Mr. Ong

Mister Ong
Please Subscribe to read the full chapter

HAN CHISE memandang refleksi dirinya pada cermin di depannya. Dia mengeluh perlahan melihat fabrik yang membaluti tubuhnya. Fabrik berwarna merah terang itu melekat elok pada badannya, ketat serta menampakkan bentuk tubuhnya yang menggiurkan. Dress merah itu memang seksi. Bahu, peha dan dadanya terdedah, mempamerkan kulit putih gebunya. Stiletto hitam yang disarung pada kakinya dipecat sebentar, lenguh betul kakinya memakai alas kaki tersebut. Macam mana tak lenguh, heel-nya saja sudah tiga inci!

Gadis itu duduk sebentar di sofa berhampiran. Dia memerhatikan gadis-gadis lain yang berpakai seksi sepertinya, malah ada yang lebih seksi darinya. Tetapi Chise sedikit pun tidak ambil peduli. Gadis itu merenung lantai berkapet dibawah kakinya. Dia tertanya-tanya dengan dirinya sendiri mengapa dia sanggup datang ke sini…berpakaian seperti orang gila tidak cukup kain serta memakai kasut yang menyebabkan tumitnya sakit serta melecet.

 

“Hari ni aku nak goda seorang sampai dapat!”

“Aku akan ikut dia balik ke rumah dan puaskan dia sebelum minta dia jadikan aku perempuan simpanan dia.”

“Kau gila? Kau kena goda sesiapa saja tetamu yang ada disini…mereka semua kaya dan boleh tanggung hidup kau sampai tujuh keturunan!”

 

Chise mendengus mendengar perbualan gadis-gadis berhampirannya. Goda? Lelaki kaya? Perempuan simpanan? Perlahan-lahan dia mula menyesali perbuatannya datang ke sini. Baru dia sedar apa yang bakal dia lakukan adalah tidak ubah seperti GRO. Ya, GRO.

 

Han Chise sebenarnya bukanlah GRO. Dia punya pekerjaan tetap sebagai seorang doktor di sebuah hospital swasta terkemuka ibu kota. Dia disegani ramai di hospital kerana pangkat dan kebolehannya. Gajinya sangat lumayan, cukup untuk menyara keluarganya di kampung. Namun begitu, wang yang dipunyainya sekarang tidak cukup untuk membiayai pembedahan otak adik perempuannya. Chung Ha, satu-satunya adik perempuan kesayangannya menderita barah otak dan dia perlu dibedah secepat mungkin tetapi Chise tidak punya cukup wang untuk membayar pembedahan tersebut.

 

Jujur cakap, Chise terdesak untuk mendapatkan wang. Dan rasa terdesaknya itu membuatkan dia sanggup melakukan apa saja demi mendapatkan wang. Sehinggalah suatu hari, temannya yang bernama Jay menawarkan satu kerja sambilan kepada Chise. Dan sudah tentu disebabkan terdesak, Chise terima ajakan temannya yang bernama Jay untuk menjadi ‘ girl’.

 

Tetapi…apa itu girl?

 

girl secara harfiahnya bermaksud gadis-gadis yang diupah sebagai ‘hiasan’ bagi sesuatu majlis. Hiasan disini bermaksud mereka menjadi tarikan untuk para tetamu, sebagai teman kepada tetamu dan juga sebagai orang-orang yang membantu memenuhi majlis tersebut (kononnya nak nampak ramai oranglah). Itu apa yang Chise dengar dari mulut Jay dan Chise pada mulanya merasakan kerja itu agak biasa dan sangat…biasa, langsung tidak setimpal dengan upah yang hampir mencapai ribuan dollar itu. Ya, Jay mengatakan upah untuk menjadi girl mencecah ribuan dollar kerana majlis yang akan mereka hadiri mempunyai tetamu dari golongan elit, menyebabkan Chise tanpa berlengah bersetuju untuk menerima kerja sambilan tersebut. Yelah, siapa tak nak kerja senang tapi dapat upah banyak?

