TS Entertainment

True Love Confused

Di Studio TS Entertainment…

"Baiklah… kita ada cuti berehat 4 bulan selepas konsert di Sokcho… tapi Zelo awak kena cuti lepas amik exam… " kata director Kang

"Exam Zelo bila?" tanya Hyungnya

"Minggu depan…" jawap Zelo sedih…

"Hum… bagus2 belajar rajin2 dari sekarang" kata Yongjae

"Akhirnya saya bebas jugak… saya nak jumpa omma saya di Busan… ada sesiapa nak ikut? Zelo tak boleh ikut…" kata Daehyun mengusik Zelo

Zelo hanya membuat muka sedihnya dan tidak bersuara pun…

"Tak pa hyung ada… hyung teman Zelo…" kata Yongguk

"Hyung tak da pergi mana2… hyung nak ikut…" kata Him Chan

"Saya pun…" Jong Up tiba2 mencelah

"Jom tempah tiket… Yongjae awak tak nak ikut?" tanya Daehyun

"Saya nak tapi tengok ni…" Yongjae menunjukkan tangannya yang telah di pegang oleh Yongguk

"Yongjae tak boleh pergi… dia kena ajar Zelo Matematik dengan Sejarah… Hyung pula akan ajar Science dan literature…. Jadi kalau korang nak pergi… pergi tanpa Yongjae" kata Yongguk dan berlalu pergi.

"Wo… kejamnya… Jomlah kita pergi… jangan cari pasal dengan Harimau yang tengah mengajar anaknya belajar…" kata Daehyun perli hyungnya

"Nasib baiklah aku bodoh…. Untung jadi orang bodoh…" kata Him Chan

Jong Up hanya tersengih dan berlalu pergi ikut hyungnya… Tinggalah Sang Harimau bersama adik dan pembantunya di rumah itu.

 

Di rumah Omma Jung

"Yaboseyo…. Daehyun ah…" kata Omma Jung yang baru sahaja habis mengangkat baju di jemuran.

"Ha… Omma… Omma yojeum neon eottae? Nae jiguem odeya?" tanya Daehyun

"Nae… omma kwenchana… Omma baru angakat kain ni.. Daehyun ah?" tanya Omma Jung panjang lebar biasalah mak dengan anak kan pe-ernya same...

"Nae… neadeol kwenchana… Omma, nanti Dae datang rumah dengan Him Chan dan Jong Up besok… Omma ada rumah kan?" kata Daehyun

"Ada… Yongguk tak datang? Kenapa Daehyun tak ajak Yongguk?" tanya Omma Jung

"Hyung sibuk ajar Zelo nak exam…." kata Daehyun

"Bertanggungjawabnya… bukan sebagai leader je tapi dia jaga juga kebajikan ahlinya… coolnya Yongguk… Omma dah lama tak jumpa dia…" kata Omma Jung

Daehyun yang dengar rasa nak bernanah telinga… tekaknya pun rasanya dah loyer dengar ommanya berkata begitu… nasib baiklah itu ommanya… Dia sendiri pun tak faham apalah yang Ommanya suka sangat Yongguk Hyung… Dahlah garang macam Harimau… boleh pulak ommanya cair dengan Yongguk Hyung… Nak dibandingkan dengan anaknya… Hensem lagi anaknya… Daehyun pun pelik… Tapi nak jujur dia pun sayang Yongguk hyungnya tapi perasaan jelousnya mesti lah ada, anak bongsu kan...

"Hum… yelah Omma… nak Dae bagi tahu Hyung ke?" tanya Daehyun dengan lemah lembut walaupun geram. Anak misalilah katakana…

"Tak payahlah… jangan ganggu dia banyak keje tu…  Dae patutnya contohi sikap Yongguk tu… besok sampai pukul berapa omma nak amik… Ha kejap Youngjae?" kata Omma Jung

"Youngjae... Dia, ada... ha dia ada hal dengan manager. Hmnn, pukul 12 p.m kitaorang naik plane… pukul 3.00 p.m sampailah…" kata Daehyun

"Araseo, Jumpa esok… Kalkae…" kata Omma Jung

"Nae kalkae…" Kata Daehyun lalu menutup telefonnya dengan geram.

