan bantal diatas katil dan segera bergerak ke ruang tamu. Remote diatas meja dicapainya lalu dikuatkan suara tv itu.

"Waa..BTS muncul di Strong Heart. Episod baru ni" Kata Sophie. Dia mengambil tempat di sebelah Areum. Mereka asyik mendengar apa yang dibicarakan di tv.

"Jungkook, kami telah mendapati bahawa gambar kamu bersama seorang wanita sedang berjalan di tepi jalan. Betul ke itu teman wanita kamu?" Tanya seorang pengacara tv sebaik sahaja gambar Jungkook dan Areum telah dipaparkan di hadapan skrin besar. Semua tetamu yang lain dapat melihat.

"Bukan. Bukan teman wanita saya dan saya tak kenal pun dia. Dia cuma peminat yang nak ambil gambar dengan saya." Kata Jungkook.
"Menurut sumber, perempuan itu adalah seorang pelajar pertukaran dari California. Betul awak tak kenal Areum Lee?" Tanya pengacara itu lagi menginginkan kepastian.

"Ya..Memang dia pelajar pertukaran tapi kami tak pernah bertegur sapa. You know idol rules." Kata Jungkook dengan mukanya yang yakin sambil tersenyum.

Areum menghempaskan remote tv diatas sofa lalu berlari menuju ke  biliknya.

"What happened?" Tanya ibu Areum.
 Sophie membalas jawapan dengan menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Well, new Diva is coming !" Jerit Vanessa dengan muka sinis apabila Areum melangkah masuk ke dalam kelas. Areum tidak menghiraukan Vanessa. Dia berjalan ke arah mejanya.
"Apa ni.. dah la duduk kat negara orang, buat masalah pulak. Kau ingat kau siapa nak berdamping dengan artis-artis sana. Kau fikir diorang nak layan ke kau?" Kata Vanessa lagi. Ketika itu semua warga kelas memandangnya. Areum menahan rasa sakit hatinya.

"lawak doe dia reka cerita jumpa Jungkook dan artis-artis lain." Kata salah seorang pelajar perempuan.

"Aku fikir kau ni ganas, hati batu. Rupanya dalam hati tu batak jugak ya." Rakan-rakan yang lain mentertawakan Areum. Hati Areum berkecai saat dirinya diperkatakan seperti itu.

"Oh ye guys, minggu depan akan diadakan majlis akhir tahun. Pakai cantik-cantik ye since ni last year kita." Kata Vanessa. Dia memandang ke arah Areum.

"Kalau kau rasa muka kau tu cukup tebal, kau datang la."

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jungkook duduk di dalam biliknya sambil melihat gambar-gambar dia bersama Areum. Perasaan kesal masih lagi bertakhta di hatinya kerana memperlakukan Areum sebegitu. Kelihatan Jimin memasuki bilik dan duduk disebelah Jungkook. Dia hanya melihat Jungkook sedang bermain phone nya membelek-belek gambar.

"Dia cantik kan?" Tanya Jungkook. Jimin mengangguk. "Dimple dia dalam menawan hati semua lelaki yang memandangnya." Kata Jimin.
"Kenapa awak jawab macam tu masa kat Strong Heart haritu?" Tanya Jimin tiba-tiba.
"Entah. Sebab terpaksa." Jawab Jungkook ringkas.
"Macam tu je jawapan?" Jimin tidak berpuas hati.
"Tuan director suruh saya tutup khabar angin ni dengan memberi jawapan macam tu. Kalau tak nanti susah kita nak naikkan nama BTS dan syarikat." Jelas Jungkook. "So, saya tiada pilihan." Jungkook menggosok kepalanya tanda serabut.
"Well, hidup kita ni sentiasa ada pilihan. Nak dengan taknak je. Hidup awak, pilihan awak." Kata Jimin sambil menepuk bahu Jungkook. Jungkook mengangguk faham.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Related image

Malam itu, Areum mengenakan sehelai dress yang ringkas untuk ke majlis sekolahnya. Dia berjalan bersama Sophie menuju ke dewan. "You look so pretty Areum. Jangan gementar dan jangan kisah tentang apa diorang cakap pasal awak okay?" Nasihat Sophie. Areum tersenyum "Terima kasih, kawan."