Jay pula tanpa berlengah, membawa Chise keluar membeli-belah pada hari itu juga disebelah petang. Katanya untuk menjadi girl, gadis itu perlulah bergaya dan cantik. Chise memang cantik. Dia punya natural beauty, tetapi natural beauty-nya tak cukup menyerlah bagi Jay. Jadi lelaki itu memilih dan membeli dress-dress yang boleh menaikkan lagi kecantikkan Chise dan dia Berjaya. Saat Chise keluar dari bilik persalinan dengan memakai sebuah dress merah dari butik Versace, Jay tahu gadis itu akan mengambil perhatian semua tetamu VVIP yang akan berada dalam birthday party bosnya nanti.

Dan mungkin dia boleh mendapat perhatian tetamu VVIP paling baru dalam senarai tetamu party tersebut, Mr. Ong.

Setelah hampir beberapa minit menunggu di situ, Jay pun muncul mendekatinya. Lelaki itu memberitahunya bahawa majlis akan bermula dan terus membawa Chise masuk ke ball room hotel tersebut. Dan sumpah, ini adalah kali pertama Chise menghadiri majlis yang begitu gah. Dia terpegun melihat ruang ball room yang begitu luas dengan hiasan mahal. Itu belum termasuk dengan para tetamu yang berpakaian mewah, dengan tetamu wanita memakai barang kemas berkilauan yang mencecah mungkin jutaan dollar manakala yang lelakinya pula memakai pakaian dari fabrik mahal seperti sutera dan sebagainya.

“Umm Jay, kau yakin ke aku boleh buat kerja aku dengan baik?”

“Ya…kerja kau cukup mudah. Kau cuma perlu berdamping dengan tetamu yang tak ada teman dan layan dia dengan sebaik mungkin.”Jay bersuara sambil berjalan berdampingan dengan Chise.

“Tapi ramai sangatlah tetamu…macam mana aku nak tahu tetamu tu datang tanpa teman atau tak?”

Jay menghela nafasnya perlahan sebelum membalas lagi.“Biasanya tetamu yang datang tak berteman ni akan panggi girl sendiri untuk layan dia.”

“Dan bagaimana mereka boleh tahu yang mana satu girl, Jay? Aku punya pakaian pun hampir sama saja dengan tetamu.”

“Tengok gelang di pergelangan tangan kau…itu merupakan satu tanda bahawa kau adalah girl. Tetamu-tetamu tertentu yang tahu maksud gelang ni akan panggil kau… Tapi memandangkan kau masih baru dalam kerja ini, aku dah arrange kau untuk layan seorang saja tetamu. Jadi kau tak perlu nak layan ramai tetamu macam girl lain. Chise, ingat apa yang aku ajar kau tadi dan aku harap kau dapat buat kerja kau dengan baik.”

 

Chise mengambil keputusan untuk mempercayai Jay sebelum mengikut langkah lelaki itu keluar dari ruang yang sesak dengan orang ramai ke sebuah meja dengan sofa panjang. Dan di sofa tersebut duduk seorang lelaki tinggi lampai, lengkap bertuksedo biru gelap sedang sibuk menikmati wainnya. Wajah sebenarnya Chise tidak nampak kerana keadaan ketika itu agak gelap disebabkan efek lampu.

“Jangan risau, Chise. Kau tak akan apa-apa…kalau apa-apa terjadi pada kau, aku yang akan bertanggungjawab sepenuhnya. Aku janji.”Ucap Jay lagi sebelum membawa Chise lebih dekat dengan lelaki misteri itu. Dia menyuruh gadis itu duduk di hujung sofa sementara dia berbual sebentar dengan lelaki yang sedang menikmati wainnya itu.

Selepas hampir sepuluh minit, Jay meninggalkan Chise bersama bosnya. Ya, lelaki tadi merupakan bos Jay. Namanya…biarlah rahsia.

“What’s you name, missy?”