"Contohlah sangat…. huh." kata Daehyun

"Daehyun…" kata Yongguk dengan suara rimau biasanya, yang tiba2 masuk ke dalam biliknya tanpa ketuk pintu dahulu, cam biasalah, leader kan tapi Yongguk still ada sivik ok, just dia emergency je.

"Owh mak ko… Astarfirullahalazim… hyung kenapa tak ketuk pintu dulu… terkejut Dae" kata Daehyun. Nak terkeluar jantung dibuatnya, ha ambik ko, sapa suruh jelos sangat. Bisik hatinya "Yongguk Hyung dengar ke taka pa yang dia cakap tadi…."

"Maaflah… Hyung ada emergency ni… Hyung nak mintak tolong Dae beli tiket penerbang ke Malaysia boleh…? Guna kad kredit hyung ada dekat laci hyung… hyung nak keluar kejap ada hal…" kata Yongguk

"Ha? Malaysia buat apa? Nak pergi bila? Hyung sorang je?" tanya Daehyun yang pelik dengan Hyungnya…

"Kalau boleh besok… Hyung sorang je… nanti hyung cerita… hyung kena keluar ni…" kata Yongguk

"Apasalah dengan hyungnya… memanglah Yongguk hyung banyak kenalan dekat Malaysia tapi takda lah sampai cemas sangat macam ni…" kata Daehyun dalam hati

Daehyun pun apa lagi buka laptopnya sebelum Sang Harimau pulang dia perlu siapkan tugasannya…

 

Di bilik Mesyuarat TS Entertainment

"Saya kena pergi jugak… 3 bulan je… saya kena tolong dia juga… dia sahabat baik atuk saya… selepas atuk saya dialah yang penting dalam hidup saya…." kata Yongguk

"Tapi awak tu artis terkenal di Korea… Leader pulak tu… mana boleh jadi jurulatih tentera remaja pulak… Dah la ajar Budak2 remaja… comform ramai kenal awak…." kata Director Kang

"Saya ada jalan tersendiri… Director Kang tak payah risau…" kata Yongguk

"Degillah awak ni… kalau ditmpa masalah jangan libatkan saya…" kata Director Kang

"Saya akan tanggung sendiri… Saya Cuma nak mintak tolong PD benarkan dan support saya depan Manager…" kata Yongguk

 

Di dalam Dorm B.A.P

"Hyung…. Saya dah buat apa yang hyung nak… besok flight pukul 3 petang… tapi hyung cerita dulu pa yang terjadi sebenarnya…." Tanya Daehyun

"Terima kasih Dae… Tak de apalah… Hyung boleh tanggung sendiri…" kata Yongguk

"Bagilah tahu… Mana tau Dae boleh tolong…. " kata Daehyun

"Ingat tak sahabat arwah atuk Yongguk… Dia ada masalah… patutnya anak dia yang jadi jurulatih dekat PLKN di Malaysia…. Tapi anak dia hilang tak dapat dikesan… jadi dia merayu dekat hyung untuk ganti anak dia… Hyung tak sampai hati tak tolong… Dia banyak tolong atuk hyung…" kata Yongguk

Melopong Daehyun dengar cerita Yongguk… Dahlah hyung dia ni macam Harimau… naka ajar budak remaja dekat kem tentera… tak mati ke budak2 tu hyungnya kerjakan….