Areum berjalan masuk ke dewan. Kelihatan ramai pelajar dengan berpakaian serba cantik dan kacak meraikan majlis akhir tahun mereka. Muzik dipasang dengan kuat dan rancak. Ada yang menari bersama pasangan masing-masing. Areum berjalan menuju ke tempat makanan.

"Oh, datang jugak"Tegur Vanessa. Rakan-rakannya yang lain melihat Areum sambil berbisik-bisik. Areum mengabaikan Vanessa. Dia berdiri sendirian sambil dirinya dikelilingi oleh orang ramai.

Lagu tiba-tiba berhenti dan lampu terpadam. Semua hadirin yang datang terkejut.
"Masa nak enjoy ni la buat masalah." Kata Vanessa. 

Jeritan dan sorakan kuat didalam dewan dan lampu terbuka semula.

"Areum Lee..."

Areum berjalan sambil mencari suara yang memanggil namanya. Semua memberi laluan kepada Areum saat dia berjalan ke arah pentas. Langkahnya terhenti apabila melihat Jungkook berdiri di atas pentas bertuxedo.


Image result for jungkook tuxedo

"Saya lupa nak cakap sesuatu sebelum awak balik ke US." Kata Jungkook sambil tersenyum. Lagu dimulakan, Jungkook menyanyikan lagu Dimple solo&ballad version. Semua pelajar melihat ke arah Jungkook.

Setelah lagu habis dinyanyikan, Jungkook turun dari pentas menuju ke arah Areum. Areum melihat Jungkook "Awak ingat bila awak nyanyi lagu untuk saya, keadaan akan baik balik?" Tanya Jungkook. Pelajar yang lain sudah sedia memasang kamera dan mengambil video. Sesiapa sahaja taknak terlepas peluang untuk mengambil gambar bersama artis, dari dekat pula tu.

"Tak.." Kata Jungkook gagap.
"Then apa?" Tanya Areum.

"Saya datang sebab nak cakap yang saya salah." Kata Jungkook
"Awak tau, semua orang kat sini fikir saya ni penipu jumpa awak bergambar dengan awak semua." Kata Areum dengan tenang. Dia dah berserah dengan apa yang jadi.
"Tapi saya yang tipu sebenarnya." Kata Jungkook. Dia melihat sekeliling semua orang memandangnya dan Areum. Ada yang melihat sambil memegang kamera.

"Sebenarnya saya tipu. Saya tipu saya tak kenal Areum, sebenarnya saya kenal dia. Dia seorang yang baik dan jujur. Dia buat janji, dia tunaikan. Saya tergila-gilakan dia." Kata Jungkook. Dia memegang tangan Areum. "Saya tau saya banyak buat salah salah dengan awak, saya sakitkan hati awak. Maafkan saya ya?" Jungkook membuat muka sedih sambil menantikan jawapan Areum.
Areum mengangguk beserta senyuman paling indah. Semua warga dewan menyorak dan bertepuk tangan. Sorakan lebih meriah apabila melihat sekumpulan BTS tanpa Jungkook berdiri di atas pentas membuat persembahan. Tuah mereka kerana dapat melihat konsert BTS secara percuma.

"Awak tak perlu datang ke USA untuk ni." Kata Areum.
"Well, saya tak ada number USA awak and tak macho la ajak perempuan date melalui phone." Mereka berdua ketawa.
"Jom keluar..? real date" Tanya Jungkook. Areum mengangkat kening.
"No more face mask okay.."
"Promise." 
"Then..saya setuju." Kata Areum sambil menguntumkan senyuman.
Jungkook turut tersenyum apabila melihat muka Areum. 


 

 

 



 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
CUTEBTSJUNGKOOK
#1
Chapter 1: What language is this?
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.