Chise masih ingat lagi peraturan yang Jay beritahunya kelmarin mengenai apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan sepanjang dia bekerja sebagai girl. Peraturan pertama, jangan sesekali dedahkan nama sebenar kepada pelanggannya. Mengapa? Mudah saja, anda tidak mahu identiti sebenar anda diketahui pelanggan girl yang kebanyakannya lelaki tua miang yang kaya raya. Tetapi lelaki di sebelahnya ini jauh sekali berbeza dengan apa yang Jay katakan. Dia tidak tua kerepot, dia tidak mempunyai rambut beruban dan kulit berkedut. Sebaliknya dia berbadan tinggi dan sasa, rambutnya berwarna coklat keperangan dan wajahnya…tampan. Ya, sekarang baru Chise dapat melihat wajah lelaki itu dan sejujurnya, hatinya sedikit terpaut dengan ketampanannya.

“Sa-saya tak boleh beritahu awak nama saya,”

“Then what should I call you, idiot?” Lelaki misteri yakni pelanggan Chise itu bertanya sambil merenung wajah gadis itu lama. Entah kenapa geli hatinya melihat gelagat girl yang diupah Jay, setiausahanya. Bibirnya tak henti senyum melihat gadis di sebelahnya yang sedaya upaya cuba menjauhkan jarak diantara mereka.

“Idiot? That was harsh, mister…”

“Call me Mister Ong.”

“Then…Just call me…Chloe.”Entah dari mana pula Chise mendapat idea mahu menggunakan nama samaran Chloe. Berkat menjadi pengguna tegar wangian berjenama Chloe agaknya.

Oh, no wonder you smell like Chloe…Tiba-tiba lelaki misteri tadi tercium bau Chise disebelahnya. Ya, dia berbau Chloe. Dia kenal bagaimana bau wangian Chloe kerana mamanya penggemar wangian jenama itu.

Setiausahanya yang bernama Jay itu memang akan selalu mengupah seorang girl untuknya jika dia perlu menghadiri majlis-majlis tertentu. Memang dia sendiri yang meminta Jay berbuat demikian. Alasannya kerana dia memang tidak mempunyai kekasih untuk dibawa sebagai teman ke majlis-majlis. Dan Jay pula tidak pernah mengingkari arahannya. Setiap kali dia meminta Jay mengupah seorang girl, Jay akan melaksanakannya tanpa banyak soal. Dan kadangkala dia berasa aneh juga bagaimana Jay boleh mencari wanita-wanita cantik sebagai girl-nya. Mungkin Jay punya banyak kabel atau kenalan.

Setiap kali dia menghadiri majlis, girl yang diupah Jay sering bertukar. Walau bagaimanapun, perangai kesemua girl yang pernah mendampinginya tetap sama ; cantik tetapi gedik. Suka merengek dan berkepit dengannya. Dia rimas benar dengan wanita sebegini. Mereka juga berani menyuarakan hasrat untuk menjalankan perkhidmatan mereka sehingga ke katil! Tetapi dia bukanlah lelaki yang sukakan perkara sebegitu. Dia lebih sukakan permainan Lego dari bermain dengan wanita.

Tetapi hari ini, saat ini… girl yang dibawa Jay ini lain benar perangainya. Gadis ini cantik, tetapi tidak gedik. Mulutnya senyap saja. Sepatah yang ditanya, sepatah juga yang keluar. Dan dia tidak merengek, sebaliknya dia cuba menjauhkan diri…satu trait kegemarannya yang dicari-cari dalam wanita sekarang. sungguh, dia tidak suka wanita yang suka mendesak atau dengan erti kata lain…QUEEN CONTROL.

Chise lega seketika apabila lelaki tadi mula membiarkan dia duduk hampir setengah meter darinya. Lelaki itu pula sibuk menikmati wainnya. Pandangan dinginnya membuatkan Chise berdiam diri saja. Dia hanya mampu memandang pentas di depan di mana persembahan nyanyian dari artis barat sedang berlangsung walaupun lelaki itu ada menjemput dia menikmati makanan yang ada di atas meja.