"Berapa lama? Hyung tak takut ke? Yang hyung ajar tu remaja… kat Malysia pulak tu… kitakan B.a.p paling tidak pun mesti ada jugak orang yang kenal kita…" kata Daehyun

"Tak lama… 3 bulan… tak ganggu pun masa concert kita… cuti pun ada lagi 1 bulan… Hyung ada cara hyung sendiri…" kata Yongguk

"3 bulan!!! Hyung tahu tak betapa berharganya 3 bulan boleh buat macam2 hyung boleh pulak pergi ajar budak tentera… Memanglah hyung tak pernah lagi pergi tentera tapi takkanlah tak sabar2 nak pergi kem tentera kot… Dae tahulah memang Yongguk berketurunan tentera laut tapi janganlah macam ni… Manager kita tahu tak? Member yang lain?" tanya Daehyun

"Manager tahu… Member yang lain tak tahu… Dae je yang tahu… jangan bagi tahu diorang…. Bila hyung dah pergi baru bagi tahu…." kata Yongguk

"Macam mana Dae nak hubungi hyung? Dae boleh datang jumpa hyungkan?" tanya Daehyun

"Nanti hyung bagi alamat… tapi kalau nak datang pandai2 lah menyamar sikit… jangan sampai orang tahu… hyung percayakan Dae" kata Yongguk

"Alah… jangan risau… nikan Deaehyun… Prince of actor…" kata Daehyun

Yongguk hanya menggeleng kepalanya…

"Dah tolong hyung kemas barang…" kata Yongguk

Sedang mereka berdua kemas barang…

"Hyung buat apa ni?" tanya Jong Up yang baru sahaja lepas mandi

"Aduh… satu lagi masalah datang…." kata Yongguk dalam hati

"Ha… Yongguk Hyung kemas barang… bersepah sangat… kan kita cuti 3 bulan tak de buat apa2… jadi hyung tolong lah… Jong Up dah kemas barang belom? Kita nak pergi esok…" kata Daehyun

"Ha’ah la… lupa… Jong Up pergi kemas barang…" kata Jong Up dengan senyuman spongebobnya.

"Nasib baiklah Jong Up ni sengal…" kata Daehyun sambil menarik nafas lega…

Selepas Daehyun menolong hyungnya mengemas barang… dia pun mengambil peluang untuk mengemas barangnya pula… Tengah2 dia kemas barangnya…

"Ni kotak apa pulak? Dah berhabuk pun…" Ngomel Daehyun seorang diri

Tiba2 baru dia teringat tentang isi kotak tersebut… Kotak yang penuh dengan kenangan silam bersama orang yang pernah dia sangat sayang satu ketika dulu… Hmmm, kisahnya bersama seseorang...

"Daehyun… buat apa? Kotak apa tu?" tanya Yongjae

"Eh… tak da apa2 lah… tak penting pun kotak lama je…" kata Daehyun lalu menyorokkan kotak itu di dalam bagasinya…

"Korang pergi sampai bila? Nak ikut… aku tak mintak dilahirkan pandai begini…" kata Yongjae

"Dia ni betul2 menyesal ke atau puji diri sendiri?" kata Daehyun dalam hati

"2 minggu je… tapi mungkin nak cepatkanlah… aku ada misi yang perlu di selesaikan…" kata Daehyun

"Ha! Misi apa aku nak tahu… Nak joint.. tengah bosan ni…" kata Yongjae

"Besok aku bagi tahu… tapi bukan kau kena ajar Zelo ke?" tanya Daehyun

"Tulah.. patutnya macam tu… tapi Yongguk bagi tau tadi dia dah tempah cikgu yang paling terror kat dunia ni tau… import dari London untuk ajar Zelo… jadi aku tak de keje… ingat nak ikut korang tapi Yongguk suruh jaga Zelo… baru ingat nak bebas…" kata Yongjae

"Acah lebih, haih... Aku bersimpati dengan ko… tapi  tak pelah Zelo exam pun bukannya lama kan? 2 minggu je… sempatlah aku tunggu ko… nanti kita pergi Malaysia sama2" kata Daehyun

"What Malaysia? Kenapa weh?  Aku nak pergi Busan… nak mandi pantai…" kata Yongjae

"Slow sikit suara… Hey, aku ni abang ko, panggil lah hyung." kata Daehyun geram, memang lah beza 6 bulan je tapi Daehyun hendak merasa ada adik lagi dari abang, memandangkan Youngjae roommatenya dan kawan yang paling dia rapat dalam BAP.

