Prolog - Dia akan datang, bukan?
A Letter to Myself"Awak boleh tak?"
"Saya boleh buat. Awak jangan risau."
Soyeon berhati-hati menolak roda kerusi tersebut dan perlahan-lahan menuju ke beranda. Daniel di belakang memegang push handle bagi memudahkan Soyeon bergerak. Soyeon sekadar tersenyum.
"Awak, jangan risaulah. Saya boleh lakukannya sendiri. Jangan risau akan saya."
"Awak nak saya teman?"
"Tak apalah. Biarkan saya bersendirian. Nanti kalau ada apa-apa, saya panggil awak okey?"
"Okey. Jangan banyak bergerak tahu."
"Okey."
Baru saja Daniel ingin melangkah, namanya dipanggil Soyeon.
"Kang Daniel."
"Ya?"
"Thanks for everything."
Daniel sekadar berdiri kaku di hadapan pintu sebelum perlahan-lahan senyuman tawar terbit di bibirnya. Dia perlahan-lahan meninggalkan Soyeon yang ingin menikmati angin malam Seoul. Lampu-lampu yang terpasang di segenap ruang di bumi Seoul ini ditatapnya gembira seolah-olah dia baru kali pertama hidup di situ. Tanpa disedarinya, dia tersenyum sambil air jernih perlahan turun ke pipi mulusnya. Belakang tapak tangan digunakan untuk mengesat air jernih tersebut.
"Thanks,god. Thanks because I'm still alive. Thanks."
Dia berasa sangat bersyukur kerana masih hidup. Bersyukur seolah-olah mati hidup semula. Walaupun dia kini telah kehilangan sebahagian memorinya, namun dia cuba mengingati setiap detik yang pernah dilakukannya melalui surat-surat yang pernah ditulisnya. Memori yang dimilikinya sekarang hanyalah memori ketika dia masih di bangku sekolah. Dia masih ingat lagi ketika dia baru sedar daripada pembedahan.
"Daniel?"
"Soyeon, awak dah sedar?'
"Saya di mana?'
"Awak ada di hospital. Awak tak ingat ke?"
"Tak. Perkara yang saya ingat ialah saya berada di dalam bilik latihan untuk Pertandingan Show The Dance minggu depan."
"
Comments