Ong Seungwoo yang sedang menikmati minumannya ligat memerhatikan Chise. Dia tertanya-tanya mengapa gadis itu tidak bersikap seperti girl sebelumnya yang gemar berkepit dengannya. Gadis itu cuma duduk di sofa sambil mengeluh beberapa kali. Nampak seperti ada kekesalan yang bermukim dihatinya. Mungkinkah dia menyesal kerana datang ke sini?

 

“Boleh saya tahu bila majlis ni nak tamat?”

“Calm down, majlis baru nak bermula. Tak kan dah nak pulang, Cik Chloe?”

“I’m just asking.”

“And I’m just telling you the truth.”

 

Selepas habis persembahan nyanyian, tiba pula masa unuk tarian. Para tetamu dijemput untuk menari mengikut irama yang dimainkan dan Seungwoo serta Chise tidak terkecuali. Sebenarnya Seungwoo malas menari tetapi apabila empunya majlis beria-ria mahu dia menari di tengah ruang dewan hotel, dia akur saja. Lagipun…dia sememangnya pandai menari. Tapi ada sesuatu yang dia risaukan…pandaikah girlnya itu menari?

Chise mengerutkan dahi apabila lelaki itu tiba-tiba menariknya ke tengah-tengah ruang dewan.

“Kau pandai menari tak?”

“Tak.”

“Gosh…”

Seungwoo mula menjarakkan dirinya dari gadis itu dan menghulurkan tangannya. Chise memandang wajah lelaki itu. Bukankah tadi dia sudah cakap dia tidak pandai menari? Chise menjongketkan bahunya tetapi lelaki itu tetap menghulurkan tangan dan membuat isyarat supaya memegang tangannya. Mahu tidak mahu, gadis itu terpaksa menurut. Dengan pantasnya lelaki itu meletakkan sebelah tangan pada pinggang ramping Chise, membuatkan gadis itu tersentak seketika. Kedengaran muzik romantik dimainkan dan pasangan itu mula bergerak mengikut rentak…pembetulan, Chise yang mengikut rentak Seungwoo kerana lelaki itu yang mengemudi pergerakannya. Dan nasib baiklah Chise seorang yang pantas belajar, membuatkan dia dengan mudahnya mengikut Seungwoo menari.

Semakin lama mereka menari, semakin ramai yang bersorak kerana kagum dengan tarian mereka. Bukan setakat kagum, bahkan suka melihat pasangan yang sedang menari itu. Kedua mereka nampak sangat secocok dan romantik dalam tarian. Ya, benar sekali. Mereka berdua hanyut dalam menari sehinggakan ke akhir muzik, mereka berhenti menari dengan gaya berpelukan sambil saling berpandangan. Mata bertentang mata, dan Chise boleh rasa dadanya berdebar-debar tatkala perasaan pandangan mata lelaki itu yang redup merenung wajahnya.

Kacak juga mamat ni…

Perempuan ni…kawaii...

Masing-masing yang tadinya tersenyum kerana seronok menari kemudiannya tersedar gaya mereka sekarang. Sangat rapat dan terlampau dekat! Cepat-cepat keduanya berlepaskan pelukan.

“Sorry.”Seungwoo bersuara perlahan sambil berjalan seiringan dengan girl-nya. Mukanya tiba-tiba terasa panas. Gembira dan puas kerana tarian tadi tetapi dalam masa yang sama malu kerana aksi terakhir mereka.

“It’s okay.”Jawab Chise pendek sebelum cepat-cepat duduk di tempat mereka tadi. Dia dapat rasa pipinya berubah merah kerana dia sedar dia terbau wangian yang dipakai lelaki itu dan baunya sangat mengasyikkan.

Bau dia…wangi.