"Ala, aku panggil kau sayang lah... nak?" Youngjae berpaut pada tangan Daenhyun manja2. Daehyun menolak tapi tak lah kuat.

"Bagi kang.. Haih.. inilah misi rahsia kita… kita kena pergi Malaysia… jangan bagi tahu sesiapa2… aku tahu lah yang kulit kau tu berjemur macam mana pun tak hitam… tak payahlah nak berjemur je… tak pa ko nak sangat berjemurkan… kat Malaysia panas… berjemur lah kalau nak…" kata Daehyun

"Tapi nak ada pantai…" kata Yongjae

"Apa ko ingat Malaysia tak de pantai… Afrika pun ada pantai… ni lagi Malaysia…" kata Daehyun

"ha’ah lah….betul jugak…. Aku nak kemas baranglah…" kata Yongjae

"Aku tak paham dengan dia ni… macam mana lah boleh pandai… aku rasa mcam Jong Up bijak lagi je" kata Daehyun dalam hati

"Eh Yongjae… ko kan kena pergi lagi 2 minggu… apasal excited mengalahkan aku… Yelah aku kan tengah bosan… daripada tengok ko susun barang2 kau… baik aku susun barang2 aku dulu…" kata Yongjae

"Lantaklah ko nak buat apa… jangan ganggu aku dah…" kata Daehyun

"Hyung… Yongguk Hyung suruh bagi ni dekat Hyung… dia cakap dia bermalam dekat sana… besok terus pergi je… " kata Jong Up

"Hebat betul… Dia nak tolong orang ke memang dia tak sabar nak pergi Ma.." kata Daehyun terhenti bila Jong Up dengan Yongjae dah buat muka peliknya…

"Yongguk hyung pergi mana?" serentak Yongjae dan Jong Up bertanya

"ha…. Di..a… per…gi…." kata Daehyun tergantung selepas Him Chan masuk biliknya lalu…

"Yongguk pergi Malaysia he…. Kenapa dia tak bagi tahu Him Chan… 3 bulan pulak tu…. Sekarang baik Dae cakap dia pergi bila? Dekat mana tempat tu? Dia pergi dengan siapa?" tanya Him Chan yang tiba2 sergah bilik Daehyun dengan Yongjae tanpa memberi salam…

"Ha… Dae tak tahu… Dae nak pergi mandi… Bye…" kata Daehyun lalu mengambil kain tualanya ke bilik air

"Macam manalah dia tahu… aku tak cakap apa2 lagi…" kata Daehyun dalam hati lalu membuka pili shower dan sambung mandi…

 

*Flashback 30 minit yang lepas*

"Ha… ye jangan lupa tau… minggu ni dengan minggu depan aku tak de… hantar je online… nanti aku hantar email…" kata Him Chan lalu meletakkan telefonnya ke dalam poket seluarnya semula… Sedang dia berjalan menuju ke bilik Mesuarat untuk berjumpa Director Kang…

"Yongguk pergi Malaysia… jadi tolong tukarkan wang ni kepada Ringgit Malaysia… Kalau boleh tukar semua sekali kalau dapat… dia memerlukan wang untuk 3 bulan di sana… pastikan cukup…" kata Director Kang kepada salah seorang pekerja di TS Entertainment.