Chise menghela nafas. Apa yang dia fikirkan? Dia menepuk pipinya perlahan, cuba mengusir fikirannya mengenai bau wangian lelaki itu sebelum mengambil gelas di depannya yang berisi cecair jernih. Sangkanya itu adalah air kosong tetapi dia tersilap. Itu merupakan salah satu minuman beralkohol yang dihidangkan dalam majlis tersebut dan bagi Chise yang tidak pernah menikmati minuman sebegitu, dia mempamerkan reaksi yang sangat jelas. Ya, dia mabuk.

Tetapi malangnya Seungwoo tidak perasan semua itu. Dia sangka Chise seorang yang tahan dengan alkohol, lantas meninggalkan gadis itu di sofa untuk ke tandas.

Chise yang mabuk itu pula sudah pening-pening kepala. Dia menyandarkan kepalanya pada sofa sambil matanya cuba dibuka seluas mungkin. Matanya terasa sangat berat sekarang sehinggakan dia tidak sedar dia didatangi seorang lelaki lain selepas Seungwoo keluar dari majlis tersebut untuk ke tandas.

“Hai cik…seorang ke?”

“Haiiiiiiii~”Balas Chise dengan manjanya. Mendengar saja respon dari gadis itu, lelaki misteri in tahu bahawa Chise sedang mabuk. Bibirnya tersenyum nakal. Dia mula duduk di sebelah Chise, memerhatikan setiap inci tubuh gadis itu. Ya, tubuh itu cantik dan seksi. Makin seksi apabila memakai dress merah yang terdedah di dada dan pehanya. Telan air liur pula lelaki itu melihatnya. Fuhhhh, merecik!

“Tak ada teman?”

“Teman…? Kita takde teman, teman kita…”

 

Makin lebar senyuman lelaki itu apabila Chise melentokkan kepala ke bahunya dengan penuh manja. Lelaki misteri itu merapatkan jarak di anatara mereka lagi dengan sebelah tangannya memeluk bahu Chise yang sedang mabuk itu. Kemudian matanya jatuh pada gelang yang dipakai gadis itu. Tahulah dia bahawa gadis ini adalah seorang girl. Tetapi siapa yang mengupahnya ya? Ah, persetankan semua itu! Tahulah dia apa yang dia boleh lakukan dengan gadis secantik ini. Mindanya sudah merancang dengan rapi pelan selepas ini. Sudah terbayang sebuah bilik kosong yang disewanya sebentar tadi di hotel itu. Bukan apa, kata orang rezeki jangan ditolak!

Sungwoo yang baru pulang dari tandas mula mengerutkan dahi apabila ternampak kelibat seorang lelaki di tempat duduknya bersama Chise. Dan gerak gerinya nampak tersangat aneh. Langkahnya dipercepatkan ke arah sofa tersebut apabila dia ternampak wajah lelaki yang sedang memapah girl-nya itu.

 

“OH SEHUN.”

 

Sehun, lelaki yang sedang memapah Chise keluar dari situ berpaling ke belakang. Berdiri seorang lelaki yang sangat dikenalinya. Sehun mengerutkan dahi. Apa pula musuh ketatnya itu mahu darinya?

Seungwoo dan Sehun adalah musuh tradisi. Dari mereka tadika sehinggalah sekarang, mereka bermusuhan. Itupun kerana keluarga mereka juga. Sejak dari zaman nenek moyang mereka lagi kedua keluarga tersebut bermusuhan. Dari setiap aspek mereka berdua pasti akan berlumba-lumba untuk menjadi nombor satu dan sekarang, Seungwoo memegang tempat pertama dalam senarai usahawan muda bawah 30-an terkaya di Korea. Sehun pula berada di tempat kedua. Pendek kata, mereka adalah musuh tradisi turun temurun.

Sebenarnya, Seungwoo tidaklah kisahkan sangat perihal ‘kemusuhan’ keluarga mereka itu. Dia sendiri pun tidak meminta untuk dapat gelaran tersebut memandangkan keluarga mereka sememangnya sering mendapat tempat pertama dalam apa jua bidang yang diceburi bersama keluarga Sehun. Tetapi apa yang berbezanya disini Sehun sering digasak oleh keluarganya supaya terus berusaha untuk mengalahkan Seungwoo, membuatkan Sehun secara tidak langsung membenci Seungwoo.

“Ong Seungwoo. Aku lupa kau pun dijemput ke sini.”

“Pasti. Aku adalah tumpuan utama majlis ini.”Ucap Seungwoo yang sudah berpeluk tubuh di depan Sehun. Matanya masih setia memerhatikan Chise yang berada dalam pangkuan Sehun. Wajah Chise yang kemerah-merahan dengan matanya yang tertutup itu membuatkan Seungwoo menghela nafasnya perlahan. Sah, perempuan ni mabuk…

“Dan kenapa kau panggil aku?”

“Perempuan tu…kenapa kau bersama dia?”

“Perempuan ni?”Sebelah kening Sehun terangkat apabila Seungwoo merenung tajam wajah gadis yang berada dalam pangkuannya. Serta merta bibirnya mengukir senyuman sinis.

“Golongan elit macam kau kenal perempuan murahan macam ni?”

Seungwoo mengangkat sebelah keningnya, kurang senang dengan apa yang didengarinya tadi. Murahan? Seungwoo tidak pernah memanggil mana-mana wanita dengan panggilan wanita murahan walaupun dia seorang yang dingin. Paling kasar pernah dia panggil pun idiot iaitu tadi, sewaktu bercakap dengan Chise. Geram sangat sebab lambat respons. Matanya merenung wajah Chise lagi. Perempuan ini Sehun kata murahan? Dia langsung tidak percaya. Perempuan murahan tak akan beraksi seperti tadi, ketika mula-mula mereka berjumpa. girl-nya itu jauh lagi baik dari perempuan murahan. Dan entah kenapa, tiba-tiba perasaan marah mula bermukim di hatinya. Dia marah kerana Sehun menggelar excort girl-nya murahan…huh?!

“Menjadi satu masalah ke bagi kau kalau aku kenal perempuan ni? Dan kenapa kau panggil perempuan ni perempuan murahan?”

“Mungkin kau tak tahu tapi aku ni playboy. Jadi aku dah ramai kenal perempuan dan tahu pattern perempuan ni macam mana. Perempuan ni, tadi dia goda aku…dia minta aku bayar dia kalau aku nak servis dia sampai ke bilik. Jadi apa salahnya aku mencuba? Lagipun perempuan ni cantik. You know Oh Sehun really like pretty lady right? Hurmm…Tak jadi masalah bagi aku tapi akan jadi masalah bagi kau. Bayangkan apa yang orang sekeliling kau akan fikir jika nampak kau bergaul dengan perempuan begini…reputasi kau akan jatuh, Seungwoo. Jadi, biar aku yang bukan menjadi tumpuan media layan perempuan murahan ni..okey? Excuse me, aku ada hal yang nak dibuat dengan perempuan ni.”

Seungwoo menghela nafasnya perlahan apabila Sehun mula berjalan meninggalkan dia di situ. Ya, dia tahu Sehun playboy dan dia sendiri tidak kisah apa yang Sehun mahu buat. Tetapi dia tidak mengerti mengapa hatinya menyuruh dia menghalang Sehun dari membawa girl-nya yang mabuk itu pergi. Mungkin kerana dia tahu Sehun menipu. Sejujurnya, dia rasa pelik kerana lebih mempercayai gadis yang baru dikenalinya dari Sehun yang dikenalinya sejak dari kecil. Walaupun mereka bermusuh tetapi mereka sebenarnya lebih tahu mengenai perangai masing-masing lebih dari orang lain.

Semakin jauh Sehun melangkah pergi, semakin tidak tenang Seungwoo dibuatnya. Seungwoo meraup wajahnya perlahan. Rasa serabut kerana dalam kepalanya dia asyik terbayang pula babak-babak pelik Sehun dengan Chloe. Mahu tidak mahu, terpaksalah lelaki itu mengejar Sehun.