"Apa semua ni… Yongguk kena pergi Malaysia 3 bulan? Oh My God!!!" kata Him Chan dalam hati…

Him Chan pun bergegas pulang ke rumah untuk maklumkan kepada membernya tapi lain pulak jadinya… sedang dia mencari membernya… dia terdengar yang Daehyun bercerita tentang Yongguk… So dia pun apa lagi sergah jelah bilik Daehyun… Dia nak Yongguk… Dia rasa kosong Yongguk tak da… Selalunya Yongguklah yang ambil berat pasalnya… padahal memang Yongguk ambil berat semua membernya…

 

Keesokkan harinya…

"Bau apa ni… sedapnya… aku mimpi ke ni…" kata Daehyun yang masih memejam matanya… dia tidak pasti sama ada dia mimpi ataupun reality…

"Daehyun… bangunlah… hyung dah buat sarapan special untuk Dae… Jomlah makan" kata Him Chan

Terkejut Daehyun sampaikan rasa macam nak mati je…

"Rupa2nya Him Chan Hyung memang dah tahu pasal Yongguk Hyung ke? Itu bukan mimpi?" kata Daehyun dalam hati...

"Daehyun… nak makan apa2 tak sebelum naik flight Hyung nak masak special untuk Dae’kata Him Chan

"Yongjae nak juga… kenapa Daehyun je yang dapat?" tanya Yongjae

"Sebab hari ni… Dae merupakan orang yang paling istimewa… dia boleh mintak apa je… dia boleh buat apa je dan dia boleh suruh apa je yang dia nak…" kata Him Chan dengan senyuman yang agak menggerunkan. Daehyun tidak tahu apa yang harus dia lakukan untuk menempuh cabaran hidup untuk hari tu… Dia mula memikirkan plan tipu Him Chan Hyung….

 

Di Flight Seol, Korea

"Ada lagi 2 jam sebelum flight berlepas nak buat apa je? Makan dah… semua dah…" kata Yongguk sorang diri. Ketidaksabaran untuk berjumpa sahabat atuknya sudah lama dia pendam…

Sejak kematian atuknya semasa debut lagu Power… dia tidak lagi menjumpai sahabat atuknya… yang kini menetap di Malaysia… Di Malaysia banyak kenangan pahit dan manis atuknya bersama sahabat atuknya tempuh… mereka mengambil bahagian dalam tentera laut di Malaysia sejak muda lagi…

Yongguk juga suka akan suasana di Malaysia… sebab itu lagu `Never Give Up’ didebutkan di Malaysia dan `Crash’ dibuat di Sunway Pyramid Malaysia. Yongguk tenang dengan suasana kehijauan di kawasan hutan tropika di Malaysia. Baginya Malaysia merupakan rumah keduanya…

"Eh… kedai baby lah… tengok kejaplah…" kata Yongguk lalu masuk ke dalam kedai Baby tersebut

Rambang mata Yongguk apabila melihat baju budak yang comel2… yang paling Yongguk tak tahan bila melihat baju budak yang bergambar Tiger… tanpa fikir panjang dia terus membelinya…

Selepas keluar saja dari kedai tersebut Yongguk pun menunggu di tempat menunggu flight… Di dalam flight… Yongguk mengeluarkan kembali baju baby yang dia beli…

"Comel baju ni… tapi aku nak bagi sapa? Takkan nak bagi kat anak buah aku dye dah besar dah… tak palah… nanti sampai KL aku akan bagi dekat baby yang first aku jumpa…" kata Yongguk dalam hati

Sesudahnya sampai di Lapangan Terbang… Yongguk di bawa oleh body guard yang biasa… hidupnya lebih tenang… dia tidak lagi mendengar Baby dia menjerit… Dia rasa bebas… Bebas buat apa yang dia suka tanpa ada halangan… dia berharap dia dapat lakukan benda yang sama masa di kem nanti…

Yongguk di minta untuk ke dalam kereta dan diberitahu bahawa untuk ke tempat tu… mengambil masa 1 jam setengah… dalam perjalnan Yongguk pun tertidur… dia sudah terbayangkan apa yang bakal berlaku… dia berazam agar menjadi jurulatih yang berguna… Dia juga harap yang pergi tu tak de peminat B.a.p… biarlah ada anti fan lagi… sekurang2nya dia tak lah dikejar peminat… Cuma dibenci je

 