“Nanti dulu, Sehun.”

Sehun berpaling ke belakang. Dia merengus kecil. Nampaknya lelaki bernama Ong Seungwoo ini masih tidak termakan penipuannya tadi. Dia tertanya-tanya kenalkah Seungwoo dengan gadis cantik ini.

“Hentikan penipuan kau. Aku kenal gadis ni dan aku tahu dia tak akan buat perkara macam apa yang kau cakapkan tadi. Jadi…pulangkan dia kepada aku.”

“Dan apa kau akan buat kalau aku tak pulangkan dia ke pangkuan kau?”Sehun tersenyum sinis lagi sambil memeluk erat pinggang Chise. Wajah gadis itu pula terbenam di dadanya. Serius, Seungwoo rasa mahu tumbuk wajah kacak Sehun. Dan tak mustahil Sehun patah gigi kerana ditumbuknya nanti.

Seungwoo tidak membalas. Tanpa Sehun sedari lelaki itu sudah berada betul-betul dihadapannya lalu menumbuknya, membuatkan Sehun terlepas Chise dari pangkuannya. Nasib baiklah refleksi Seungwoo agak pantas. Dengan cepatnya Seungwoo menyambut tubuh Chise daripada terjatuh ke lantai. Sehun sudah terduduk di lantai gara-gara ditumbuk Seungwoo. Dia tidak percaya lelaki itu menumbuknya hanya kerana seorang gadis biasa!

“Ingin aku ingatkan kepada kau sekali lagi, Oh Sehun. Tiada sesiapa yang boleh kacau hak aku…faham?”

 

* * * * *

 

SEUNGWOO merengus perlahan. Tak sangka dia boleh meninggalkan majlis tadi seawal ini gara-gara seorang girl yang mabuk hanya kerana minum satu gelas wain! Lelaki itu meraup wajahnya perlahan sambil memerhatikan girlnya yang sedang terbaring di atas bangku taman. Ya, mahu tidak mahu terpaksalah dia membawa gadis itu keluar dari dewan hotel itu ke taman. Nasib baik juga ada taman bersebelahan dewan tersebut. Taman botani yang dipenuhi dengan bunga-bunga yang sedang berkembang mekar itu sangat cantik dan cukup…romantik. Mungkin sebab itukah rasa kekok mula menghuni segenap hati Seungwoo kerana berdua-duaan dengan gadis bernama Chloe itu disini?

Seungwoo yang sedari tadinya berdiri mula duduk di bangku taman lain berhadapan bangku tempat Chise dibaringkan. Dia duduk dengan gaya kaki disilang, sambil sebelah tangannya mendagu muka. Matanya ligat memerhatikan Chise yang masih lagi belum sedarkan diri. Entah bilalah g

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
My_Krystal #1
Chapter 2: NAK!!!
bigbangtanboys
#2
Chapter 2: Ofcourse nak!!!
Miss_Genius #3
Chapter 2: Nak!!!
girly_
#4
Chapter 2: NAK SANGAT !!!!!
aquariusxpisces
#5
Gah! Manis sangat sampai nak pengsan! Plus Seongwoo memang bias dalam WANNA ONE! Berfangirling lah saya hoho! Jantung saya pulak berdegup kencang ahahahaha
my_caffeine
#6
OMG ONG SEONGWU PUNYA ONE SHOT SIAAAAAA BIASSSSSSSS TERUS SUBSCRIBE SBB EKSAITED TUNGGU FF NI ;; ANOTHER WANNA ONE STORY YEAY! BEB ONG TAK KACAK SIKIT SIKIT TETAPI KACAK KETERLALUAN ;; APAKAH YANG AKU MEREPEK NI HUHU EKSAITED SIAA
lilylunalove
#7
yes, you're 200% right girl! Ong Seongwoo tak pernah tak kacak! ;)
girly_
#8
setuju!! hahahaha xD . kalau rajin tu.. silalah update ye.. tak sabar nak baca.. >.<