Di dalam Pejabat PLKN Rembau, Negeri Sembilan

"Yongguk… My lovely grandson… Long time we haven meet…" kata Sahabat atuknya

Yongguk tidak dapat berkata2 hanya senyuman yang terpancar di bibir Yongguk…

"Kem tu start minggu depan… Kalau nak jalan2 dulu pun boleh… nanti Harabuci panggil anak buah Harabuci tolong temankan Yongguk…" kata Sahabat atuknya

"Tak palah… Yongguk lebih suka jalan2 sendirian… dekat sini apa ja yang best?" tanya Yongguk

"Legoland… tapi jauh sikit lah… nak pijam kereta ada tu kunci…" kata Sahabat atuknya

"Besoklah Yongguk pergi… Yongguk check in Hotel dulu…" kata Yongguk

"Tak nak tumpang rumah harabuci ke?" tanya Sahabat atuknya dengan senyuman yang ikhlas

 

 

 

 

 

Hi, Annyeong~

Sorry la tak dapat nak update buat masa terdekat ni, busy dengan kemasukan ke uni.. Hmmm apa2 pon klu admin free admin akan update untuk korang ok!
HA! sebut pasal chapter ni, time tu fandom BAP tak tau lagi pasal lawsuit. Seingat admin time tu dyeorang ada dkat Europe buat BAP ATTACK! try lah tgok... Daebak!!! Hmmm, yang bagi tahu admin pasal tu yang Mimie tulah, ha... ni berdasarkan perangai sebenar tau. HAHAHA, rasanya korang pon dah boleh agak yang mana satu watak admin... tak yah lah bagi tau...

Hmmm, hari ni hari ahad, patutnya ada kelas tapi uni sini cuti... so admin free lah, bila free ni teringat juga time kat KL. Beza btol dengan kehidupan kat sini (Huhuhuhuhuhuhuhu ;<) Bukan sebab bosan, tapi kat sini banyak sangat aktiviti... cuma kehidupan dekat uni ni lain tau. So nasihat admin dekat adik2 yang masih bersekolah and tahun ni SPM or STPM hargailah masa bersama kawan2 tu... Dekat uni nak cari kawan mudah sangat, tapi nak cari sahabat blom tentu lagi ada, nasib baik admin ada sahabat dari sekolah dekat sini, walaupun dah 2 tahun pisah, maklumlah dia budak Matrik admin ni STPM je tapi kenangan dengan sahabat time STPM dulu lagi lah... Haih, admin sebenarnya tak tau nak cakap macam mana ni hummm...

Apa2pon goodluck dkt korang yang ambik exam tahun ni...
Admin doakan yang terbaik untuk korang, insyallah... `Kun Faya Kun' Kalau Allah kata jadi maka jadilah.
HA! nak tau tak admin dalam hidup percaya pada takdir, kebetulan dan Qada dan Qadar dari Allah S.W.T.. Apa2pon berlaku percayalah pada tu, admin selalu ada time alone yang admin boleh fikirkan pasal tu, sebab percaya tak yang admin punya hidup penuh dengan Fate. kadang2 admin pun tak boleh nak percaya sampaikan bila benda tu berlaku admin dah tak rasa terkejut pon sebab Fate can always happens in any conditions so admin kadang2 tu tak nak mengharap sangat sebab bila kita mengharap sangat dan tak dapat... sakit tau, kan? Ke korang tak pernah rasa? HAHAHA So selalu admin buat bodo, je biar Allah yang tentukan jalannya.. tryla korang mesti terkejut punya... sampai adik admin kata "Aq xtahu apa yg special sngt ko ni" Hmmm bagi admin semua orang special... sebab kita adalah Heroin dalam cerita kita sendiri.... Baik ke buruk ke kita, dalam kisah hidup kita, kitalah Heroinya mcm Juliet. sekarang kita juga yang akan create kisah hidup kita dalam mencari Heronya Romea. Ha gitu.. HAHAHA ^o^

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
-SBRPG
#1
interesting